Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Kebetulan

Sejak kebelakangan ini.(dalam sekitar 6 bulan,eh tak setahun.)
saya mengalami sindrom kebetulan memakai warna baju yang sama dengan tema perkahwinan.
pening?

mula-mula just cakap dalam diri..sengih sorang-sorang berangan sendirian.

tapi dah obvious sangat kottt..semalam pakai baju kurung hijau putih. tema memang hijau putih!boleh??kenapa tak merah putih ke biru putih ke..kenapa kena sama dengan baju yang saya pakai??

hari ni, pengantin pakai warna kelabu/silver.kita serupa.T__T

sebelum-sebelum ni sama biru lah hijau lah.argh!geram tahu.

tak mengapa.sabarlah jiwa.

tadi pergi kuliah maghrib..sambil tu standard lah kaum hawa..mesti nak share cerita hot and spicy ni. duk sembang kenduri tadi pukul 2 dah habis lauk bagai..saya pergi kenduri pukul 12 lebih memang masih ada.cuma nak air orang sebelum saya siap tonggeng kan bekas air tu.T__T saya pun terus duduk tak ambil air..dah tu baru umi ambil kan.

bagi saya ini berita yang sangat digeruni oleh orang yang melakukan kenduri. sebab tujuan buat majlis memang lah nak bagi tetamu makan. bukan datang tengok kemah yang cantik ber bling-bling serta kerusi yang gedabak di atas pelamin. ye, tujuan majlis adalah beri makan.

ya Allah..Kau permudahkan dan selesaikan segala urusan dan masalahku.
rasanya bagi kita-kita yang belum laksanakan kenduri, marilah mula berdoa agar urusan pada hari bahagia tersebut berjalan lancar. semoga Allah terima salah satu dari doa kita yang sekian lama.

Barakallah hu lakuma..

Thursday, October 27, 2011

Pon Boleh

nampak percikkan air tu tak? saya photographer nye.. ^__^,
nak tempah khidmat saya? tak payah.

tangkap gambar tu pakai handphone sony ericsson C510a je kott.kah kah kah.

DSLR, rasanya saya belum perlukan kamu..(nak sedapkan hati) kata belajar keperluan dan kehendak..kann..rugi kalau tak aplikasikan ilmu.. jadi DSLR buat saya dalam waktu ini sekadar kehendak dan bukan keperluan. sekian~

Wednesday, October 26, 2011

Welcome To Mandiri


hohoi..dah farewell terus sunyi sepi tanpa khabar berita..
heheh..ambil masa nak hirup udara tempat baru..

standard..banyak rumors yang didengari..ada positif..ada negetif.aku?
terpulang pada diri nak jadikan positif ke negetif.jangan biar diri kita tenggelam dalam keadaan sekeliling.biar kita yang tentukan dan buat kan keadaan sekeliling yang ngamm dengan diri kita..

bukan hebat.menangis pun ada.tapi dah memang ini aku..tempuh je..Allah yang tentukan kat mana kita berpijak semalam hari ini dan esok..pasti ada yang terbaik sedang direncanakan.

yang pasti aku bakal menambah sejarah hidup..betul-betul universal.ingin diulangi secara ringkas sejarah hidup. sekolah ambil sains..tulin lagi..lepas tu sambung belajar syariah undang-undang.tak nak kalah.time cuti sem pernah kerja sebagai security kat carefour..hambikk..tapi dalam office laa..setelah itu praktikal di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). kemudian lagi praktikal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL.sambil siap kan assignment jadi cikgu tadika di PASTI setelah itu jadi guru ganti di Sekolah Rendah Subang Jaya. Setelah itu tolong kakak sedara jaga taska..jadi babysitter..lepas tu ke QBE as assistant credit control.now marketing..hambikk..lantak perenggan ni panjang..haku tak dulik..

ok meh saya perkenalkan pada pekerjaan baru saya..mula serta pada tanggal 18 oktober 2011..
sebagai marketing staff..-__-" nak kata marketing officer pon bolehh..pasal benefit agak officer dari kat QBE dulu..benefit clerk. tapi bila dah buat kerja seminggu dah tak macam officer plak dah..macam promoter pon hado..kah kah kah..T__T tangisan dalam tawa.


ini pintu office.


ringkasan: mandiri remittance adalah anak kepada bapa nya yang bernama Mandiri Bank di Indonesia. sekian~
kata ringkas kannn..mana boleh cerita panjang-panjang..;')


saya juga telah bekerja disini..~ bukan sebagai kontraktor ya.


ini katanya artis. ira namanya.maaf tidak kukenali.indonesia ni ramai sangat retiss nya..tapi kan..waktu dia buat konsert,dalam hati nak je aku panggil jejaka idaman naik nyanyi atas pentas..T__T opss maaf..termasuk gambar perut abang rizal..

gambar di kawasan kongsi adalah untuk membuat survey bagi mengadakan road tour bersama celcom dan mandiri..

