Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 9, 2017

Family Gathering Port Dickson

Alhamdulillah.cuti sekolah 2 minggu lepas,Allah rezekikan kami sekeluarga bercuti beramai-ramai. Sesuatu yang sangat teramat lah saya suka bila dapat berkumpul ramai-ramai.bila kata ramai tu,mestilah keluarga belah suami!;'p

Alhamdulillah,Allah beri nikmat saya merasa keluarga besar.sebab belah saya keluarga comel je..hehe.alhamdulillah. sorang je abang ipar tak dapat join sebab belah isterinya ada wedding cousin jugak kat Perak.gitu la dah kahwin,badan kena belah dua..hehe..;'p

sebenarnya ada kenduri cousin suami.jadi adik beradik ambil kesempatan berkeumpul bercuti terus di Port Dickson. kenduri memang di PD.;') 

kakak yang ohsem wasap tanya nak tak join tidur PD.beliau nak sponserrrr...;') alhamdulillah.rezeki jangan ditolak.hehe. kakak ipar booked 3 apartment.1 apartment 3 bilik.kami stay di Glory Beach Resort.bukan takat mak pak yang happy,anak lebih-lebih lagi.dapat berkumpul ramai-ramai sedara mara. yang paling best kat sana mestilahhh...

berendammmmmmmm....



pagi petang berendam..tak lepas peluang.sebab cuti sekolah,kolam pun penuh orang..;'p

nuha,zakwan,fikri. Geng depa..

enjoy sangat berendam.balik dapat HFMD.hahaha..tak tau la kena kat sini reramai ke.tapi tak lama lepas balik keluar dia punya blister.;'p takpe..tingkatkan imune..;')

zakwan dengan kak ara.ada private beach.jadi lari-lari kejap pi pool,kejap pi main pasir.;'p

air keruhhhh..ramai sangat orang berendam..;'p

makan malam.sedap-sedap makannya.lagi sedap sebab orang belanja..;'p moga-moga nanti ada rezeki yanga dik-adik pulak dapat belanja..;')

alhamdulillah atas nikmat masa bersama keluarga.belah suami ke,belah isteri ke,seronoknya sama je..;') janji dengan keluarga,bahagianya berganda.terima kasih semua yang terlibat,terima kasih pihak penganjur,pihak penaja..;'p moga Allah berkati dan kurniakan rezeki yang halal dan berkat.moga berganda-ganda pahala kerana satukan keluarga..

eh gambar pak mak mertua takde.tak senonoh sungguh..;'p sebab gambar banyak dalam kolam je..pak mak mertua dating kat bilik jeee..;'p

wassalam.


Monday, March 20, 2017

Travel ke Aceh (Bandar Aceh)


alhamdulillah, lepas puas menikmati keindahan Pulau Weh,kami meneruskan perjalanan ke Bandar Aceh.mencari hikmah disebalik kejadian tsunami yang berlaku pada tahun 2004.lebih 12 tahun,tapi kesannya sungguh besar.

sampai-sampai kami di Jetty Ulele, dijemput dengan teman abang Iwan (driver becak di sabang), bang Oscar.

dari jetty saya minta singgah ke masjid Baiturrahim.di perkarangan masjid ada kedai kecil yang menjual souvenir disamping paparkan sejarah kejadian tsunami.banyak gambar-gambar yang digantung didinding kedai tersebut.

 kerana masih punya masa,bang Oscar terus bawa kami melawat tapak kesan tsunami yang lain.kami dibawa ke kawasan kubah yang terdampar lebih 2.5km dari tempat asal sewaktu kejadian tsunami.


kalau perhatikan,terangkat dengan tapak simennya.

bila sampai dikawasan ini,ramai ibu-ibu dan anak-anak yang jual barang-barang yang boleh dibuat souvenir seperti keychain,fridge magnet,kain batik dan sebagainya.kalau memang merancang nak beli fm dan keychain,boleh la beli pada anak-anak ini..

