Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

phewww

boleh tak post entry sebulan 2 je.?boleh?
sebenarnya banyak kisah. tapi..jeng jeng jeng.
tunggu dan nanti.heh.budgettt..
taun ni macam-macam perancangan.
mungkin juga macam-macam terjadi..
harap juga tahun yang dapat merubah diri.
ke lebih baik yang pasti.
rasanya hampir semua doa didengar Pencipta.
minta dihantar ketempat yang sepatutnya, insyaAllah hampir tiba.
syuhh..jauh lah syaitan semua.

semoga manusia yang merancang berubah pada bulan 12 tidak dicabut nyawanya pada bulan 11.

Ceh.dah macam syair ke puisi ke pantun?

bersambung.

Thursday, January 12, 2012

Putih Cium Bontot Hitam

Heh.Semalam Si myvi s.e putih pergi cium bontot saga hitam flx yang saya drive.
saya memang cool.kann..relax je.lagi-lagi bukan saya yang langgar orang.nak gigil apa nya.ayah ajar saya jadi cool.(padahal dalaman gigil) dulu kalau jatuh motor yang ayah tanya adik ok tak apa-apa?ayah tak pernah heran motor tu nak berubah wajah ke apa.yang penting anak dara dia ni masih comel dan sempurna.heh!-___-"

saya pun relax je cakap kat mamat yang langgar.takde apa lah.dah nak jadi.dia duk panggil saya akak.sekali tengok ic lesen dia tua setahun dari saya kot.adakah ini membuktikan kematangan saya?T___T

pergi balai polis saya masih bergurau senda dengan segala makhluk.orang admin dari office cakap saya ni macam takda apa-apa jadi je.saya kata selamat pun dah alhamdulillah.bukan sebab bukan kereta sendiri maka tak bertanggungjawab.tapi dah memang benda nak jadikan.siapa yang nak eksiden?tell me!tak do sapa eh nak mintak berlanggar ni.pengalaman saya time baru-baru drive kereta pun just pecahkan pasu bunga umi saya 10 bijik jeee..-__-" saya selamat alhamdulillah.hahahah;'p





ye.lepas dah berlanggar saya tukar kereta balik bawa myvi lagi best..wooOOooo..haa..padahal dalaman gigil-gigil jugak.tapi buat cool je.;'p belasah je..yang tak seronok bila eksiden ni mesti orang akan cakap kita bawak tak berhati-hati.helllooo..saya dilanggar ok.bukan saya yang melanggar.balik tu saya mintak mc 5 hari kat direktor.dia hampuk kepala saya dengan kertas-kertas.hempuk-hempuk manja.heh.sekian~

Tuesday, January 3, 2012

Assume

ini merupakan antara masalah yang dihadapi oleh kita dalam kehidupan seharian.
assume.apa ingat awak bomoh boleh agak-agak?

kita manusia biasa.jangan suka mea"anggap" blah blah blah. kita kena outspoken supaya jelas dan nyata. jangan anggap orang sentiasa faham kita.atau kita terlalu faham orang.

disebabkan graduan diploma syariah dan perundangan,(nak gah je.)maka saya lebih mudah untuk sertakan contoh kes.

gayah vs pak mat

gayah nak pindah rumah,nak pinjam lori pak mat.gayah anggap pakmat dan lorinya ada dirumah pada hari sabtu.kan sabtu orang cuti.datang hari sabtu pakmat ke kerja bawa lori.

gayah masih lagi meng"anggap" sabtu pak mat dah kerja.ahad mesti cuti.lalu tak bertanya dan datang lagi pada hari ahad.datang-datang pak mat masih lagi ke kerja dengan lori nya.

bila dah dua hari puas meng"anggap" dan nasib memang tak baik,hari ahad baru nak tanya isnin boleh tak nak pinjam lori.pak mat pun jawab."lah,yang tak cakap nak pakai kenapa?kalau cakap boleh la pergi kerja naik bmw ke merc ke..kann"

buang masa kan kalau kita ni jadi manusia yang assume sentiasa.sepatutnya kerja boleh selesai hari sabtu dah jadi lambat hari isnin.

sekian~

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

alhamdulillah.sambutan tahun baru ni berlainan dari tahun-tahun sudah.cara sambutan tahun-tahun yang sudah mengadap tv je..kan banyak cerita best kat tv..kehkehkeh.

tapi perubahan itu perlu kan.maka saya pun menyambut dengan cara yang berlainan pada tahun ini.saya berjaya menghadirkan diri ke dataran kemerdekaan shah alam.saya sambut tahun baru dengan ustaz Azhar Idrus..^__^, ramai memang subhanallah dan alhamdulillah.

yang lebih kagum penuh dengan anak muda.pengisian program sembahyang berjemaah, tazkirah/forum,soal jawab ust Azhar Idrus dan zizan memang happening.jangan sampai jadi najis ye.;'p

ada juga persembahan dari sham kamikaze, shahir,akhil hayy dan lain-lain.seterusnya tepat jam 12 bacaan asma ul husna.dan bacaan doa dari ustaz Azhar Idrus.memang kagum.tanpa melihat pembaziran percikan bunga api.semoga kehadiran baru tahun 2012 lebih berkat buat seluruh umat Islam di dunia khususnya di negara Malaysia.

saya berdoa semoga suatu hari nanti program sebegini bukan lagi sekadar didataran kemerdekaan Shah Alam.tapi juga di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.insyaAllah mudah-mudahan.



oh saya juga bertemu kawan kolej lain kos,nisa'.kenal dalam PBSM.jumpa-jumpa dah dukung anak 8 bulan.subhanallah.cepatnya masa berlalu.semoga saya tak terlalu lambat untuk itu.