Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Bukit Gantang Taiping

sebenarnya buat title penuh sebab takut lupa semalam pergi taiping belah mana.-__-"

balik ipoh.nak uruskan tanah taiping. dan sangat alhamdulillah.rasanya urusan dipermudahkan betul.

pergi pejabat tanah dah pukul dua.tapi alhamdulillah boleh selesai tanda tangan pukul 3.30.agak menakjubkan. cabaran?

mustahil takda cabaran.amirah haruslah sentiasa berdepan dengan cabaran.kan.

masalah nama ayah dekat geran Abdul Latiff Bin Abdul Rashid, kat i/c boleh pulak Abd Latif Bin Abd Rashid.-__-"

dah kene pergi pejabat lawyer yang ada commissioner yang boleh buat surat sumpah.RM4 je.tapi memusing jugak la.dah tempat ke3 ke ke4 baru tempat tu boleh buat.

lepas selesai tu submit borang 14A.rasa nya yang ni lebih mudah sebab tanah je.macam waktu tukar nama rumah kepong banyak jugak borang kena isi.proses pon lebih makan masa. ruamah muar saya tandatangan je.ambil lawyer senang,tapi duit mengalir.T__T rumah kepong uruskan sendiri.yang muar kena lantik lawyer jugak.sebab complicated.

yang ni cuma bawa geran asal,i/c,surat beranak.tu jeee..waktu rumah kepong dengan rumah muar siap nak resit cukai pintu sukai tanah latest.tak faham.-__-"

lepas dah tanda tangan borang 14A depan D/O.pergi Lembaga Hasil Dalam Negeri.kena buat cukai taksir tanah. katanya dalam tempoh 3 minggu. lepas tu bayar.bawa geran asal pergi pejabat tanah,insyaAllah selesai.;')

sebenarnya sekadar kongsi pengalaman.rasa nya anak-anak muda tak pernah ambil tahu pun urusan tukar nama tanah ni. tapi untuk saya yang berumur 22 tahun 8 bulan.3 kali dah tempuh. alhamdulillah.saya bukan anak orang kaya.

tapi Allah bagi sedikit kesenangan waktu saya diusia 20an. setelah tempuh macam-macam dugaan.bukan lah seorang yang bernasib baik dalam setiap perkara. merasa basah kuyup nya naik motor dalam hujan sepanjang perjalanan kepong-bangi.wah jugak lah untuk seorang gadis.;') dan alhamdulillah Allah tahu apa yang hamba dia mampu tempuh.alhamdulillah bukan yang jenis senang demam,;')

bukan juga bernasib baik dalam kerjaya.tapi alhamdulillah tak tanam anggur.;') isnin ni insyaAllah mula berkhidmat di UIA.tempat sepatutnya saya belajar.Allah aturkan jadi tempat bekerja.;') pakai SPM. dan seorang yang tak pernah belajar akaun, kerja bahagian akaun. padahal waktu datang interview ramai yang ada diploma akaun.

menjadi anak tunggal bukan sesuatu yang menggembirakan.tapi tanggungjawab.ramai tanya kenapa saya tak sambung degree.ada kawan yang nampak sinar saya kalau jadi seorang lawyer.-__-" (betul kawan cakap) tapi,saya ada tanggungjawab yang lagi besar. yang waktu sangat mencemburui saya. saya kena kerja.dah mula fikir awal tahun kena bayar cukai pintu cukai tanah.setiap bulan bayar kereta, bil elektrik,wireless dan sebagainya.

kena fikir untuk cari seorang anak lelaki buat umi ayah.cucu-cucu untuk mereka.
Allah atur segala. hadir Mohamad Naim. bantu saya teruskan perjalanan hidup.semoga menjadi teman sampai ke syurga.;')

Allah is the only one who can do everything. we humans do what we're capable of.(*,^)

Wednesday, March 28, 2012

betul punya




haah.memang betul punya kembar.skrin kat handset sekarang dah jadi double.
hamekk.nak sangat kembar.skrin handphone pon faham hati ini..T___T

tu lah.handset kalau rosak memang tak payah repair.sila beli lain.barang-barang sekarang memang dicipta untuk pakai buang,

sekian

Tuesday, March 27, 2012

Kembar lagi

Ehem.beli laksa. lepas tu kann..

dapat telur yang kuning dia ada 2.;') meaww..








sebenarnya nak tunjuk laksa delicious ni.;')

Monday, March 26, 2012

theme color

yup tengah pening.

sepatutnya tengah bersenang lenang sekarang.sebab ada cuti lebih dari seminggu.nak tukar angin baru..angin baru lah sangat kan.

sekarang duk pening nak fikir theme majlis nanti warna apa.
banyak sangat dalam kefala.semua tengah bersaing sengit.dulu-dulu konon nak pink silver.tapi sekarang dah tak in ok.out!heheheh;'p

tadi pergi dewan.rasa dewan confirm ambik package yang orang kat dewan tu sediakan.
mula-mula ingat dalam dewan nak sekalikan je dengan catering. tapi macam lagi baik amek event management yang memang dah biasa buat kat dewan tu.ukur lilit bucu celah semua dia dah tau.

meh review warna yang dah bertahta dihati.



alololo shwetttt nya..blue pink. turquoise+pink lagi cantik.




ok kuning macam sangattt ayuu..sebenarnya nak kuning+pink.eh.apasal sume nak match dengan pink je??-__-"



yang ni warna coral.adik beradik peach.adik beradik tiri dengan pink.adik beradik susu dengan ..banyak jenis beradik nya.tapi sweetttt...

rasa baju nikah memang standard color lah kan putih/cream.yang pasti nak cuba buat simple yang boleh pakai lagi lepas nikah.pakai pergi kenduri orang lain lah pulak kannn..;')

umi pulak ada baju kain songket penuh.penuh ok.warna biru silver.pakai dah macam robot.memang berat.ketiak tak leh nak tutup rapat.T__T macam robot betul.kain songket yang jenis berat keras dan gatai..-__- umi nak suruh pakai.tapi nanti nak kena cari baju untuk tunang idaman.takut susah nak match.



kain songket tersebut.dah siap jahit sebenarnya.dan ngam-ngam je sarung!amazing!

tapi kalau pakai nak kena cari baju untuk naim.

ok pening lagi.

Sunday, March 25, 2012

Johor

baru balik dari johor.padahal jumaat malam dah sampai kan.
banyak betul urusan nya.semoga dipermudahkan.duit pun mengalir je.
hal berpuluh tahun tak setel-setel.duit dah beribu-ribu habis.

ehem.dalam banyak hal sempat jugak buat hal.kita berjalan-jalan ke Johor Premium Outlet ye. dekat dengan rumah pakcik.sangat dekat.sangat. kat kulaijaya.

bukan golongan macam saya la yang kenal premium outlet ni.haritu singgah QBE office lama, ya sejak berhenti itu lah kali pertama gi ziarah. itu pun pergi time lunch.tunggu lif.lif terbukak pong pang pong pang salam kiss pipi sikit.gelak-gelak.lif naik balik.tunggu lagi.pintu lif bukak-bukak pong pang pong pang salam kiss pipi sikit.gelak-gelak lagi. lif naik balik.tunggu lagi.-__-" pintu lif bukak lagi pong pang pong pang salam kiss pipi sikit.gelak-gelak.T__T memang tak payah naik.duk je depan lif jumpa semua orang.kehkehkeh.sampai orang yang dah turun tadi nak naik balik saya tak naik-naik lagi. abang man cakap orang ramai kawan..ramai laa sangat kannn..;'p

eh.bukan cerita pasal premium outlet ke?-___-"

haa..duk kat sana la..diorang ajak gi johor ada lawatan gi JPO tu.sampai buat lawatan taw..

