Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

Review Baju Nikah

Rasanya ni antara most important!;'p

dalam masa 3 minggu nak siapkan baju nikah.dan waktu yang memang semua tailor dah tutup tempahan sebab tempahan raya dah full.-__-"

suami idaman tempah baju beliau kat banting sampai RM165 tak silap.memang kena cekik.baik beli baju siap.;'p tapi sebab dah beli kain.kain tu pun memang mahal.beli kat bandung haritu. jadi baju beliau lebih mahal dari saya.mungkin lebih RM300.kena simpan baik-baik.;')

ok cerita baju nikah saya. syukur alhamdulillah.memang sepanjang proses persiapan, terasa sangat bersyukur segala dipermudahkan. umi memang tailor saya sejak dari kecil.;') tapi makin besar beli siap je.umi dah not in mood untuk menjahit.;'p

tapi diwaktu-waktu EMERGENCY begini, keupayaan umi sangat dihargai.tiba-tiba rasa nak belajar jahit baju betul-betul.nanti boleh jahit ikut sedap hati sendiri nak macam mana.;') saya pernah menghasilkan 2 pasang baju kurung sendiri.tapi dah tak ingat apa.-__-'

umi berjaya siapkan bukan setakat baju nikah pengantin.tapi baju untuk ibu pengantin.(jahit baju umi sendiri.;'p ) sebab saya memang dah belikan kain untuk umi.nanti time kenduri kena beli baju lain plak.;'p

dulu rancang ingat pakai sekali sebab nikah dengan hari kenduri sama.semua tinggal kenangan.;'p



baju yang gojes.

ingat baju nikah nak yang simple.tak nak lace takut tak leh pakai lagi.ingat nak buat baju raya sekali.banyak sangat ingat.sekali dah siap...macam tak boleh buat baju raya jeee...-___-" 

Monday, July 30, 2012

Review Bunga Tangan Nikah


mula-mula pengantin semangat ni bercadang nak buat bunga tangan sendiri.kan pengantin ni sangat gigih.-__- alaa..bukan susah.beli bunga.susun-susun belit dengan reben. reben dah beli dah.fresh flower haruslah tunggu hari sabtu sebab nikah ahad.nanti bunga layu pulak beli awal-awal.


tiba hari sabtu.eh..macam tak sempat je nak pergi kl cari bunga.google takde pulak kedai fresh flower area kepong/selayang. pengsan.T__T

akhirnya.tuttt..tuttt..sebenarnya ada caller ringtone lagi sedap.;'p kak lin!!!nak minta tolong boleh????haa??ape dia mira? nak minta tolong buatkan bunga tangan untuk esok boleh??bolehhhhh..dengan confident nya jawap kak elin.kak elin kakak sedara saya.;') ya Allah.syukur sangat.;') terima kasih jugak kak lin.pergi kl hari sabtu dengan kereta adalah perkara yang boleh buat saya migrain.T__T

sabtu malam kak lin datang.saya bagi reben yang dah dibeli untuk lilit batang bunga tangan tu.;')

terhasil lah bunga tangan yang gojes ini.;')





thanks kak lin,

syukur ya Allah.;')

Sunday, July 29, 2012

Review Veil Nikah

ya.akhirnya inilah satu-satu perkara yang pengantin mampu DIY untuk diri sendiri.;'p

gigih jugak.waktu cerita kat ecah kawan uia, dia cakap.ko ni sempat ke 3 minggu nak buat sendiri.;'p

alhamdulillah semua cakap cantik.;'p siap ada kata boleh buat sewa.;'p


 
simple je.gigih jahit manik tu.;') alhamdulillah.;')

Saturday, July 28, 2012

Review MUA Nikah

ehem.kan haritu persiapan nak nikah dalam masa tak sampai sebulan.
jadi proses mencari makeup artis yang MURAH memang mencabar tapi sangat dipermudahkan alhamdulillah.

terima kasih mr Google kerana ada disisi.;') saya google je.keluarla banyak list..yang memang kalau untuk nikah memang mahal sangat.bila mahal sangat rasa macam nak makeup sendiri.walau seumur hidup makeup banyak pakai lip gloss celak bawah mata bagi effect mata besar (konon).bedak compact bertahun tak habis-habis.saya beli yang magic.sebab tu bertahun tak habis-habis.-__-


akhirnya saya bertemu dengan akak comey.kak tini.  nama sebenar Hartini Hilmi, facebook beliau kat sini. nampak macam tak ramai kan yang like.mula-mula saya pun ragu-ragu.;'p tapi berbekalkan gambar dan comment yang ada di dalam internet, saya pun try sms dan tanya charge berapa untuk nikah.available tak untuk 15 Julai 2012.waktu tu tinggal seminggu nak nikah hokeyyy...sekali akak tu bagi la rate..dia kata kalau nak kena confirm cepat sebab takut dapat job untuk penggambaran raya. saya pun bayar deposit RM50.

pasal facebook beliau tu jangan was-was.beliau sempat cerita kat saya, sebenarnya dulu ada page lain.tapi nama lain.katanya macam gedik sangat.;'p jadi kak tini buat page baru..tu yang bape kerat je like.yang lama katanya dah beribu like.;')

pagi nak nikah tu kak tini sampai dengan peralatan perang beliau.beliau nak isytihar perang dengan muka saya!

saya just pesan nak makeup simple, tak nak cukur bulu kening dan taknak pakai fake lash.alhamdulillah saya juga tak pakai contact lens berwarna-warni.pakai yang natural je.;') alhamdulillah.;')

make up dekat 2 jam.memang lepas-lepas makeup pakai tudung terus bangun pergi masjid.tak sempat nak berpoya-poya dengan kawan yang datang.tak sempat nak bergambar.maaf sangat.;'( dah la masing-masing datang dari jauh..jaja,amy,fadzilah.maaf sangat.;'(

dan akhirnya.;')


 cukup natural kan??



ni la kak tini comey..;')


Thursday, July 26, 2012

Berbuka Dengan Suami


macam tak percaya.si isteri yang gigih bekerja sempat balik memasak bagi berbuka dengan suami.kehkehkeh;'p


cubaan kali pertama.alhamdulillah.ayam masak asam pedas johor.suami idaman tambah 3 kali.;') buat isteri kenyang..tak tambah pun!^__^,

telur dadar. 


ulam raja dipetik suami idaman dihalaman rumah.hari ni suami idaman baru belajar mengenali ulam raja.ye anak-anak,abi kamu baru kenal ulam raja diusia hampir 23 tahun.-__-"

ehem.sambal belacan berasap berapi.tumbuk tiba-tiba rasa sedap kalau ada sambal belacan.;'p

 diserikan dengan air jus oren tropicana twister..


terima kasih suami idaman.;') tolong saya kat dapur.sebab masak sedap sangat yummy-yummy beliau tolong saya basuh pinggan. (tak sedap pun dia kata sedap) suami idaman memang penjaga hati isteri. ;')

tapi yang kali ni rasa nya insyaAllah betul-betul sedap.sebab seumur hidup kalau makan asam pedas mesti makan dengan kicap manis.kali ni masakan air tangan sendiri saya mempu makan tak pakai kicap.tahniah Amirah!;'p


Monday, July 23, 2012

Hadiah Hari Lahir Buat Seorang Isteri


Bismillah.
post pertama sebagai seorang isteri.;')

sejujur nya masih teruja dengan kelancaran majlis pernikahan.ya Allah.segalanya dalam masa lebih kurang 3 minggu.;') syukur ya Allah.

Baju umi jahit.
veil buat sendiri.(yeay berjaya DIY)
hantaran mak uda buatkan
bilik pengantin hias beramai-ramai.tapi special thanks to mak cik enon.
inai dipakaikan umi dan cik mah.
bunga tangan kak elin.sangat gojes bunga tu.;')


dan terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.;')

perubahan pertama lepas nikah.solat maghrib dan isyak insyaAllah sentiasa berimam.

permintaan pertama suami idaman rasanya delete gambar seorang dalam facebook.;') done! hehe.ada satu je rasanya.tu pun tak tau kenapa beliau kata takpe tak payah delete.;'p




ehem.bukti balik kampung!yeay!dah jadi orang banting.;')
alhamdulillah.seronok sangat.dapat mak abah baru.kakak ipar.abang ipar.adik ipar.saya sekarang 10 beradik!;')

gambar sebenarnya tak dapat lagi.T__T ni pun dalam kamera sendiri.akak tangkap kan.kat facebook pun tak update gambar lagi.T__T takpe.biar lambat asal selamat.;')

ye.tahun ni sambut hari lahir kat rumah mertua.takde apa yang beza sangat.masih seperti biasa.mesti semua budget birthday taun ni meriah sebab baru lepas nikah.ada suami.kannn..hehe.tapi suami idaman pun tak de la nak wish birthday pukul 12 malam ke..nan hadooo..;'p mula-mula sedih jugak.sebab kawan sekolah yang wish besday pukul 12.thanks saja.;') nangis.lepas tu baru suami idaman sebok-sebok nak baca sms.nampak sms kawan baru teringat birthday isteri dia.hehehe.

