Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

Annual Dinner



ehem.annual dinner semalam.tau kejut mengejut antara satu sama lain.maka pakai tak boleh nak grand sangat la kannn..kang minta theme pelik-pelik celah mana plak nak kokak.so theme yang diberi adalah sporty smart attire.waktu nak keluar rumah umi pelik.eh,nak pergi dinner pakai macam ni??-__-"







oh..i am the winner..^__* 2 games sebenarnye ada hadiah.lagi satu tu group.kena share.so nanti kat office kita bahagi-bahagi kasih ye..eh-eh.bahagi hadiah..ehemm..yg treasure hunt tu kann..menang atas beberapa sebab.yang best dia nak 1 tudung biru.dan memang saya lah orang yang betuah itu.eh,kumpulan saya la bertuah sebab ada saya.heh.sebenarnya dah rancang-rancang nak pakai baju jersey bola malaysia yang kuning tu..sekali tuhan menakdirkan saya pakai jersey warna biru.so tudung pun berubah sama jadi biru.bak kata sumi dengan michella,"tergantung amalnya.~ ehemm..





pilih lagu nak karokkk...tapi bape orang je pun yang karokk..cd hilang laa..orang nya hilang laa..-__-"



pulang hampir jam 1 sebab tunggu abang sumi datang amek ia..borak-borak dalam kereta.dia teka saya bintang leo.yabeda bedu.saya memang leo.kadang-kadang berubah jadi cancer.kau mampu?-__-'

selamat berlalu tahun 2011..come to mama 2012..*,*

may Allah bless us..semoga kerja bertambah berkat.semoga segala urusan dipermudahkan.

Tuesday, December 20, 2011

Apasal?

Apasal blog ni macam pelik?macam banyak benda hilang time nak buat new post.apasal?ini menghilangkan mood nak menaip.-__-"

Sunday, December 18, 2011

Sabtu Ahad

oh pening nak post entry ni..ada benda yang hilang.bila nak muncul semua.macam ni la kan pakai domain free..ko takyah nak potpet potpet lah.buat mana yang mampu.yedak?

ini seharusnya minggu lepas punya cerita sabtu ahad.pong pang pong pang dah seminggu punya cerita.haritu buat separuh jalan.ni baru nak post.memang barjaya.

Gambar tak teratur.boleh?sebenarnya gambar kat ict bawak budak kecik 3 orang.yang lagi 3 orang dah besar.jadi berenam kesemuanya. esok pagi ahadnya pergi mandi sungai sejuk yummy yummy. balik dari ict malam sabtu tu sampai rumah dah 2 lebih pagi ye.sampai si kecik sekali tak reti nak tido-tido tapi tak pulak menangis cari mama dia.tapi tak nak tido.mau pukul 4 jugak si kecik tu tido agaknya.

pagi esoknya hampir semua pengsan.lepas subuh hampir semua (hampir)-__-" sambung tido dan berjaya celikkan mata sekitar 10 pagi.sekecik yang tidur paling lambat bangun dulu.tak menangis.ajaib.berjaya sampai di frim sebelum jam 11..singgah beli roti canai+nasi lemak dulu bawak ke tepi sungai.sungai 10 minit dari rumah.rumah di kl.kagum.-,-





Saturday, December 17, 2011

Solehah

Semalam episod akhir.saya berjaya menghadirkan diri di dewan muktamar balai islam.
balik kerja umi terus datang ambil.dari chowkit nak ke masjid negara ambil masa hampir 45 minit?heh.

kenapa semangat sangat?sebab Amie sofia mak su saya.saya juga ada banyak maksu.boleh?~
mak amie dengan nenek saya adik beradik.jadi maksu amie dengan ayah saya sepupu.dulu pernah sekolah sama dengan maksu Amie di IQKL.masuk-masuk maksu kata, mira jangan panggil maksu amie taw..panggil kak amie je..heheh;'p

yang lagi kartoon bila umi ayah datang lawat dia dengan pakteh amin (abang maksu amie) jumpa ayah dengan umi..borak-borak bahasa kan diri amie-amin-abang latip-kak pah. padahal umur dia waktu tu mungkin dalam 14 15 tahun.umi ayah dah 50.heheh;'p

what the hey ye cerita relationship bagai ni.ye.itu mukaddimah.hehe

tahniah maksu amie!nanti bawa mira jalan-jalan naik kereta baru tawww...;') maksu amie saya dapat no 1.jujur kata maksu amie punya penyampaian memang terbaik.tapi tajuk dia malam tu tak lah berapa menarik perhatian.saya lebih tertarik dengan dakwah mariyam.

