Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 22, 2012

laporan 22/4/2012


ini adik beradik.satu ibu tapi mungkin berlainan bapa.

kat kedai makan dekat dengan rumah.sangat sweet ok.abang dia mandikan adik dia.adik dia just tidur.
ohh.feeling seperti sedang dilayan dalam spa. tahukah anda kucing mandi dengan cara jilat-jilat?
sangat penyayang kan abang ni. kalau dia manusia pastinya seorang lelaki yang sangat penyayang romantik dan caring.
owh rebah.-_-"

eh.nak cerita.tadi dah bayar 10% untuk booked catering.alhamdulillah. khidmat siapa?nak feeling-feeling opss rahsia..
nak tahu kena datang.insyaAllah.makan sedap.kadang-kadang perkara-perkara macam ni rezeki. kalau memang katering tu katering diraja.tapi dah takdir time kenduri kamu Allah kata lauk dia so so je.jadilah so so.kalau dah Allah kata kun fayakun, makan nasik dengan telur goreng kicap pon dah sedap. pakej sekali dengan baju make up dan sebagainya. kira full package dewan.tinggal nak cari baju nikah dengan doorgift je ni.fenin.~ tu pon tinggal nak fikir tu je.kalau banyak nak kena fikir.pengsan.~

lepas ni nak kena pergi shah alam pulak jumpa kak syikin. nak confirm segala yang belum confirm.yang sudah tadi segala berkaitan makan meja kerusi. photographer pun bincang dengan kak syikin.dia mua.husband dia photographer.smart kan.memang sesuai sangat mereka.;') oh.pakej ni bagi set bedroom taw. siap dapat pre/post wedding photoshoot.murah hati kan? semoga ini pilihan yang bijak insyaAllah.;') person in charge saya encik Salam. manager business development taw.haa.nak hebakkk je..;'p

sebenarnya lagi jatuh hati sebab waktu kitorang pusing-pusing pwtc,lepas di pung pang pung pang tak confirm lagi.kata nak tanya mak dulu.nak google2 dulu.hehehe;'p lepas tu solat zohor.call tanya umi.ok ke?umi macam biasa.sukati adik laa...lepas tu pergi balik kat booth.cari beliau dah takde.gi solat kata kawan nya.sejuk ati taw.tengah kelam kabut ramai-ramai kat karnival tu kira die sempat jugak lari-lari solat.tadi pun kat office sayup-sayup dengar ayat quran taw.tak luruh jantung?yes!i choose lillah hi taa'la.semoga bantu sesama islam.saya doakan perusahaan mereka bertambah maju.amin.

eh.nak cerita jugak dalam entry ni.haritu hari sabtu pergi wedding dekat istac.subhanallah canteknya!!!tapi sayang.kecil.kalau rasa nak buat 200-300 pax ok la kot.takpe lah.yang penting bukan tempat.yang penting tetamu datang makan.;') nak sedap kan hati.;'p

boleh tak nanti nak buat celebrate anniversary ke 40 kat situ?time tu makan dengan anak cucu kann..semoga panjang umur dan kekal sampai syurga!;') amin.





cantek kan?ni bukan wedding yang saya pergi.ni google jumpa kat blog ni.

bangunan sangat waww..feeling dah sampai andalusia.

Tuesday, April 17, 2012

wordless tuesday






;')

Monday, April 16, 2012

laporan 16/4/2012

ehem.kerja dah setengah bulan.
alhamdulillah.macam sejukkk je hati kerja sini.tenang je rasa.
sebab belum mula-mula kerja lagi.boleh?setengah bulan makan gaji free..;'p
siap dapat makan selalu lagi.boleh dikira dengan jari berapa kali keluar makan bayar sendiri.adakah ini namanya berkat?;')

urusan kenduri.

sekarang tengah nak pilih design kad.kami pilih yang 3 lipat.tapi design belum ada.
dalam hati suka yang kiut miut.






