Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Kebetulan

Sejak kebelakangan ini.(dalam sekitar 6 bulan,eh tak setahun.)
saya mengalami sindrom kebetulan memakai warna baju yang sama dengan tema perkahwinan.
pening?

mula-mula just cakap dalam diri..sengih sorang-sorang berangan sendirian.

tapi dah obvious sangat kottt..semalam pakai baju kurung hijau putih. tema memang hijau putih!boleh??kenapa tak merah putih ke biru putih ke..kenapa kena sama dengan baju yang saya pakai??

hari ni, pengantin pakai warna kelabu/silver.kita serupa.T__T

sebelum-sebelum ni sama biru lah hijau lah.argh!geram tahu.

tak mengapa.sabarlah jiwa.

tadi pergi kuliah maghrib..sambil tu standard lah kaum hawa..mesti nak share cerita hot and spicy ni. duk sembang kenduri tadi pukul 2 dah habis lauk bagai..saya pergi kenduri pukul 12 lebih memang masih ada.cuma nak air orang sebelum saya siap tonggeng kan bekas air tu.T__T saya pun terus duduk tak ambil air..dah tu baru umi ambil kan.

bagi saya ini berita yang sangat digeruni oleh orang yang melakukan kenduri. sebab tujuan buat majlis memang lah nak bagi tetamu makan. bukan datang tengok kemah yang cantik ber bling-bling serta kerusi yang gedabak di atas pelamin. ye, tujuan majlis adalah beri makan.

ya Allah..Kau permudahkan dan selesaikan segala urusan dan masalahku.
rasanya bagi kita-kita yang belum laksanakan kenduri, marilah mula berdoa agar urusan pada hari bahagia tersebut berjalan lancar. semoga Allah terima salah satu dari doa kita yang sekian lama.

Barakallah hu lakuma..

No comments:

Post a Comment