Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 22, 2011

Emo

Bismillah..cuma mahu berkongsi kisah.yang berlaku hari ini.

kerja saya sekarang hari-hari jumpa orang indonesia.hari ini nak dijadikan cerita ntah macam mana seorang warga indonesia wanita muda tiba-tiba mengaku dia pernah mengundi.dimana?di Pulau Pinang.ya Malaysia.

asalnya berborak yang saya pernah ke Palembang Indonesia.waktu saya pergi sedang musim mempromosi diri supaya diundi (berkempen). di sana terlalu banyak parti.berpuluh-puluh tak silap lebih empat puluh parti. tiba-tiba (gelarkan wanita tersebut embak) embak tu cerita pernah mengundi di Penang. kata nya bos tanya umur dan panggil ramai masuk dalam pejabat untuk pangkah undi.

jadi spontan saya kata pada teman kerja,kira undi hantu memang wujud.mana spr yang mati-matian kata undi hantu tak wujud? (yang persoalan cuma dalam hati)

tapi lepas tu seorang teman kerja marah-marah.katanya dia tak suka malukan negara sendiri.ok yang itu boleh diterima.masih tersenyum.lepas tu emo jangan jadi macam anuar ibrahim kutuk caci negara sendiri dinegara luar.~melalut~

yang tak boleh terima siap kutuk tok guru nik Aziz siap caci maki(kisah benar bukan rekaan) dan kata cabut kopiah letak kat kaki pijak-pijak.memang emo~ lagi dia kata ustaz apa doa minta benda tak elok.saya kata nabi nuh dulu pon doakan diturun bala pada umat yang taknak ikut baginda.beliau kata sekarang ko umat nabi apa?nak jadi macam kaum luth yang lelaki dengan lelaki?~pening~memang melalut orang yang tengah emo.

saya cakap prinsip saya simple, tengok keluarga pemimpin tu.anak bini dia ok tak?klu anak-anak kaki clubing,bini tak boleh nak pakai tudung.tak boleh nak ajar keluarga sendiri taat Allah, agak mampu tak dia nak pikul amanah nak jaga kebajikan rakyat yang lain?kalau amanah yang Allah bagi untuk jaga keluarga yang kecil pun tak boleh nak penuhi..memang wassalam.~

oh,ada juga pasal hudud.dia kata mana boleh hudud dimalaysia.habis nak potong tangan orang cina india?saya nak jawab.di sampuk-sampuk.saya pon hangen la.sekejap,tadi tanya kan,ni bagi mira nak jawab.

sekarang ni memang tak ada masalah.zaman nabi dulu pun bukan semua islam.(ada sesi sampuk menyampuk) kat Malaysia pun masih ada mahkamah sivil dan mahkamah syariah.yang cina india boleh pergi mahkamah sivil.blah blah bagi contoh kes blah blah..T__T dia diam.

yang pasti dia mengaku sebagai ketua pemuda di kampung beliau.
wahai kawan.jangan lah terlalu emo.nasib borak nya dengan saya yang tersenyum je walau tangan ketar-ketar menggigil orang kutuk tokguru depan mata kepala dua belah telinga.pehh..memang harap time tu kilat sambar menyambar sambar dia biar mulut herot berot ke..ya Allah..sebenci-benci aku pada sesiapa tak pernah sampai tahap nak maki hamun.ni kan pulak tok guru. selama ni baca orang post kat fb je.bila berdepan dengan orang macam ni..ya Allah..semoga Kau beri petunjuk buat beliau.~





No comments:

Post a Comment