lepas pulang dari tapak kubah ni,kami terus menuju ke hotel.check in di Hotel siwah,berhampiran dengan kedai makan mee razali yang popular disana.

jadi malamnya haruslah kami menikmati mee razali sebagai makan malam.


esok paginya, kami dejemput bang Oscar untuk meneruskan perjalanan melihat kesan-kesan tsunami.;') ye,sepanjang disana kami cuma naik becak.;'p

pagi tu kami dibawa melawat kapal apung.

kapal yang terdampar diantara 2 buah rumah ni dah menyelamatkan lebih 40 nyawa..;')


kemudian kami menuju ke PLTD Apung.kapal besar yang terdampar lebih 1km dari tempat asal.terdampar ditengah-tengah perkampungan.;')

seterusnya kami menuju ke muzium tsunami.


bendera negara-negara yang hadir memberi bantuan kepada warga aceh ketika kejadian Tsunami.

antara kapal yang terdampar di tengah kampung.;')

kemudian kami menuju ke masjid rahmatullah.berhampiran dengan pantai lampuk,antara perkampungan yang paling teruk dilanda tsunami ketika kejadian tersebut.seluruh kampung hancur musnah.cuma masjid ini satunya yang selamat dan masih kukuh berdiri.

disatu sudut masjid,saja ditinggalkan kesan-kesan tsunami..;')

kemudian kami singgah makan di pantai lampuk.sebab musim hujan.jadi tak berjalan pun di persekitaran pantai yang cantik.

balik tu kami pergi pasar aceh buat mencari "buah tangan" untuk dibawa pulang.

kalau ke pasar aceh boleh singgah di bawah sekali,cari kedai ini.layanan sangat terbaik in shaa Allah.;')

katanya asal malaysia.pulau pinang kalau tak silap,jadi jual murah-murah sama orang malaysia..;')

makan malam tu kami ke mee Razali lagi.. ;')


esok pagi.kami bersiap untuk pulang.;') Zakwan dapat kerja di hotel. ;'p

imran pun cari kerja juga.nampak macam busy sungguh mereka pagi tu..;'p mungkin cara mereka berterima kasih selama tinggal di hotel ni dua malam..;'p

kami dijemput kereta sewa untuk ke airport sekitar jam 12tengahari.sampai airport solat zohor tak lama kemudian tiba waktu boarding.

alhamdulillah berakhir percutian kami di aceh yang in shaa Allah ada rezeki kami nak repeat.terutama ke sabang!

next entry in shaa Allah saya akan kongsi sedikit tips dan itinerari kos kami sepanjang disana.;')










Sunday, March 12, 2017

Travel ke Aceh (Pulau Weh/Sabang)

Bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah.segala puji-pujian bagi Allah.beri nikmat dan kesempatan buat kami sekeluarga menikmati keindahan bumi ciptannya..;')

19-24 Januari kami direzekikan ke Aceh,selain nak menikmati keindahan pantai/laut di sana,nak ziarah la kesan-kesan tsunami.subhanallah.

6H5M saya ke Aceh,saya decide untuk pilih 3 malam di Pulau Weh/Sabang.dan 2 malam di bandar aceh.untuk mudahkan waktu pulang nanti,jadi kami decide sampai-sampai aceh terus pi Sabang.

flight pada 19 Januari tu pukul 1.15pm.


sampai-sampai airport aceh,kami disambut tour guide yang tak asing lagi dikalangan pelancong Malaysia ke Aceh.hehe.syah yang sambut kami.sebab syah rindu milo Malaysia,saya janji nak bawa dari Malaysia.dan Syah yang baik hati terus offer nak tolong hantar ke Pelabuhan/Jeti.dah sampai nak bayar dia tolak..T__T cukup milo sebagai maharnya.ehh..hahaha..subhanallah..baik-baik sungguh orang Aceh ni.;')

Jadi sampai-sampai beli tiket.untuk dewasa 80k,bawah3 tahun 10k.


