Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday


Bakal Imam saya dan anak-anak insyaAllah.

Iman pun mampu main gitar.;'p jangan sampai jadi najis.;'p

Thursday, May 24, 2012

Bergantung dan Memerlukan

"manusia,jangan pernah rasa memiliki atau dimiliki manusia lain.
jika kamu rasa memiliki,kamu akan menjadi ego dalam menentukan hidup manusia lain,
jika kamu rasa dimiliki,kamu akan terus bergantung dengan manusia lain.
saya,sedang cuba berdikari dan bergantung pada Allah yang Esa." ;')

ayat yang saya pernah post di fb baru-baru ni.;')
hasil gubahan lepas dengar ceramah di radio ikim fm dalam perjalanan pulang kerja.

jawapan untuk perbezaan bergantung dan memerlukan.

"yg mira faham,bergantung ni mcm kita memerlukan udara untuk bernafas.tidak dpt tdk kita kene bergantung dengan oksigen.tak blh ganti dgn karbon dioksida dan lain2 gas.mcm tu kite kena bergantung dengan Allah.mcm sesama manusia ni kita tak bergantung.tapi memerlukan.untuk melengkapkan hidup jadi lebih sempurna.kita boleh hidup kalau tak bergaul dengan manusia lain.tapi hidup tak meriah.hehe.jd mira mmg lah memerlukan manusia sekeliling untuk melengkapkan hidup.tp untuk bergantung,insyaAllah pada Allah.";')

ye alhamdulillah.insyaAllah perubahan ke arah yang lebih baik.
kalau sebelum ni saya buka hot fm sepanjang memandu kenderaan.
sekarang siaran ikim fm menjadi halwa telinga saya.

baru sedar banyak ilmu disitu.alhamdulillah.;')
rentetan majlis pertunangan saya yang simple alhamdulillah.as simple as A,B,C!;'p
dan kebetulan terjadi "clash" tarikh kenduri saya dan abang saudara saya.
tapi alhamdulillah dah selesai.
keluarga naim yang sangat teramatlah baik alhamdulillah dah selesaikan dengan tukar tarikh.;')

mula la heboh dalam keluarga saya yang mana ayah ber kakak dan adik kan 9 beradik.
maka pelbagai lah pendapatnya.
antara nya yang lantang menyatakan saya membelakangkan keluarga waktu bertunang.

dan saya dengan tegas nya menyatakan keselesaan saya untuk bertunang semudah itu.
bagi saya majlis kenduri nikah yang penting.

dan saya yang memang cuba berdikari, mungkin berlatih untuk melangsungkan majlis anak-anak saya nanti,
(ye saya belum nikah dah fikir majlis anak.-__-") kalau nak tau sekolah rendah dah berangan macam mana keadaan waktu nak bersalin.hehe ;'p suami genggam tangan saya nak bagi sokongan.^__^,

makcik seolah-olah tak percaya bila tanya umi, umi tak tau apa.semua suruh tanya saya sendiri.
memang.memang saya yang urus semua.tolong book dewan je umi buat sebab saya kerja.nak tempah dewan kena pergi office hours.

yang lain,dari katering,mekap, baju, photographer, susun atur dewan, warna.semua saya yang uruskan.ditemani tunang idaman.;') hampir semua.kad.hampir semua lah.kami buat bersama berdua.

dan nanti saya dah bersalin pun mungkin kena google sendiri cara berpantang macam mana.;')
sebab umi tak pernah berpantang,saya lahir keluar ikut tingkap.;'p

faham tak situasi ni?jadi saya cuba kuatkan diri dengan ayat indah diatas.;')
tapi ada pulak yang salah tafsir macam saya ni nak berdikari dan tak nak berbincang dan mintak tolong dari manusia-manusia lain. ya Allah.bukan itu maksud saya.

apa yang saya cuba sampaikan,saya akan berusaha untuk berdikari,buat sendiri apa yang termampu tanpa bergantung dengan manusia lain.

