Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

5 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Tak Bertanggungjawab

1) wanita yang beragama dan sangat taat kepada Tuhan

sebab nanti bila isteri mengadu tak cukup makan "eh, awak tau tak Nabi Muhammad dulu makan buat tamar je?awak ni makan sup tulang kira okey sangat laa tu..tahu bersyukur tak??" kata si suami yang tak bertanggungjawab..dan si isteri yang taat akan diam membisu..

2) wanita yang tak mempunyai keluarga

contohnya warga asing..sebab si suami yang tak bertanggungjawab akan menjadi lebih mudah membuli si isteri yang tak punya keluarga dan tempat mengadu..atau yang lain anak yatim piatu dan tiada adik beradik..kalau ada abang, tak ke lebam si suami tak bertanggungjawab tu bila si abang tengok adik perempuan nya dianaiya oleh lelaki tersebut..

3) wanita yang berdikari

dan antara ciri wanita yang berdikari dikatakan wanita yang boleh membawa motorsikal..lelaki yang tak bertanggungjawab sangat mengidamkan isteri yang berdikari kerana mudah untuk lelaki tersebut melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai suami..terutama dalam mencari nafkah..

4) wanita yang pernah dikecewakan

seperti pernah dikecewakan kekasih mahupun gagal dalam perkahwinan yang sebelumnya..
si lelaki tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan diawal perkenalan mengambil hati konon nya merawat luka di hati wanita tersebut..

5) wanita tersebut memang menginginkan lelaki tak bertanggungjawab tersebut

means lelaki tersebut berpura-pura alim dan warak bagi mengorat wanita tersebut bagi dijadikan mangsa..bila si wanita dah syokk habis kat lelaki tersebut, maka mudahlah proses lelaki tak bertanggungjawab tersebut..

saya dapat ini dari tazkirah maghrib semalam di surau..di sampaikan oleh ustaz faizal.. lecturer UM..dan ini adalah hasil kajian pelajar UM..80 orang dijadikan sample dalam kajian tersebut..dan 5 ciri-ciri diatas adalah paling ketara mendapat suami tak bertanggungjawab..

kesimpulan nya, jika anda mempunyai ciri-ciri seperti diatas maka ambil lah langkah berjaga-jaga..prevention is better than cure..;')

p/s: hello!!doesn't mean awak-awak tak payah jadi wanita yang taat pada tuhan ye..tolong lahh bijakk..pleaseee laa..dalam islam pun tak suruh kita menghambakan diri kat suami yang tak bertanggungjawab..sebab tu adanya penceraian dalam islam..walau pun ia jalan terakhir dalam perkahwinan..kalau dah TERkahwin dengan lelaki tersebut dah memang itu jodoh yang diaturkan tuhan..dan jangan ingat tuhan kejam bagi jodoh macam tu kat awak-awak walaupun awak-awak wanita solehah..Allah menguji mereka yang beriman..;') lagi hebat diuji bermakna makin awak disayangi pencipta..;')

thats all..thanks..;')

Tuesday, March 22, 2011

Bermulanya..

ye tuan-tuan puan-puan..abang kakak adik-adik..takde kot tan sri dengan datok nak datang baca blog nih..

malam semalam saya check ni..


tolong check untuk jejaka idaman sekali..heheh..;')

yea!!dah boleh mengundi..boleh feeling-feling dah dewasa okeyhhh..kan bila dah boleh mengundi tu macam dah matang habisss ahh..kan?? dah boleh nak bincang pasal kahwin..-_-" bincang je laaa...T_T

mula-mula nak bagi tajuk entry akhirnya..tapi tiba-tiba dapat ilham dan kesedaran..pehall pulak akhirnya..baru nak bermula niii...

apa kepentingan mengundi?pehal eksited sangat kakk??ehh..eksited la dikk..nak menentukan masa depan negaraaa tu..hebat tak hebatnya orang yang mengundi..yang pasti mengundi untuk kebaikan laa..kau mengundi orang buat baik..tak ke kau yang dapat pahala??kau mengundi pastu orang tu pulak bukak pusat judi..rasuah..berlaku zalim..tak ke kau pun dapat sama share dia..ingat, kelebihan nabi Muhammad sebab buat perkara-perkara kecil dengan jiwa yang besar..

