Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 23, 2011

Emo 2

yup hello..nak sambung bergossip..pasal pemuda emo semalam.hari ni emo lagi.
mula-mula sembang pasal kereta..masuk bab bangun pagi pukul 8 la blah..blah..saya pun,bangun subuh kul berapa?lepas tu dia pun macam gagap tak gagap.tapi emo tu emo lah.

saya kata lah..tak leh kawin lagi la ni..tak cukup syarat..rejected..lepastu emo dia pun meledak..ko reti masak ke?saya pon..boleh la sikit-sikit insyaAllah..pemuda:ko reti buat rendang?saya:anyam ketupat lepas laa..wat rendang tak pernah try.ye saya pernah masak.tapi time tu dengan kakak sedara.tak pernah masak sorang.

dalam hati, ehh..semayang tu wajib kot.masak tu tak pernah pulak ada ayat quran kata wajib pandai masak.-__-"

lepastu pemuda tersebut emo lagi.dari semayang tapi duk mengutuk orang..tak lengkap kan ibadah dia.saya:eh,tak lengkap dengan tak buat langsung tu lain.baik lagi kutuk orang tapi still semayang dari kutuk orang semayang pon tak..yedakk??

lepas tu emo dia menggila.pemuda:ko tak payah nak tunjuk pandai la..dari semalam kan ko cari pasal.ko pergi luar sana.sekarang aku ada kuasa.aku supervisor ko nak duduk dalam ni kena ada kebenaran aku..bla..bla..bla..

saya pun kemas-kemas dia duk bebel-bebel lagi.saya memang tak lah nak lawan orang tengah emo macam tu.bukan takut.langsung tak.yang pemuda duk halau-halau..aku blajar lagi tinggi la..jangan ingat ko pandai sangat bla bla bla..saya:eh Diam!!sambil jegil mata.dalam hati ko ingat aku takut?aku malas nak layan je.ada kakak lagi sorang duk tenangkan pemuda.sambil risaukan saya..

lepas tu pergi makan dengan akak tu.kuat betul mira.kalau akak nangis dah..salah ke tak ke.dia tu memang macam tu.tak matang lagi..dengan bla bla pun dia gaduh haritu.tapi yang bla bla tu jenis melawan..tu lagi teruk gaduh..mira boleh cool je..takpe..tak payah layan dia tu..

huhu..memang tak layan la..silap besar la.sikit tak gugat.ko nak benci aku?ada tercuit ke?langsung tak.kalau ulama' ko tak respect,apa lah yang boleh diharapkan.bukan ulama' lah.Allah yang cipta kau pon kau tak respect..haha..kalau lawan memang aku sama bodoh kan.moga Allah masih mengurniakan akal yang waras buat aku.

memang saya tak alim.tapi saya seronok tengok orang yang lebih baik.saya malu bila jalan sebelah orang yang pakai tudung labuh.pakai stokin.saya malu saya tak mampu nak jadi sebaik tu.takkan kita tak mampu nak buat, kita nak kutuk-kutuk pulak.dah la tak buat.cari lagi keburukan orang.ingat orang semayang tu baik?ingat orang bla..bla..deyyy..malu laa..

apa pun saya cuma berdoa semoga pemuda tersebut diberi hidayah..

sebelum nak balik tadi..
k kak..nak balik dah..bye kak dot dot dot..
bye encik pemuda..;')

ye saya maksudkan apa yang saya taip diatas.

senyum.tak perlu kata apa-apa.

Tuesday, November 22, 2011

Emo

Bismillah..cuma mahu berkongsi kisah.yang berlaku hari ini.

kerja saya sekarang hari-hari jumpa orang indonesia.hari ini nak dijadikan cerita ntah macam mana seorang warga indonesia wanita muda tiba-tiba mengaku dia pernah mengundi.dimana?di Pulau Pinang.ya Malaysia.

asalnya berborak yang saya pernah ke Palembang Indonesia.waktu saya pergi sedang musim mempromosi diri supaya diundi (berkempen). di sana terlalu banyak parti.berpuluh-puluh tak silap lebih empat puluh parti. tiba-tiba (gelarkan wanita tersebut embak) embak tu cerita pernah mengundi di Penang. kata nya bos tanya umur dan panggil ramai masuk dalam pejabat untuk pangkah undi.

