Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 20, 2011

Pengajaran Hidup: Kita Semua Adalah Khalifah


hari ini saya yang tak berapa nak sempurna, nak kongsi sedikit pengajaran hidup yang saya alami hari ini..mungkin boleh dikongsi dengan kalian amnya dan buat anak cucu khususnya..

saya sangat suka dengan konsep khalifah method..mula berjinak-jinak dengan khalifah method ni bila baca buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. boleh juga lihat laman web beliau disini.

jika dapat kita hayati method khalifah ni, insyaAllah kita tak akan bermegah dengan apa yang kita ada, dan tak kan terlintas dek akal untuk menghina yang lain nya..

alhamdulillah..hari ini pagi tadi, saya dah membuat wajah manis sambil tersenyum dekat uncle alam flora..ye saya bangga!!sampai malam ni saya bangga tak terkata...uncle tu india..bila saya senyum dia angkat tangan sambil tersenyum, dan saya balas sambil angkat tangan balik..bila saya taip ni sungguh air mata bergenang..saya sangat bangga untuk apa yang saya lakukan pagi tadi..

betul kata-kata hikmah, senyum dan ceria dari pagi..insyaAllah kamu akan gembira sampai malam..alhamdulillah..itulah saya..saya boleh tersenyum sejurus saya bangun tidur..insyaAllah..syukur sangat-sangat..dulu waktu diasrama bila bangun 5.30 pagi, terserempak dengan kawan-kawan lain di tangga, selalunya saya akan senyum..dan kadang-kadang senyum saya tak berbalas pun..tak pe..saya faham..memang ada sesetengah orang dia bangun pagi belum dapat mood..;')

berbalik kepada uncle alam flora tadi, bukan la saya gatal nak senyum-senyum dekat orang.. tapi tak tahu la kenapa..memang nak senyum..tak de langsung rasa jijik nak pandang ke apa..walaupun kerja dia "kerja busuk"..tapi secara jujur nya saya sangat lah respect kepada mereka..sanggup buat kerja busuk demi cari rezeki buat keluarga..saya juga sangat berharap uncle alam flora tu akan gembira sepanjang hari..saya harap dia sedar ada orang yang menghargai kerja yang dia buat..saya harap sangat...

kalau takde mereka, bagaimanalah muka bumi ni..mesti penuh dengan sampah merata-rata..bukan semua sanggup mengecilkan jiwa untuk menjadi manusia yang mulia..saya doakan suatu hari, mereka layak mendapat gaji setaraf dengan mereka yang berpendidikan..bukan lagi gaji golongan tak berpendidikan..(takda lah gaji mereka sama dengan gaji doktor..faham lah nak jadi doktor nampak susah..nak belajar lama-lama...bayar mahal..faham tu..maksud saya mungkin gaji spm sekurang-kurangnya..sebab saya yakin gaji mereka bukan gaji spm..takda siapa cerita..tapi naluri kata begitu..)

saya harap sangat semua rakyat sedar akan kepentingan mereka di dunia..seorang doktor takkan mampu menjadi seperti mereka..seorang hakim takkan mampu merendahkan hati menjadi seperti mereka..seorang raja takkan mampu menjadi semulia mereka..

kesimpulan dari kisah ini, jangan lah sesekali kamu menganggap diri kamu tinggi hanya dengan kemewahan yang kamu ada..dan jangan sekali kamu merendahkan mereka yang tidak berharta..kerana mungkin mereka itu lebih mulia dari kita..kita semua adalah khalifah..dimana masing-masing memainkan peranan yang sangat penting di dunia.

jadi lah kamu khalifah yang memakmurkan alam..kerana manusia itu dijadikan senang bukanlah untuk senangkan diri sendiri tetapi untuk menyenangkan orang lain..

jangan risau andai anda seperti bulan..walaupun bulan tak seterang matahari..tapi bulan gemilang di waktu malam..;')


8 comments:

  1. senyum dari hati, dunia pasti berseri :)

    ReplyDelete
  2. ;') senyuman mu amatlah berharga..;')

    ReplyDelete
  3. suke bace entry ni. Tenkiu sebab share (:
    Pas ni nak senyum banyak2...ngeeeee

    ReplyDelete
  4. ko tak rse nk muntah kan bce entry ni??hahahahah;'D

    ReplyDelete
  5. hidup ini adalah pinjaman sementara, kita berusahalah utk sentiasa menuju kejayaan dalam kebaikkan.... esok sentiasa lebih baik dari hari ini... :-)

    ReplyDelete
  6. ;') ye kak..semoga hari esok lebih baik dr hari ini..;')

    ReplyDelete