Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 8, 2011

Unexpected




al fatihah buat arwah Pakcik Rahman..

bukan saudara dekat..tapi kami rapat..isteri beliau 2 pupu dengan umi saya..zaman dulu 2,3 pupu macam adik beradik..tak macam sekarang..-_-''

sangat terkejut pagi tadi dapat panggilan cakap pakcik Rahman dah meninggal..memang unexpected..last saya jumpa beliau nampak sihat alhamdulillah..lagi terkejut tahu beliau lung cancer (kanser paru-paru)

wajah arwah memang sangat redup..kan ada manusia kalau kita tak kenal tengok wajah dia pun kita boleh rasa tenang je..ye!beliau tergolong dalam golongan yang begitu..tak perlu rapat dengan beliau pun dah tahu beliau baik orang nya..

umi dengan pakcik Rahman dah berjiran sejak umi anak dara dan pakcik rahman teruna..tiba-tiba bertemu jodoh dengan saudara umi..(makcik asmah) jadi la keluarga..

pakcik Rahman seorang business man..beliau bermula dari bawah..dan dalam perniagaan selalu mengutamakan keluarga..kira pekerja-pekerja banyak kaum kerabat je..niat nak tolong keluarga dulu..hasil nya, alhamdulillah..saya rasa mempunyai rumah banglo di Taman tun Dr Ismail tak perlu dipertikaikan lagi kekayaan mereka.

memang kawasan tu rumah teres je RM600 ribu keatas..bayangkan lah harga banglo..(bayangkan cepat!!) T_T

tapi memang beliau sangat baik..tadi saja dah terbukti..walaupun meninggal hari bekerja, tapi ramai yang datang ziarah arwah..solat jenazah di masjid seperti solat terawih pada hari pertama!bukan solat terawih hari ke 27, 28 okeyh..memang penuh..alhamdulillah..

semoga beliau ditempatkan disyurga..digolongkan dalam golongan orang-orang beriman..
-Al-Fatihah-


kata pujangga: jadilah manusia dimana ketika dilahirkan segala isi dilangit dan dibumi menyambut dengan penuh rasa kegembiraan dan mati kamu ditangisi segala isi dilangit dan dibumi.( ayat sesedap hati sesuka rasa)

maksud dia jadilah manusia yang disayangi..bila orang tangisi makna orang sayang..bila baik orang sayang..maka nya jadilah baik hingga disayangi segala isi dilangit dan dibumi..pahe dok??



6 comments:

  1. Al-Fatihah....

    sy langsung tak kenal 2 3 pupu sy..=P

    peace

    ReplyDelete
  2. ;') saya agak beruntung sebab parent rajin bawak gi rumah sedara mara..;') tak taw la mampu ke tak mewarisi..T_T

    ReplyDelete
  3. Tskziah & Al Fatihah untuk Almarhum. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin

    ReplyDelete
  4. A'alaikum amirah..arwah ada anak tak? harap si anak arwah dapat menyambung tali silaturrahim dengan semua rakan arwah bapa mereka. IAllah pahala kebajikan berpanjangan. Amiin.

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam..;') ada 3..2 lelaki sorang perempuan..yg bongsu baru bertunang 23 hari sblum arwah meninggal..insyaAllah..harap sangat tak terputus hubungan..

    ReplyDelete