seronok kerja baru..berjalan-jalan..dan kata nya pak akib aku bakal kurus sebulan dari sekarang..sama-sama kita nanti dan saksikan..-__-"

Ya Allah..Permudahkan segala.tempatkan aku dimana seharusnya aku berada..aminn ya Rabb..;')


Monday, October 17, 2011

Farewell



rasanya saya dah cuba untuk lakukan ending yang terbaik.

kan style saya memang kacak.-_-"
hampir 70% manusia yang halal untuk saya cium saya cium pada hari tersebut.accountant pon terkejut.nasib bos saya lelaki.maaf tak dapat buat pengakhiran yang terbaik.kahkahkah






kesayangan saya di QBE mummy suzanne..;')




suz(suzanne)..rindu nya..T__T


2 sistem ni mesti nak mengadap hari-hari..;') kalau tak tak jadi kerja.bukan takat tak jadi.tapi memang tak kerja.

tengok kepala boss saya Encik Othman..;')

access card..;')

mula merindui..tapi kena teruskan kehidupan. sangat selesa disini. saya masih muda.perlukan cabaran yang lebih.;')

Ya Allah..yassir wa la tu assir..


Monday, October 10, 2011

Hutang

banyak benda berlaku dalam hidup.tapi macam tak rajin nak post..berani gagal??
ini bukan berani gagal..tapi saja je nak gagal..

semalam join program Dr Azizan..seminar power marketing.seronok.banyak ilmu dapat.dan doa akan amalkan.insyaAllah.gambar?tak ambil.sebab tak bawa handphone..memang style saya nak pergi tuntut ilmu tak nak bawak benda-banda yang boleh mengganggu fokus saya.ok tipu.saya tertinggal..T__T

memang sekarang dah jadi sindrom..kalau dah ada jejaka idaman saya terus lupakan handphone..mungkin kerana handphone ni dah tak segak..saya dah tak pedulikan.mungkin iphone 4 bakal menambat hati saya.-__-"

antara kata-kata yang Dr Azizan tekan kan, fast action fast result. the more you give, the more you get back.

ok..tajuk entry hutang kononnya sebab tak nak cerita apa-apa.konon nak list kan senarai hutang story yg perlu/bakal dikongsi.tapi akhirnya dah berleter tanpa disedari..T__T lepas tu nak cerita..td makan steak kat buffalo steak house kat bandar sunway..department finance belanja makan..kan i nak farewell..;') jumaat ni ada town hall 3rd quarter..office sedang merancang makan besar untuk hari last saya..;'p 2nd quarter haritu dapat voucher jusco RM300..agak-agaknya town hall kali ni dapat apa ye..^,^

jangan deme suh aku bagi ucapan sudah..mau tazkirah petang aku bagi kang..berbelit-belit lidah ni haa nak speaking speakong..sekian~

Sunday, October 2, 2011

Resign

ye akhirnya..
resign letter sudah selamat dihantar..sebulan notis..rasa macam baru je hantar..tapi pejam celik pejam celik, tinggal genap 2 minggu saya akan berkhidmat bakti di company kini..banyak yang saya belajar..memang banyak..dulu zaman sekolah tak sempat belajar account, saya belajar dekat sini.

tinggal dua minggu saya nak kena buat yang terbaik..sebab memang style saya yang kacak suka berhenti time semua orang sayang..-__-" saya bukan jenis haku nak berhenti, buat apa nak kerja elok-elok..dah nak blahh dah..tak nak buat kerja..taknak!!-bukan saya-

saya poyo..suka orang sayang saya..^_^,

tapi maaf..bodek bukan kerja saya..dengan manager HR pun saya cakap strettt jee..takde lencong-lencong..

gagah ye..still probation dah kena panggil masuk bilik manager HR..senyummm..tak perlu kata apa-apa..heheh..akhirnya,dapat berkenalan sampai dia cerita dari zaman anak dara sampai dah ada anak dara..

kenagan~saya selalu boleh rasa macam-macam dalam masa yang singkat.alhamdulillah..macam-macam tu campur ye rasa manis masin masam kelat dan sebagainya..

tapi yang best kenang yang manis..dalam masa tak sampai 8 bulan kat company ni, dapat rasa gi singapore free..dapat voucher jusco RM300..tak penah-penah company bagi..~ dapat duit raya~ pon firstime company bagi..dapat main ping pong setelah bertahun-tahun tak main..bagi team Malaysia menang time kat singapore..~ok berlagak..saya cakap kat kak lin, saya nak bertebaran kat muka bumi..bagi orang lain pulak kongsi dapat rasa benda-benda baru..hehehe~ tak faham takpa..tak perlu kata apa-apa..;'p

ok nanti nak cerita pasal office..pasal kawan train..~ye saya ada ramai kawan train~ lepas ni pergi kerja naik bas..sobbb..sobbb..T__T dah tak jumpa kawan train..