Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

ehemm..saya selaku bekas guru nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru,bakal-bakal guru dan bekas macam saya..atau kalau lebih berkualiti dikenali sebagai tupperware..-_-"

kenapa penting ada hari guru??sebab guru mengajar kita dari abc alif ba ta mahupun 1,2,3..ok, kes saya istimewa..semua yang disebut diatas diajar dirumah..;')

sebagai seorang bekas guru, saya rasa macam mana rasanya penat lelah jadi guru..siapa kata tak penat jadi guru??kes obesiti ramai guru..eh silap..kes mental..cikgu-cikgu yang banyak masuk dalam tanjung rambutan dan keluang man cakap kat saya kawan-kawan dia banyak cikgu..

dan lagi..yang banyak pengalaman gugur (miscarriage) pun cikgu..sungguhhhh ni...makk tak tipu nokkk...yelah..sekolah dah la bertingkat-tingkat..bukan ada lif pun..mau tak terkeluar budak dalam perut duk mendaki tangga hari-hari..T_T

disebabkan cikgu-cikgu sangat hebat, sebab cikgu dah lahirkan doktor, pensyarah, peguam tak siap macam saya dan lain-lain..eh-eh..bukan lahirkan..dah asuh dan didik laa...haa...hebat tak hebat??

jadi sangat wajarlah guru di sambut setiap tahun..semoga guru-guru yang ada sekarang mahupun dimasa hadapan tak mendidik dan mengasuh manusia-manusia berhati binatang..nauzubillah..

sangat merindui zaman sekolah..sungguh..dan al fatihah buat arwahyarham Ustaz Kamaruddin Ahmad yang baru meninggal dunia bulan lepas..semoga segala sumbangan beliau diberkati dan diberikan ganjaran syurga..amin ya Rabbb..;')


No comments:

Post a Comment