Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

الوجيز في الفقه الجنائي الإسلامي

Siti Nur Amirah said...
assalamualaikum.
sebelum membincangkan hukum hudud.sukalah saya berkongsi sedikit ilmu yang telah dipelajari dan alhamdulillah masih diingati.(masih rujuk buku zaman kuliah)harap jelas apa itu hudud.
hudud adalah salah satu dari tiga pecahan/bahagian dalam undang-undang islam.

hudud-hak Allah
qisas-hak manusia
takzir-hak pemerintah

terdapat tujuh kesalahan/jenayah yang termasuk dalam hukum hudud.dan penyelesaian/hukuman dah ditentukan oleh Allah pencipta segala isi dilangit dan dibumi.

tujuh jenis kesalahan yang dah ditetapkan hukuman oleh Allah:-

1) berzina
2) qazaf (tuduh orang berzina)
3) minum arak
4) mencuri
5) merompak
6) murtad
7) pemberontak/penderhaka

sedarkah kita 7 jenis kesalahan diatas adalah masalah-masalah yang sedang berlaku dengan berleluasanya pada waktu ini.Allah yang mencipta dah menyediakan cara/langkah mengatasi masalah-masalah tersebut.akurlah kita hamba yang dicipta.kenapa terlalu egois dan banyak mempertikaikannya.sebenarnya jelas depan mata hukum-hukum tersebut jelas didalam al-quran dan hadith sohih.kenapa masih tutup mata hati.

dan saya sambung jelaskan berkaitan hukuman qisas iaitu hak manusia.bunuh dihukum bunuh.mencederakan dihukum mencederakan kembali.tapi masih ada pilihan.jika mangsa/keluarga pilih untuk memaafkan si pesalah masih perlu bayar diat(denda).

dan ketiganya takzir.ini adalah hak pemerintah.untuk kesalahan selain dari kesalahan hudud dan qisas,maka pemerintah diberikan kuasa untuk berfikir solusi kepada masalah semasa.cuma 7 jenayah ini SAHAJA yang telah ditetapkan hukuman oleh Allah.kenapa kita "hamba" masih ada yang lantang menolak hukuman pencipta?

subhanallah.lihatlah indahnya undang-undang Islam.kita bukan sekadar mahukan hudud.tapi undang-undang Islam.kenapa hudud lebih popular dari yang lain-lain?kerana insyaAllah dengan selesainya jenayah-jenayah yang 7 ini,maka yang lain akan turut mudah untuk diselesai.insyaAllah.

maaf andai ada kesilapan pada apa yang cuba diikongsikan.

seorang hamba,

15 March 2012 21:35


perkongsian komen saya pada blog chewal yang cuba mengulas isu hudud oleh mantan PM chedet berkaitan isu hukuman hudud adalah ciptaan ulama'fiqah.saya tak lah sehebat sahabat kita Hilal Asyraf. sekadar mahu berkongsi pendapat. boleh lihat jawapan yang lebih padat dari sahabat Hilal Asyraf.;')

wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment