Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 29, 2012

16 Hari Lagi



alhamdulillah surat kebenaran nikah 2,2 belah pihak dah selesai.;')
tinggal nak nikah je..kira kalau takde baju boleh pakai baju kurung biasa je..-__-

hantaran mak uda dah janji nak uruskan.
tinggal baju!baju!

hari ni balik kerja nak pergi ipoh.kawan sekolah rendah kawin.pernah cerita dalam blog.
syu nak kawin.....tak tau sempat ke tak nak tengok dia nikah malam ni.

relaks kan?dah nak menikah pun sempat lagi kesana sini setiap hujung minggu.bahagia!;')

semoga selamat semua nya.;')

Monday, June 25, 2012

20 Hari Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ni tak merancang.saya memang sakit gusi.bengkak sampai tahap orang ingat saya main kembung-kembungkan pipi lalu menepuk pipi yang kembung tersebut.T___T nangess laju-laju. eh tak ah.saya hero!mana main nanges. tapi sakit gigi memang sakit yang menyakitkan.-__- apakah?

tadi pergi klinik.tunggu sejam lebih.klinik private tu.bukan kerajaan.last nya dah sampai turn, dokter cek tak sampai 10 minit.dia kata bengkak.tak boleh buat apa.bagi ubat susut bengkak dulu. tiga hari lagi datang. katanya macam gigi bongsu tumbuh.;') gigi bongsu jangan nakal-nakal.keluar pelan-pelan..^,^

jadi saya dapat mc.dan memang hari ni petang pukul 2 appointment buat test HIV. mula-mula rancang nak amek time off je.nanti nak pergi pejabat agama baru nak amek cuti.;') tapi again. Allah sebaik-baik perancang.tak payah time-time off bagai.cuti sehari!jimat minyak!-_-"

dan kalau nak tau.dah pergi spa buat pertama kali seumur hidup. beli kat groupon lama dah....buat appointment pun lama dah.jumaat lepas. saya pergi kat area manjalara.macam dirancang tak?saya bayar RM40++ tak ingat berapa.murah tak??ada sauna,scrap, mask, urut.syokkk..saya tengok kalau set lain ada mandi susu sekali.^__^, tapi tak tau la sempat ke tak nak buat.;'p ni kira dah sental daki 1 badan cukup la kot.;'p perasaan waktu buat tu, "eh,ni nanti kalau dah kawin minta suami buatkan lagi sedap" kahkahkah!=_= mari kita bekerjasama!i sental u,u sental i.sampai tua ok..;'p

haa..itu lah dia. insyaAllah pergi pejabat agama hari rabu.ayuhh!
 lepas dah setel hal permohonan kita masuk ke alam baju dan hantaran.

sekian.;')

Sunday, June 24, 2012

21 Hari Lagi

3 minggu. yang disangka lagi 4 bulan.tapi yang hakikat, 3 minggu.;')
tadi mak abah tunang idaman datang.;') borang permohonan belah tunang idaman dah siap jumaat lepas.;') 
semangat je dia.;') 

esok insyaAllah saya pergi buat test HIV. selasa insyaAllah kalau takde halangan nak pergi pejabat agama untuk settle kan permohonan belah saya.;')

lepas tu baru fikir baju, hantaran dan sebagainya.

hehe.nanti kawin-kawin dah bulan puasa.balik rumah mertua nak kena bangun 3 pagi ke masak sahur?;'p
takut tawwww...

Thursday, June 21, 2012

24 Hari Lagi



ehem.24 hari lagi.

semalam dimulakan dengan proses informed kepada makcik pakcik ye.
sorang-sorang saya call.alhamdulillah selesai semalam.;')

hari ni proses inform kat officemate dan bos semestinya.
bos kena get ready. saya nak cuti!;'p

malam ni nak tanya catering. untuk 100 orang macam tu je kot..;')

tunang idaman dah hantar baju dia kat tailor. sekarang ni B2B ni yang takda baju lagi.-__-" 

hantaran tak beli lagi.fine..fine..ada telekung je haritu beli kat bandung.boleh?;'p

tunang idaman juga dah selamat buat hiv test.;') saya kena atur baik-baik.nak ambil cuti sehari je nanti untuk uruskan semua.insya Allah.;')

Rabbi yassir wala tu 'assir ya karim.;')

Wednesday, June 20, 2012

Cabaran 25 Hari




marilah kita sahut cabaran 25 Hari uruskan hal nikah!

serious. baju takde.hantaran takde.ape tak buat lagi!!

yeay!yeay!;')

ya Allah.permudahkan segala urusan kami.;')

yakin ada hikmah tersembunyi.

sinopsis kejadian:

tunang idaman dapat kerja dekat kepong.dekat sangat dengan rumah. 10-15 minit jalan kaki. 2-5 minit naik motor. 5-10 minit naik kereta.bergantung pada keadaan trafik.

setelah itu ibu bapa nya offer untuk nikah dulu.eh.offer? cadangkan mungkin lebih sesuai.dan disambut baik oleh pihak keluarga saya. takat ni cakap dengan makcik cikgu,kawan baik, alhamdulillah semua terima berita gembira ni dengan girang gembira!;')

dan dengan ketibaan ramadhan tak lama lagi. insya Allah majlis akad nikah dirancang 15hb July 2012! insyaAllah.
fuhh..fuhh.. 

chayok!chayok!

aritu tunang express.ni nikah express pulak. ayuh!;') 

dup dapppp dup dapppp

semua masih insya Allah selagi belum jadi apa.hanya dengan izin Allah.kita merancang. Allah sebaik-baik perancang.;') peace no war.;'p

Wordless Wednesday


wahai anak cucu.ni lukisan abang sedara kamu/pakcik sedara kamu muhammad aliff ashraf ketika berusia 6 tahun.

memang kami panggil beliau mizi.tapi tak tau kenapa dia tulis nama dia jadi miaziz.adakah mizi+nasha aziz?

dan kenapakah adik jadi adak?mungkin adik+budak.mungkin.-__-

tak dilupakan.boboi. nanti akan diupload gambar boboi suatu hari nanti.tak adil buat boboi.kerana boboi sungguh comel.sungguh.

Monday, June 18, 2012

Reunion Umi dan Kawan

 sabtu hari tu ada 2 kenduri.satu sedara.bau-bau bacang. yang lagi satu kawan umi. kenduri anak kawan umi semestinya.;') nasib baik dua-dua lokasi dekat. 1 kat petaling jaya.satu kat kelana jaya.;')

 nampak tak kegirangan mereka? seronoknya bila jumpa balik kan.kawan kerja berpuluh tahun.;') gambar semua gegar-gegar.memang la orang berumur jadi macam budak kecik balik kan..tak boleh duduk diam..-__-"

dah nak balik.belakang tu pakcik superman!;')

bulan 10 insyaAllah reunion lagi ye.;')

Tuesday, June 12, 2012

baju dan tema


ahad lepas umi, tunang idaman dan saya pergi test baju.ehh..umi tak test baju.saya dan Tunang idaman je..

sekali masuk-masuk nampak dress yang gojes ini.ohh..*,*




saja je tak leh bagi clear sebab sakit hati.hati ini disakiti.



bagi tengok sikit lagii...T___T nangis lagi.

ok.dah test.tapi dress macam ni memang lah untuk orang tinggi dan kurus.saya muat dah sarung baju ni.sekali labuh dia...-___-" pakai kasut tak nampak kasut.dah serupa ta payah pakai kasut.kasut 4 inchi hokeyyy..nangis lagi..baju-baju yang lain banyak lace.memang lah tak masuk dalam list.

jadi kami dah pilihhh...

tunggu hari majlis ye.cuma nak cakap tak pernah fikir nak pakai baju warna ni.dan tak pernah masuk dalam warna tema.
jadi kena call balik orang catering tukar warna tema semua.tukar!bertukar!hehe;'p

yang penting harap semua nya berjalan lancar..aminnnnn ya Rabb..



pssttt:- saya dan Tunang idaman tengah buat projek ni.kalau projek menjadi memang syukur alhamdulillah.opss.bukan bisnes duniawi.tapi lebih kepada membina masjid. permudahkan urusan kami ya Allah.juga urusan mereka.;') (try je..tak menjadi takpe.yang penting dah usaha.yedakkk??)

Monday, June 11, 2012

Selamat Buat Madnor & Nazriyah

Sabtu baru-baru ni berkesempatan nak hadir jemputan kenduri Madnor & Nazriyah.
Madnor ex-classmate kat KUIS.3 tahun bersama.tak mungkin kulupa..cehh..-__-"

rupa-rupanya isteri pun budak kuis.budak nursing.boleh pulak kawan baik dengan junior sekolah.
siap jadi pengapit si awin.memang baik sungguh la tu..;'p

dan agak memutar-mutar cari rumah madnor.singgah semayang dulu kat masjid apa nama ntah dekat dengan um.dekat sangat dah sebenarnya dengan rumah Madnor.lepas semayang tanya pakcik teksi.alhamdulillah senang je jumpa.;')



tulisan buruk.dah lama tak nulis.eh tak.orang kata tulisan buruk orangnya cantik.orang kata.bukan saya kata.-__-"



DSPI..tomey tak??sempat singgah kedai gambar nak print ni sekeping.bertahun dah tak cuci gambar tahu.



ni lah pengantin.yang tengah hokey.yang apit pengantin insyaAllah pengantin bulan 10.;')



ni lah awin!!budak sekolah kiteeeewwww...;'p hai awin...

k bai.

Sunday, June 10, 2012

Ilmu Surprise!

Ehem.ada orang dah setapak kehadapan.
Diajar ilmu "suprise" dan alhamdulillah berjaya rasanya percubaan kali pertama.;')
(ke dah berkali-kali cuba tapi tak jadi.ni baru perasan surprise nya.-__-")

tak dapat juga saya sangkal tunang idaman memang lah "fast learner".

Basic Surprise/Kejutan.(bukan kejutan eletrik)

buat sesuatu secara mengejut dan pastikan perkara tu DIGEMARI si penerima kejutan.(kalau tak nak terima hadiah yang menyakitkan seperti penampar penumbuk dan sebagainya.)


contoh kita tau dia suka sangat jam tuu..suka sangat...dan kita belikan lepas tu bagi kat dia waktu tengah makan malam ke..bukan bawa dia pergi kedai dan belikan.itu tak surprise.T__T kan rugi.sama juga dah beli.tapi situasi waktu bagi tu memainkan peranan penting okey.


berjaya buat kejutan.

abaikan ayat-ayat menggelikan.





dalam tak percaya tu pergi jugak jenguk walau sebelum ni dah pernah kena.pergi tengok.tapi takde.hampeh.
sekali intai selak langsir depan.omak ai..!!;'p
terkezut den.terus masuk balik cari tudung lepas tu buka pintu..bibiiiii..haa..teruja..sambil jerit kat umi supaya umi pun get ready pakai tudung.;') lagi teruja sebab ada aroma yang membuat perut bergendang tali kecapi. bauu duriannnn!



terima kasih atas surprise ini. sila buat lagi.;'p

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday



slurppp..

saya suka masak tomyam sebab tak payah masak banyak-banyak lauk.dah include lauk dengan sayur.;')

muka bangga padahal pemalas.-__-"

Sunday, June 3, 2012

Bukit Broga


Entry bergambar.
upload separuh hari.-__-"
dan aturan gambar akan terbalik.iaitu bermula dari keberangkatan pulang ke saat kami mulakan pengembaraan.-__-


bukti dah sampai broga.


gembira untuk pulang.sangat.








ehem..bukti dah sampai puncak broga.bukti!evidence!prima facie!;'p










muka semput ok.biarkan ia senget.-__-"







singgah subuh kat tol apa entah.dah nak sampai semenyih dah ni.



okey.first saya mengaku saya semput sepanjang perjalanan nak sampai bukit broga.ye.saya sampai bukit broga JEE.tunang idaman yang sampai puncak Broga.fineee...stamina beliau kuat..fineee...mesti beliau taknak jogging dengan saya lepas ni...fineee...T___T


sepanjang nak pergi rasanya jalan tak susah sangat alhamdulillah.banyak sirotolmustaqimmm je..lurus jee...ada sesat sikit je..sikit sangat yang tak sampai hati nak istilahkan sesat.lalu 2 tol.1 tol 90sen.1 lagi Rm1.10.jadi pergi balik tol RM4.parking Rm2.

harap-harap turun 5kg..

sekian.