Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

Memang Heaven


sejujurnya takda niat nak post entry ni pada mulanya..macam gedik je buat pasport pun nak keppochii..tetapi..disebabkan saya telah melalui satu detik dan kenangan yang memang H.E.A.V.E.N!! so, kena share!!harus!!sejarah takkan berulang ni harus dikenang dan di ingati!! Lol..

meh nak share meh..saya juga sempat merakamkan detik heaven tersebut!

tempat kejadia: Pejabat Imigresen Damansara.
waktu kejadia: 9.30 pagi.
tarikh dan hari kejadian: sabtu 21 mei 2011.

o.O
o.O o.O
o.O o.O o.O

^_^, nombor bertuah saya hari ini..

pakcik tunggu pasport siap..

berlatar belakangkan rumah sebelah yang tengah renovate..rumah saya bukan sebelah kilang papan!-_-"

muka mintak penampar..


haaa..dah puas tengok detik-detik heaven meh nak cerita kronologi kejadian..
pagi tadi pagi-pagi saya keluar dalam pukul 8..menuju ke subang airport..dulu pernah buat pasport di sana..setibanya di sana, saya dapati kawasan perkarangan nya sangat sunyi sepi..saya lihat pintu-pintu bertutup rapat dan berkunci..juga tiada orang menunggu di situ..ok tak boleh belah baca karangan SPM..-_-"

lepas tu tengok-tengok kat dinding nampak dia buat notis dah pindah kat kelana jaya..sumpah aku tak tahu celah mana..berkata didalam hati..T_T

lepas tu dalam kepala duk teringat pernah teman kawan pergi dekat damansara..tapi memang saya tak tahu jalan..then call kak elin cousin saya yang memang hebattt ahh jalan kat area kl/selangor ni..tak payah pakai GPS..alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya..(tak sesat)

sampai sekitar 9.30..pak guard jaga parking kata imigresen sistem break down..pehh..ujian apa menimpa aku ni..tapi saya masih bersabar dan naik jee..naik-naik memang tak ramai(kosong)..lepak dekat kaunter ambil nombor giliran..rujuk gambar di atas..kakak tu kata sistem dah 3 hari problem..pagi tadi beratur panjang dah suruh diorang semua pergi imigresen lain..yang ada 2,3 orang pun jadi bahan uji kaji je..

lepas tu ambil borang isi..padahal dah isi kat rumah..print dari website je..tapi sebab apa ntah nak isi pakai borang sana..cantik berwarna..yang print sendiri hitam putih..tak menawan..

lepas dah isi pergi lagi sembang dengan akak tu..akak..saya nak jadi bahan uji kaji boleh tak??akak tu gelak-gelak..sekali ada pegawai tu datang cakap boleh la try..tapi tak janji..kalau boleh submit pun ok..nanti datang ambil je..saya pun ok..then nampak no giliran yang bertuah tuuu..

memang tak sampai 5 minit dah kena panggil..lepastu bayar..lepas bayar kena tunggu 1-2 jam untuk ambil pasport..saya punya siap dalam 1jam 15 minit..pukul 11 dah boleh balik..

berikut laporan saya.

sekarang nak siap-siap pergi kenduri..ada 3 kenduri..babai~

oh, buat sahabat saya Ain Nadhirah..kenduri pun hari ni kat taiping..tak dapat nak pergi..T_T semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat..

No comments:

Post a Comment