nak la taw hebat sangat ke tempat tu.kann..tu yang ajak adik sedara pegi tu.tapi yang mampu masuk kat sana vincci, cotton, padini.T__T tapi padini macam hampehh..tak cantek langsung.baju kat pasar malam lagi cantik. gi sana beli kasut vincci je.pon tak berapa banyak pilihan.baik gi kat klcc.T__T


hah,lepas dah cari hal. selesaikan hal.gi pejabat lawyer.last-last bayar je biar mereka setelkan urusan ni.semoga dipermudahkan segala.tinggal kena pegi lagi sekali tanda tangan.berapa bulan kemudian la..

sekian laporan saya.

Saturday, March 17, 2012

bagai roda

semalam tolong umi packing luggage nak pergi johor.
macam muat tak muat.saya tengok balik.keluar sikit.
nak alih tudung letak zip lain.1..2..3..punggah-punggah..4..5..6..punggah-punggah 7.ya Allah sampai 7 tudung sumbat dalam bag nak bejalan.over taw.punya nak match dengan baju la konon nya tu.baju bejalan dalam luggage ada 3.baju tidur 2.tudung sampai 7.boleh tak?tak campur yang pakai time nak pergi kira 8 la.

hehe.gelak-gelak taw.betul macam roda.kecik-kecik dulu macam tu la saya.umi punggah-punggah masuk kan balik apa yang patut bawak.keluarkan apa yang tak patut bawak.kadang-kadang tambah benda yang kita tak tau. tiba-tiba bila sampai bukak bag.eh.apa ni.suprisee..-__-" bekalan masa depan.selalu letak makanan supaya anak tak kelaparan.kalau boleh semua nak bawak.

zaman sekolah dulu pergi camping boleh hangkut dengan baldi-baldi.-__-"

pagi tadi ingat nak beli tiket train.sampai kl sentral train hari ni dibatalkan.tak jelas train tebalik ke tanah runtuh ke.lepas tu pergi pudu beli tiket bas.tu dia hantar sampai kat bandar tasek selatan. agak jauh berbanding dengan dulu-dulu biasa naik dari pudu je.tapi sebenarnya memudahkan.tak la berserabut semua kat pudu.


memang dah macam style airport dah kat sini.smart jugak.surau selesa.toilet menawan.siap ada skrin pelepasan dan ketibaan ye.



smart?

jumpa ae Dolah.sebenarnya tak ingat nama beliau.tapi kenal muka.idrisiah ye?haah.tahun 88 kan?ae apa ye?Abdullah.heh.elok2 orang nama abdullah panggil dolah kan.suka-suka.

tiket umi pukul 1030.10.20 macam tu dah turun.saya tak boleh ikut turun macam dulu-dulu.babai-babai time bas nak gerak pergi.T___T

saya dan umi first time sampai sini dan rupanya sini dah beroperasi bertahun-tahun.

sekian.

Thursday, March 15, 2012

الوجيز في الفقه الجنائي الإسلامي

Siti Nur Amirah said...
assalamualaikum.
sebelum membincangkan hukum hudud.sukalah saya berkongsi sedikit ilmu yang telah dipelajari dan alhamdulillah masih diingati.(masih rujuk buku zaman kuliah)harap jelas apa itu hudud.
hudud adalah salah satu dari tiga pecahan/bahagian dalam undang-undang islam.

hudud-hak Allah
qisas-hak manusia
takzir-hak pemerintah

terdapat tujuh kesalahan/jenayah yang termasuk dalam hukum hudud.dan penyelesaian/hukuman dah ditentukan oleh Allah pencipta segala isi dilangit dan dibumi.

