Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 16, 2011

Perkara Kecil Yang Besar

tersenyum lah duhai blog tersayang..tuan mu hadir menghadap sambil menaip-naip menyusun kata.
kerana ada kisah yang nak di panjangkan.pasti pengajaran buat anak cucu nanti.

hai anak,tadi ibumu pulang menaiki train KTM.naik dari mid valley..pulang dari kerja ye..bukan pulang bershopping.hindari lah diri kamu dari bershopping terus.(okeyh dah ayat indon sikit terus letak dekat belakang)

bila sampai di kl sentral ramai yang turun, maka ibumu pun dapat lah tempat duduk. tengah ibumu duduk sambil bermessage-message dengan abimu sambil tersengih-sengih, boleh pulak mata ternampak untie cina tak berapa nak tua (masih gagah untuk berdiri) menggendong beberapa beg.tapi mata lebih simpati pada sebuah beg plastik yang didalamnya punya sebiji tembikai dan beberapa barang lain.ye tembikai. watermelon bakal anakku. isipadu keseluruhan plastik dianggarkan seberat 2-3kg..lalu hati terasa simpati.pasti berat pegang begitu terus.

lalu ibumu minta beg yang ada tembikai tersebut.bukan minta untuk makan free..cuma mahu tolong pegang.untie tu punya lah berterima kasih bagai nak rak..dalam hati,eh,untie ni ingat aku nak bagi duduk ke..serba salah juga dibuatnya. lepastu dalam masa yang sama ada 2 gadis cina hampir sebaya ibumu berborak dalam bahasa cina..disebabkan ada darah daging cina..rasa macam kuat telepati tersebut..terus mencelah,u nak turun mana?train yang lagi satu tu sampai kepong sentral.kalau u nak naik sampai kepong sentral boleh naik train tu.conform ada seat.train panjang.jelasku dengan lagak kak long yang sangat mengetahui hal luar dalam train KTM.terus ramai pulak yang turun naik train lagi satu.boleh duduk!solved problem!

untie yang tuan kepada tembikai pandang lagi.terus pegang-pegang tangan usap-usap tak henti-henti cakap baik nya u..-__-" sebelum nak turun time nak bagi tembikai tu duk puji lagi sambil usap pipi lengan bagai..-__-"

bukan bangga..sikit pun tak.sebab kadang-kadang hati jahat.bila nampak orang mengandung pun fikir 50,60 kali nak bagi duduk ke tak..hati belum sesuci murni itu..tapi bagi tu bagi..yang menyampahnya mesti nak kena lawan syaitoon dulu..tak boleh ke kalau nampak je terus automatik bangun bagi duduk?

tapi itu lah yang nak cerita..kadang-kadang benda kita rasa kecil tapi besar bagi pandangan mata dan hati orang lain.bukan mesti buat benda-benda besar baru dikira perkara baik.
yang termudah cubalah senyum sentiasa.kan senyum tu sedekah..^____^

selalu rabu-rabu ni wordless wednesday..tapi saya word-more everyday..boleh??sekian~

No comments:

Post a Comment