omeyyyy kannn..^__^,

tapi tahu tahu la.tak semua warga emas berkenan kiut miut ni.takut tak sesuai nak buat formal.eh!tapi kiut kan.-__-"

jadi macam nak buat sweetttt sweetttttt macam ni.




tapi macam nak vintage.
ehh. nak gambar padang langit ada rumput bunga.
urgh.itupun pening.

konon nak DIY.tapi macam banyak benda package je.tak dapat nak tunjuk bakat.
mungkin Allah dah tau saya tak mampu.;'p yang paling pening sekarang doorgift.arghh..

sekian.~

Wednesday, April 4, 2012

Orientasi- Last Day

ok sedih.

apa pun jom review makan apa.memang tak senonoh.T__T

pagi nasi goreng,
tengah hari ikan bawal masak merah dengan daging masak kari.

petang kuih.

eh.yang lain?ada presentation.tapi memang sedih.
sebab masuk-masuk tiga hari ni dah hu ha hu ha.
esok mula kerja.T__T eh!

yeay!;') semoga dipermudahkan segala esok ye.

dapat sijil lagi taw..euuww..

dan..baru teringat tadi lupa punch out.T__T

esok mesti problem!
ini tidak seronok.
bye.

Tuesday, April 3, 2012

orientation day 2

ehem.keluar lebih kurang macam semalam.kalau awal pun 5 minit macam tu.sampai uia 7.35 hokey.kerana hari yang cerah.tiba-tiba, eh dah sampai.-__-"

breakfast nasi lemak ayam berempah hokey.

dan dah dapat jumpa dato' Hamidon yang dicari-cari.tak payah cari dia datang.ada satu sesi talk by himself. lepas dia dah habis talk pasal ethic pergi jumpa beliau.

lunch nasi ayam.

pergi library, legal unit.

tea break mihun sup.

kad tak buat lagi.sebab belum tahu nanti finance masuk belah mana.nanti leceh nak pergi dua tiga kali. pasal tak tau lagi access card nak belah pintu mana.

balik.lagi tak jem.hati girang.alhamdulillah.;')

Monday, April 2, 2012

orientasi yang mengenyangkan

hehe.memang happening.tak pening.
sampai-sampai pukul 8.jem sikit.sebab ujan pagi tadi.
macam hujan rahmat.;')

mulakan harimu dengan sarapan.menu:nasi goreng ayam berempah.

pagi-pagi taklimat vision mission dan philosophy.oleh?memang teruja dengar penerangan dari Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan. salah seorang yang dah jatuh bangun dan berlari bersama dengan UIA dari pembukaan tahun 1983. tiba-tiba rasa prof ni terbaik kalau jadi cikgu sejarah.sure saya dapat A. memang seorang yang sangat low profile, humble dan nampak muda.-__-"

bila dengar visi dan misi dah meremang bulu roma.ya!ini tempat yang terbaik untuk saya insyaAllah.terharu dengan ayat kerja disini bukan setakat nak dapat duit gaji.tapi juga ibadah.dengan niat yang betul.sejuk hati.;')

lepas tu ada lagi makan.dia bagi sandwich dengan kuih.tak makan dah tak larat.

sambung dengan penerangan pasal isi kandungan offer letter dan terms & condition. memang terbaik.clean and clear. insyaAllah.

lepastu makan tengah hari.menu: nasi ayam penyet!wahhh!sedap!

rehat solat zohor.

sambung lagi penerangan pasal banefit.banyak betul.dah start ngantuk-ngantuk.(kenyang sangat) sedih cuti kahwin takde! T__T tapi cuti AL banyak!setahun ada 20 hari.;')

lepas tu ada lagi pasal sejarah jugak.ngantuk lagi.;'p

lepastu dapat laksa ye.bungkus.tak larat betul dah nak makan.

lepastu pergi tempat security guard.tempat buat kad.tapi esok lah nak buat kad.;')

kesimpulan: Heaven banyak makan.



gambar pergi kerja.awal tahu keluar rumah.matahari pun malu-malu lagi.;')