Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 13, 2010

Mari Memasak


ye anak dara dan anak teruna..mood saya hari ni sangat baik..bangun-bangun mandi..sapu sampah mop lantai jemur baju dan tak ketinggalan..memasak..ye!mari memasak...hari ini nak kongsi cara nak masak kuetiaw goreng untuk seorang!!hehe..;p
bukan apa..biasa nya masak untuk seorang sangat sedap berbanding masak banyak-banyak untuk ramai orang kan..jadi hari ni nak share macam mana nak masak yang sedap gila tuh!!tapi tuk seorang je la..bukan kedekut..tapi bagi mengeratkan silaturrahim..faham tak??makna nya, SILA SHARE MAKAN RAMAI-RAMAI..ye..biasanya benda yang sikit akan jadi lebih sedap sebab berebut-rebut..kan??kan??kan???cakap betul-betul-betul cepat!!
okey..bahan-bahannya ialah...

kuetiaw/kuehtiaw??apa-apa saja yang bentuk nya seperti diatas..
dalam segenggam..jangan genggam penuh perasaan..

sedikit/sebanyak ayam potong kecil-kecil.. nak seketul pun boleh!!sendiri nak makan..kan..

bawang putih ditumbuk guna batu lesung..kalau malas blend pun boleh..(sila jangan malas/malas sila beli siap)

hah!!bahan-bahan perasa..sos tiram..kalau ada kicap pekat pun boleh..
yang kreatif tu Mohamad Naim aja guna..;)

sayur-sayuran..baik untuk kesihatan..;)

cili giling..cili padi/cabai potong kecil-kecil/kontot/pendek..siapa suka pedas sila letak banyak!!

sebiji telur...

eheh..sedikit minyak..

tadaaaa!!dah siap..dah selamat dalam perut dah...sayur ni dah TERlunyai sebab TERlama..;(
lepas ni tak buat dah!!!

ok cara-cara nya..
1) panaskan minyak dan tumis bawang putih kemudian letakkan cabai giling..
2) letak/campakkan ayam dan kemudian telur..
3) letak/campakkan kan segala perasa yang ada..
4) letak/campakkan sayur sawi..
5) letak /campakkan kuetiaw..boleh letak kicap kalau nak nampak hitam..
6) letak/campakkan togeh
7) angkat dan letak (jangan campak) dalam pinggan..tabur cili potong-potong tadi..
8) takkan nak kena ajar jugak???makan laaa!!!!

p/s : boleh letak timun dan tomato sebagai hiasan..

anda mampu memasaknya..^_^

thats all..thanks..;)


No comments:

Post a Comment