teringat zaman sekolah dulu boleh pergi kat taman kuala kengsar tu pergi tegur orang tengah couple tu..hehehe..memang kelakar.

dan wan nor mazuani memang berani!very taw!bukan sikit-sikit punya berani.dia tak sampaikan tajuk yang dia patut sampaikan.-__-"

waktu dia minta maaf cakap dia takkan sampaikan tajuk yang sepatutnya.tapi nak bagi pengertian solehah bagi diri dia,satu dewan senyap sunyi.muka mf(manager flow) abang amin macam tenganga tak tenganga jugak la muka dia.kan sepatutnya sorang 3 minit.tapi dia memang dah lebih masa laa..

waktu announce no3 saya teka no 2 mesti wan tu.betul.waktu announce no2,saya teka maksu amie no1.alhamdullilah.betul lagi.;') sebab saya yakim maksu akan dapat antara 1,2,3.saya yakin itu.;')

oh ya, adik renny sangat comel.;'p sangat ok..

dan,saya tak sempat bergambar dengan maksu sendiri.saya balik 12 lebih beliau tak keluar-keluar lagi dari press conference.T__T

jadi, marilah kita sahut pictureless saturday.boleh?nak tengok gambar peserta-peserta solehah sila google.sekian.

Wednesday, December 14, 2011

Rindu


hari ini rabu.orang lain mesti post wordless wednesday.tapi saya?haku dulik hape..hari apa pun rasa terlintas nak menaip saya menaip.maaf.wordmore everyday.-__-

rindu siapa?saya rindu suasana itu.itu mana?sekitar 10,11 tahun dahulu.saya berada dalam persekitaran yang orang keliling pakai tudung labuh.easa nak menangis taip ni. ya Allah..kau kembalikan aku ke kelompok itu.T__T

masuk kan aku ke golongan yang sedikit ya Allah.iaitu golongan yang beriman kepada mu.

kerja sekarang,memang 90% melayu islam.tapi nak cerita pengalam firstday saya.saya pakai baju kurung.hr suruh balik pakai office wear. O.o baju kurung bukan office wear ke?saya pakai tudung.tak labuh. tapi dia suruh saya masuk kan tudung dalam baju.T__T sempat bagi kata-kata kurang berhemah kat saya. "nak pakai tudung tak salah,janji bergaya." saya ingat kata-kata tu sampai sekarang.bukan nak dijadikan pedoman.tapi sempadan.

saya rasa nak je cakap kat dia.biar tak bergaya.janji bertudung.ye.saya memang cukup malas nak bermakeup.harap maklum.barang make up sume stock tak habis setaun.silap-silap 3,4 tahun pun boleh tak habis.nasib semua hilang macam biskut chipsmore.

ya Allah..betul-betul rindu zaman itu.dari kecil sekolah agama.tak pernah rasa terpaksa nak pakai pakaian sempurna.tapi memang persekitaran mempengaruhi saya.dari zaman sekolah sampai ke kolej.berpakaian lengkap bukan suatu yang asing buat saya.

dulu saya jadikan alasan naik motor sebab saya tak berpakain lengkap.pernah berazam ada kereta nak pakai pakaian muslimah.sekarang salahkan persekitaran kerja yang tak membenarkan.

ya Allah..hentikan semua alasan-alasan ini.kirim dan tempatkan aku ditempat yang terbaik disisi mu.amin ya Rabb..;')




zaman itu...

Sunday, December 4, 2011

Family Day TRC 2011




hai blog omey-omey..cian ia uchuk-uchuk tuan blog tak update blog ye..meh nak update kisah semalam dan hari ini.walau badan masih lenguh-lenguh hasil usaha gigih tarik tali lari-lari dan sebagainya.

yup!TRC stands for Tokwan Rashid Clan!

where??Janda Baik..^__^,

the place.nice.cool.awesome!


pemandangan dari dalam villa!

makan deghian dulu..haruss...



cicit tokwan rashid!hoyehh..

rahimi menikmati sungai di janda baik..


my group!!Eagle!!ada 5 group kesemuanya.

first game!treasure hunt.


