Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 10, 2011

Sejarah Malaysia 9 Julai 2011


alhamdulillah..selamat pulang dari melakar sejarah negara..

pada 9 Julai..sekitar pukul 11 hadiri taklimat diHotel..sekitar 40 peserta dari Kawasan kami, Taman Ehsan Kepong..lelaki wanita, kecil besar tua muda..peserta paling kecil adik solehuddin yang sentiasa tersenyum tak banyak ragamnya, 11 BULAN..


selepas taklimat diakhiri doa, kami keluar dari hotel..berjalan menuju jalan TAR..waktu itu aman damai..jalanraya lapang..kelihatan orang ramai berjalan santai di Kuala Lumpur..tiba-tiba polis mara kehadapan..mula lah laungan takbir di kota Kuala Lumpur..


kami diarahkan YDP kawasan tuan haji Rahman untuk bergerak ke KL Sentral..menaiki monorail..tiba di KL Sentral sekitar 1.30..terus mencari surau..saya biasa solat ditingkat 4..tingkat 1 diketahui umum memang penuh..

sampai ditingkat 4, surau tutup..kelihatan beberapa orang sedang solat dikaki lima..tapi alhamdulillah..lebih baik dari dibawah..tandas juga kosong..selesai kami solat, pintu untuk masuk ke lorong ini juga ditutup..






turun bawah mula rasa bosan..saya nak tengok jalanraya!nak tengok FRU..nak berarak beramai-ramai!ikut Makcik Sal kata dah terperangkap di situ..tak boleh nak kemana-mana..kemudahan keretapi semua disekat..

tiba-tiba kedengaran takbir dari tingkat atas..cepat-cepat naik dan ternampak kelibat tok guru Hadi, nurul Izzah dan adik beradik, Dr wan Azizah. Anuar Ibrahim, A. Samad Said, Dr Dzulkifli, Dr Nizar, Ambiga, Teresa, dan ramai lagi pucuk pimpinan..saya dan umi berjalan seiring mereka..subhanallah..pengalaman baru buat saya..




selama ni dijalanraya ditengah-tengah dan belakang barisan..turun hingga kebawah KL sentral..hingga lah FRU melapaskan Asap Pemedih..Allah saja yang tahu pedihnya..lebih teruk kerana dikawasan tertutup..Alhamdulillah saya dan umi selamat..makan garam dan berkongsi mineral water dengan rakan seperjuangan itu kenangan manis!

memang sangat effective!pengalaman benar-banar mengajar..tak lama hujan turun selebat-lebatnya..mengambil peluang membasuh muka dengan rahmat Allah..

sekejap..tapi pengalaman yang sungguh berharga..alhamdulillah..

anak cucu, ini untuk kamu..

Al-Fatihan buat Pejuang Agama Dan Negara..Ayanda kita semua, Baharuddin Bin Ahmad.,Semoga Syurga hadiah buat mu..ya Rasulullah..berikan syafaatMu..UmatMu ituberkorban demi agama dan negara..







* saja taknak ambil gambar yang ada di internet..yang asli itu lebih berharga..walaupun gambar gegar-gegar..tapi sangat berharga buat koleksi peribadi..

6 comments:

  1. wow... ko gi eh... pakai bju kuning x?

    ReplyDelete
  2. tak lah..yg penting sampai tujuan..bajau kuning tu perkara ke2..hehe..

    ReplyDelete
  3. salute untuk anak muda yang berani. gadis pula tu. teruskan perjuangan. 3x click iklan untuk sudari. hee

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..ada juga yg mengahargai pejuangan tak seberapa ni..setelah puas dikritik org keliling..;') yg penting bkn manusia tahu pengorbanan kita..tp penduduk dilangit..;')

    ReplyDelete
  5. Tahniah ea dpt mengharungi detik tu :) I'm proud with youu ! hehe

    ReplyDelete
  6. hehe..alhamdulillah..hrp2 ank cucu pun nnt dpt berbangga bila baca blk ibu/nenek dia dulu join bersih..hehe;'p

    ReplyDelete