Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 1, 2011

Petaling Street Warriors


ehem..tiba-tiba mood nak melayan wayang ye..
selaku seorang teenagers(teen lah sangat) saya selalu mengikuti perkembangan (tak pernah kuncup) SAYS.my. latest website tersebut update pasal cerita baru Namewee iaitu Petaling Street Warriors. sepertinya bakal mengajak Jejaka Idaman ke Golden Screen Cinemas berhampiran untuk menyaksikan cerita baru ini.



tapii..ye tapi..saya memang nak tengok cerita Namewee ni..haritu tengok Nasi Lemak 2.0 pun saya rasa jalan cerita nya sangat menarik.selaku anak kepada ibu yang berbangsa Cina dan beragama Islam, maka saya tak bias dan memang pernah layan cerita cina kat wayang tak tipu..

ingat lagi pernah melayan cerita hape tak hingat zaman berhingus dulu.punya melayan cita cine dengan bill (bukan bil eletrik)..kadang-kadang tak faham..tapi semua gelak kitorang pon pakat gelak.kahkahkahT__T dalam wayang tu rasanya kami berdua je melayu.

tapi saya tak pernah serik!sebab bangga duduk di Malaysia yang boleh layan segala jenis cerita.bukan sahaja cerita melayu bahkan cerita cina, tamil, english dan paling tak boleh dilupakan korea.;')

makanya segala manusia.ayuh lah kita saksikan beramai-ramai movie ini.jangan risau.saya yakin dan pasti ada subtitle turut disertakan.

dalam wayang sila jangan buat perkara yang tak senonoh.pergi tengok wayang.jangan duk buat wayang..sekian..~


1 comment: