Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 6, 2010

isra' mikraj


...بسم الله الرحمن الرحيم...
ok..nak story..pagi tadi saya bangun agak awal dari hari-hari yang lain..alhamdulillah..(^_^)
itu adalah kerana nak ikut umi ke kelas ustaz Faizal di surau al falah taman ehsan..
saya memang suka join umi kalau kelas ni..
ustaznya sangat menyeronokkan..
huraiannya sangat tepat dan jelas..
dengan penyampaian yang sangat bertenaga..hehe
kelas tu pun selalu penuh..
macam biasa, dipenuhi oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa yang dah pencen..
maklum lah..yang muda-muda sibuk ke pejabat pada waktu begini..
kelas ustaz ni memang setiap selasa 8.30am..
ok..ok..taknak cerita panjang-panjang..
just nak berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan apa yang saya masih ingat..=p

semua tahu perjalanan Nabi Muhammad صلى الله عليه والسلام sepanjag malam isra' dan mikraj melalui satu perjalanan yang panjang..
perjalanan yang panjang untuk bertemu Allah..
begitulah kita manusia biasa..
perlu melalui perjalanan yang panjang untuk bertemu Allah pada akhirnya..
sepanjang malam isra' mikraj, para alim ulama' dapat menyimpulkan 4 perkara utama yang perlu ditekankan dalam kehidupan ini..
1) pembelahan dada nabi dan penyucian hati..ianya memberi maksud kita perlu sentiasa membersihkan hati..antara kaedahnya ialah dengan mendirikan solat taubat..ini kerana hati menjadi sasaran utama syaitan dalam merosakkan umat nabiMuhammad صلى الله عليه والسلام..
2)peristiwa nabi melihat satu kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka..dan setelah dituai, hasil tanaman berbuah semula. hal ini berlaku berulang-ulang kali..jibrail memberitahu itulah kaum yang sentiasa berjihad..peristiwa ini menekankan bahawa kita perlu sentiasa bersedia untuk berjihad..
3) jibrail mengarahkan nabi sembahyang sunat dalam perjalanan isra' mikraj..ini memberi makna kita perlu sentiasa menjaga solat..
4) selain itu, banyak kisah yang menceritakan hal melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang kecil,kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka, serta satu kaum lelaki dan perempuan memakan daging yang busuk..sedangkan disebelah mereka ada daging yang elok dan sudah masak..semua kisah ini berkaitan dengan kesalahan lidah dan kemaluan..ini memberi makna kita perlu menekankanpenjagaan lidah dan kemaluan..



inilah ustaz Faizal.. lecturer um..

ok..cukup sampai disini..maaf andai tersalah penyampaian dan membuatkan orang tersalah faham..saya insan yang jahil..masih perlu banyak belajar dan membaca..
thats all..thanks..=)

1 comment:

  1. syukran ya ustazah..=D..ad gye jd ustazah ni..da la cmel,gatai plak 2..(eh,ad kne mngene ngn kerjaya ustazah ke???)=P..mrapu je bb ni kn..pnyampaian yg amat2 bagus..bykkn mmbace lg ea..(bb pn jrg mmbace)..=D

    ReplyDelete