Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

Cikgu! Cikgu!

alhamdulillah..dah selesai episod satu kehidupan sebagai seorang guru
sekolah kebangsaan subang jaya..jap!jap!nak bagi tentatif..
sampai sekolah dalam pukul 12.20pm..agak kelewatan sebab duk belit selendang..
alah..lupa nak tangkap gambar..(-_-!)
tak lah lewat pun..kelas start 1240pm..
awal kan?awal kan?(^_^,)
tapi jadual peribadi (eceh ayat tak boleh blah) start pukul 2.40pm..
eh!eh!lupa..sampai-sampai hari pertama 2 meeting kena hadir..
first untuk program nilam..
second taklimat apa entah..(-_-!)
agak pening sebab jadual bulan puasa lain sikit..
bermula la mengajar uhuk!uhuk!(test suara..1, 2, 3)
kena menjerit-jerit sikit dengan budak-budak ni..
siaplah korang lepas raya ni..
puasa ni tengah control lagi save suara..
yang best ada next kelas tu, student die bagi kat raya..alisya tak silap namanya..
wahh..first day dah dapat kad raya..lama sungguh tak dapat kad raya..terkenang zaman muda-muda dulu..macam lah dah tua sangat..(-_-")
balik 5.45pm..kelas habis 5.35pm sebenarnya..
okey itu saja nak cerita..
harap dapat mengaja bersungguh-sungguh!semangat ni!!(^_^)
thats all..thanks..

Koc Wanita Sepanjang Masa

ok..just nak share..kenapa ye..susah sangat ke kita ni nak faham bahasa..
rasa nya dekat iklan tu semua bahasa ada..melayu, english, tamil, arab semua ada..
ni dah lebih 3 bulan sejak koc wanita sepanjang masa dilancarkan..
tapi masih ada lagi manusia yang susah sangat nak faham..bukan menuduh..nak bukti??nah!

hah..bukan setakat sorang je..
tengok-tengok!!ramai tu..
memang lah Malaysia tak akan aman dan maju dengan adanya rakyat yang macam ni..
arahan simple pun tak boleh nak ikut..
eh!eh!macam muka orang asing pun ade yang belakang sikit tu..
tolong ye..
kalau anda ke negara orang..sila lah berkelakuan bijak..
jangan jadi seperti manusia-manusia di atas..
semoga lain kali saya naik tren saya dah tak jumpa orang-orang yang macam ni..
thats all..thanks..=)

Subang Jaya..Here i am...

bismillah..
ok..esok, silap-silap..sebentar lagi..dah pukul 12..jadi dah masuk isnin..30 August 2010..
bermulalah perjalanan dalam episod baru kehidupan..
akan memainkan watak sebagai seorang guru..walaupun sekadar guru ganti..
harap dapat memainkan sepenuh hati untuk watak tersebut..
semoga usaha yang kecil dalam mendidik ini dapat menjadi titik permulaan dalam usaha mendidik anak bangsa..
bermula tak lama dulu mengajar di sekolah tadika..
sekarang sekolah rendah..pasti ada beza..
harap semua berjalan lancar..
semoga Allah permudahkan segalanya..aminn..
jap!jap..nak tunjuk gambar bakal cikgu..hehe;p

mana lagi comel??(^_^)


ok thats all..thanks..(^_^)

