Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Cara Nak Beranakkan Duit


hari ini saya nak bongkar kan rahsia saya selama ini..mula-mula saya nak cerita sikit..


waktu tu saya takda kerja tetap lagi..saya pernah kerja sementara dekat PASTI..sebulan..kawan umi minta tolong..(RM400)

lepastu jadi costumer service..saya kerja 6 minggu je..Jiran Depan minta tolong..(RM1200)

lepas tu dapat guru ganti dekat Sekolah Kebangsaan Subang Jaya..Paksu Introduce..(RM1600++)

lepastu last tolong kakak sedara jaga taska seminggu..(RM200)

kali pertama saya minta kerja time cuti semester dulu..saya kerja di Carrefour tak sampai 2 bulan..

lepas habis belajar just kerja yang orang minta tolong..-_-'' sambil-sambil minta kerja dengan cara tengok kerja kosong di internet then download borang..isi borang..pos..jangan cakap saya takde usaha ye!T_T

tengok bukti!! web most visited peluang kerjaya top3 okey..memang hari-hari la bukak..-_-''


okey..cara nak beranakkan duit..mula-mula ambil duit jantan dan duit betina..lepastu satukan..lipat-lipat simpan dalam laci yang simpan pakaian dalam...apa-apa la yang pakai didalam..seluar dalam, baju dalam, boxer..kain dalam,skarf dalam tudung pun bolehhh..ada ke duit jantan duit betina??mesti tak ramai yang tahu..cara nak kenal..lihat nombor siri duit tuu..tgk nombor lasttt sekali..kalau nombor ganjil jantan..no genap betina..





































wehhhh!!!!!!!!!!!ada ke yang percaya???astaghfirullah hal azimmmmm....hadoiii..ada lagi ke cara-cara macam tu??boleh pakai ke??kalau duit boleh beranak macam tu..takde orang susah la dalam dunia ni...aduyaiiii...

maaf sangat ye..ya ampunnnn..kali ni serious..senyum semua senyum..nak bagi ilmu ni...^_^,

cara ni sangat teramat insyaAllah 100% tepat..setiap duit yang kamu dapat, kena bagi dekat mak bapak sikit..percayalahhhh....dengan itu duit itu akan beranak..tak percaya??

mula-mula saya kerja tadika..gaji RM400..saya bagi umi saya RM200..tak lama lepastu jiran minta tolong kejap jaga pusat tuisyen cikgu dia..kerja 6 minggu gaji RM1200..ok lahh tu..kerja sangat enjoy..masuk pukul 2 petang..balik 8.30 malam..kerja calling je budak-budak yang tak datang tuisyen..dapat gaji tu saya bagi umi RM700..

tak lama tu paksu ajak mengajar cikgu ganti..sepatutnya gaji RM1100++ je..tapi sebab apa ntah dapat bonus RM500 untuk pekerja kerajaan..jadi saya yang tak sampai 2 bulan pun dapat..dapat la RM1600++..rezeki kan..^_^,.. Bagi umi RM500 tak silap..kena kurang sebab dah banyak commitment..nak bayar ASB kan..

lepastu tolong kakak sedara jaga taska dia bagi RM200 bagi umi RM100..Lepas ni??

InsyaAllah lepas ni dapat kerja tetap..;') walaupun tak dapat government..takpa..rezeki kat mana-mana kan..maaf sangat..bukan nak cerita saya bagi duit banyak kat umi saya..bukannn!!!tapi nak cerita lagi kita bagi kat mak bapak lagi bertambah-tambah rezeki kita..
saya percaya lepas ni pun saya takkan mampu nak bagi separuh gaji saya..lepas ni nak kena bayar ini, bayar itu..dan saya rasa apa yang saya bagi kat umi tu pun sangat lah teramat sikit berbanding pengorbanan umi membesarkan saya sampai dah besar gedabak betull nii..T_T

saya suka perumpamaan ini: "duit boleh diibaratkan seperti pokok..pokok jika terlalu banyak dan rapat-rapat takkan membesar dengan baik..waktu kecil kita kena cabut pokok-pokok yang terlalu banyak..buang sikit untuk pastikan pokok terus subur..macam tu la dengan duit..kena keluarkan sikit untuk biar duit tersebut membiak..;') itulah sebenarnya hukum alam..Allah maha mengetahui dan sebab itulah diwajibkan zakat..cuma manusia tak semua yang nampak hikmahnya..;')

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. harapan mereka kenyataan. kasih mereka berkekalan. Benarlah sabda Rasulullah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa."

selamat memberanakkan duit anda..v(^_^)v

thats all..thanks..;')

12 comments:

  1. nice entri...suke baca..betul tu...dapt gaji jgn lupa mak ayah...wajib ada peruntukkan utk mereka...

    ReplyDelete
  2. Aku pernah dengar gak teori ni. Tapi mat saleh nyer style. Dia kata setiap kali dapat duit, sedekahkan setengah kat mereka yg memerlukan. Mesti duit kita tu nanti datang balik dengan berlipat kali ganda

    ReplyDelete
  3. boleh ke duit tu d kawen kan..hahaha..

    ReplyDelete
  4. yaya: thanhs ye..;') dtg la selalu...ye..wajib tu..bukan sunat lg..tp wjb..hehe

    ReplyDelete
  5. sicko: boleh jugak..mak bpk lg afdhal...tp klu takde mmg elok la bg kat mereka yg memerlukan..;') thats the concept..what u give, u will get back!;')

    ReplyDelete
  6. dulu waktu kecik2 , anis penah tnm duit syiling . knn2 nnt jd pokok duit . byk la duit . ( zmn sekolah nak duit syiling je , naif lg ) ..

    esok2 korek blk , duit tu da ilang . abes duit inggit kite . sedey woo . harapan nak duit , last2 ilang

    ReplyDelete
  7. huhuhu..katun..dulu penah gak tanam..tp bkn duit..konon2 tanam..nnt dh besar nak korek la..tak ingt dh tanam apa..yg lg malang dah tak ingt tanam kat celah mana!!heheheheh;'p

    ReplyDelete
  8. like!(sambil mengangkat ibu jari kanan)

    maka mahsyurlah kata-kata "siapa yang banyak memberi dialah yang paling banyak menerima. tetapi hakikat memberi bukanlah untuk menerima" eceh ;P

    ReplyDelete
  9. thanks ye..;') sama-sama lah kita banyak kan memberi lepas ni..;')

    ReplyDelete