 


menuju la kami anak beranak ke sabang.musim hujan.tak ramai sangat orang.kapal pun kosong je..tak perasan ada no seat.duduk merata je ikut suka..hahaha..;'p

sampai-sampai ke balohan,kami decide nak naik becak.nak jimattt..;'p
oh ya,selalu orang akan tinggal di sumur tiga atau Iboih.kami decide nak duduk Iboih 2 malam,dan satu malam di sumur tiga.;')

naik becak.berjam.sakit pinggang.tapi happy.kahkah
that girl orang france.lone ranger.umur baru 21 tak silap..;')dia datang aceh nak diving.dan dia stay di pantai gapang.tengok la pantainya.cantik jugak.tapi tak ramai sangat orang berbanding iboih.

dekat Iboih,saya pilih stay dekat fina bungalow.just nice.wifi laju.senang transfer gambar.haha..Zakwan pun layan youtube dengan abi dia.

ni view dari balkoni bilik.cacat sikit nampak bumbung-bumbung tapi okeyyyy..;')nanti kita bagi view lagi baikk punya..;'p

Iboih ni tempat nak snorkeling.kalau stay sumur tiga pun,kena datang Iboih kalau nak snorkeling kat Pulau Rubiah.sebab seberang je..naik boat sattt je sampai..

sebab kami sampai khamis pun dah lewat petang,jadi relaks-relaks je..santai-santai je jalan dengan anak-anak ni..malam keluar makan.survey untuk snorkeling esoknya..memula ingat nak buat pagi.lupa yang jumaat lepas solat jumaat baru boleh buat aktiviti pantai..;') bagus kan Acehhh..;')

jadi esoknya tu pagi santai-santai je keluar brunch.haha sebab pagi-pagi hujan..nasib pun..kalau bukan jumaat pun tak boleh jugak nak snorkelingnya pepagi..sebab musim hujan..hehe..jadi lepas makan,pi cari tempat nak booked snorkeling.;') janjian lepas zohor dalam 2.30 tak silap.

naik la kami boat ni menuju ke pulau rubiah.alhamdulillah cuaca cantikkk..tak panas tak hujan..tak pakai sunblock ponggg..;'p sebab sunblock lebih 100ml..-__- pi tak beli luggage..jadi tak boleh bawak..haha..tapi Allah pengasih penyayang.tak terbakar macam time pergi perhentian harituuu..hahaha..;'p

banyak sangat ikannn..;'p


ikan nya mashaa Allah subhanallah...

kami suami isteri bersependapat,snorkeling kali ni adalah yang terbaik sepanjang pengalaman snorkeling sebelum-sebelum ni..;')

meriahhhh main pasirrr..

tengok tu ikan kat tepi-tepi pantai je haaaa..;'p jinak sungguh.ikan-ikan ni makan mee maggi  sedap dimakan..;'p

sedih sikittttt je sebab tak sempat tengok nemo..sebab ada group tu lama bebeno kat tempat nemo..masa pun dah petang.anak-anak pun tak tidur petang lagi..letih berendamnyaaa..;'p jadi balik laa..

kejap je masa..habis dah hari kedua..balik tu singgah makan bakso dulu.zakwan,orderkan ayam penyet je..dah kenyang baru boleh balik hotel..terus rehat sampai ketengah malam..memula tu budak dedua tu dah tidur kepenatan,kami pun malas la nak keluar makan.sekali dah pukul 11malam diorang bangun dan menggigil kelaparan..kahkahkah..jenuh menggagau cari nasi memalam.banyaknya dah tutup pukul 10.alhamdulillah ada 1 restoran yang tak tutup lagi..panorama apa ntah nama kedainya.tapi sebab pegi malam tak nampak la panoramanya..haha..kalau siang mesti cantik viewnya..jadi makanla nasi ayam penyet mee goreng memalam buta tu..-__-"


esoknya tu dah hari ke3,cepat sungguh masa berlalu,kami turun breakfast,lepastu masuk balik hotel kemas-kemas apa patut..;') checkout jam 11..kami nak menuju ke freddie's santai sumurtiga.
naik becak jugak..tapi sebelum tu deal dengan abang Iwan nak pi Goa Sarang.



