Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Ringkasan Kalender Tahun 2012

bismillah.rasa nya tahun ni adalah tahun TERpadat saya dalam seumur hidup ni.
sekadar buat perkongsian.

JANUARI
Kerja macam biasa di Mandiri International Remittance Sdn Bhd

FEBRUARI
6 Februari : saya bertunang!! (tak sangka-sangka);'p
16 Februari : Fraser Hills

MAC
 20 Mac: Berhenti kerja Mandiri!;'p

APRIL
2 April : Mula kerja di IIUM.;')
 26-29 April: Bandung Indonesia

MAY
Kerja macam biasa

JUN
27 Jun : Proses permohonan nikah!(tiba-tiba);'p

JULAI
15 Julai : Nikah!!;') <3

OGOS
19 Ogos : First time raya rumah mertua..T___T
23 Ogos : Test UPT..;')
24 Ogos : Buka Buku Pink.embrio berusia 4 minggu..;')

SEPTEMBER
8 September : first time scan! 6 minggu ;')
13-16 September : Jakarta Indonesia!

OKTOBER
27 Oktober : Majlis Resepsi Kepong

NOVEMBER
11 November : Majlis Resepsi Banting
14-15 November : Lexis Port Dickson
20 November : Kemalangan ;'(
23 November : Suami Konvo.;')

DISEMBER
7-9 Disember : IEEP Legoland J.B
17 Disember : Kereta dah o.k
28 Disember : First time Suami kena kick dengan baby..;'p


 


Sunday, December 30, 2012

Sweet 22nd Weeks Baby Dalam Perut Ibu

haah sweet sangat.walau hujung tahun ni ibu macam nak pengsan kena kerja. dengan nak settle kan akaun.dengan nak tukar sistem baru.memang bos dah tak kesah dah diri ini yang perut dah mula membesar.dia tak peduli. hari-hari bagaikan berzikir nak suruh diri ini datang kerja sabtu ahad..T___T
tapi yang sweet nya.
jumaat malam:
ibu:atas katil usap perut
abi:mengadap laptop.
ibu:ehh ehh..sambil usap-usap perut.
laju-laju abi lari tekap muka kat perut ibu. punya semangat nak rasa baby tendang.
tak sampai beberapa saat tekap muka kat perut,bushhh..
kepala abi kena tendang.kehkeh.
memang gelak ketawa suka hati ibu dan abi.asyik sembang pasal baby.malam tu abi tidur mimpi baby.;p
ya Allah.hebatnya cinta dan sayang ini. kami belum pernah bersua muka.tapi kasih sayang hanya Allah yang tahu.semoga baby lahir sebagai ahli syurga.aminnn ya Rabb..
walau letih kerja, tapi bahagia. ;') 


Monday, December 24, 2012

Baby Checklist

ehem.harini kerja menggoogle je.ramai cuti kott..

dan paling best hari ni jumpa baby checklist yang agak perfect bagi saya. memang complete. dan google pasal baby jumpa blog kak kina ni.

dulu duk review pasal DIY untuk prepare nak nikah/kenduri pun jumpa blog beliau.
memang membantu sungguh.semoga Allah balas jasa baik beliau. 

first sekali meh nak share link untuk checklist dan budget untuk baby. tekan SINI .
download checklist for baby SINI

dan hasil yang saya dapat setakat ni, BANYAK GILA tak beli lagi..;'p
walau haritu rasa macam dah shopping sakan.tapi baru 1/10 kottt.

dan lepas dah tick yang dah beli tu, baru sedar barang tu more to feeding group.kehkeh. (semangat nak breast feeding -__-" )

yang feeding saya dah score 7/13.

baby gear/ clothing 3/12

baby nursery/furniture 0/8

baby care,grooming& bathing 0/9

baby diapering/laundry 2/6

travelling/extra 1/6

for mama 2/11

15/65

suami idaman. sila prepare duit shopping seadanya.;')