tapi kalau ada manusia hadir dan,eh nah ni ada rm100,000 untuk amirah buat majlis.saya terima!ok over.contoh nanti mak mertua (ok bakal) kata mira jangan risau,nanti mak jaga mira tengah pantang.adalah mustahil untuk saya tolak. syukur alhamdulillah.tapi untuk saya yang mintak "mak tolong jaga saya time berpantang nanti boleh?mungkin saya cuba elakkan.saya akan google dan belajar cara pantang macam mana.

suami kan ada.tunang idaman pandai masak!tukang urut bayar je datang rumah.haa..jangan pening-pening.cuba elakkan nak susahkan orang.melainkan orang ikhlas betul nak membantu.syukur!itu pendapat saya.pendapat anda bagaimana?

cuba belajar terima pendapat/pandangan berbeza,

Amirah Lee.

Monday, May 21, 2012

Lulus


fuhh..fuhh..minggu ni saya bersilat.jumaat haritu sampai-sampai rumah dah ada suara jerit-jerit cuuuuuuu..
dan bermula dari saat itu saya bersilat tak henti.
lepas solat asar bawak pergi padang.

malam tu bawak pergi NSK.cari barang dapur.
bawak budak 2 orang.nasib baik 2 kanak-kanak perempuan.
yang lelaki dengan mama dia. ada sukan apa entah.

balik dari NSK bersilat didapur.

tidur hampir jam 12.

esok nya sabtu semua ke majlis pertunangan hakim.
dan aina yang kecik memang lah asyik berkepit je.
tak tahu angin apa.tak nak kat tok umi.asyik cu je.

tok umi sangat gembira.nak pakaikan baju pun nak cu.
cu nak pergi toilet pun aina tunggu depan pintu.
macam tu la agaknya saya dengan mama diorang waktu kecik.kehkehkeh;'p

ahad.tak kemana.tapi letih jugak.aina nak mandi pergi bilik air pun nak dukung.tak faham.T__T
rasa dia saja buli cu dia.T___T
lepastu nak tidur pun diganggu.cuaca hujan. namun aina hanya mengizinkan diri ini lelap sekitar 30 minit.T__T
petang pergi padang lagi.;')

malam kena hantar diorang balik.
balik terus masak untuk bawa ke office esok.;')(eh harini)


tadi finance Tingkat3 buat makan-makan,semua kena bawak lauk.
saya bawak daging masak black paper.
ada yang minta resepi. ada yang kata saya beli kat kedai.(dengki masak sedap sangat ler tuuuuu)
dan ramai yang kata lulus.ok boleh kawin..hehe.^___^,

Sunday, May 20, 2012

3 Bakal Pengantin TRC 2012

semalam alhamdulillah dah selamat menghantar rombongan meminang untuk abang sedara.hakim.
yup,taun ni insyaAllah Tokwan Rasyid Clan akan ada 3 kenduri kahwin.
zainab nikah 31 ogos,saya 27 oktober, abang hakim 17 november. berderet tak berderet tak??hehe
moga taun depan tok tambah lagi 3 cicit.4 pon boleh kot-kot saya kembar.hehe;'p



yang paling comel tok saya!;')


yang bertunang semalam.hehe.;')


bakal kakak sedara!kak liza.nice.kenal dalam facebook je.semalam first time jumpa.beliau kenal.eh mira!!hehe..^__^


bakal 3 pengantin perempuan TRC 2012.insyaAllah.semoga semua urusan dipermudahkan.
semoga semua kekal ke akhir hayat.till jannah insyaAllah.;')

Wednesday, May 16, 2012

Nama Komersial Baru "Amirah Lee"


ehem.mulai dari hari ini,saya Siti Nur Amirah nak pakai nama commercial "Amirah Lee".
commercial lah sangatttt..-__-"

saya nak orang keliling saya tahu saya keturunan cina!saya bangga!bangsa saya cina,agama saya ISLAM!alhamdulillah.;')
kesedaran ni dari kisah perbualan saya dengan kak zah dari deputy rector.p.a prof.seorang yang sangat sistematik!