tujuh jenis kesalahan yang dah ditetapkan hukuman oleh Allah:-

1) berzina
2) qazaf (tuduh orang berzina)
3) minum arak
4) mencuri
5) merompak
6) murtad
7) pemberontak/penderhaka

sedarkah kita 7 jenis kesalahan diatas adalah masalah-masalah yang sedang berlaku dengan berleluasanya pada waktu ini.Allah yang mencipta dah menyediakan cara/langkah mengatasi masalah-masalah tersebut.akurlah kita hamba yang dicipta.kenapa terlalu egois dan banyak mempertikaikannya.sebenarnya jelas depan mata hukum-hukum tersebut jelas didalam al-quran dan hadith sohih.kenapa masih tutup mata hati.

dan saya sambung jelaskan berkaitan hukuman qisas iaitu hak manusia.bunuh dihukum bunuh.mencederakan dihukum mencederakan kembali.tapi masih ada pilihan.jika mangsa/keluarga pilih untuk memaafkan si pesalah masih perlu bayar diat(denda).

dan ketiganya takzir.ini adalah hak pemerintah.untuk kesalahan selain dari kesalahan hudud dan qisas,maka pemerintah diberikan kuasa untuk berfikir solusi kepada masalah semasa.cuma 7 jenayah ini SAHAJA yang telah ditetapkan hukuman oleh Allah.kenapa kita "hamba" masih ada yang lantang menolak hukuman pencipta?

subhanallah.lihatlah indahnya undang-undang Islam.kita bukan sekadar mahukan hudud.tapi undang-undang Islam.kenapa hudud lebih popular dari yang lain-lain?kerana insyaAllah dengan selesainya jenayah-jenayah yang 7 ini,maka yang lain akan turut mudah untuk diselesai.insyaAllah.

maaf andai ada kesilapan pada apa yang cuba diikongsikan.

seorang hamba,

15 March 2012 21:35


perkongsian komen saya pada blog chewal yang cuba mengulas isu hudud oleh mantan PM chedet berkaitan isu hukuman hudud adalah ciptaan ulama'fiqah.saya tak lah sehebat sahabat kita Hilal Asyraf. sekadar mahu berkongsi pendapat. boleh lihat jawapan yang lebih padat dari sahabat Hilal Asyraf.;')

wallahu a'lam.

Sunday, March 11, 2012

Mood Mencari.

ehem.sekarang ni tengah melayan lagu.
memang wahh untuk seorang yang bernama Siti Nur Amirah.
memang dilahirkan tak berapa nak alert dengan bunyi-bunyian.
kalau pasang laptop bukan orang yang akan bukak muzik.memang tak.
tapi redha je bila orang lain buka kuat-kuat.layan kan aja.
kalau dalam kereta tu pasal tak off kan radio je.


kadang-kadang tengah dalam kereta orang call slow kan volume.
lepas tu memang sampai rumah lah tak kuatkan balik.ngeh ngeh ngeh.-__-"

nak buat macam mana.show me the way.thats why sekarang ni lagu baru memang tak tau apa.
nanti tunang idaman yang suara mavelesss tu nyanyi dengarkan je lah.
lepas tu dah lama...lamaaa...tengah dengar lagu.tiba-tiba cakap kat tunang idaman.eh sedap la lagu ni.suka la..lepas tu beliau pun..laaa...DULU kan dah penah nyayikan.lupa la tu..T___T

ok.sekarang tengah mencari lagu-lagu yang bakal berkumandang di telinga tetamu yang bakal datang ke majlis saya insyaAllah.memang bukan saya lah jadi dj.kalau saya jadi dj lepas dah bebel-bebel memang terlupa lah nak pasang lagu balik.kannn..

tapi teringin nak cari lagu pilihan sendiri.
kalau boleh nak ber"variasi".campur omputeh,onggelap,eh..english.melayu.nasyid.korea.boleh?hindustan..kannn..jangan lagu tamil.pengantin ni lari nanti.~,~

nanti kat sana dah takde lagu permintaan ye.nak mintak mintak sekarang.itu pun atas pertimbangan.

lagu pebret i??
jeng jeng jeng..tungguuu..;'p

dapat banyak lagu nasyid dari blog amirez. tocheee..

Kawan Baru

hari jumaat.lokasi ktm mid valley.bukan balik dating.balik kerja.kalau dari sg way,saya suka naik bas sampai mid.kemudian naik ktm sampai kepong sentral.

tengah tunggu train tu.tiba-tiba nampak ada sorang cina. cuba berkomunikasi dengan bahasa tangan.tapi orang tak faham.

saya pandang je..agak dia nampak saya pandang dia datang kat saya pulak.
kami berkomunikasi.





cina tu bisu.nak pergi rumah dia baru beli dekat seri kundang.duk tanya macam mana nak pergi sungai buluh.asal dia jalan kelang. taknak naik teksi mahal. naik train sampai kuang takde bas.jadi dia nak berhenti sg buloh. saya kata berhenti kepong sentral saya boleh tunjuk nak naik bas kat mana.dan dia pun ikut.

saya pernah belajar bahasa isyarat dari A-Z.jadi agak membantu.tapi sangat slow.dan dia tension agaknya terus tulis kat kertas je.heheheh;'p

sempat dia tanya saya dah kahwin ke.nampak pakai cincin.saya kata bulan 10.;') dia kata bagus-bagus.bukan kata sebenarnya.bahasa isyarat.heh.

siap sempat puji kulit cantik.macam cina.-__- kulit melayu tak cantik keee...mungkin putih yang dimaksudkan.saya cakap mak memang cina.

dia tanya saya kerja mana.duduk mana.macam banyak pulak yang dia tanya.semangat nak berbual bila jumpa ada orang nak melayan agaknya.;')

Sunday, March 4, 2012

ayam masak lemak cili padi berasap berapi



peh..cubaan pertama.memang berpeluh-peluh makan.
sebab degil.resipi 20 batang cili api,orang degil letak 40 biji cili api.konon takut cili tak pedas.kan..sekali..hah.amekkk..nak sangat pedas.kehkehkeh



untuk hilangkan pedas.berehat sebentar bersama mangga.






ulam raja.sebab chef hebakk.tak leh masak banyak-banyak jenis lauk.mahall nak kena bayar upah masak.kannn..so ambil yang segar dari ladang.

Saturday, March 3, 2012

Ikan

ye tuan-tuan dan puan-puan.hari ni saya nak mengajar tuan-tuan dan puan-puan cara nak pilih ikan segar dari ladang.eh.kita pergi ke aquaria ye..




ini semua ikan segar tak tipu.



ini pegang gamat ya. lepas pegang boleh jilat jari.sedap air masin.teringat ikan masin.tiba-tiba.-__-"









ini shark.aumm..eh.bunyi macam mana?






cuba teka ini apa.haa..ini pungkok kura-kura ke penyu.memang rasa nak masak pungkok dia.boleh tak tala pungkok kat visitor.eh.kami bayar mahai tau dak nak masuk ni??



pungkok mengembang.














subhanallah.


















comel tidur.tak tau nama.tak tau binatang ni ada kena mengena ke tak dengan hidupan air.T__T



tokek.aku kayo!aku kayo!



sila cari haiwan tersembunyi.yang hensem tunang idaman saya.saya punya!



memang selalu betina besar dari jantan.



kura-kura buaya katanya.



hah!ini belangkas.yang posisi atas pastilah jantan.iye.jantan lebih kecil dari betina.-__-"

harap tunang idaman tak mengidam lagi nak pergi aquaria.setelah bertahun-tahun duk sebut aquaria.akhirnya.

balik sambung beli ikan kat pasar.cara nak pilih ikan segar tengok mata yang bersinar-sinar seperti minum pati innershine..selain tu selak sikit insang dan lihat masih basah.tak kering. pegang perut ikan. kalau masih keras.masih segar.perut saya keras.tanda segar jugak.-__-" k bye.