Tuesday, December 18, 2012

Jangan Buat Dosa Dengan Anak Yang Belum Dilahirkan

hah.ambikk..panjang tak panjang tajuk entry.

tapi itu pengajaran yang saya baru dapat.;')

last week jumaat balik kerja singgah bengkel kereta. berharap kereta dah siap. dah boleh ambil.
suami idaman ada kenduri kawan dia area banting. sekali sampai-sampai memang HARAPAN.T__T

tengok depan bogel lagi tak pasang lagi.
sekali datang mekanik cerita pulak jumpa minyak entah celah mana..blah blah.
ni gasket terbakar la.nak kena top overhaul laa..
dia sebut je OVERHAUL tu saya pening dah.sure mahal.

sembang-sembang tanya estimate berapa, dia kata dekat RM1000.
mak fening...macam-macam nak beli ni..
tension dah. tension sangat. 
tapi dia kata isnin baru nak cek betul-betul.nanti dia confirm harga semua.

balik-balik sampai rumah terus tidur.
malas nak fikir.bangun solat maghrib.
minta suami idaman peluk. ok sikit.;')

semalam.isnin.
petang orang bengkel call suruh amek kereta.dia kata kereta tu boleh amek buat kat bengkel lain la.
nak tunggu insurance lambat. dan confirm insurance tak lepas pun nak masuk kan top overhaul tu.
saya pun ok.

sampai bengkel.kereta dah siap. sekali pomen kata kereta semua dah ok.enjin??enjin semua ok.sudah kasi cuci 2,3 jam tadi. bukan gasket terbakar.memang dah lama tak cuci ape benda entah.tu yang datang minyak..blah blah blah.
saya dah hepi syukur alhamdulillah!! 

kereta dah jadi baru.bagai dilahir semula.

dan baby, ibu minta maaf tension tanpa sebab.;'( maaf tak pandai control perasaan.
maaf tak setabah yang diharapkan.

dan harini,alhamdulillah. baby berirama merdu dalam perut ni.;')
tak duduk diam macam waktu ibu tension.T__T

eh,semalam pergi scan.sebab rindu sangat kat baby.tapi scan dia tak clear.still tak puas hati. tapi lagii..doktor kata baby sihat alhamdulillah, duduk terkangkang dalam perut ibu..-__- anak ku.. tapi doktor kata comel.takpe.;') uri semua dalam kedudukan yang bagus.alhamdulillah.dan gender masih dirahsiakan baby.ingat dah boleh confirm.tapi baby masih taknak ibu shopping barang baby gila-gila ye?;'p sebab kalau dah tau gender baru best nak shopping nak ambil warna apa..;'p

dan disebabkan baby sihat walafiat.ibu tahan rindu tu bawa ke scan bulan hadapan.kita cari scan yang terang.;'p

Tuesday, December 11, 2012

Legoland 2012

Bismillah.;')
alhamdulillah sebab baby ibu yang baik dan kuat kita selesai pun berjalan ke Legoland.
ini adalah family day finance UIA.;') rombongan kami 3 bas.;') bertolak jumaat pulang ahad.
nak kata apa lagi?meh kita tengok gambar.
 tempat menginap kami.
ok la untuk 3 bintang.tapi bab makan memang T__T
benda dah habis nak kena tunggu customer minta baru nak keluarkan lagi..sobb..sobb..
bilik not bad.bilik air pun bersih.
 sebab bilik air bersih mampu nak bergambar didalamnya.;'p
 pagi sabtu.;')
ni ahli kumpulan.tak cukup lagi ni.mana yang ada je..;')

 didalamnya..sobbb..sobbb...T__T kesian suami idaman i...takleh nak main.walau disuruh main.taknak pulak main sorang-sorang.taknak tinggal isteri comey tomey dia sorang-sorang..T__T
yang mampu main buat lego ni.dengan masuk movie 4D yang memang best.;')



