Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 13, 2010

Cerita Raya

10september2010..hari jumaat..
bangun pagi..mandi manda..
siap ke masjid untuk solat raya aidilfitri..
dah sampai masjid baru teringat..mandi pagi tadi terlupa nak niat mandi sunat aidilfitri..
sangat merugikan..terlepas peluang untuk tambah pahala setahun sekali ini..(-_-'')
beza hanya pada niat..perbuatan yang sama..harap tak lupa pada tahun hadapan..
sembahyang di masjid ss19 subang jaya tak seperti di masjid berdekatan rumah saya..
kalau masjid di kepong..yang penuh ialah bangsa asing indonesia, bangladesh dan lain-lain..
boleh lah menikmati suasana sembahyang raya di negara orang!!(-_-!)
mana tak nya pandang kiri kanan orang bangsa asing..
di subang jaya masjid dipenuhi warganegara Malaysia..alhamdulillah..
balik masjid terus ke rumah mak ngah..boleh dikatakan berkumpul di rumah makngah..
duduk-duduk makan-makan ngumpat-ngumpat..
memang dah macam orang tua..melepak pun dengan makcik pakcik..
salam-salam..tak banyak sangat duit raya..mungkin dah besa..(harap mereka tak menilai dari saiz badan..kehkehkeh;p)
pengetahuan tambahan ye anak cucu..
ibu/nenek kamu sudah pandai menganyam ketupat bermula tahun lepas..2009..di usia 20 tahun..
konon nak jadi menantu kesayangan pandai anyam ketupat..
sekali dapat tau family belah abi/atok kamu pakai nona segera je.. (-_-!)
tak mengapa..itu tetap pencapaian hidup ibu/nenek..
yang 'cartoon' nye..taun ni nak menganyam ambil masa 20 minit (mungkin lebih)
untuk menganyam sebiji ketupat..
owh..jangan salah sangka..itu untuk ketupat pertama dan kedua je..
lepas tu dah laju..kira 5 minit satu la..(yeke??)
apa pun semoga ilmu anyam ketupat ni berkat dan tak lupa sampai tua..
insyaAllah..panjang umur ibu/nenek ajar anak cucu semua ye..
2 malam sebelum raya kita anyam sama-sama ok!!
tu je kot nak cerita..gambar raya sekeping pun takde..
faham tak ape maksud dia??(raya tak macam raya)
harap raya tahun hadapan dah ada DSLR dan yang penting suasana sangat ceria dan bahagia..
semoga sempat bertemu ramadhan dan syawal akan datang..(^_^)
thats all..thanks..

No comments:

Post a Comment