Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 26, 2011

Perbezaan Aset Dan Liabiliti

hallo!hallo!happy weekend u olll...tapi tak berapa nak happy..sebab bosan..weekend,tapi jejaka idaman kerja tak cuti..message less than 5 a day??argh!!sepertinya tak cukup vitamin untuk hari tersebut..

hari ini just nak share dengan kawan-kawan perbezaan antara aset dan liabiliti..

aset:
" secara umumnya, aset adalah perkara yang mendatangkan duit kepada kita " - Rancang Wang Dari Sekarang: Pakdi-

liabiliti:
" liabiliti adalah perkara yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan duit" - Rancang Wang Dari Sekarang: Pakdi-

ramai remaja yang dah tamat belajar dan mula bekerja akan terus terfikir untuk mula mengumpul aset..malangnya aset yang disangka sebenarnya merupakan liabiliti..

saya yakin, perkara pertama yang akan dibeli ialah kereta berbanding rumah..kerana dirasakan kereta adalah satu keperluan..sedangkan rumah boleh disewa..

itu bukan satu kesalahan..tapi yang menjadi kesalahan ialah apabila kereta yang dibeli melebihi dari liabiliti yang sepatutnya mula dikumpul.

contoh mudah, kongsi sewa rumah sebulan RM300..tetapi membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500++..nampak tak?kenapa tak beli kereta yang hanya memerlukan ansuran RM300, dan mula membeli rumah yang ansuran bulanan nya RM500++??bukankah itu tindakan yang lebih bijak?

lepas ni akan cuba kongsi panduan bagi membeli kereta..;')
cekidauttt...

jejaka idaman..saya dah pecahkan pasu umiii...12 biji kesemuanya...>_< bila cuti??teman cari pasu baru untuk umi..pinjam Hilux abah boley??;'p

2 comments: