Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 24, 2012

Bergantung dan Memerlukan

"manusia,jangan pernah rasa memiliki atau dimiliki manusia lain.
jika kamu rasa memiliki,kamu akan menjadi ego dalam menentukan hidup manusia lain,
jika kamu rasa dimiliki,kamu akan terus bergantung dengan manusia lain.
saya,sedang cuba berdikari dan bergantung pada Allah yang Esa." ;')

ayat yang saya pernah post di fb baru-baru ni.;')
hasil gubahan lepas dengar ceramah di radio ikim fm dalam perjalanan pulang kerja.

jawapan untuk perbezaan bergantung dan memerlukan.

"yg mira faham,bergantung ni mcm kita memerlukan udara untuk bernafas.tidak dpt tdk kita kene bergantung dengan oksigen.tak blh ganti dgn karbon dioksida dan lain2 gas.mcm tu kite kena bergantung dengan Allah.mcm sesama manusia ni kita tak bergantung.tapi memerlukan.untuk melengkapkan hidup jadi lebih sempurna.kita boleh hidup kalau tak bergaul dengan manusia lain.tapi hidup tak meriah.hehe.jd mira mmg lah memerlukan manusia sekeliling untuk melengkapkan hidup.tp untuk bergantung,insyaAllah pada Allah.";')

ye alhamdulillah.insyaAllah perubahan ke arah yang lebih baik.
kalau sebelum ni saya buka hot fm sepanjang memandu kenderaan.
sekarang siaran ikim fm menjadi halwa telinga saya.

baru sedar banyak ilmu disitu.alhamdulillah.;')
rentetan majlis pertunangan saya yang simple alhamdulillah.as simple as A,B,C!;'p
dan kebetulan terjadi "clash" tarikh kenduri saya dan abang saudara saya.
tapi alhamdulillah dah selesai.
keluarga naim yang sangat teramatlah baik alhamdulillah dah selesaikan dengan tukar tarikh.;')

mula la heboh dalam keluarga saya yang mana ayah ber kakak dan adik kan 9 beradik.
maka pelbagai lah pendapatnya.
antara nya yang lantang menyatakan saya membelakangkan keluarga waktu bertunang.

dan saya dengan tegas nya menyatakan keselesaan saya untuk bertunang semudah itu.
bagi saya majlis kenduri nikah yang penting.

dan saya yang memang cuba berdikari, mungkin berlatih untuk melangsungkan majlis anak-anak saya nanti,
(ye saya belum nikah dah fikir majlis anak.-__-") kalau nak tau sekolah rendah dah berangan macam mana keadaan waktu nak bersalin.hehe ;'p suami genggam tangan saya nak bagi sokongan.^__^,

makcik seolah-olah tak percaya bila tanya umi, umi tak tau apa.semua suruh tanya saya sendiri.
memang.memang saya yang urus semua.tolong book dewan je umi buat sebab saya kerja.nak tempah dewan kena pergi office hours.

yang lain,dari katering,mekap, baju, photographer, susun atur dewan, warna.semua saya yang uruskan.ditemani tunang idaman.;') hampir semua.kad.hampir semua lah.kami buat bersama berdua.

dan nanti saya dah bersalin pun mungkin kena google sendiri cara berpantang macam mana.;')
sebab umi tak pernah berpantang,saya lahir keluar ikut tingkap.;'p

faham tak situasi ni?jadi saya cuba kuatkan diri dengan ayat indah diatas.;')
tapi ada pulak yang salah tafsir macam saya ni nak berdikari dan tak nak berbincang dan mintak tolong dari manusia-manusia lain. ya Allah.bukan itu maksud saya.

apa yang saya cuba sampaikan,saya akan berusaha untuk berdikari,buat sendiri apa yang termampu tanpa bergantung dengan manusia lain.

tapi kalau ada manusia hadir dan,eh nah ni ada rm100,000 untuk amirah buat majlis.saya terima!ok over.contoh nanti mak mertua (ok bakal) kata mira jangan risau,nanti mak jaga mira tengah pantang.adalah mustahil untuk saya tolak. syukur alhamdulillah.tapi untuk saya yang mintak "mak tolong jaga saya time berpantang nanti boleh?mungkin saya cuba elakkan.saya akan google dan belajar cara pantang macam mana.

suami kan ada.tunang idaman pandai masak!tukang urut bayar je datang rumah.haa..jangan pening-pening.cuba elakkan nak susahkan orang.melainkan orang ikhlas betul nak membantu.syukur!itu pendapat saya.pendapat anda bagaimana?

cuba belajar terima pendapat/pandangan berbeza,

Amirah Lee.

No comments:

Post a Comment