duk lepak ataih batu je menikmati keindahan laut terbentang luas..nak sampai sini jalannya ma shaa Allah beronak-berliku.

kena turun tangga ni nak pi gua sarang tu..;'p

sampai pejam-pejam mata iolls penat menapak..;'p

lepas tu terus kami menuju ke freddies..;')






kami dapat family room kat freedies. boleh muat 5 orang..;')

layan angin bayu..;'p


sedap sangat angin sampai lenaaa..;'p



ya Allah.jus tembikai kat aceh sedap-sedap subhanallah.jus mangga pun sedap nak menangis,rasa serat-serat dia.tak banyak ais.

piza special freedies.rasa nak pi mintak resepi sedap sangattt..T__T

layan tempe..anak cucu jawa.

lepas solat zohor abang Iwan datang jemput nak hantar ke balohan.nak balik ke bandar.nanti kisah di bandar Aceh sambung di entri lain in shaa Allah.

Friday, November 4, 2016

Potty Training Zakwan

Bismillahirrahmanirrahim.. ;')

lamanya dah peram entry ni.sejak bulan 3!haha..tu pun dah lupa..tetiba tengok ada draft..ehh..;'p

jadi marilah sama-sama ambil manfaat,kalau ada.

alhamdulillah.Allah izinkan kami potty training Zakwan.. ;')
cerita dia bermula kawan whats app saya.

1 Februari 2016  | 11.03
 Madid Sela: Mira. Ko dah start potty train Zakwan belum?
me: Belum.. >_<
Madid Sela: Aku nak start potty train Afie raya cina ni.

dan berborak panjang la mak-mak ni...cerita pasal potty train pun satu isu tau.boleh buat borak panjang.. ;'p

petang tu dalam pukul 3 lebih Zakwan beyak..sekali ibu dia terus toink!toink! 
ibu : Zakwan, Zakwan tak payah pakai pampers la ye.nanti nak kencing bagitau ibu ok?
Zakwan :Okeyyyyy..(memang okeyyyy memanjang -_-')

 semangat petang tu jugak ibu order..-_-"

memula tu taknak pakai jugak..nasib baik lepas tu dia pakai.sampai sekarang masih pakai dengan baik alhamdulillah.buangair kecik besar pun dah dalam bowl alhamdulillah..;')

saya bersyukur ada benda ni dirumah.berguna waktu nak kutip time Zakwan yak kat lantai.hahaha..>,<

dan bermulalah perjalanan kami suami isteri potty training Zakwan.Allah hantar seru melalui kawan.;'p saya memang pesen tak boleh nak rancang-rancang sangat ni.kecuali bab travel.kena rancang awal sebab nak beli tiket  flight murah.;'p yang lain kena redah je..baru jadi.

sebelum tu ada juga baca pasal potty training ni,tapi dah  lupa.so google balik la..so tips pertama dia kena kerap AJAK anak pi toilet.jangan tanya.AJAK je pi  toilet.tanya tak boleh pakai.ibu duk la tanya Zakwan,zakwan kata anakkkkk..sekali tak lama tu basah lantai.. T__T nangis ibu..;'p padahal baru je rasa tanya dia.haha

tips kedua pulak SABAR. ye kena sabar dan sabar.teruskan bersabar..

tips ke tiga?ingat dan ulang 2 tips diatas..
sekiannn..

