Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

merindui zaman itu


sekejap betul masa..rasa macam baru sangat raya tahun lepas berlalu..umur pun dah 22 tahun??whattt??terasa seperti masih sweet 17..

sangat merindui zaman itu..zaman yang mana persekitaran saya dikelilingi orang-orang yang berpakaian muslimah sejati..ececeh..;')

haritu kawan saya sejak kecil ada datang..berdua dengan adiknya..kawan saya nama syuhada..adik beliau adila..saya dan mereka ibarat aur dengan tebing..apakah??-_-"

saya sekolah dengan syu sejak darjah 6..di SRATI..lepas tu sama-sama ke Idrisiah..semua family syu kenal saya..saya sangat glemer dikalangan keluarga beliau..malah makcik dan sanak saudara pun ada yang mengenali saya..begitulah popularnya saya dikalangan keluarga syu..saya pernah tidur dirumah syu tanpa kewujudan syu di rumah beliau..muka tak malu..T_T oh..itu tak disengajakan..




haa..hari tu syu datang kl nak cari tudung..tapi malam tu saya ajak beliau ke i-city terlebih dahulu..


sila cari benda tersembunyi..T_T

cari lagii..
dan lagi...takpe..yang penting nak cerita kami kat i-city! so lampu-lampu warna-warni lebih penting dari wajah comel kami..;')

ini syuuu...

adik syu..adilah..me call ateh..;') tengok..tengok..tangkap pakai handphone jee...pasal tu la asyikk tersembunyi je..T_T DSLR....we want youuuu...

esok nya baru bawa pergi kl..jalan TAR..tudung yang dicari saiz XXL ye..sebab tu datang jauh-jauh..kat ipoh agak limited..(KL pun limited sebenarnya) tak banyak kedai yang jual saiz tersebut..maklumlah..orang kl tak cukup kaya nak beli besar-besar..kain mahal..sebab tu yang pendek-pendek dan sendat-sendat menjadi idaman..-_-"


see..kl..ini bukan xxL je ada, malah XXXXXXXL..siap tak payah pakai baju nokk..



macam cantikk la pulakkk..-_-"

lepas tu zohor kami dah balik..sebab ada lagi 1 destinasi..
dalam 2.30 dah bertolak dengan kereta pulak..pusing-pusing cari kedai kat batu caves..;')


cantik...tapiii...
sini betul-betul jual pakaian muslimah sejati..;') saya sangat merindui zaman itu...sangattt-sangat...

ramadhan tiba lagi..;') saya dah iron baju kurung untuk ke office..tudung yang dirindui juga..;')
no more seluar and baju sendat..;') ya Allah..bless me..;')

ahlan wasahlan ya ramadhan..;')

Monday, July 25, 2011

Naik Bukit,Makan Tepi Pantai dan Naik Sampan Dalam 1 Hari



Pehh..cukup gah tak tajuk entry ni??-_-" AMARAN agak la panjang entri ni kan..tapi dah cuba short habis ni..

bertarikh 23 Julai 2011..Hari Sabtu nan Indah...
Sekitar 12.30 cek minyak hitam air kereta then bergeraklah 3 manusia keluar dari rumah..
isi angin tayar..berputar lah tayar kereta ke destinasi pilihan Kuala Selangor..;')

Dalam perancangan kami akan pergi ke Bukit Melawati terlebih dahulu..kemudian makan makanan segar ye segar bukan segera..T_T makanan segar yang terpilih adalah di tepi pantai Jeram Kuala Selangor..;')

Sekitar Jam 1.45pm singgah di Masjid tak ingat nama tempat..tapi jejaka idaman ada tangkap gambar...;') solat zohor di situ..;')

sambung perjalanan ke Kuala Selangor..3 pm..tiba di perkarangan Bukit Melawati..
sebab apa perkarangan??apasal tak tiba puncak bukit??apasal??


pasal kena naik train tractor ni..^_^,

sampai kat atas bukit ada apa??



ada lotong dan monyet..tapi kami beramah mesra dengan lotong...;')


lotong juga tak lari dari lahir sebagai Haiwan Kurang Upaya (HKU) tangan sebelah takdee..T_T
oh ye..ekor lotong panjangggg...

sangat lapar barangkali..hingga kulit-kulit pisang ditelannya..atau mungkin juga pihak penguasa ajar makan kulit..supaya memudahkan dewan badaraya tak perlu kutip kulit pisang..saya fikir yang kedua lebih logikk.. ;')

bom kebabommm!!

takda siapa nak tangkapkan gambar diri ini..kena la tangkap sendiri..T_T

untungg la kannn..ada orang nak menangkap gamboo..



owhh..ada pakej sekali tiket nya..dia bawak pergi kolam ikan air tawar kat taman Alam tak silap..bawah-bawah tu jeee..;')



sekitar pukul 4 lebih sikit...tayar berpusing..kami menuju ke Jeram..hoyyee..
singgah solat asar di Masjid Hijau..;')


masjid hijau..;')

sambung perjalanan..tak jauh dah dari masjid hijau ni...sampai la kat Aroma Ikan Bakar yummey!yummey!!;')


pilih makanan segarr...kami ambil ikan kerapu, kepah sebungkus, ikan pari, dan sotong 2 ketul..