nampak macam kecik je perkara pergi mengundi..kalau saya, saya fikir untuk anak cucu..memang perubahan takkan nampak dalam 5, 10 tahun ni..percaya lah..

tapi percayalah..hebat nya kuasa kita..kita yang pilih siapa yang nak tadbir negara..kira kita laa bos..haa..mereka kerja untuk kita..kan seronok kalau mereka-mereka ni sedar diri..-_-" tapi sifat nak menjadi tuan sampai lupa mereka ni semua hamba..jangan lupa kita semua hamba..hamba kepada pencipta..jadi lah manusia yang rasa bangga dan rela menghambakan diri pada penciptanya..dunia ni sementara derr..apa nak kalut sangat kumpul harta dunia...

semoga saya mampu menjadi hamba yang terbaik buat pencipta saya..masih jauh perjalanan saya..doakan saya dan awak-awak semua berjaya!;')

thats all..thanks..;')

Monday, March 21, 2011

Kehilangan

ingat lagi pada melur?
mati dilanggar..T_T subuh-subuh jumpa dia terbaring tengah jalan berlumuran darah..

tuhan ganti dengan comel..

dah lama saya tak tangkap gambar comel..tiba-tiba sabtu lepas balik kenduri saya tangkap gambar comel..malam tu blackout..saya duduk diluar sekejap..saya main-main dengan comel..dengan jalak..dengan tuah..

pagi ahad nak hantar umi ke masjid subuh-subuh comel tak ada..mungkin dia jalan-jalan..
tengahari pun takde..sampai petang..saya dan umi cari keliling rumah..

tapi tak jumpa..sekarang air mata mencurah-curah..T_T kenapa tuhan ambil kesayangan-kesayangan saya..mereka teman saya..mungkin sekarang dah jarang nak manja-manja..faktor saya resdung..kalau pegang mesti hashhumm..hashhumm..jadi dah kurang pegang..tapi saya sangat sayang mereka...

ya Allah..jangan Kau uji lebih berat dari ujian ini..

Saturday, March 19, 2011

Rezeki Pertama Hasil Berbelog


Assalamualaikum buat yang beragama Islam..;') hai untuk yang bukan Islam..^_^,
hari ini saya nak share dengan semua..rezeki hasil saya berbelog..walau bukan ini yang saya utamakan dalam berbelog..tapi kata orang yang bijak pandai, kalau rezeki jangan ditolak..ye dakk??saya taknak pakai kata-kata sambil menyelam minum air..saya takut tenggelam nanti.....-_-"

ok..rezeki ini hasil kesabaran saya menanti lebih kurang 2 jam tak silap..menanti untuk jadi follower yang ke 100..memang time tu saya takde kerja..boleh laa nak mengadap laptop..-_-" sekarang dapat bukak 5 minit sehari pun dah habis untungg..T_T

serious takde niat apa pun..tapi dah orang kata rezeki kan..tiba-tiba si tuan blog yang saya follow ni baik hati nak bagi gift kat i..terharu taw...T_T

balik kerja hari jumaat sampai-sampai rumah macam nak cepat-cepat masuk..nak tanya umi ada sampai apa-apa tak..sebab tuan blog yang omey tomey tu memang dah cakap dah post hari rabu..memang eksited laa jugakk..;'p

haa..besa godanggg taw envelop..

cak!!memang jiwa i laaa..baca buku-buku motivasi ni..

maaf ye..macam orang Parkinson gegar-gegar..ye..saya dapat dari aaja yang omey tomey.. terima kasih ye aaja..;')

yang ini antara feveret saya..mesti kena ada!sila lah beli..aku terima nikahnya 1, dan 2 saya tak beli sebab dah baca kawan punya..T_T sekarang dah ada versi sekali 3 siri..kulit tebal..tak mahalll pun..ruginya..takpe lah..dan nota hati seorang lelaki memang sangat besttt...sila lah beli..sila lahhhh!!please....jangan mintak nak pinjam ye..-_-"

ok nak sambung baca rezeki pertama i dari belog..m/s 82 dahh..

bila lahh nak dapat hasil dari encik nuff ni??T_T

thats all..thanks..;')

Monday, March 14, 2011

Saya Orang Paling Kaya Dalam Dunia

waktu saya kecil, ayah pernah cakap pada saya.."selagi umi dan ayah hidup, adik orang paling kaya dalam dunia.." waktu arwah tokwan meninggal..ayah kata ayah dah jadi orang miskin..

baru taip 2 baris diatas pun airmata saya dah mencurah-curah..T_T memang drama airmata..yang pelik tengok hindustan tak meleleh pulak..-_-"

kejap-kejap nak ambil tisu nak lap hingus meleleh dan air mata yang mengalir..(sediakan tong sampah berdekatan anda)

ok sambung balik..saya akui saya hidup dengan penuh kasih sayang..umi ayah sayang saya..kakak-kakak dan anak saudara yang sayang saya..jejaka idaman yang baik hati juga sayang saya..saya tahu!tak dilupakan kucing-kucing saya yang sayang saya..saya tahu..bukti dia, balik je rumah berbondong-bondong mereka berkejar-kejaran balik sambut dekat pagar rumah..unless mereka kekenyangan lalu berat perut..ye berat perut..bukan berat bontot..mereka akan buat dont know je kat saya..moral of story biar mereka kucing-kucing kelaparan supaya balik mereka sambut..hua!hua!hua!;'p

ok..maaf..memang realiti saya boleh menangis seminit gelak seminit..kejap lagi menangis balik..jejaka idaman do know me better..hahahahah.;'p

nak share sebenarnya sejak kebelakangan ni saya banyak berfikir tentang masa depan..sebelum-sebelum ni pun duk fikir sebenarnya..tapi sekarang lepas dah melalui masa-masa yang harus didepani..cehh ayatt..-_-"

hari tu lepas balik kerja seperti biasa sampai rumah 6.55-7.05..umi duk berkebun kat kebun dapan rumah yang sekangkang kera tu..heheh;'p lepastu nampak la ada jiran, orang cina tengah pimpin tangan anak-anak dia..ye ada 2 orang..mak dia pakai baju kemeja..saya yakin wanita bekerjaya..saya pun tanya umi, "umi, sempat cina tu bawak anak dia pergi padang petang-petang..kalau hari-hari adik balik lambat macam ni, macam mana la nak bawak anak jalan-jalan main kat padang.." saya terfikir takkan sampai tua saya nak macam ni..hari-hari belum 6.30pagi dah keluar rumah..pukul7 malam baru sampai rumah..memang saya akan putih gebu sebab tak kena cahaya matahari..-_-"

memang bukan saya la kalau sanggup bekorban masa emas saya dengan keluarga demi duit.. sekarang mungkin tanggungjawab belum terasa..kalau dah ada suami mungkin boleh lagi nak keluar pagi balik malam..tapi kalau dah beranak pun macam tu saya tak nampak apa perlunya berkeluarga..

memang fitrah isteri/ibu itu dirumah..tak siapa boleh sangkal..memang cita-cita saya nak jadi isteri duduk rumah kemas rumah hias cantik-cantik..masak sedap-sedap..salam tangan suami nak pergi kerja..sambut suami balik kerja..breastfeed anak-anak..taknak bagi susu lembu..kesian baby..susu ibu kan antara hak bayi baru lahir..;') saya nak anak-anak saya sayang saya lebih...;') saya nak anak-anak saya bijak..genius macam ibnu sina..saya nak anak-anak saya antibodi mereka kuat..macam saya..;') antibodi saya kuat..sebab umi bagi susu badan lama..lebih 2 tahun tak silap..walaupun umi kerja..umi sanggup susah-susah perah dan simpan untuk saya..dulu bukan senang macam sekarang..dulu kena pam-pam..sekarang ada mesin..letak je di buah dada boleh tidur 15 minit dah siap..botol susu dah penuh..ok sekarang air mata meleleh lagi..T_T tu pun wanita-wanita bekerjaya sekarang tak boleh nak bagi hak anak mereka untuk dapat susu yang berkualiti..umi saya memang terhebat!!

saya rasa pekerjaan yang paling sesuai untuk jadi wanita sesempurna diatas ialah ahli perniagaan..sebab waktu yang fleksibel..saya nak anak-anak saya turut jadi manusia paling kaya dalam dunia..

