Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 26, 2011

Perbezaan Aset Dan Liabiliti

hallo!hallo!happy weekend u olll...tapi tak berapa nak happy..sebab bosan..weekend,tapi jejaka idaman kerja tak cuti..message less than 5 a day??argh!!sepertinya tak cukup vitamin untuk hari tersebut..

hari ini just nak share dengan kawan-kawan perbezaan antara aset dan liabiliti..

aset:
" secara umumnya, aset adalah perkara yang mendatangkan duit kepada kita " - Rancang Wang Dari Sekarang: Pakdi-

liabiliti:
" liabiliti adalah perkara yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan duit" - Rancang Wang Dari Sekarang: Pakdi-

ramai remaja yang dah tamat belajar dan mula bekerja akan terus terfikir untuk mula mengumpul aset..malangnya aset yang disangka sebenarnya merupakan liabiliti..

saya yakin, perkara pertama yang akan dibeli ialah kereta berbanding rumah..kerana dirasakan kereta adalah satu keperluan..sedangkan rumah boleh disewa..

itu bukan satu kesalahan..tapi yang menjadi kesalahan ialah apabila kereta yang dibeli melebihi dari liabiliti yang sepatutnya mula dikumpul.

contoh mudah, kongsi sewa rumah sebulan RM300..tetapi membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500++..nampak tak?kenapa tak beli kereta yang hanya memerlukan ansuran RM300, dan mula membeli rumah yang ansuran bulanan nya RM500++??bukankah itu tindakan yang lebih bijak?

lepas ni akan cuba kongsi panduan bagi membeli kereta..;')
cekidauttt...

jejaka idaman..saya dah pecahkan pasu umiii...12 biji kesemuanya...>_< bila cuti??teman cari pasu baru untuk umi..pinjam Hilux abah boley??;'p

Haiwan Peliharaan



Hari ini umi dan saya telah berjalan-jalan mencari saudara-mara..(jiran umi waktu muda remaja sebenarnya) tapi yelahh kan..orang zaman dolu-dolu jiran poun macam adik beradik..meh peluk ketat-ketat mehhh..haaa

saya panggil nenek besah..anak nya cik badar..cik sabau..tu lah yang saya kenal...duk kat PJ..sekali kami sampai-sampai mereka dah dalam kereta nak pergi kenduri kat klang..dihangkutnya umi dan saya sekali..jadi lah kami jalan-jalan cari makan..

kat kenduri tu saya jumpa nii..


ini bukan haiwan peliharaan-_-"

sedapp suara akhakk ni taw..;') umi kata ni selalu ada kat nasi lemak kopi o..saya tak tahu sebab macam tengok setahun sekali..maklumlah..kata wanita bekerjaya..ok alasan..time tak kerja pun anak dara ni suka duduk dalam bilikkk..(ok jujur..suka tidur lambat bangun lambat)

yang nak cerita nya...

haiii guyss!!!soooo cute..arghhh!!


new born..bogel takde bulu..awww..seksi uu...

minta kasih sayang..

jatuh hati...

bak mai 2 ekoq kat ceq bleh dakk??

nini tengah berkenal-kenalan dengan orang baruuu..siap comolot bagai...tampak bahagia..

bersatu hati..

-_- adoii..kuat mencekek..

hai baby..tak tahu jantan betina mereka..kerana empunya sebelum ni kata dah 6 bulan baru nampak jantina nya..makanya main sebat je la..ni pun tuan dia yang cekup kan..ikut hati saya suka yang kelabu putihhh...comeyyy..takpe..takpe..besar cepat!bagi kak wan anak comey-comey taw..kalau sama jantina 2,2 ni dah kena hantar rumah tuan lama nak pinjam buat pasangan bersenggama..-_-"

semoga kalian bawa rezeki..orang kata haiwan bawa rezeki..setakat ni banyak juga haiwan peliharaan..kucing, ikan guppy, nyamuk, cicak, semut, lipas, lalat..uhh..uhh..banyak nyaaaa...

ok nak tidur nak cari ilham dalam mimpi nak bagi nama baby baruu...yewww..