Proses potty train ni sebenarnya bergantung jugak dengan usia anak yang kita nak train tu kan..macam pengalaman train Zakwan ni dia diusia 2tahun 9bulan.dia dah pandai cakap.tapi tak semudah yang dijangka.

sebelum nak mula potty train,kita yang kena ready. kena set kat mind kita,kena banyak sabar.ye KITA,mak bapak.bukan anak.kita kena cuba faham dia dulu.bertahun-tahun anak kita pakai diapers nak kencing nak berak tak payah nak bagitau.bila dia suka anytime dia boleh buat projek.tup-tup tiba-tiba nak dia bagitau dulu..tak mudah wehh..percayalah itu tak mudah..haha..

tapi kesabaran diri ini tidaklah setinggi gunung.kekadang TERmarah jugak..-__-" yela..baru tanya..dia kata taknak.tak sampai 5,10 minit tetiba basah je seluar.tension tau i olls..haha..sebab tu la tips nya jangan tanya.terus ajak/bawa je ke toilet.kena kan dengan air.nanti terkeluar la..;'p awal-awal je..sebab dia tak tau rasa nak dekat terkucil tu..

jadi ibu-ibu yang nak mulakan,ni sedikit panduannya. ;-

1) Tanam tekad yang tinggi,percayakan kemampuan anak, pujuk diri supaya sabar dan tak putus asa,dan minta pertolongan Allah agar kita cukup sabar. ;')
2) Lipat/gulung segala jenis karpet yang ada. untuk mudahkan anda mengemop lantai.;'p
3) mulakan dengan bagitau anak,seeloknya sebelum tidur waktu dia tengah tidur-tidur ayam,cakap dengan dia,nak mulakan potty training ni...
4) Bawa anak sekerap mungkin ke tandas.boleh mula dengan 15 minit sekali.kemudian 30minit sekali.sejam sekali.jangan risau.ni mula-mula je.nak dapat rentak dia..rentak kauu..haha..;'p sebenarnya ni nak ajar dia,macam mana rasa nak terkencing tu.bila masa dia nak kena ge ready nak ke toilet.gitu..
5) Jangan marah anak bila dia TERlepas.kalau TERmarah jangan lupa minta maaf ye!!-__-" Kesan dia nanti dia terkucil dia tak nak bagi tau..lagi jenuhh..haha
6) bagi reward tiap kali dia berjaya kencing/beyak. tepuk tangan kuat-kuat boleh.hadiahkan lompat bintang pun boleyy..;'p
7)perlukan kerjasama kedua suami isteri ye..percayalah.jadi kena bincang sama dengan pasangan,supaya kedua-duanya bersedia nak hadap.haha
8) percayalah, susah tak lama in shaa Allah..kejappp je..pernah juga nak putus asa.tapi alhamdulillah kami teruskan jua..muahaha..;'p

tu lah antara tipsnya.

ada kenangan yang tak boleh dilupa..Imran pi berenang kat air kencing Along dia..-____-" sabooooorr je la..;'p

saya tak kata mudah ye.tak mudah dia tu sampai nangis la ibu dia ni.ada satu ketika tu dah happy sangat dia dah pandai bagitau nak kucil kan..kira tak bocor beberapa hari..sekali tetiba tu duk tanya macam biasa kata taknak..sekali tak lama tu bocor..mau tak nangis.dah kenapa???siap solat menangis-nangis la apa dosa diri ini.kahkah!;'p ye..saya tau Allah nak uji saya.kekadang baca doa sambil menangis-nangis.Zakwan pandang jeee..tak lama tu dia nak kucil dia bagitau.;') jangan ingat anak kita kecil dia tak faham apa.kita sebenarya yang tak faham dia..T_T

saya try fikir kenapa.saya rasa sebab sebelum tu mungkin banyak berjalan.bila berjalan dia pakai pampers.mungkin dia tak ingat dia tak pakai pampers.atau mungkin ibu dia ni ada teriak sikit dalam hati,kekonon dah berjaya potty train anak.kott la..jadi Allah nak hantar peringatan.hehe..positif..positif..

update:sehingga sekarang Alhamdulillah.dah boleh tarik nafas lega sikit.accident terkucil tu ada la 2,3 bulan sekali kot..tu selalunya time dia eksited sangat.seronok tengok tv ke.seronok main ramai-ramai ke..-__-" tapi masih pakai pampers waktu malam dan berjalan.nak ajar yang waktu malam lagi nak kena kuat..kena rajin bangun malam.hehe..buat masa ni,alhamdulillah.ni pun nikmat sangat dah.