Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 11, 2011

Raya Sudah



hari raya ke berapa dah ni??hahahahh;'p
sekarang dah masuk musim mengawan..eh2..tak..tak..musim orang buat kenduri kawin..
semalam je ada 3 kenduri..T_T

tapi saya nak cerita pasal raya..walau dah lewat..dahku pedulik hapa..
beraya di kampung tercinta Subang Jaya memang amat menyeronok kan..malam raya, sebagai hadiah kepada diri sendiri yang berjaya khatamkan quran pada hari terakhir Ramadhan, maka saya telah membawa diri sendiri berseronok-seronok di Kampung Kuala Lumpur..hoyyehh..

saudara-mara dan saya telah bertolak ke Kampung Kuala Lumpur sekitar 10.30 malam..;')
jemmm!!malam raya jemmm!!ingat semua dah keluar dari Kampung Kuala Lumpur..T_T

sebenarnya tujuan pergi KL sebab ada seorang adik saudara yang tak beli lagi baju raya..dan kerana kerjasama kami sekeluarga maka haruslah diikuti dengan rombongan 3 kereta untuk menemani adik saudara yang seorang itu..kahkahkah

dan yang sangat membanggakan, kami bersatu padu dalam perjalanan di sepanjang jalan itu..kami membentuk seperti keretapi yang panjang dengan menggantung kan tangan kami diatas bahu hadapan..ya!sanak saudara yang pasti..maka kami berjaya meredah orang ramai untuk keluar dari kesesakan yang teramat tersebut..;'p

kami naik kereta sekitar 1.30am..dan yang membanggakan, kami hanya mampu keluar dari kawasan parking sekitar 3am!!!whatt the heyyy!!T__T sampai dikampung tercinta sekitar 3.30 am..;')

raya kedua dah nak balik rumah..jauh kampung dengan rumah..jauhhh..subang jaya-kepong..dalam 30-40 minit bergantung pada keadaan trafik..kahkahkah lagi..

raya ketiga saya telah melakukan derma raya..

jalan-jalan kat jusco tiba-tiba!tiba-tiba ye..nampak pasukan ni..hehe..rupa-rupanya dah hampir setahun dah tak menderma..T_T sekejapnya masa...

sebelum nampak kumpulan ni tekak memang haus sangat..so lepas dah isi borang terus mintak air..tanya ada mineral water tak..dia kata takde..100plus ada la..heheheheh;'p


jururawat amira cucuk tangan amirah..mungkin disebab kan nama nak sama, maka darah lebih senang dipujuk untuk keluar..;') ehemmm..jururawat ini adalah jururawat kedua yang berjaya cocok tangan saya sekali je dalam proses nak menderma darah ni..masuk ni dah 11 kali derma..kira 9 kali yang lain tu mesti cocok 2,3 kali baru darah mengalir keluar..urat kecik..takpe hati besar..anak cucu, firstime ibu/opah kamu nak menderma, 3 kali kena cucuk tahu!so relaks jee..cool..chill..;'p

boleh tak dia ambil 450 gram atas alasan berat badan saya dah naik???kata je lah ni musim raya banyak eksiden nak pakai darah banyak kannn..


hah..kemudian Jumaat raya ke 4, kami, terdiri dari umi, jejaka idaman dan saya telah berangkat ke Perak..yehhaa...




highway ye highway...nasib baik ada jejaka idaman..saya memang failed bawa kereta dalam jem..ngantukkk!!

singgah ipoh..kemudian ke Kuala Kangsar..rumah siapa lagi kalau bukan Sir Hamdan saya..hehe
malam tu pergi beraya rumah cikgu sejarah saya cikgu Hidayah Nur..kat sana pun jumpa ramai orang..sir rahman,cikgu nik dan anak beranak..ada aimi..;') Ut Farhana dan adik beradiknya..Izzati lagi siapa??siapa??

lepastu sabtu pergi beraya rumah kawan umi makcik aisyah..beraya rumah faiz kawan jejaka idaman..mak dia comel..nama makcik salha..;') malam tu beraya rumah abang sir..dekat dengan water front kuala kangsar..

ahad pergi beraya rumah kakak sir hamdan kat taiping..lepastu singgah taman tasek..;')



berbaju kurung ye..sila jeles..

terima kasih banyak sir Hamdan dan Makcik Rokiah atas layanan 7 bintang..saya pernah cakap kat Sir sekitar form4, form 5 yang saya akan jadikan rumah sir kampung ke3 anak-anak saya..kira ni praktis la..sebelum bawak anak-anak kena bawak bakal bapanya dulu kan..kahkahkah..


sekian cerita raya saya..baru puasa 2 hari dibulan syawal..4 hari lagi nak pulun..T_T

semua last minute...tak senonoh sungguh..semoga panjang umur nak selesaikan apa yang patut..

2 comments:

  1. insyaAllah..dan alhamdulillah..tp agak menyeramkan bila bahagia badan naik mcm di pam-pam..kahkahkah..T__T

    ReplyDelete