tapi nangis lagi teruk sebab sedar diri tak bersyukur. kan Allah dah bagi hadiah birthday paling berharga taun ni.jadi isteri orang.dapat keluarga besar.dapat peluk suami.;') dan menyesal sebab banyak sangat baca novel.kan konon-konon hidup ini indah belaka.kehkehkeh,;'p

cuba sedarkan diri.jangan harap terlalu tinggi.;') yang penting, Allah bagi apa yang kita perlukan.bukan apa yang kita mahukan.;')

eh.ni pun curi-curi masa je buat entry.sambil masak untuk sahur esok okey.gigih jugak ni nak menaip.;')
insyaAllah Allah kurniakan kelapangan masa nak kongsi banyak benda dengan anak cucu.;')

eh,hadiah hari lahir dari Allah tahun ni bertambah lagi.bukan takat in advance, past birthday pun ada hadiah lagi.suami idaman dapat kerja kat JAIS.insyaAllah.tadi orang JAIS call minta lapor diri.tapi tunggu surat dulu.alhamdulillah.semoga rezeki semakin bertambah.;') amin ya Rabb.;')

terima kasih buat semua yang doakan kami.juga ucapan selamat buat hari lahir saya.terima kasih.semoga ukhuwah kerana Allah.;') 
nak sambung masak.babai.

Wednesday, July 4, 2012

Hantaran Siap


alhamdulillah.selesai lagi 1 perkara.;') selesailah satu persatu.;')

Tuesday, July 3, 2012

Warga Indonesia Yang Saya Kenal

ehem.rasa tak adil pulak.setelah bergelumang dengan warga Indonesia,tapi tak bagi compliment ke hape ke kan.kan 1 Malaysia.jadi harus kita ingat.Indonesia pun dah ramai sangat dah dapat PR dan Warganegara Malaysia.;')

selama lebih kurang 5 bulan saya bekerja di Mandiri Remittance anak syarikat Bank Mandiri.sebagai marketing staff.yang gaji lebih tinggi dari supervisor/outlet manager.(macam besar sangat lah gaji nya pun)T__T jadi memang tugasan saya bergelumang dengan warganegara Indonesia.

tahap bergelumang tu hingga hampir kuasai bahasa indonesia (jakarta ye.jawa orak.) hampir kuasai tu sampai orang indonesia cakap saya orang indonesia!saya kata "gak.aku asli sini la mbak!" "gak ah.aku gak percaya." jawab si warga Indonesia.ape nak kata? 

dialog yang dah macam hafalan saya waktu kerja:
"mbak,udah punya tabungan mandiri?tau gak kalau disini bisa buka rakening?langsung jadi dapat buku ama kartu nya.tarik di indonesia gak ada biaya.ini namanya tabungan TKI.selama setaun tu gak ada potongan pajak.kalau di Indonesia,langsung mbak buka langsung dipotong 9ribu perbulan.kartu Atm nya bisa tarik uang diseluruh dunia.kerna kartunya Internasional.jadi kalau mbak mau tarik uang nya disini juga pasti bisa."

haa..tu lah dia. macam nak cerita pasal diri sendiri je bukan pasal mereka.kehkeh

saya nak cerita positif dulu!kita kena positif minded!kann..

kelebihan mereka ialah, mereka sangat lah peramah, hormat tetamu dan sayang kan rakan.
mugkin kerana mereka biasa di "negara orang"

mesra walau pertama kali bertegur sapa.

kerja saya memang keluar masuk tapak pembinaan,rumah tumpangan,kilang dan seangkatan dengan nya. pokok nya dimana ada TKI indonesia disitu ada saya. TKI disebut (te-ka-i) e teleng ye "te" tu.-__-"

kira saya dah sampai tahap boleh ajar abc lah kat bebudak indonesia ni. a be ce de . rasa nak vlogging plak bahasa indonesia.(eksited)

saya pernah masuk ke rumah sewa (lelaki) (kantoi dengan tunang idamanT__T)
nak tumpang sembahyang.alhamdulillah masuk-masuk dalam bilik di pasang ayat quran dalam bilik. saya berdua dengan kak umi waktu tu. saya rasa sangat selamat di rumah tu! walau mula-mula rasa takut.