jadi spontan saya kata pada teman kerja,kira undi hantu memang wujud.mana spr yang mati-matian kata undi hantu tak wujud? (yang persoalan cuma dalam hati)

tapi lepas tu seorang teman kerja marah-marah.katanya dia tak suka malukan negara sendiri.ok yang itu boleh diterima.masih tersenyum.lepas tu emo jangan jadi macam anuar ibrahim kutuk caci negara sendiri dinegara luar.~melalut~

yang tak boleh terima siap kutuk tok guru nik Aziz siap caci maki(kisah benar bukan rekaan) dan kata cabut kopiah letak kat kaki pijak-pijak.memang emo~ lagi dia kata ustaz apa doa minta benda tak elok.saya kata nabi nuh dulu pon doakan diturun bala pada umat yang taknak ikut baginda.beliau kata sekarang ko umat nabi apa?nak jadi macam kaum luth yang lelaki dengan lelaki?~pening~memang melalut orang yang tengah emo.

saya cakap prinsip saya simple, tengok keluarga pemimpin tu.anak bini dia ok tak?klu anak-anak kaki clubing,bini tak boleh nak pakai tudung.tak boleh nak ajar keluarga sendiri taat Allah, agak mampu tak dia nak pikul amanah nak jaga kebajikan rakyat yang lain?kalau amanah yang Allah bagi untuk jaga keluarga yang kecil pun tak boleh nak penuhi..memang wassalam.~

oh,ada juga pasal hudud.dia kata mana boleh hudud dimalaysia.habis nak potong tangan orang cina india?saya nak jawab.di sampuk-sampuk.saya pon hangen la.sekejap,tadi tanya kan,ni bagi mira nak jawab.

sekarang ni memang tak ada masalah.zaman nabi dulu pun bukan semua islam.(ada sesi sampuk menyampuk) kat Malaysia pun masih ada mahkamah sivil dan mahkamah syariah.yang cina india boleh pergi mahkamah sivil.blah blah bagi contoh kes blah blah..T__T dia diam.

yang pasti dia mengaku sebagai ketua pemuda di kampung beliau.
wahai kawan.jangan lah terlalu emo.nasib borak nya dengan saya yang tersenyum je walau tangan ketar-ketar menggigil orang kutuk tokguru depan mata kepala dua belah telinga.pehh..memang harap time tu kilat sambar menyambar sambar dia biar mulut herot berot ke..ya Allah..sebenci-benci aku pada sesiapa tak pernah sampai tahap nak maki hamun.ni kan pulak tok guru. selama ni baca orang post kat fb je.bila berdepan dengan orang macam ni..ya Allah..semoga Kau beri petunjuk buat beliau.~





Sunday, November 20, 2011

Selamat Ya Pak Akib


Pak Akib.Sejak mula bekerja di MIR (Mandiri International Remittance) Pak Akib adalah pendamping saya..apakah?ye,selama sebulan saya banyak bersama pak Akib.malah hasilnya telor (bukan telur ayam) indonesia dah semakin fasih.lepas ni boleh pergi shopping kat indonesia dan mudah untuk tawar menawar.^__^.

tapi..pak Akib dah tinggal kan MIR..selama 8 bulan je pak Akib ni diimport kesini dari Jakarta.
mungkin akan ke dubai selepas ni.apa pun didoakan pak akib sihat dan berjaya dunia akhirat.

saya senang berjalan dengan pak Akib.eh??berjalan?bukan sepatutnya ayat bekerja ke?kahkah.kan saya memang dibayar gaji untuk berjalan.jalan kaki okeyh.-__-"

kenapa senang?yang utama sebab kami mempunyai matlamat yang sama.kami sama-sama ingat nak sembahyang bila dah sampai waktu.pak Akib ni sebenarnya macam lembut sikit.sikit je.tapi masih kelakian.(rasanya) -__-"

pak Akib anak bongsu..mak bapak dah meninggal..T__T belum berkahwin.masih lajang (teruna) ye.semoga pak Akib cepat jumpa pasangan yang baik-baik yang layak dapat pak Akib yang baik..

Pak Akib penyabar,baik,rajin.terima je bos yang perangai ntahapeape tuu..nanti akan ada pengganti pak akib..sebaik pak Akib kah?semoga lebih mudah bekerjasama.

semperna hari terakhir pak Akib bekerja di MIR,maka jumaat lepas kami merayakan (eh macam happy pulak orang nak pergi kann) kepergian pak Akib.
meh saksikan orang happy nak makan..



ini pak Akib.semoga kita ketemu lagi ya.tunggu aku di jakarta ya Pak Akib..;')

gambar banyak dalam kamera ibu diah.nanti kalau dah ada try letak.

sejujurnya suasana disini lebih best sebab takde geng-geng.semua ngam boleh hantuk kepala bersama.mungkin kerana semua masih muda remaja.usia semua lebih kurang.dan staff tak ramai sangat.jadi seronok!happy sebenarnya jalan dengan diorang.

bulan 4 ibu diah nak kahwin di bandung.mungkinkah akan sampai dahku ke Bandung?Bandung nantikan dahku..^__^,