ikan pari bakar...pilihan hati jejaka idaman..;')

mesti nak kena ada dengan ikan bakar kann..

sotong goreng..pilihan hati penaip ni...;'p

sotong bakar..

ikan kerapu..jejaka idaman duk mengidam nak makan niii..ni masak 3 rasa..mungkin masak stim lebih kaww..


kepah masak cili..kuah sedap..

kailan ikan masin..
tomyam ayam..kesilapan besar order ni..nak makan tomyam sila pergi ke thaifood..ini bukan tempatnya..T_T

jus tembikai 1 jug..

ye makanan untuk 3 orang..-_-" memang pengajaran..sila jangan pakai seluar nak pergi makan besar..sendat betul..lepas ni datang pakai kain batik..boleh adjust bila perut dah penuh..-_-"


terima kasih kepada pihak penaja...sebab yang taja tolong taja dan tolong habiskan..;')

aksi tepi pantai..-_-"


air belum pasang..


;') subhanallah..

ok boleh balik..tapiii...tiba-tiba nak singgah tengok kelip-kelip/firefly dekat kampung kuantan kuala selangor..;')

tiket bukan kira kepala..tapi kira sampan..1 sampan RM40..maksimum 4 orang satu sampan..kalau naik berdua pun RM40..faham??oh ye..malam minggu memang beratur laa...mat minah saleh pon ramai datang nak tengok..


umi tersenyum sangat lebar disisi jejaka idaman..;')

tapi tak senyum disisi anak dara kesayangan..apakah erti semua ini??

sekiann..

Saturday, July 16, 2011

Hilang

card reader hilang..T_T macam mana nak upload gambar...
nak cerita pasal kawan dari hingus meleleh datang rumah saya dengan adik dia..

nak cerita aktiviti kami..mana saya bawa dia pergi...T_T

card reader!!muncul sekarang!!

Sunday, July 10, 2011

Sejarah Malaysia 9 Julai 2011


alhamdulillah..selamat pulang dari melakar sejarah negara..

pada 9 Julai..sekitar pukul 11 hadiri taklimat diHotel..sekitar 40 peserta dari Kawasan kami, Taman Ehsan Kepong..lelaki wanita, kecil besar tua muda..peserta paling kecil adik solehuddin yang sentiasa tersenyum tak banyak ragamnya, 11 BULAN..


selepas taklimat diakhiri doa, kami keluar dari hotel..berjalan menuju jalan TAR..waktu itu aman damai..jalanraya lapang..kelihatan orang ramai berjalan santai di Kuala Lumpur..tiba-tiba polis mara kehadapan..mula lah laungan takbir di kota Kuala Lumpur..


kami diarahkan YDP kawasan tuan haji Rahman untuk bergerak ke KL Sentral..menaiki monorail..tiba di KL Sentral sekitar 1.30..terus mencari surau..saya biasa solat ditingkat 4..tingkat 1 diketahui umum memang penuh..

sampai ditingkat 4, surau tutup..kelihatan beberapa orang sedang solat dikaki lima..tapi alhamdulillah..lebih baik dari dibawah..tandas juga kosong..selesai kami solat, pintu untuk masuk ke lorong ini juga ditutup..






turun bawah mula rasa bosan..saya nak tengok jalanraya!nak tengok FRU..nak berarak beramai-ramai!ikut Makcik Sal kata dah terperangkap di situ..tak boleh nak kemana-mana..kemudahan keretapi semua disekat..

tiba-tiba kedengaran takbir dari tingkat atas..cepat-cepat naik dan ternampak kelibat tok guru Hadi, nurul Izzah dan adik beradik, Dr wan Azizah. Anuar Ibrahim, A. Samad Said, Dr Dzulkifli, Dr Nizar, Ambiga, Teresa, dan ramai lagi pucuk pimpinan..saya dan umi berjalan seiring mereka..subhanallah..pengalaman baru buat saya..




selama ni dijalanraya ditengah-tengah dan belakang barisan..turun hingga kebawah KL sentral..hingga lah FRU melapaskan Asap Pemedih..Allah saja yang tahu pedihnya..lebih teruk kerana dikawasan tertutup..Alhamdulillah saya dan umi selamat..makan garam dan berkongsi mineral water dengan rakan seperjuangan itu kenangan manis!

memang sangat effective!pengalaman benar-banar mengajar..tak lama hujan turun selebat-lebatnya..mengambil peluang membasuh muka dengan rahmat Allah..

sekejap..tapi pengalaman yang sungguh berharga..alhamdulillah..

anak cucu, ini untuk kamu..

Al-Fatihan buat Pejuang Agama Dan Negara..Ayanda kita semua, Baharuddin Bin Ahmad.,Semoga Syurga hadiah buat mu..ya Rasulullah..berikan syafaatMu..UmatMu ituberkorban demi agama dan negara..







