Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 17, 2010

AKU WANITA BIASA


sebenarnya kena kentalkan semangat juga post entry ni..
walaupun tiada apa untuk ditulis..percayalah..kalau bertemu mesti banyak yang boleh dikongsi..idea mencurah-curah je time tu tahu!!hehe
ok..masih belum dipanggil untuk jadi guru ganti..jadi belum ke subang jaya..
mungkin esok..mungkin lusa..
sesuai dan layak ke nak jadi cikgu???itu persoalan yang tidak dapat dijawab..
sebenarnya tak nampak diri ni sesuai kerja apa..
tapi orang kata saya banyak cakap..saya pun rasa macam tu..kehkehkeh
tapi harap-harap tak banyak dosa sebab banyak cakap..(-_-'')
semoga banyak bercakap ni dapat beri manfaat buat diri dan orang sekeliling..
sebenarnya cemburu sangat bila tengok kawan-kawan perempuan yang lemah lembut dan sopan santun..cakap perlahan je macam dalam kelambu..(dalam bilik peti besi lagi tepat..ape tak dengar..(-_-!)yang diri ni pulak..mak ai..dulu siap orang kata jalan macam lelaki..suara takyah cerita la..kuat sesangat..bisik pon orang selang satu boleh dengar..(teruk sangat tu kot..tipu je..)
tapi memang teringin sangat lah nak jadi wanita yang lemah lembut..dah cuba..tapi mmg tak boleh..(-_-")tak mengapa..tak perlu hipokrit..bak kata tak ingat siapa.."kita kena jadikan kelemahan diri kita sebagai kelebihan bagi diri kita"..akhirnya terima kenyataan..dan meneruskan kehidupan dengan membesar sebagai wanita yang biasa-biasa..
iye..saya bukan wanita yang cantik jelita..saya bukan dari golongan yang kaya raya dengan harta..saya juga tidak dikurniakan akal yang geliga..
tapi saya bersyukur kerana dicipta sebagai wanita yang biasa-biasa..
saya takut jadi wanita yang cantik jelita..saya takut orang dengki dengan saya..saya takut nanti ramai-ramai lelaki goda saya!!selamat saya tidak jelitawan..mungkin jugak nanti saya akan jadi perasawan..
saya jugak bertuah kerana tak dilahirkan dari golongan yang kaya raya..saya takut nanti orang culik saya!!ohh tidak..saya takut saya akan beli barang yang mahal-mahal sedangkan dikeliling saya ramai yang tak mampu nak makan dengan amannya..
okay..saya tak boleh bersyukur sebab tak bijak geliga..sebab agama mahukan umatnya menjadi umat yang cerdik pandai..namun saya masih bersyukur kerana mempunyai akal yang ada..terlalu bijak dengan ilmu tapi disalah guna boleh menyesatkan dan merosakkan seperti sufiah yusof..seorang anak malaysia yang berjaya masuk ke oxford pada usia 13 tahun..search di wikipedia pun ada serba sedikit tentang beliau..hebat tak hebat nya wanita ini..namun..sebelum sempat menamatkan pengajian..beliau terbabit dengan masalah sosial sehingga menjadi pelacur kelas atasan..nauzubillah..walaupun dilahirkan dengan akal yang geliga, ia tidak dapat menjamin kebahagian dan kesempurnaan hidup seseorang..sufiah menjadi begitu dikatakan berpunca kerana tidak dapat membesar secara alami..mungkin ketika kanak-kanak lain sedang gembira bermain di padang, beliau dikehendaki menumpukan perhatian kepada pelajaran..sedangkan alami atau fitrah kanak-kanak ingin bermain..
jadi..saya berkesimpulan saya bersyukur dengan apa yang saya ada..
saya banyak melakukan kesilapan di atas muka bumi..
dan saya harap saya tidak mungulangi lagi kesilapan tersebut..semoga itu menjadi alami dalam kehidupan saya iaitu manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..
saya cuba membersihkan hati..jangan berdengki..jangan berdendam..penuhkan hati dengan kasih sayang..saya percaya hidup ini perlukan banyak kasih sayang untuk kita menjadi manusia dan hamba Allah yang soleh..
owh!!saya taknak jadikan belog ini sebagai belog syarahan..kerana saya tak pandai bersyarah..
perasan tak kat atas sebenarnya macam cerita lain..tiba-tiba penutup cerita lain..dan terpaksa tukar tajuk entry..(asalnya tajuk mesti mau;p)
tak kisah la..janji dapat berkongsi dengan anak cucu nanti..
ya..ibu/nenek kamu bukan nya wanita melayu terakhir..ibu/nenek kamu dulu rock-rock gitu..
tapi membesar secara alami menjadi wanita tulen dari hari ke hari..chewah..(^_^)
tak percaya tanya abi/atok kamu..dulu ibu/nenek gelak pon tak cover..kehkehkeh;p
tapi ibu/nenek selalu doa semoga kamu semua membesar sebagai wanita yang lemah lembut dan penyayang..yang penting solehah..eh..eh..ini untuk anak dan cucu perempuan je ye!!
yang lelaki ibu/nenek doakan kamu jadi anak/cucu yang soleh..gagah perkasa cam abi/atok..berani macam saidina umar..buat anak-anak ku ariff dan alya..(dah ada nama tu..kahwin pun belum)semoga kalian menjadi anak yang berjasa buat kami ibu dan abi, agama bangsa dan negara..
sudah-sudah!!dah jauh melalut ni..abi/atok kamu pon dah tidur..;p
cukup lah merapu sampai disini..
ingat kan dah bercakap je tak reti nak berhenti..
rupanya menaip pun tak reti juga nak berhenti..ya ampun!!
ok2..selamat malam..walaupun dah pagi..yang ni anak cucu jangan ikut ye..
jangan biasakan tidur lewat-lewat!!(bebel lagi..)
thats all..thanks..

No comments:

Post a Comment