Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Yassin Buat Solehah Dan Rakan



Beberapa hari yang lepas, saya ditemani rakan saya cik Siti Rahmah telah ke rumah adik Solehah aka adik Naim iaitu di Kg Sri Cheding Banting Selangor.
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki komuter ke stesyen Kuala Lumpur.Setibanya saya dan rakan saya cik Mah di Kuala Lumpur, kami berjalan ke stesyen Bas bagi mengambil bas ke Banting..wehhh!!asal dah macam karangan nak masuk periksa nih???hentikan!!
(pembetulan: cik mah tunggu saya lama kat stesyen kl..sy tak suka buat orang tunggu..tapi tak dapat dielakkan..kene ber"deepavali" dulu kat rumah untie mala baru boleh pergi;( sampai-sampai je ktm tren berlepas depan mata..cuba bayangkan perasaan time tu..bayangkan cepat!!)

okey..baiklah..kita sambung kronologi perjalanan kami ye..kami naik bas lebih kurang sejam setengah..sampai sana singgah surau berhampiran untuk solat zohor, sambil menunggu pengarang jantung datang jemput..berlaku perselisihan faham disitu..ingat Mohamad Naim sedang bertungku..(yang orang dalam pantang selalu buat) punya la hot hangin satu badan nih!! (tipu je...)
sekali rupa-rupanya buat tungku nak masak kambing..wahahaha!!
maaf ye Mohamad Naim..=(

lepas dah selesai semua, Mohamad Naim pun tiba..sampai rumah baru mula baca yasin..sekitar 4 lebih..lupa nak cerita..majlis bacaan yassin ni untuk adik Solehah dan kawan-kawan yang bakal mengambil SPM..sijil Pelajaran Malaysia ye..bukan Sijil Perkahwinan Malaysia!!bukan!!

dah selesai semua solat asar..setelah itu baru di kenal kan dengan kaum kerabat Mohamad Naim..baik sungguh anak-anak buah awak..sangat teramatlah baik..
tapi sekejap je dapat duduk disana..pekul 5 lebih dah nak balik..jauh kan..;(
alhamdulillah..sekurang-kurangnya saya di beri kesempatan itu!

apa pun Good Luck adik Solehah..semoga berjaya dunia akhirat..aminnn..(^_^)v

dengan cik mah ^_^

tak jadi pakai lapis atas tu..takut meriah sangat..

penampilan nak jumpa bakal mertua ^_^
ayu tak??wahaha..spontan ye gambar ni..
credit untuk cik mah for captured this pic by her h/p..thanks!arigato'!

beberapa peristiwa:

perjalanan pergi:

1) on the way nak ke stesyen bas jadi tour guide kepada seorang warga jepun..haip!!haip!!siap dapat pujian..credit buat cik mira dan cik mah..^_^
2) dalam bas ada orang kurang siuman ke hape ntah!tiba-tiba bukak baju owhhh!!!
censored gila wohhh!!takut tiba-tiba tanggal seluar je..NASIB BAIK ia tidak berlaku..

perjalanan pulang:

1) tiba-tiba bas break mengejut..pastu siap nampak kereta kat depan bepusing owhhh!!macam dalam cerita kl drift!!ingat ada penggambaran ke hape..tak!tak!ada eksiden sikit..sikit je..tak melibatkan bas..bas pun sambung jalan..fuhhh!!
2) nak sembahyang maghrib..singgah LRT..nak tumpang surau..boleh pulak surau sekangkang kera nak kongsi lelaki dan perempuan..unrasional wohhh..negara Islam ke???


thats all..thanks..^_^

No comments:

Post a Comment