Eagle lagi..the champion harus ada gaya.kann..
tarik tali!kesungguhan mak ngah saya.


si kecik tarik tali.

si besar tarik tali..O.o

ehemm..jauh meninggalkan markah tempat kedua.

with kak alia awesome.

umi+tok.LOVE.

tok dan cucu

tok dan cicit.

sekitar 20+- tahun dahulu.

20 tahun kemudian. yes!all of us TRC!

al fatihah buat arwah tokwan Hj Abdul Rashid bin Abdul Hamid.semoga tokwan tenang di alam sana.Doakan silaturrahim ini berkekalan ke akhirnya. ya Allah..sihatkan tok kami Hajah Balkis Binti Abdul Wahab. panjangkan usia nya dalam keberkatan.limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu buat kami sekeluarga ya Allah.suburkan lah rasa cinta ini.Amin ya Rabb..

Wednesday, November 23, 2011

Emo 2

yup hello..nak sambung bergossip..pasal pemuda emo semalam.hari ni emo lagi.
mula-mula sembang pasal kereta..masuk bab bangun pagi pukul 8 la blah..blah..saya pun,bangun subuh kul berapa?lepas tu dia pun macam gagap tak gagap.tapi emo tu emo lah.

saya kata lah..tak leh kawin lagi la ni..tak cukup syarat..rejected..lepastu emo dia pun meledak..ko reti masak ke?saya pon..boleh la sikit-sikit insyaAllah..pemuda:ko reti buat rendang?saya:anyam ketupat lepas laa..wat rendang tak pernah try.ye saya pernah masak.tapi time tu dengan kakak sedara.tak pernah masak sorang.

dalam hati, ehh..semayang tu wajib kot.masak tu tak pernah pulak ada ayat quran kata wajib pandai masak.-__-"

lepastu pemuda tersebut emo lagi.dari semayang tapi duk mengutuk orang..tak lengkap kan ibadah dia.saya:eh,tak lengkap dengan tak buat langsung tu lain.baik lagi kutuk orang tapi still semayang dari kutuk orang semayang pon tak..yedakk??

lepas tu emo dia menggila.pemuda:ko tak payah nak tunjuk pandai la..dari semalam kan ko cari pasal.ko pergi luar sana.sekarang aku ada kuasa.aku supervisor ko nak duduk dalam ni kena ada kebenaran aku..bla..bla..bla..

saya pun kemas-kemas dia duk bebel-bebel lagi.saya memang tak lah nak lawan orang tengah emo macam tu.bukan takut.langsung tak.yang pemuda duk halau-halau..aku blajar lagi tinggi la..jangan ingat ko pandai sangat bla bla bla..saya:eh Diam!!sambil jegil mata.dalam hati ko ingat aku takut?aku malas nak layan je.ada kakak lagi sorang duk tenangkan pemuda.sambil risaukan saya..

lepas tu pergi makan dengan akak tu.kuat betul mira.kalau akak nangis dah..salah ke tak ke.dia tu memang macam tu.tak matang lagi..dengan bla bla pun dia gaduh haritu.tapi yang bla bla tu jenis melawan..tu lagi teruk gaduh..mira boleh cool je..takpe..tak payah layan dia tu..

huhu..memang tak layan la..silap besar la.sikit tak gugat.ko nak benci aku?ada tercuit ke?langsung tak.kalau ulama' ko tak respect,apa lah yang boleh diharapkan.bukan ulama' lah.Allah yang cipta kau pon kau tak respect..haha..kalau lawan memang aku sama bodoh kan.moga Allah masih mengurniakan akal yang waras buat aku.

memang saya tak alim.tapi saya seronok tengok orang yang lebih baik.saya malu bila jalan sebelah orang yang pakai tudung labuh.pakai stokin.saya malu saya tak mampu nak jadi sebaik tu.takkan kita tak mampu nak buat, kita nak kutuk-kutuk pulak.dah la tak buat.cari lagi keburukan orang.ingat orang semayang tu baik?ingat orang bla..bla..deyyy..malu laa..

apa pun saya cuma berdoa semoga pemuda tersebut diberi hidayah..

sebelum nak balik tadi..
k kak..nak balik dah..bye kak dot dot dot..
bye encik pemuda..;')

ye saya maksudkan apa yang saya taip diatas.

senyum.tak perlu kata apa-apa.

