Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

Rindu


hari ini rabu.orang lain mesti post wordless wednesday.tapi saya?haku dulik hape..hari apa pun rasa terlintas nak menaip saya menaip.maaf.wordmore everyday.-__-

rindu siapa?saya rindu suasana itu.itu mana?sekitar 10,11 tahun dahulu.saya berada dalam persekitaran yang orang keliling pakai tudung labuh.easa nak menangis taip ni. ya Allah..kau kembalikan aku ke kelompok itu.T__T

masuk kan aku ke golongan yang sedikit ya Allah.iaitu golongan yang beriman kepada mu.

kerja sekarang,memang 90% melayu islam.tapi nak cerita pengalam firstday saya.saya pakai baju kurung.hr suruh balik pakai office wear. O.o baju kurung bukan office wear ke?saya pakai tudung.tak labuh. tapi dia suruh saya masuk kan tudung dalam baju.T__T sempat bagi kata-kata kurang berhemah kat saya. "nak pakai tudung tak salah,janji bergaya." saya ingat kata-kata tu sampai sekarang.bukan nak dijadikan pedoman.tapi sempadan.

saya rasa nak je cakap kat dia.biar tak bergaya.janji bertudung.ye.saya memang cukup malas nak bermakeup.harap maklum.barang make up sume stock tak habis setaun.silap-silap 3,4 tahun pun boleh tak habis.nasib semua hilang macam biskut chipsmore.

ya Allah..betul-betul rindu zaman itu.dari kecil sekolah agama.tak pernah rasa terpaksa nak pakai pakaian sempurna.tapi memang persekitaran mempengaruhi saya.dari zaman sekolah sampai ke kolej.berpakaian lengkap bukan suatu yang asing buat saya.

dulu saya jadikan alasan naik motor sebab saya tak berpakain lengkap.pernah berazam ada kereta nak pakai pakaian muslimah.sekarang salahkan persekitaran kerja yang tak membenarkan.

ya Allah..hentikan semua alasan-alasan ini.kirim dan tempatkan aku ditempat yang terbaik disisi mu.amin ya Rabb..;')




zaman itu...

2 comments:

  1. yup...kuatkan iman kite spy jd wanita solehah...:)

    ReplyDelete
  2. yeap .. pernah rindu ..
    siap g cr kain nk wat tdg cm tu ..
    sampai kedai , cancel
    tak jumpa kain yg best.
    hahaa
    alasan kan

    ReplyDelete