Thursday, June 23, 2011

Training Yang Mengenyangkan




isnin hari tu, saya dimaklumkan yang rabu saya kena join satu training yang akan diadakan pada hari rabu di Crowne Plaza KL.

Maka bersemangat lah saya..kerana apa?kerana dapat lari dari office buat seketika..kehkehkeh..;'p
bosan hari-hari buat benda yang sama..percayalah..


bahagia..sekali sekala keluar lewat..selalu tak sempat tengok matahari dah keluar rumah..T_T

muka bahagia..naik train pukul 8 dapat duduk!!!




macam-macam ada..

first round..orang kampungg..tak boleh tak makan nasi..lepas tu satu pinggan bercampur-campur..malu nak cerita..tapi ye lahh..orang kampung..tak reti makan buffet kat hotel nii...-_-"


second round!dah mula belajar makan buffet..^_^,



3rd round!

4th round..

setelah kekenyangan..






perjalanan pulang..pulang ke office okeyhhh..training half day je..1 slot je yang memerlukan kehadiran saya..

okeyh..saya dah pandai makan buffet!!sila jemput lepas ni..yummy..yummy..

Sunday, June 19, 2011

Edan

manusia ni edan kan..pelik..betul pelik..

ada orang, dapat pakwe/suami sempoi-sempoi, harap dapat lelaki pengasih penyayang romantik habis..pernah juga jumpa dah dapat pengasih penyayang romantik habis..dia pulak rimas geli geleman, menyampah.. alahai manusia..T_T

disebabkan saya pun manusia, maka tak lari dari perangai macam tu..dah dapat yang baik hati, tapi harap kadang-kadang dia sakitkan hati saya..o.O tujuan dan matlamat?supaya ada proses merajuk dan pujuk memujuk..-_-" kesian jejaka idaman..

tapi yang dapat teman yang selalu menyakitkan hati sure nak yang penyayang tak reti nak marah..what theeee......argh!!sebenarnya jujur kata manusia ni tak tahu apa yang dia nak!

senang cerita lagi tak reti bersyukur..mungkin..semoga hati ni dapat taufiq dan hidayah..(bukan nama anak) sebenarnya sedar diri dah dapat yang terbaik dalam hidup..tapi still nak macam tu nak macam ini.. ;'( hati tu perlu diserah pada pencipta baru apa yang dilakukan akal selaras dengan kehendak hati..

sebab banyak sangat baca novel, maka harap kena lalui perkara-perkara sedih bersama yang tercinta..maka kemudian hari baru lah menikmati bahagia setelah melalui detik susah payah bersama-sama..apakah??nak kena larang anak cucu baca novel-novel ni agaknya..

anak cucu sila jangan baca novel..tak syok langsung! jejaka idaman..i love the way u are..;')

mengapa tayang cinta terhalang, bila rahmat Tuhan tebar melayang..~ matluthfi90

Monday, June 13, 2011

Happy!


jarang-jarang rasa happy yang sedemikian rupa..
jejaka idaman Lulus Muet dengan cemerlang!!!

orang kampung!!saya bangga!!jejaka idaman saya lulus muet!!cemerlang dari saya!!;')

bangga! proud!

sangat berbangga dengan jejaka idaman..;') beliau memang seseorang yang akan buat yang terbaik sehabis mungkin untuk dapatkan sesuatu yang diidamkan..
macam waktu idamkan saya..-_- kan dapat jugakkk..;'p

tahniah ye sayang..;') untuk result muet..maaf pula sebab dapat cici..T_T comott..garangg..kuat nangis..semoga Allah beri yang terbaik buat kita!hopefully we will share everything..no more about you and i..but will be all about us..;')



semoga tersenyum sentiasa.. ;') umi love you soOooOoo much!;'p me too..sure!^,*

Sunday, June 12, 2011

Khas Buat Umi





hari ini saja buka youtube....lama rasanya tak lihat video terbaru anwarhadi dan matluthfi..bukak-bukak anwar hadi ada video baru..;')

saya tengok sambil meleleh air mata dan sedut hingus kemudian telan..ok jijik..-_-"

jika saya ditanya soalan tersebut:

apa yang istimewa tentang mak anda?

saya ada seorang umi yang sangat luar biasa tabahnya..cekalnya..taatnya..penuh dengan kasih sayang..tak pandai berdendam..sentiasa menjadi sumber inspirasi dan kekuatan saya..sentiasa memaafkan setiap kesalahan saya..serba serbi bolehnya..pandai menjahit, pandai memasak, pandai berkebun, pandai melukis..berikan apa saja..pasti menjadi..insyaAllah..;')

memori indah bersama mak..

memori indah saya bersama umi bila tidur malam saya dalam pelukan umi saya..berbual sebelum tidur..pergi kemana-mana berdua..setiap detik bersama pasti menjadi memori indah saya dalam hidup..

mesej kepada mak..

terima kasih sebab jadikan adik orang paling kaya dengan kasih sayang dalam dunia..ya Allah..tak dapat nak bayangkan hidup adik tanpa umi..semoga adik sempat bagi umi rasa segala kebahagiaan dunia hingga akhirat..maafkan adik tak dapat nak sayang umi lebih dari kasih sayang umi buat adik..semoga umi dikurniakan umur yang panjang dalan rahmat dan berkat..terima kasih atas segala didikan dari kecil hingga besar..terima kasih sebab umi selalu cubit dan renjis air waktu nak kejut adik bangun subuh kecik-kecik dulu..terima kasih kerana sentiasa maafkan kesilapan yang adik dah buat atau akan buat..terima kasih atas redha umi..;')terima kasih banyak umi..adik sayang umi..semoga kita bahagia dunia akhirat..aminn...



i've always known my mom loves me, i'll just never know how much..
-MatLuthfi90-


Harap sangat umi boleh baca apa adik tulis ni..;')


tak banyak gambar kami berdua..harap dapat bergambar berdua dengan lebih kerap lepas ni..;')

Wednesday, June 8, 2011

Trip To Singapore


yang baru-baru ni pergi buat passport tu pasal nak pergi Singapore laa..pergi free..tapi kena la bagi sumbangan sikit kannn..kerah keringat dan tenaga sikit..baru fair and lovely..-_-"

3-5 hb jun baru-baru ni saya ikut company saya pergi Singapore..company ni kan branches jee..induk nya kat australia..macam gah tak??tapi gaji akuuu..T_T

so, bagi mengeratkan kasih sayang antara malaysia dan singapore, makanya tiap-tiap tahun company akan buat friendly match laa..tahun lepas singapore datang sini.makanya tahun ni kami la pula ke sana..;') tahun ni ada 7 game utama..lepastu ada 3 telematch..

saya masuk 3 kategori..ping pong, carrom, dan 1 game telematch..net the ball..hebat laa sangat tu kan..

saya bertolak jam 2 petang dari perkarangan pejabat di bandar sunway..sebelum tu kami dibekalkan dengan RM25 dan 30 singapore dollar..

meh nak cerita perbelanjaan saya sepanjang perjalanan..

hentian pertama kami berhenti di hentian RnR Ayer Keroh-Perbelanjaan Buah RM1
lepastu kami singgah di yong peng..yang ini memang hentian wajib bas-bas ke selatan rasanya..-bihun sup RM6.90 ~mahai nak mampuihhh~
dan yang terakhir sebelum masuk singapore iaitu di second link-Roti gula RM2.40..bekalan masa depan..~

bihun sup yang mahai amat..T_T


di singapore saya cuma belanjakan 19.90 dollar.

balik saya singgah di RnR pagoh- Beli Pau dan 100 Plus sebab perut dah sakit..T_T tak boleh nak makan laksa...pau dan air -RM 4.60..

keseluruhan RM14.90 +19.90 dollar..
hebat tak??hebat tak??^_^,


sampai-sampai di hotel kami diberikan fresh oren segelas sorang..;')

berdua denganmu..pasti lebih baikkk...aku yakin ituuu..

meh review harga minibar..sila darab dengan 2.4..
yang 3.50 dollar tu ialah air tin ye...jom menangis ramia-ramai..T_T

pehh..pehh..

pehhh lagiii...pehhh...

breakfes pagi sabtu..kalau tengok kat restaurant hotel pagi tuuu..pehhh...pehhh...memang menari-nari usus tengok..nak ape?nasi goreng?mee goreng??ayam panggang??semua adaaa...
tapi yang tersebut je yang mampu saya ambil...play safe..


bila dah nama kat negara orang..pokok tepi jalan dia pun cantikkk...padahal kat negara sendiri lagi banyak jenis pokok..pergi je masuk FRIM tu hah..-_-"

di Singapore, selain ramai cina, saya dapati ramai mat dan minah saleh..


marina bay sands tak silap..belum siap sepenuhnya..
ni muka budak minta kasih sayang kat negara orang..heheheh...buat pengetahuan..jejaka idaman sila jangan mengamuk baca ni..saya telah bersiar seorang diri di negara orang..dalam keadaan hujan renyai..memang mendamaikan..;') pagi ahad tu saya telah mengalami sejenis penyakit Diarrhoea diperingkat kronik..maka tak dapat turut serta kawan-kawan yang lain bersiar-siar di sekitar Hotel..dah 11 lebih penyakit tersebut bertukar diperingkat pertengahan dan saya beranikan diri untuk pergi seorang diri..yewww...



tak syok la kalau tak jalan dah sampai tempat orang kan...;')

tol Malaysia dah nii..cuti sekolah..agak la jem kann...

penutup entry ni nak riak sikittt..sikittt jee..game yang saya masuk semua menang...yeayyyy!!Malaysia pun menang dan break record..selalunya dah bertahun-tahun ni lawan kat Malaysia, Malaysia menang..kalau kat Singapore, Singapore menang..tapi tahun ni kami pergi Singapore dan kami menang!!yehaaa...

menang pun sangat-sangat sengit..sampai-sampai pun dah sedih sebab golf dah kalah..game first sabtu tu netball Malaysia kena belasah teruk gila nak mammmm..19-2!T_T
lepastu baru pingpong menang..lepastu adegan tak bleh belah saya yang last main carrom sekolah rendah dulu kott..punya lah tak ingat..sekali boleh score yang last tu..kena double kann..masuk merah lepas tu putih ke hitam ke..dua kali wehh habis kan..!!memang berpeluk sakan semua warga Malaysia kat situ..

laki peluk laki perempuan sila peluk perempuan..sekian..saya juga digelar hero..hero lahh sangat..-_-" sebab kami menang carrom jadi malam tu ada lagi match snoker bukan snokerling..pool..haa..lepas tu malam tu pool malaysia menang..jadi kami bawa balik world cup tuu..cehh..

sekian laporan saya..

Thursday, June 2, 2011

Entry Ilmiah: Kenali Bunga I Love You


Ehem..asyik entry tak ilmiah jee..kang kata laa saya ni blogger picisan jalanan..-_-"
ok hari ini nak share dengan semua bunga I Love You..

ni untie Mala(jiran) bagitahu semalam..


mari mengeja..I.L.O.V.E.Y.O.U
cuba kira kuntum dia sambil eja..ce cube ce cube..

oh..ini daunnya..saya makan hampir hari-hari..baru semalam 1 June 2011 tahu nama bunga nya bunga I Love You..T_T ni bekal yang saya bawa pergi kerja...nyumm..nyumm..

kecik je dek non...

buat anak bandar yang tak kenal daun tersebut, daun tersebut adalah ulam raja..
sungguh enak dimakan bersama sambal belacan dan ikan bakar..nyumm..nyum..kesat air liur..


(bersedia nak mengahadapi sesuatu yang luar biasa sabtu ini..ya Allah..bantu hambamu..)