Tuesday, November 22, 2011

Emo

Bismillah..cuma mahu berkongsi kisah.yang berlaku hari ini.

kerja saya sekarang hari-hari jumpa orang indonesia.hari ini nak dijadikan cerita ntah macam mana seorang warga indonesia wanita muda tiba-tiba mengaku dia pernah mengundi.dimana?di Pulau Pinang.ya Malaysia.

asalnya berborak yang saya pernah ke Palembang Indonesia.waktu saya pergi sedang musim mempromosi diri supaya diundi (berkempen). di sana terlalu banyak parti.berpuluh-puluh tak silap lebih empat puluh parti. tiba-tiba (gelarkan wanita tersebut embak) embak tu cerita pernah mengundi di Penang. kata nya bos tanya umur dan panggil ramai masuk dalam pejabat untuk pangkah undi.

jadi spontan saya kata pada teman kerja,kira undi hantu memang wujud.mana spr yang mati-matian kata undi hantu tak wujud? (yang persoalan cuma dalam hati)

tapi lepas tu seorang teman kerja marah-marah.katanya dia tak suka malukan negara sendiri.ok yang itu boleh diterima.masih tersenyum.lepas tu emo jangan jadi macam anuar ibrahim kutuk caci negara sendiri dinegara luar.~melalut~

yang tak boleh terima siap kutuk tok guru nik Aziz siap caci maki(kisah benar bukan rekaan) dan kata cabut kopiah letak kat kaki pijak-pijak.memang emo~ lagi dia kata ustaz apa doa minta benda tak elok.saya kata nabi nuh dulu pon doakan diturun bala pada umat yang taknak ikut baginda.beliau kata sekarang ko umat nabi apa?nak jadi macam kaum luth yang lelaki dengan lelaki?~pening~memang melalut orang yang tengah emo.

saya cakap prinsip saya simple, tengok keluarga pemimpin tu.anak bini dia ok tak?klu anak-anak kaki clubing,bini tak boleh nak pakai tudung.tak boleh nak ajar keluarga sendiri taat Allah, agak mampu tak dia nak pikul amanah nak jaga kebajikan rakyat yang lain?kalau amanah yang Allah bagi untuk jaga keluarga yang kecil pun tak boleh nak penuhi..memang wassalam.~

oh,ada juga pasal hudud.dia kata mana boleh hudud dimalaysia.habis nak potong tangan orang cina india?saya nak jawab.di sampuk-sampuk.saya pon hangen la.sekejap,tadi tanya kan,ni bagi mira nak jawab.

sekarang ni memang tak ada masalah.zaman nabi dulu pun bukan semua islam.(ada sesi sampuk menyampuk) kat Malaysia pun masih ada mahkamah sivil dan mahkamah syariah.yang cina india boleh pergi mahkamah sivil.blah blah bagi contoh kes blah blah..T__T dia diam.

yang pasti dia mengaku sebagai ketua pemuda di kampung beliau.
wahai kawan.jangan lah terlalu emo.nasib borak nya dengan saya yang tersenyum je walau tangan ketar-ketar menggigil orang kutuk tokguru depan mata kepala dua belah telinga.pehh..memang harap time tu kilat sambar menyambar sambar dia biar mulut herot berot ke..ya Allah..sebenci-benci aku pada sesiapa tak pernah sampai tahap nak maki hamun.ni kan pulak tok guru. selama ni baca orang post kat fb je.bila berdepan dengan orang macam ni..ya Allah..semoga Kau beri petunjuk buat beliau.~





Sunday, November 20, 2011

Selamat Ya Pak Akib


Pak Akib.Sejak mula bekerja di MIR (Mandiri International Remittance) Pak Akib adalah pendamping saya..apakah?ye,selama sebulan saya banyak bersama pak Akib.malah hasilnya telor (bukan telur ayam) indonesia dah semakin fasih.lepas ni boleh pergi shopping kat indonesia dan mudah untuk tawar menawar.^__^.