* saja taknak ambil gambar yang ada di internet..yang asli itu lebih berharga..walaupun gambar gegar-gegar..tapi sangat berharga buat koleksi peribadi..

Saturday, July 9, 2011

Orang KL Menumpang Di KL 2

malam tadi tidur kesejukan..bukan kerana sejuk tidur dilorong-lorong jalan raya dihujani embun pagi..tapi sejuk di dalam aircond..

bangun pagi umi cakap" ingat nak pergi berjuang nak rasa susah-susah sempit-sempit tidur berhimpit tak berlapik..tapi selesa macam ni..pun orang susah nak berjuang.."

pagi-pagi dah dengar bunyi helikopter berlegar-legar di ruang udara..
kami masih belum keluar ke jalan raya..

tak sabar rasanya nak menjadi sebahagian dari pelakar sejarah negara..
anak cucu..ini untuk kamu..

semoga hari esok lebih baik dari hari ini..

Ya Allah ya Rabbul Izzati..bantu lah kami..Hancurkan musuh Islam..
lindungi kami dalam rahmat dan kasih sayang mu.. Aminn..~

Orang KL Menumpang Di KL

Tadi balik-balik kerja mandi siap-siap solat asar..terus pergi rumah makcik sal..
pak cik yaakob hantar kami ke KL..bertolak pukul 7.05 sampai pukul 7.25..terus singgah solat di Masjid Jamek Kampung Baru..

Lepas solat maghrib singgah makan di lorong tak tahu nama..T_T tapi ada gerai-gerai sepanjang lorong dah macam uptown..RM60 untuk 10 orang..memang berbaloi..

kemudian check in hotel..dan pelik..orang kl pun tidur hotel di kl..-_-"
bukan la hotel mewah..lebih kepada hostel..

tapi selesa alhamdulillah..

nak tidur..~ esok sambung InsyaAllah..

Friday, July 8, 2011

Israk Mikraj

Empat Golongan Umat Islam..Tiga Golongan Harus Dielakkan..Semoga tergolong dalam golongan yang satu lagi.

Harus Dielakkan.

Islam Munafik
tanda orang munafik ada tiga..
-apabila berkata ia berbohong
-apabila ia berjanji ia mungkiri
-apabila diberi amanah ia khianati

Islam Fasik
Tanda Munafik ada dua

-berterusan melakukan dosa-dosa kecil
- tidak sembahyang 5 waktu sehari semalam

Islam Mungkar

-sentiasa melakukan kemungkaran

Islam Mukmin
- Menurut segala yang diperintahkan Allah..
-meninggalkan segala yang dilarang


Sunday, July 3, 2011

Aman Ke?

Entri ini memang berbaur-baur menyampah tahap gaban..akan cuba sabarkan diri dan elak dari mencarut..-_-"

ye..sekarang ni semua sila definasikan aman menurut pendapat masing-masing..

-
-
-
-
-
-
-

apa yang anda definasikan?aman ke Malaysia ni? ye!saya sangat teramat la menyampah bagi sesiapa yang kata Malaysia ni aman..

langkah pertama: sila baca surat khabar hari ni.baca cepat!apa isi kandungan??manusia berkasih sayang ke??ke kes merompak merogol bunuh buang anak (campak dari tingkat 5)??tolong lahhh...selagi dalam surat khabar hari-hari berita nya sedemikian..negara kita belum aman!

jangan sebab yang kena rompak rogol bunuh tu bukan suami/isteri/anak/kaum kerabat, maka korang rasa negara Malaysia ni dah cukup aman..takkan nak sampai satu masa diri sendiri/orang tersayang dah kena baru tersentap??time tu dah lambat derr...

tolong lah..takkan sebab ko mampu nak makan KFC MacD Pizza Hut secret recipe maka korang dah definasikan negara Malaysia ni negara maju aman damai..tolong laahhh...ramai lagi rakyat warganegara malaysia tak semewah kamu.

tolong lah..takkan sebab tengok sekeliling kamu bangunan pencakar langit kamu dah kata negara ni maju?sedar tak berapa hutang negara Malaysia tanggung sekarang ni?

berapa ramai graduan takde kerja setaraf dengan kelulusan??(termasuk diri ini..T_T)

dengan itu..tolong lahhh...jangan buat statement kurang cerdik kata Malaysia aman. mungkin tenang..tapi jangan disangka sungai yang tenang takde buaya..ya..mungkin itu peribahasa yang paling sesuai buat situasi negara kita sekarang..

jangan sebab nampak tenang maka kita berasa cukup dan lepas tangan..apa yang saya fikir dan lakukan lebih kepada anak cucu..kerana saya tahu hidup bukan lama..mungkin saya sempat rasa hidup dalam negara tenang ini..tapi saya nak pastikan anak cucu saya juga sempat merasa ketenangan ini..;')

sekian luahan saya..~ Dunia Milik Anak Muda..