kak zah cakap saya putih.saya cakap lah mak saya cina."nama apa?" kak zah tanya.saya cakap la kat surat beranak Lee Hui.
tapi i/c Raefah bt Zainal. kak zah kata,"laaa..kenapa tak kekalkan nama keluarga.ramai sekarang tak tukar nama.kekal kan nama keluarga. saya cuma jawab,ala zaman dulu bukan fikir macam sekarang.

sebenarnya umi kan jadi Islam sebab keluarga Islam ambil umi jadi anak angkat.jadi bukan umi yang pilih nama.hehe.
tapi malas nak jawab panjang-panjang kat kak zah.ye lah amirah.malas lah sangat awak tu nak menjawab..bukan rajin je ke mulut tu bercerita..menaip rajin lah pulak kan..-__-"

yang saya tersentappp bila kak zah kata, "tak la.nanti kalau jumpa keluarga cina balik mesti diorang suka.dah masuk Islam tapi tak buang nama keluarga.;')" betul kan apa kak zah cakap.kan saya memang simpan impian dan harapan teringin nak cari kerabat umi.;') semoga ini membantu.

terima kasih kak zah atas pencerahan ni.kenapa saya tak jumpa kak zah 20 tahun lepas?kalau tak dari kecil saya pakai nama komersial "Amirah Lee" hehe.apa pun,better late than never.;')

yang benar,

Amirah Lee

syukur

alhamdulillah jumaat lepas ada usrah di tempat kerja saya.
ye,ditempat kerja mana yang menjemput anda untuk hadir usrah,dan dikira sebagai bekerja?
nak menangis rasa Allah pilih saya ditempat terbaik yang didalam nya banyak orang-orang baik dan berilmu.
semoga saya manfaatkan nya dengan cara yang terbaik.

sebelum ni division saya sendiri ada buat tazkirah.dijemput ustaz.dan dapat makan lepas hadir tazkirah.
dihadiri dengan "executive director".rasa nak menangis.T___T

tempat mana yang anda jumpa "director" nya tak suka mengarah staff yang position jauhhhhh bawah dari beliau?
kami buat kerja ditingkat 5. director print dan hasil print keluar di printer tingkat 2.director senyap-senyap keluar dari dewan tingkat 5 dan masuk balik bawa hasil.bukan sekali.tapi berkali-kali. tak arah kan orang "bawahan" "new staff" seperti saya. tak nangis ke kerja ditempat macam ni?

ya Allah.semoga saya bersungguh-sungguh dalam kerja saya.ingat pesan di waktu orientasi. untung kami bekerja disini.insyaAllah bukan sahaja dapat "gaji" tapi dapat pahala insyaAllah.sebab beribadah kerana Allah.;')

inti usrah jumaat lepas di masjid,

menangis.menangis rasulullah.

ada soalan dr prof, kepada salah seorang ahli usrah, "berapa orang anak"? jawab beliau "belum ada prof". balas prof,
"ada anak ujian.takda anak pun ujian" jadi bersyukurlah.;')

jawapan terbaik pernah saya dengar. Allah huakbar!;')

Tuesday, May 15, 2012

Awareness/ Peduli.



smart kan bila tgk.seolah-olah semua dalam fb letak dp yang sama.;')
nampak bersatu hati.
itulah hebat nya islam.

sekurang-kurangnya sifat peduli itu ada dalam diri.
tahukah anda rakyat palestin tahanan tentera israel sedang mogok lapar.
kerana mereka tidak diberi hak-hak asasi sebagai manusia.
mereka tak dibenarkan dilawat oleh ahli keluarga.

tahniah buat mereka yang peduli.semoga sifat peduli tu diiringi doa.;')
ya Allah.selamatkan umat Islam di seluruh dunia.khasnya di bumi palestin.;')amin..