Tuesday, August 17, 2010

AKU WANITA BIASA


sebenarnya kena kentalkan semangat juga post entry ni..
walaupun tiada apa untuk ditulis..percayalah..kalau bertemu mesti banyak yang boleh dikongsi..idea mencurah-curah je time tu tahu!!hehe
ok..masih belum dipanggil untuk jadi guru ganti..jadi belum ke subang jaya..
mungkin esok..mungkin lusa..
sesuai dan layak ke nak jadi cikgu???itu persoalan yang tidak dapat dijawab..
sebenarnya tak nampak diri ni sesuai kerja apa..
tapi orang kata saya banyak cakap..saya pun rasa macam tu..kehkehkeh
tapi harap-harap tak banyak dosa sebab banyak cakap..(-_-'')
semoga banyak bercakap ni dapat beri manfaat buat diri dan orang sekeliling..
sebenarnya cemburu sangat bila tengok kawan-kawan perempuan yang lemah lembut dan sopan santun..cakap perlahan je macam dalam kelambu..(dalam bilik peti besi lagi tepat..ape tak dengar..(-_-!)yang diri ni pulak..mak ai..dulu siap orang kata jalan macam lelaki..suara takyah cerita la..kuat sesangat..bisik pon orang selang satu boleh dengar..(teruk sangat tu kot..tipu je..)
tapi memang teringin sangat lah nak jadi wanita yang lemah lembut..dah cuba..tapi mmg tak boleh..(-_-")tak mengapa..tak perlu hipokrit..bak kata tak ingat siapa.."kita kena jadikan kelemahan diri kita sebagai kelebihan bagi diri kita"..akhirnya terima kenyataan..dan meneruskan kehidupan dengan membesar sebagai wanita yang biasa-biasa..
iye..saya bukan wanita yang cantik jelita..saya bukan dari golongan yang kaya raya dengan harta..saya juga tidak dikurniakan akal yang geliga..
tapi saya bersyukur kerana dicipta sebagai wanita yang biasa-biasa..
saya takut jadi wanita yang cantik jelita..saya takut orang dengki dengan saya..saya takut nanti ramai-ramai lelaki goda saya!!selamat saya tidak jelitawan..mungkin jugak nanti saya akan jadi perasawan..
saya jugak bertuah kerana tak dilahirkan dari golongan yang kaya raya..saya takut nanti orang culik saya!!ohh tidak..saya takut saya akan beli barang yang mahal-mahal sedangkan dikeliling saya ramai yang tak mampu nak makan dengan amannya..
okay..saya tak boleh bersyukur sebab tak bijak geliga..sebab agama mahukan umatnya menjadi umat yang cerdik pandai..namun saya masih bersyukur kerana mempunyai akal yang ada..terlalu bijak dengan ilmu tapi disalah guna boleh menyesatkan dan merosakkan seperti sufiah yusof..seorang anak malaysia yang berjaya masuk ke oxford pada usia 13 tahun..search di wikipedia pun ada serba sedikit tentang beliau..hebat tak hebat nya wanita ini..namun..sebelum sempat menamatkan pengajian..beliau terbabit dengan masalah sosial sehingga menjadi pelacur kelas atasan..nauzubillah..walaupun dilahirkan dengan akal yang geliga, ia tidak dapat menjamin kebahagian dan kesempurnaan hidup seseorang..sufiah menjadi begitu dikatakan berpunca kerana tidak dapat membesar secara alami..mungkin ketika kanak-kanak lain sedang gembira bermain di padang, beliau dikehendaki menumpukan perhatian kepada pelajaran..sedangkan alami atau fitrah kanak-kanak ingin bermain..
jadi..saya berkesimpulan saya bersyukur dengan apa yang saya ada..
saya banyak melakukan kesilapan di atas muka bumi..
dan saya harap saya tidak mungulangi lagi kesilapan tersebut..semoga itu menjadi alami dalam kehidupan saya iaitu manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..
saya cuba membersihkan hati..jangan berdengki..jangan berdendam..penuhkan hati dengan kasih sayang..saya percaya hidup ini perlukan banyak kasih sayang untuk kita menjadi manusia dan hamba Allah yang soleh..
owh!!saya taknak jadikan belog ini sebagai belog syarahan..kerana saya tak pandai bersyarah..
perasan tak kat atas sebenarnya macam cerita lain..tiba-tiba penutup cerita lain..dan terpaksa tukar tajuk entry..(asalnya tajuk mesti mau;p)
tak kisah la..janji dapat berkongsi dengan anak cucu nanti..
ya..ibu/nenek kamu bukan nya wanita melayu terakhir..ibu/nenek kamu dulu rock-rock gitu..
tapi membesar secara alami menjadi wanita tulen dari hari ke hari..chewah..(^_^)
tak percaya tanya abi/atok kamu..dulu ibu/nenek gelak pon tak cover..kehkehkeh;p
tapi ibu/nenek selalu doa semoga kamu semua membesar sebagai wanita yang lemah lembut dan penyayang..yang penting solehah..eh..eh..ini untuk anak dan cucu perempuan je ye!!
yang lelaki ibu/nenek doakan kamu jadi anak/cucu yang soleh..gagah perkasa cam abi/atok..berani macam saidina umar..buat anak-anak ku ariff dan alya..(dah ada nama tu..kahwin pun belum)semoga kalian menjadi anak yang berjasa buat kami ibu dan abi, agama bangsa dan negara..
sudah-sudah!!dah jauh melalut ni..abi/atok kamu pon dah tidur..;p
cukup lah merapu sampai disini..
ingat kan dah bercakap je tak reti nak berhenti..
rupanya menaip pun tak reti juga nak berhenti..ya ampun!!
ok2..selamat malam..walaupun dah pagi..yang ni anak cucu jangan ikut ye..
jangan biasakan tidur lewat-lewat!!(bebel lagi..)
thats all..thanks..

Sunday, August 15, 2010

hangat-hangat tahi ayam dan kisah kejayaan

ok..susah jugak rupanya nak jadi penulis belog yang berjaya..
hampir sebulan tak post apa-apa..
ya..saya seorang yang hangat-hangat tahi ayam..(anak cucu jangan ikut ye..)
padahal tak ada kerja pun!!mungkin tiada cerita menarik nak dikongsi..(tipu)
banyak yang berlaku sepanjang hampir sebulan ni..
antaranya saya dah selamat berkonvo pada 7 ogos yang lalu..
alhamdulillah..semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan..
semoga dapat terus sambung pelajaran ke peringkat tertinggi..
kejap!kejap!meh tengok wajah bahagia..


comel tak??comel tak??

terima kasih ye semua yang hadir..

oh..tidak!!ni bukan anak beliau..ni naim dan anak saudara saya aina..


taknak ketinggalan berposing macam ni..macam berjaya sangat..hehe;p

ok..itu antara gambar-gambar yang dapat dikongsi..
harap sangat masih berpeluang meneruskan penulisan belog..
ingat!!nak bagi anak cucu baca ni..jadi amirah kena/harus bersungguh-sungguh!!
mungkin dalam minggu ni akan memulakan kerjaya sebagai seorang guru..
ya Allah..permudahkan lah segala urusan..

thats all..thanks..

p/s:rumah tok di subang tak dapat wireless celcom..
dapat ke nak meneruskan perjuangan penulisan belog ni??chayok2!!