Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 14, 2011

Duhai Hati

Duhai Hati..

belajarlah menerima rasa sakit dan pedih..
agar dapat menikmati dan menghargai tika datangnya musim bunga di hati..

Duhai Hati..

tabahlah mengharungi detik jatuh dalam kehidupan..
semoga suatu saat kau bangun, tak sekali kau melangkah bongkak..

Duhai Hati..

kuatkan semangat ketika ada teman disisi..
kerna mungkin suatu hari, kau akan bersendiri..

Duhai Hati..

berkembang mekarlah mengharumi diri..
supaya dapat dinikmati orang disekeliling mu..

Duhai Hati..

semoga tak terlalu menyembah dunia ini..
kerana kau milik yang hakiki..





p/s: dah lama tak menulis kerana banyak membaca..stock buku-buku dari pesta buku semua dah habis..sekiann..~dan duhai hati lahir dari hati ini..~

No comments:

Post a Comment