saya rasa impian saya biasa-biasa..selaku wanita..yang bakal jadi isteri dan ibu insyaAllah..saya rasa impain saya bukan fairy tale..semoga Allah permudahkan segalanya..tak apa kalau saya tak mampu jadi sesempurna itu..cukup lah KAU sempurnakan kasih sayang buat kami sekeluarga ya Allah..;') aku yakin dapat hidup dalam kasih dan sayangMU ya Allah..;')

Saturday, March 12, 2011

Dapat Banyak Gula-Gula

arghhh..malu tahu..baru mula kerja tak sampai 2 minggu dah mc 2 hari..T_T
petunjuk apa kah ini ya tuhan...

memang diri ni susah sangat la nak demam..nak sakit-sakit ni..kira boleh berbangga ahh cerita kat orang kalau naik moto tak bawa laptop takat hujan lebat camne pun memang redah je arr..tak macho arr berenti bawah jejambat..insyaAllah tak demam nye derr..

pastu boleh lagi nak berlagak ada salam satu sem tu attendance full untuk semua subjek ye..sambil angkat muka tinggi-tinggi nak bagi effect hidung tinggi kan..sebab hidung tak berapa nak tinggi terpaksa buat macam tu..-_-"

tapi dah takdirkan..tiba masa saya kena sakit supaya saya tak melupakan nikmatnya sihat..^_^,


saya dapat gula-gula..cedappp....;') hambekkk...selonggok 5 ringgit!!lelong..lelong!!

ni doktor kata sakit full package..demam, batuk, selsema..yang paling tak tahan part perit gila tekak..suara terus jadi macam ala-ala ella..tapi suara i lagi manjaaa..sikit-sikit je dia keluar..malu-malu gitu..-_-" memang doa supaya jadi wanita lemah lembut tercapai la walaupun kejap..memang menjerit pun macam bisik jee...memang ayu gila tak taw nak kata ahhh...

kronologi kajadian:

hari rabu 9hb dah rasa seram sejuk..pening yang agak dasyat..masih pergi kerja seperti biasa..lagak wanita kuku besi asia..T_T balik lepas solat isyak terus tidur..belum pukul 9..

hari kamis: 9hb..pergi kerja juga..nak jaga reputasi ahh konon-konon..malu bebb baru masuk dah tak pergi kerja..dah pukul11 lebih tu semua duk suruh pergi klinik..pergi la..sekali doktor offer mc!!wahhh!!(dalam hati menyesal tak pergi pagi-pagi buta..)

hari jumaat: demam..suhu semakin meningkat..T_T

sabtu: pening-pening..cepat la sembuhh....

bismillah hi syafiii ya Allah..

Thursday, March 10, 2011

Senjata Wanita Lagi

nyah kau kedutan!

tapi asal macam tak berapa nak berkesan jee...T_T

ada produk yang lagi best tak??

Wednesday, March 9, 2011

New Born By Nini


cehh..macam dah jenama hape je..

haii guys..

let me introduce our new baby born by nini..bukan maktam..rasa nya maktam dah pandai merancang keluarga..yelahh..dah berapa ganerasi dah anak dia..sampai anak dah besar dari
makk..-_-"


ok meh dekat-dekat kita tengok mehh..
ko tengok!ko tengok!kecik-kecik dah panjat-panjat belakang makk..T_T

ni adalah pengalam kedua nini bersalin..;')
kali yang pertama anak nya semua tak dapat dikesan..mungkin mati..T_T mungkin dia nervous kali pertama beranak kan time tu..sekarang steady dahhh..;')

ok sekarang anak-anak semua dah 8 dahhh..T_T

Tuesday, March 8, 2011

Cemburu


secara jujurnya saya cemburu dengan bulu mata anak saudara saya..see...

jom laa cemburu ramai-ramai..T_T bulu mata saya kontot je..baka umi..tu pun ok la sikit dari umi..umi dah macam takde bulu mata..-_-"

ya Allah..kuatkan iman aku supaya tak tergoda dengan fake lash time nak kawin nanti..T_T
ingat Amirah..takde nye ko bahagia seumur hidup sebab pakai fake lash sehari tu..-_-"

kepada rakan-rakan, sanak saudara, dan semua yang membaca..

TOLONG INGATKAN AKU...