komen peribadi.saya memang sedih la takleh nak main kan..tak pe baby.nanti baby dah besar kita gi main ye..time tu mesti lagi best..pokok-pokok pun dah berdiri megah sikit.;')
tapi kalau baby dah besar pun time tu.....entah ibu boleh main ke tidak..mesti ada adik-adik baby ibu nak kena jaga...uwwaaaa...T____T sobbbbb..sobbbb..
takpe..baby main dengan abi je ye....;')
ahad singgah JPO.dan memang takde siapa pun beli apa-apa.kehkeh.
kalau ada pun sangat lah sikit.coklat ke.baju murah-murah..hehe

dannn..semestinya kumpulan kami menang alhamdulillah.;')
saya juga dapat lucky draw.alhamdulillah lagi..;')


Tuesday, December 4, 2012

Teruja

semalam saya terserempak dengan ex school mate madid.dia bawah saya setahun. dah sembang-sembang dia tegur saya,ut pregnant ke?tanya saya dah berapa bulan.saya kata dah 19 minggu.nak masuk 5 bulan la..wuff wuff..sekejap je masa dah nak masuk 5 bulan.(sendiri teruja.)

lepas tu dia minta nak pegang perut saya.saya no hal.;'p dulu tak mengandung sensitip kan orang nak pegang-pegang perut.sekarang takda masalah!;'p

ok.bukan nak cerita dia teruja.sebab saya pun dulu memang suka pegang perut orang mengandung.;'p kadang-kadang memang ada yang sensitif.mungkin dia geli.takpe.

nak cerita keterujaan diri sendiri tu.sampai selalu duk perhati barang baby.;') bila la boleh pakai.orang kata jangan beli awal-awal.tapi takpe.tu anggapan masing-masing. saya rasa kemampuan saya bukan sekali gus. tapi sikit-sikit.jadi dah kena mula membeli dari sekarang.

dan masa sangat lah pantas berlalu. dah 19 weeks!! nak masuk 5 bulan dah!-__-" cepat sangat rasa.waktu saya tau ada fetus dalam rahim baru 4 minggu.;')

sekarang sebenarnya tengah teruja nak tau gender.haritu pun tak beli baju apa sebab tak tau nak beli warna apa.;'p kalau baby girl ofcoz la pinky kannn..;')

baju pun dah ada sikit.ada yang beli kat jakarta haritu.semua warna-warna selamat.hijau/kuning/merah.;'p
lepastu ada yang orang bagi hadiah kahwin.tocheee...;'p

rasanya next week boleh dah kot scan tengok gender.;') nanti dah 28/30 weeks baru nak buat scan 3D.;')
ya Allah..sihatkan kami. semoga anak saya membesar sebagai ahli syurga.aminn..(ibu nak kena berubah dulu.) ;') ya Allah.jadi kan kami ahli syurga Mu.;') amin ya Rabb.;')



Monday, December 3, 2012

Maternity and Children Expo 2012

meh nak share hasil rampasan.sikit je sebenarnya.;')


 free..dorgift.;')

ini yang memang dicari-cari.antara penyebab gigih nak pergi expo ni.;')
alhamdulillah.doa-doa je la berjaya bagi exclusive breast feed kat baby ye.;') medela mahal sangat.yang spectra pulak takde bateri.kena pakai eletrik.ni pun rasa dah ok sangat.ada jugak pureen yang eletrik.tapi takde stimulasi.dia tarik je.macam sakit je.T__T

yang ni ada banyak kelebihan yang dicari-cari.dan harga set single eletrik breast pump ni RM 258. bag RM23. ice pack RM15. breast milk storage bags FREE.nilai RM9.harga expo. total kat Autumz RM 296.


dekat pureen beli ni je.....baby wipes 2x100 RM9. nappy rash cream RM11. maternity pads RM 17 x2 = RM 34. disposable nursing pads RM30.
so total kat pureen RM 84.
sebenarnya banyak benda nak beli kat pureen.tapi disebabkan kami naik KTM.ye!KTM.nak mengangkut nya.dengan naik motor je dari KTM ke rumah.T__T kereta tak siap-siap lagi. dan dengan duit nya.T__T gaji tak masuk lagi.haa...atas banyak nya kekangan diatas.maka ni je lah dulu.biar lambat asal selamat.;')

 eh.yang ni susu abi.;'p RM11. malt coklat.

bio oil RM60 200ml. dapat free wipes.hehe;'p
 bpa free PP Breastmilk Bottle 10 pcs RM 22


nursing pillow RM54.

total kat my bbstore RM 76.