Wednesday, November 16, 2011

Perkara Kecil Yang Besar

tersenyum lah duhai blog tersayang..tuan mu hadir menghadap sambil menaip-naip menyusun kata.
kerana ada kisah yang nak di panjangkan.pasti pengajaran buat anak cucu nanti.

hai anak,tadi ibumu pulang menaiki train KTM.naik dari mid valley..pulang dari kerja ye..bukan pulang bershopping.hindari lah diri kamu dari bershopping terus.(okeyh dah ayat indon sikit terus letak dekat belakang)

bila sampai di kl sentral ramai yang turun, maka ibumu pun dapat lah tempat duduk. tengah ibumu duduk sambil bermessage-message dengan abimu sambil tersengih-sengih, boleh pulak mata ternampak untie cina tak berapa nak tua (masih gagah untuk berdiri) menggendong beberapa beg.tapi mata lebih simpati pada sebuah beg plastik yang didalamnya punya sebiji tembikai dan beberapa barang lain.ye tembikai. watermelon bakal anakku. isipadu keseluruhan plastik dianggarkan seberat 2-3kg..lalu hati terasa simpati.pasti berat pegang begitu terus.

lalu ibumu minta beg yang ada tembikai tersebut.bukan minta untuk makan free..cuma mahu tolong pegang.untie tu punya lah berterima kasih bagai nak rak..dalam hati,eh,untie ni ingat aku nak bagi duduk ke..serba salah juga dibuatnya. lepastu dalam masa yang sama ada 2 gadis cina hampir sebaya ibumu berborak dalam bahasa cina..disebabkan ada darah daging cina..rasa macam kuat telepati tersebut..terus mencelah,u nak turun mana?train yang lagi satu tu sampai kepong sentral.kalau u nak naik sampai kepong sentral boleh naik train tu.conform ada seat.train panjang.jelasku dengan lagak kak long yang sangat mengetahui hal luar dalam train KTM.terus ramai pulak yang turun naik train lagi satu.boleh duduk!solved problem!

untie yang tuan kepada tembikai pandang lagi.terus pegang-pegang tangan usap-usap tak henti-henti cakap baik nya u..-__-" sebelum nak turun time nak bagi tembikai tu duk puji lagi sambil usap pipi lengan bagai..-__-"

bukan bangga..sikit pun tak.sebab kadang-kadang hati jahat.bila nampak orang mengandung pun fikir 50,60 kali nak bagi duduk ke tak..hati belum sesuci murni itu..tapi bagi tu bagi..yang menyampahnya mesti nak kena lawan syaitoon dulu..tak boleh ke kalau nampak je terus automatik bangun bagi duduk?

tapi itu lah yang nak cerita..kadang-kadang benda kita rasa kecil tapi besar bagi pandangan mata dan hati orang lain.bukan mesti buat benda-benda besar baru dikira perkara baik.
yang termudah cubalah senyum sentiasa.kan senyum tu sedekah..^____^

selalu rabu-rabu ni wordless wednesday..tapi saya word-more everyday..boleh??sekian~

Tuesday, November 1, 2011

Petaling Street Warriors


ehem..tiba-tiba mood nak melayan wayang ye..
selaku seorang teenagers(teen lah sangat) saya selalu mengikuti perkembangan (tak pernah kuncup) SAYS.my. latest website tersebut update pasal cerita baru Namewee iaitu Petaling Street Warriors. sepertinya bakal mengajak Jejaka Idaman ke Golden Screen Cinemas berhampiran untuk menyaksikan cerita baru ini.



tapii..ye tapi..saya memang nak tengok cerita Namewee ni..haritu tengok Nasi Lemak 2.0 pun saya rasa jalan cerita nya sangat menarik.selaku anak kepada ibu yang berbangsa Cina dan beragama Islam, maka saya tak bias dan memang pernah layan cerita cina kat wayang tak tipu..

ingat lagi pernah melayan cerita hape tak hingat zaman berhingus dulu.punya melayan cita cine dengan bill (bukan bil eletrik)..kadang-kadang tak faham..tapi semua gelak kitorang pon pakat gelak.kahkahkahT__T dalam wayang tu rasanya kami berdua je melayu.

tapi saya tak pernah serik!sebab bangga duduk di Malaysia yang boleh layan segala jenis cerita.bukan sahaja cerita melayu bahkan cerita cina, tamil, english dan paling tak boleh dilupakan korea.;')

makanya segala manusia.ayuh lah kita saksikan beramai-ramai movie ini.jangan risau.saya yakin dan pasti ada subtitle turut disertakan.

dalam wayang sila jangan buat perkara yang tak senonoh.pergi tengok wayang.jangan duk buat wayang..sekian..~