tapi..pak Akib dah tinggal kan MIR..selama 8 bulan je pak Akib ni diimport kesini dari Jakarta.
mungkin akan ke dubai selepas ni.apa pun didoakan pak akib sihat dan berjaya dunia akhirat.

saya senang berjalan dengan pak Akib.eh??berjalan?bukan sepatutnya ayat bekerja ke?kahkah.kan saya memang dibayar gaji untuk berjalan.jalan kaki okeyh.-__-"

kenapa senang?yang utama sebab kami mempunyai matlamat yang sama.kami sama-sama ingat nak sembahyang bila dah sampai waktu.pak Akib ni sebenarnya macam lembut sikit.sikit je.tapi masih kelakian.(rasanya) -__-"

pak Akib anak bongsu..mak bapak dah meninggal..T__T belum berkahwin.masih lajang (teruna) ye.semoga pak Akib cepat jumpa pasangan yang baik-baik yang layak dapat pak Akib yang baik..

Pak Akib penyabar,baik,rajin.terima je bos yang perangai ntahapeape tuu..nanti akan ada pengganti pak akib..sebaik pak Akib kah?semoga lebih mudah bekerjasama.

semperna hari terakhir pak Akib bekerja di MIR,maka jumaat lepas kami merayakan (eh macam happy pulak orang nak pergi kann) kepergian pak Akib.
meh saksikan orang happy nak makan..



ini pak Akib.semoga kita ketemu lagi ya.tunggu aku di jakarta ya Pak Akib..;')

gambar banyak dalam kamera ibu diah.nanti kalau dah ada try letak.

sejujurnya suasana disini lebih best sebab takde geng-geng.semua ngam boleh hantuk kepala bersama.mungkin kerana semua masih muda remaja.usia semua lebih kurang.dan staff tak ramai sangat.jadi seronok!happy sebenarnya jalan dengan diorang.

bulan 4 ibu diah nak kahwin di bandung.mungkinkah akan sampai dahku ke Bandung?Bandung nantikan dahku..^__^,

Wednesday, November 16, 2011

Perkara Kecil Yang Besar

tersenyum lah duhai blog tersayang..tuan mu hadir menghadap sambil menaip-naip menyusun kata.
kerana ada kisah yang nak di panjangkan.pasti pengajaran buat anak cucu nanti.

hai anak,tadi ibumu pulang menaiki train KTM.naik dari mid valley..pulang dari kerja ye..bukan pulang bershopping.hindari lah diri kamu dari bershopping terus.(okeyh dah ayat indon sikit terus letak dekat belakang)

bila sampai di kl sentral ramai yang turun, maka ibumu pun dapat lah tempat duduk. tengah ibumu duduk sambil bermessage-message dengan abimu sambil tersengih-sengih, boleh pulak mata ternampak untie cina tak berapa nak tua (masih gagah untuk berdiri) menggendong beberapa beg.tapi mata lebih simpati pada sebuah beg plastik yang didalamnya punya sebiji tembikai dan beberapa barang lain.ye tembikai. watermelon bakal anakku. isipadu keseluruhan plastik dianggarkan seberat 2-3kg..lalu hati terasa simpati.pasti berat pegang begitu terus.

lalu ibumu minta beg yang ada tembikai tersebut.bukan minta untuk makan free..cuma mahu tolong pegang.untie tu punya lah berterima kasih bagai nak rak..dalam hati,eh,untie ni ingat aku nak bagi duduk ke..serba salah juga dibuatnya. lepastu dalam masa yang sama ada 2 gadis cina hampir sebaya ibumu berborak dalam bahasa cina..disebabkan ada darah daging cina..rasa macam kuat telepati tersebut..terus mencelah,u nak turun mana?train yang lagi satu tu sampai kepong sentral.kalau u nak naik sampai kepong sentral boleh naik train tu.conform ada seat.train panjang.jelasku dengan lagak kak long yang sangat mengetahui hal luar dalam train KTM.terus ramai pulak yang turun naik train lagi satu.boleh duduk!solved problem!