Monday, March 7, 2011

Hijau



budak-budak yang pernah pergi PLKN mesti akan terus teringat moment-moment kat PLKN bila dengar lagu ni..tak pernah boring walau hari-hari dengar..



Sunday, March 6, 2011

Kalau Dah Sayang


semalam malam tiba-tiba teringin nak pergi kl..dah lama sangat tak jalan kl malam-malam..lagi-lagi sabtu malam ahad..heaven...;')

sebenarnya dari rumah akak..sebelum nak balik duk ajak anak sedara ikut balik..taknak dia ikut..pastu cakap kat umi, jom pergi kl nak..umi pun ok je..sekali tiba-tiba......

ada seorang budak lelaki tu..tiba-tiba je pergi tukar seluar cantik..nak pakai baju berjalan..(bukan baju tu boleh berjalan..means baju yang dipakai untuk berjalan-jalan..)

eh, mizi kan tak nak ikut..nakk laa..mizi kata..napa pulak?tadi ajak taknak..nak pergi kl!T_T sedihnya la hai..budak-budak sekarang...upah nak kena lebih kalau nak dia ikut kata kita..lepas tu cakap la..eh, rumah tok umi la kat kl..nak ikut ke balik rumah tok umi? tak nak lahhh..-_-"

dasyat taw budak-budak sekarang..

ni nak ufo..plastik macam ni RM10 taw...T_T pokaii..ada yang lastik murah sikit RM5 je..tapi dia pulak tak reti main...-_-"

makan sweet corn..



masih mampu tersenyum riang lepas dah perabeh duit cu dia..bagi patah lepas tak sampai 24jam beli...T_T

bangun-bangun pagi ni dia terus tak sabar-sabar nak main..padahal semalam dah janji nak main kat taman layang-layang petang ni..hasilnya..tak sampai 24 jam..dah patah..T_T


kalau tengok orang lain beli..tak pun mak dia beli, conform saya akan cakap bazir je beli mahal-mahal main kejap noo dah patahhh...ni aku sendiri pergi beli...kena batang hidung sendiri..

kesimpulannya..tulah kalau dah sayang..sebenarnya dah agak dah..tengok plastik ni bukan boleh tahan lama kat budak ni..tapi beli jugakkk...T_T

ok nak pergi cari gam nak bagi lekat balik..kalau bolehhh...babai..;')

Friday, March 4, 2011

Jom Jadi Wanita/Jejaka Bekerjaya


hai!hai!hai!(sambil lambai-lambai tangan)

hari ni saya nak share something untuk awak, awak dan awak! jom la kita daftar sebagai pencari pekerjaan di JobsCentral..;')

kenapa saya ajak??

sebab kalau awak awak dan awak semua daftar sekarang, awak awak dan awak mungkin akan memenangi cash vouchers sebanyak RM200 ye..siapa taknak RM200??siapa tak nak takpe!daftar je..kalau-kalau rezeki dapatkan..boleh bagi kat saya...don't worry..yang penting sign up je!;')

awak!awak!dan awak boleh la daftar dan klik di sini..;')

sharing is caring..;') love..

Tuesday, March 1, 2011

Hari Pertama Sebagai Wanita Bekerjaya



hari ini..hari pertama..saya keluar dalam 6.20am..sampai ktm kepong central 6.30 am..memang dah budget train 6.36 tak silap..-_-" sampai setia jaya 7.30..seperti yang dirancang..sangat awal ye..suppose to be there 8.30..awal tak??awal tak??pekerja cemerlang..;')

meh tengok muka pekerja cemerlang tuu..T_T


lepas tu sempat review barang-barang yang dibawa..T_T


konon-konon jaga kulit takut kering duduk dalam aircond..-_-"



untuk kesihatan bibir..ecehh

harus ada..aircond serap air dalam badan anda..sila minum dengan banyak nya..;')

o.O saya berjaga-jaga..kot-kot ada sebarang kemalangan yang mencederakan..

kot-kot sejuk..

agar nafas lebih segar..;')





opsss..telekung pun saya bawa okeyy..lupa nak snap..

pastu ni pc saya..;')

dapat email..;')

tengok!tengok!terharu taw..masuk-masuk dapat pc dah siap nama semua...T_T

time introduction..speaking speakong..-_-"

kad access ..

balik 5.30..sampai rumah pukul 7..T_T okey dah letih..babai..