Tuesday, May 8, 2012

kenapa?tak percaya?

heh.semalam.kak zah dari office deputy rector tanya.mira,betul ke nak kawin?
-__-" ngeh ngeh. yup.kanak-kanak rebina ni insyaAllah nak menikah bulan 10.heh;'p

macam mana la rupa jadi isteri orang ye.banyak benda nak kena ubah.bukan untuk bakal suami idaman.
tapi berubah untuk diri sendiri. buat kebaikan semua insyaAllah.;')

nak menikah diusia kami sama-sama 23 tahun.rasa lambat..T___T boleh tak?;'p lepas tahu prof Faris menikah umur 19.sekarang deputy rector hokey.time konvo anak dah 2,3 macam tu.sekarang baru 40++ anak dah umur 20++.sorang dah nikah.study australia.sweet kannn..

boleh tak nak galak kan anak-anak nanti nikah awal?so,saya kena start kumpul duit untuk nikahkan mereka awal.^__^ sweet tak ibu abi korang ni anak-anak sekalian?sebab rasa nikah dah lambat so kena tebus nak dapat cucu cepat!;'p kannnn. insyaAllah.semoga dapat zuriat soleh solehah.;') keluarga sakinah dan mawaddah.juga rahmah.ahh rindu kat cik mahh..lama rasa tak bermesra.

ya Allah, permudahkan segala urusan yang baik buat agama-MU.;')


Tuesday, May 1, 2012

Bandung


ehem.alhamdulillah selamat pulang dari bandung ahad malam.isnin kerja okey. selaku wanita bekerjaya. gigih ye pergi kerja isnin. yang ikut trip pergi bandung semua cuti isnin. yang gigih ni sorang je kerja.....kannn...

okey,pergi ke bandung kerana menghadiri majlis perkahwinan ex-boss.dah beli tiket sebelum berhenti kerja.;'p jadi haruslah tak sia-siakan tiket kan.

sangat lah bernasib baik sebab dari sampai ke pulang balik diuruskan orang. sampai-sampai dah ada driver ambil kami.kami tu seramai 11 orang.;')

makan pun banyak yang sponser.makan kenduri. dinner dengan pak agus lagi.pak agus dah nak balik jakarta balik. nanti dah tak kerja dekat mir.


Ini pengantin. ex boss yang pengantin perempuan.omey tomey kannn..;')


ini tetamu.omey tomey jugak..-__-"



sekitar majlis.dekat sana kenduri takde kerusi meja.
makan sambil berjalan-jalan dan whats-up ye.cool.-__-

nasib lah buat dekat dewan.pastu ada macam tangga-tangga tu.kami duduk kat tangga tu.tapi pemandangan orang makan berdiri tu adalah biasa.



pelamin ada 3.yang bagusnya mak ayah pun besanding lagi.
yang paling saya suka dengan majlis ni ialah pengantin dan mak ayah akan duduk di pelamin sambil tunggu tetamu datang salam.tak pasti tunggu sampai pukul berapa.kami balik dah pukul 2 mereka masih berdiri di depan pelamin untuk bersalam dengan tetamu.

kalau di Malaysia pengantin makan dulu.ada yang tak sempat nak salam pengantin pun.T__T

okey yang bawah ni kat tangkuban perahu.kawasan gunung berapi yang masih hidup.masih berasap.agak berbau.tapi sebab tempat cantik takpe.layan kan aja bau nya.






gambar kat pokok macam sangat comel.;'p yelah.memanjat sampai tesadung gak la time nak turun tu kan.;'p


gambar shooopinggg tak sempat nak tangkap sebab tangan penuh.;'p kenapa takde kete sorong kat pasar baru??;'p

okey.nanti bulan 9 panjang umur sambung shooopingggg di jakarta.;') bye..