untie yang tuan kepada tembikai pandang lagi.terus pegang-pegang tangan usap-usap tak henti-henti cakap baik nya u..-__-" sebelum nak turun time nak bagi tembikai tu duk puji lagi sambil usap pipi lengan bagai..-__-"

bukan bangga..sikit pun tak.sebab kadang-kadang hati jahat.bila nampak orang mengandung pun fikir 50,60 kali nak bagi duduk ke tak..hati belum sesuci murni itu..tapi bagi tu bagi..yang menyampahnya mesti nak kena lawan syaitoon dulu..tak boleh ke kalau nampak je terus automatik bangun bagi duduk?

tapi itu lah yang nak cerita..kadang-kadang benda kita rasa kecil tapi besar bagi pandangan mata dan hati orang lain.bukan mesti buat benda-benda besar baru dikira perkara baik.
yang termudah cubalah senyum sentiasa.kan senyum tu sedekah..^____^

selalu rabu-rabu ni wordless wednesday..tapi saya word-more everyday..boleh??sekian~

Tuesday, November 1, 2011

Petaling Street Warriors


ehem..tiba-tiba mood nak melayan wayang ye..
selaku seorang teenagers(teen lah sangat) saya selalu mengikuti perkembangan (tak pernah kuncup) SAYS.my. latest website tersebut update pasal cerita baru Namewee iaitu Petaling Street Warriors. sepertinya bakal mengajak Jejaka Idaman ke Golden Screen Cinemas berhampiran untuk menyaksikan cerita baru ini.



tapii..ye tapi..saya memang nak tengok cerita Namewee ni..haritu tengok Nasi Lemak 2.0 pun saya rasa jalan cerita nya sangat menarik.selaku anak kepada ibu yang berbangsa Cina dan beragama Islam, maka saya tak bias dan memang pernah layan cerita cina kat wayang tak tipu..

ingat lagi pernah melayan cerita hape tak hingat zaman berhingus dulu.punya melayan cita cine dengan bill (bukan bil eletrik)..kadang-kadang tak faham..tapi semua gelak kitorang pon pakat gelak.kahkahkahT__T dalam wayang tu rasanya kami berdua je melayu.

tapi saya tak pernah serik!sebab bangga duduk di Malaysia yang boleh layan segala jenis cerita.bukan sahaja cerita melayu bahkan cerita cina, tamil, english dan paling tak boleh dilupakan korea.;')

makanya segala manusia.ayuh lah kita saksikan beramai-ramai movie ini.jangan risau.saya yakin dan pasti ada subtitle turut disertakan.

dalam wayang sila jangan buat perkara yang tak senonoh.pergi tengok wayang.jangan duk buat wayang..sekian..~


Sunday, October 30, 2011

Kebetulan

Sejak kebelakangan ini.(dalam sekitar 6 bulan,eh tak setahun.)
saya mengalami sindrom kebetulan memakai warna baju yang sama dengan tema perkahwinan.
pening?

mula-mula just cakap dalam diri..sengih sorang-sorang berangan sendirian.

tapi dah obvious sangat kottt..semalam pakai baju kurung hijau putih. tema memang hijau putih!boleh??kenapa tak merah putih ke biru putih ke..kenapa kena sama dengan baju yang saya pakai??

hari ni, pengantin pakai warna kelabu/silver.kita serupa.T__T

sebelum-sebelum ni sama biru lah hijau lah.argh!geram tahu.

tak mengapa.sabarlah jiwa.

tadi pergi kuliah maghrib..sambil tu standard lah kaum hawa..mesti nak share cerita hot and spicy ni. duk sembang kenduri tadi pukul 2 dah habis lauk bagai..saya pergi kenduri pukul 12 lebih memang masih ada.cuma nak air orang sebelum saya siap tonggeng kan bekas air tu.T__T saya pun terus duduk tak ambil air..dah tu baru umi ambil kan.

bagi saya ini berita yang sangat digeruni oleh orang yang melakukan kenduri. sebab tujuan buat majlis memang lah nak bagi tetamu makan. bukan datang tengok kemah yang cantik ber bling-bling serta kerusi yang gedabak di atas pelamin. ye, tujuan majlis adalah beri makan.

ya Allah..Kau permudahkan dan selesaikan segala urusan dan masalahku.
rasanya bagi kita-kita yang belum laksanakan kenduri, marilah mula berdoa agar urusan pada hari bahagia tersebut berjalan lancar. semoga Allah terima salah satu dari doa kita yang sekian lama.

Barakallah hu lakuma..

