Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Bukit Gantang Taiping

sebenarnya buat title penuh sebab takut lupa semalam pergi taiping belah mana.-__-"

balik ipoh.nak uruskan tanah taiping. dan sangat alhamdulillah.rasanya urusan dipermudahkan betul.

pergi pejabat tanah dah pukul dua.tapi alhamdulillah boleh selesai tanda tangan pukul 3.30.agak menakjubkan. cabaran?

mustahil takda cabaran.amirah haruslah sentiasa berdepan dengan cabaran.kan.

masalah nama ayah dekat geran Abdul Latiff Bin Abdul Rashid, kat i/c boleh pulak Abd Latif Bin Abd Rashid.-__-"

dah kene pergi pejabat lawyer yang ada commissioner yang boleh buat surat sumpah.RM4 je.tapi memusing jugak la.dah tempat ke3 ke ke4 baru tempat tu boleh buat.

lepas selesai tu submit borang 14A.rasa nya yang ni lebih mudah sebab tanah je.macam waktu tukar nama rumah kepong banyak jugak borang kena isi.proses pon lebih makan masa. ruamah muar saya tandatangan je.ambil lawyer senang,tapi duit mengalir.T__T rumah kepong uruskan sendiri.yang muar kena lantik lawyer jugak.sebab complicated.

yang ni cuma bawa geran asal,i/c,surat beranak.tu jeee..waktu rumah kepong dengan rumah muar siap nak resit cukai pintu sukai tanah latest.tak faham.-__-"

lepas dah tanda tangan borang 14A depan D/O.pergi Lembaga Hasil Dalam Negeri.kena buat cukai taksir tanah. katanya dalam tempoh 3 minggu. lepas tu bayar.bawa geran asal pergi pejabat tanah,insyaAllah selesai.;')

sebenarnya sekadar kongsi pengalaman.rasa nya anak-anak muda tak pernah ambil tahu pun urusan tukar nama tanah ni. tapi untuk saya yang berumur 22 tahun 8 bulan.3 kali dah tempuh. alhamdulillah.saya bukan anak orang kaya.

tapi Allah bagi sedikit kesenangan waktu saya diusia 20an. setelah tempuh macam-macam dugaan.bukan lah seorang yang bernasib baik dalam setiap perkara. merasa basah kuyup nya naik motor dalam hujan sepanjang perjalanan kepong-bangi.wah jugak lah untuk seorang gadis.;') dan alhamdulillah Allah tahu apa yang hamba dia mampu tempuh.alhamdulillah bukan yang jenis senang demam,;')

bukan juga bernasib baik dalam kerjaya.tapi alhamdulillah tak tanam anggur.;') isnin ni insyaAllah mula berkhidmat di UIA.tempat sepatutnya saya belajar.Allah aturkan jadi tempat bekerja.;') pakai SPM. dan seorang yang tak pernah belajar akaun, kerja bahagian akaun. padahal waktu datang interview ramai yang ada diploma akaun.

menjadi anak tunggal bukan sesuatu yang menggembirakan.tapi tanggungjawab.ramai tanya kenapa saya tak sambung degree.ada kawan yang nampak sinar saya kalau jadi seorang lawyer.-__-" (betul kawan cakap) tapi,saya ada tanggungjawab yang lagi besar. yang waktu sangat mencemburui saya. saya kena kerja.dah mula fikir awal tahun kena bayar cukai pintu cukai tanah.setiap bulan bayar kereta, bil elektrik,wireless dan sebagainya.

kena fikir untuk cari seorang anak lelaki buat umi ayah.cucu-cucu untuk mereka.
Allah atur segala. hadir Mohamad Naim. bantu saya teruskan perjalanan hidup.semoga menjadi teman sampai ke syurga.;')

Allah is the only one who can do everything. we humans do what we're capable of.(*,^)

No comments:

Post a Comment