Total habis semua kat expo ni RM527.

maka bermula lah kisah membeli barang-barang untuk baby.;'p

banyakkkkk lagi sebenarnya nak kena beli.dan memang lah beribu-ribu.
nak tunggu promo my dear pulak.katil, stroller.dengan napkin.lapik.eh.macam-macam.silalah wang turun dari langit dengan mencurah-curah.;')

set ibu besalin hoi!jangan lupa.-__- nak try tanamera . nak kena cari mak bidan ngurut-ngurut lagi.baby baby jugak.ibu besalin punya set jangan lupa.;')

dan kesimpulan yang saya peroleh dari expo ni.rasa nya memang berbaloi-baloi.macam breast pump saya survey kat website untuk jenama yang sama, semua atas RM300.tak masuk lain-lain. murah dah murah,harap-harap berkatlah.semoga semangat gigih nak bagi eksklusif breast feed tercapai.insyaAllah.;')

Sunday, December 2, 2012

seminar bahagia dan membahagiakan

minggu yang lalu.saya attend program ini.
asalnya sekadar nak memenuhi CTD point.

pagi ahad suami idaman hantarkan.;')
dan alhamdulillah UIA baik hati sangat.sponsor spouse sekali taw.

orang luar nak attend program ni charge RM140.

dan alhamdulillah.seronok berada dalam majlis ni.;')





adore her so much. Prof. Dr. Muhaya. lemah lembut dia tu. penuh keibuan.;')

hafiz hamidun pun ada.dengan zikir terapi dia.;')
irma hasmie pun ada.tapi entah kenapa tak snap gambar dia.mungkin kagum sangat tengok Irma yang anggun.;')
dan semoga mendapat manfaat dari majlis ni.

Friday, November 30, 2012

Kemalangan

Bismillah..

kejadian ni sebenarnya sebelum konvo suami idaman lagi.jadi hari selasa.dalam perjalanan pulang kerja.;')

kelisa saya dah dilanggar dari belakang.

dan beginilah keadaanya.



ni kereta yang melanggar.



ni depan saya.tough tak?apa pun tak kemek.



4 kereta semua nya.
dan sehingga kini, cik kelisa masih di bengkel.T__T 
nanges.

Monday, November 26, 2012

Suami Idaman Konvo



Alhamdulillah.suami saya dah jadi graduan USIM.hehe. 
pagi-pagi jumaat.(betul-betul pagi) dalam 5.25am kami dah bergerak dari banting nak ke Nilai.

graduan USIM.;')

sepanjang perjalanan kami banyak bertembung dengan haiwan yang masih lagi tidur tergolek atas jalan tar di tengah-tengah jalan.(dalam hati patut la kucing selalu kena langgar malam-malam buta.suka tidur tengah jalan) antara haiwan yang kami jumpa termasuk lah kucing anjing dan juga ular.-__-"

eh.ni cerita kanak-kanak semasa musim cuti sekolah ke?;'p

nak dipendekkan cerita, mak abah suami idaman tak dapat pergi atas masalah-masalah kesihatan dan sebagainya.nasib dah kawin kan.isteri ada boleh teman...;')

dan rancangan awalnya saya dah ajak cik mah untuk bersuka ria dengan saya diluar sementara tunggu mereka selesai konvo.sekali dah terpaksa heret cik mah ke lembah konvo.cehh..;'p

nasib sayang saya sorang ni sporting. sanggup teman mak buyung ni.tau-tau la bukan semua sanggup nak panas punggung duduk lama-lama secara sopan dalam dewan konvo tu kannnn...kannn...

jadi pagi-pagi buta singgah sembahyang subuh di masjid nilai dan call cik mah.ye dia tak bangun lagi..malam semalam nya ada program balik lambat.cian ia..T__T

tapi sayang saya tak pernah mengecewakan saya.saya dan suami sampai depan rumah sewa cik mah,dia dah pun berdiri terpacak didepan pagar rumah.ya!kami pantas!haha. sebab tu kami kawan baik.eh..kawan baik?dah macam adik beradik kotttt..;') love u cik mah..

ni cik mah sayang saya.;')

lepas menahan krekk krokk perut berjam-jam.terus kami keluar dewan dan cari bunga!yeay!lepas tu cari suami idaman.biasa lah dia.....bukan sebok cari isteri ponnnn...dia cari kawan..yang saya cari dia...T__T

takpe.faham fikiran dia.mesti dia fikir saya hari-hari boleh jumpa.kawan-kawan tu je la masa nya. fineee...
lepas tu pergi makan.lepas makan suami idaman hantar saya dan cik mah ke rumah sewa cik mah. beliau pergi masjid sembahyang jumaat.

lepas sembahyang jumaat kami sambung dengan program bergambar. hey!sewa jubah beratus tak kan tak nak bergambar kenangan?kann..

jadi di akhiri dengan kami hantar cik mah dan kawan nya ke ktm.

terima kasih Allah.atur segala kejadian dengan cukup indah.

terima kasih baby teman ibu dengan cik mah tengok abi konvo.;') cian dia lapar...tak pernah makan lambat macam tu..


takpe.nanti baby dah besar tengok je gambar-gambar ni ye..;')



 nak jugak main baling-baling kan..;'p




 ibu yang geliga.rasanya kalau ada baby boleh buat tempat duduk baby..;'p

 nampak tak baby dalam perut ibu?;'p dah 17 minggu time ni..;')

kami.hehe.sian cik mah tak nampak muka.

terima kasih semua.;')

Thursday, November 22, 2012

Honey Moon!

ehem.syukur alhamdulillah.selesai segala majlis. terima kasih kepada semua yang terlibat.semoga Allah balas jasa baik kalian.;')
rancang nya nak honeymoon tiga hari dua malam.
haah.honeymoon sangat..lepas ckup 4 bulan kami nikah.hehe.^__^
dan tempat pun tak boleh nak jauh sebab orang nak pergi honeymoon dah berbadan dua.
jadi tak larat sangat nak jalan jauh.lebih kepada berehat. kang jauh-jauh buat letih je.
jadi impian suami idaman nak honeymoon kat pulau terpaksa ditangguhkan untuk honeymoon yang tahun ke berapa tak tau lagi.-__-"
eh.rancang 3 hari.sekali adik beradik naim ajak pergi gold coast morib.saya sporting.takpe.tak dapat berendam kat pulau kita berendam kat swiming pool.;'p
 sweet kan?;'p
jadi boleh la dikatakan kami honeymoon kat dua tempat.;'p ari pertama bersama keluarga terchinta.;'p
next day kami bertolak ke PD.menuju ke Lexis Hotel.tu cari punya cari yang ada bath tab.sebab memang suami suka berendam.-__-"



 yeay berendam!tapi takde buih-buih yang banyak tu..T__T




 tiba-tiba ada orang putih baik nak tolong tangkap kan gambar.;'p

 breakfast selama sejam.semua belasah.


next target.katanya tahun depan insyaAllah. Grand Lexis ok.ada private pool.;')
ya Allah. eratkan kasih sayang.mekarkan rasa ini ya Allah.aminn ya Rabb..;')
semoga sentiasa diberi kelapangan waktu dan wang agar dapat kami berehat sebentar lari dari kesibukan dunia.;')