Thursday, October 27, 2011

Pon Boleh

nampak percikkan air tu tak? saya photographer nye.. ^__^,
nak tempah khidmat saya? tak payah.

tangkap gambar tu pakai handphone sony ericsson C510a je kott.kah kah kah.

DSLR, rasanya saya belum perlukan kamu..(nak sedapkan hati) kata belajar keperluan dan kehendak..kann..rugi kalau tak aplikasikan ilmu.. jadi DSLR buat saya dalam waktu ini sekadar kehendak dan bukan keperluan. sekian~

Wednesday, October 26, 2011

Welcome To Mandiri


hohoi..dah farewell terus sunyi sepi tanpa khabar berita..
heheh..ambil masa nak hirup udara tempat baru..

standard..banyak rumors yang didengari..ada positif..ada negetif.aku?
terpulang pada diri nak jadikan positif ke negetif.jangan biar diri kita tenggelam dalam keadaan sekeliling.biar kita yang tentukan dan buat kan keadaan sekeliling yang ngamm dengan diri kita..

bukan hebat.menangis pun ada.tapi dah memang ini aku..tempuh je..Allah yang tentukan kat mana kita berpijak semalam hari ini dan esok..pasti ada yang terbaik sedang direncanakan.

yang pasti aku bakal menambah sejarah hidup..betul-betul universal.ingin diulangi secara ringkas sejarah hidup. sekolah ambil sains..tulin lagi..lepas tu sambung belajar syariah undang-undang.tak nak kalah.time cuti sem pernah kerja sebagai security kat carefour..hambikk..tapi dalam office laa..setelah itu praktikal di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). kemudian lagi praktikal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL.sambil siap kan assignment jadi cikgu tadika di PASTI setelah itu jadi guru ganti di Sekolah Rendah Subang Jaya. Setelah itu tolong kakak sedara jaga taska..jadi babysitter..lepas tu ke QBE as assistant credit control.now marketing..hambikk..lantak perenggan ni panjang..haku tak dulik..

ok meh saya perkenalkan pada pekerjaan baru saya..mula serta pada tanggal 18 oktober 2011..
sebagai marketing staff..-__-" nak kata marketing officer pon bolehh..pasal benefit agak officer dari kat QBE dulu..benefit clerk. tapi bila dah buat kerja seminggu dah tak macam officer plak dah..macam promoter pon hado..kah kah kah..T__T tangisan dalam tawa.


ini pintu office.


ringkasan: mandiri remittance adalah anak kepada bapa nya yang bernama Mandiri Bank di Indonesia. sekian~
kata ringkas kannn..mana boleh cerita panjang-panjang..;')


saya juga telah bekerja disini..~ bukan sebagai kontraktor ya.


ini katanya artis. ira namanya.maaf tidak kukenali.indonesia ni ramai sangat retiss nya..tapi kan..waktu dia buat konsert,dalam hati nak je aku panggil jejaka idaman naik nyanyi atas pentas..T__T opss maaf..termasuk gambar perut abang rizal..

gambar di kawasan kongsi adalah untuk membuat survey bagi mengadakan road tour bersama celcom dan mandiri..

seronok kerja baru..berjalan-jalan..dan kata nya pak akib aku bakal kurus sebulan dari sekarang..sama-sama kita nanti dan saksikan..-__-"

Ya Allah..Permudahkan segala.tempatkan aku dimana seharusnya aku berada..aminn ya Rabb..;')


Monday, October 17, 2011

Farewell



rasanya saya dah cuba untuk lakukan ending yang terbaik.

kan style saya memang kacak.-_-"
hampir 70% manusia yang halal untuk saya cium saya cium pada hari tersebut.accountant pon terkejut.nasib bos saya lelaki.maaf tak dapat buat pengakhiran yang terbaik.kahkahkah






kesayangan saya di QBE mummy suzanne..;')




suz(suzanne)..rindu nya..T__T


2 sistem ni mesti nak mengadap hari-hari..;') kalau tak tak jadi kerja.bukan takat tak jadi.tapi memang tak kerja.

tengok kepala boss saya Encik Othman..;')

access card..;')

mula merindui..tapi kena teruskan kehidupan. sangat selesa disini. saya masih muda.perlukan cabaran yang lebih.;')

Ya Allah..yassir wa la tu assir..