kalau ke kawasan mereka,kita akan diberikan sekurang-kurangnya air mineral tapi selalu dapat air berperisa.pernah hidang air 100 plus, abc dan sebagainya. makan pun selalu dibelanja!;')

banyak sangat kenangan dan pengajaran yang saya peroleh!nanti insyaAllah akan share kekurangan mereka.
bukan untuk menghina dan merendahkan.tapi supaya awak-awak yang baca lebih mengenali mereka-mereka.;') kadang-kadang bagi kita itu perbuatan yang biadap.tapi bagi mereka itu hal remeh. ada juga bagi mereka itu hal remeh.tapi bagi kita,perbuatan itu sangat merunsingkan.


dengan pak rashid.;') beliau gigih cari nasabah buka tabungan.;') satu malam kami buka lebih dari 10.dan berkat gigih beliau menang contest dalam program mandiri sahabatku.dapat nak dekat RM1000 jugak la..


program mandiri sahabatku.sekarang dah ada siri 2 tau! TKI jadi pengusaha.pasti bisa!;') TKM pon.;'p

nanti share di entry yang lain.insyaAllah.;') gigih tiba-tiba nak cerita kan..padahal tengah busy nak nikah NEXT WEEK.-__-"

Makan Sedap

bismillah.insyaAllah waktu nikah ni makan nya sedap.semalam dah deal dengan kawan umi. makcik maria.yang dah berapa lama tak bermesra.semalam dapat bermesra salam peluk-peluk kiss-kiss pipi.kehkehkeh

insyaAllah sedap.maka datanglah.nanti time kenduri bulan 10 kita pakai catering lain. biar rasa nya berbeza.;'p jadi datang lah kedua-dua majlis.ecehh..

tempat yang tak deal lagi.insyaAllah rancangnya nak kat masjid je.kalau kat rumah nanti orang sebok nak mini pelamin la.tengok bilik pengantin la..-__-"

tapi kalau tak dapat buat masjid kita makan kat rumah jugak ye.;')
jangan risau.yang penting ada makan.hehe.;'p

jap lagi nak hantar veil jahit tepi.yeay!lepas ni  boleh la nak menunjukkan bakat terpendam kat veil tu.
kasut tak jumpa-jumpa lagi.ada sapa-sapa nak bagi?saya saiz 4/5!;'p

baju dah 80% siap kot.;'p semoga semua nya berjalan lancar!;')

Monday, July 2, 2012

13 Hari Lagi


Hasil rampasan semalam.semalam selamat beli net untuk veil.(gigih nak DIY padahal tinggal seminggu lebih.T__T)

lepas tu cadar dan bantal. kain tudung akel kosong bidang 50.hasrat dihati taknak tudung pendek dan jarang. amek tudung kosong.so, kena gigih buat veil cantik-cantik.ayuh!

yang belum settle.

baju- the making of.pagi tadi umi dah bentang.siap untuk dipotong kain.;')
tak nak tunjuk konon nak feeling-feeling surprise...;')

kasut- nak yang lace.semalam kat princess cantik.tapi warna hitam la pulakkk..nak putih! ada satu tu putih.mula tengok macam pelik.bila sarung sangat cantik.tapi harga RM199.idak la teman nak membeli nya..T___T 

veil- chayok-chayok!

bunga tangan!jangan lupa.DIY jugak kot.macam senang je gaya..lilit-lilit kan je.dia takmo lilit kita belit!

catering tak jumpa lagi kawan umi.hehe;'p agak nya mesti on je kot insyaAllah..;')

ya Allah.permudahkan segala urusan kami.;')

Sunday, July 1, 2012

Super Women

Ehem.jumaat yang lepas, sejurus pulang kerja.saya bersiap-siap packing beg.nak pergi perak!kawan nak kawin!!;') kawan dari sekolah rendah.;') syuhada samsudin. saya pergi berdua dengan umi.encik tunang kerja sabtu.kalau tak pasti ikut!;')

saya drive sorang tau.umi memang.masuk kereta je memang tidur.;') saya rasa sungguh gagah bila bawa kereta jauh sorang-sorang.-__-"

bertolak sekitar jam 6.30. sampai ipoh 9.30. lepas dah berhenti sembahyang kat R&R Tapah hokeyy..;')
sampai-sampai alhamdulillah belum start lagi majlis.orang masjid baru mula nak sampai. kita bergambar dulu.


zaireen.dah jadi mama dah..anak dah besa boleh get ready untuk yang kedua plak.;'p mai dari kemaman tuuuu...


ber3 je.kawan dari sekolah rendah SRATI. haa..sorang dari kl.sorang dari kemaman.

gambar terakhir sebelum jadi puan nurul syuhada.kehkeh;'p


maskahwin dinar emas tau..;')


syu dan ahmad

umi syu dan ahmad


lepas tu kami meneruskan perjalanan ke kuala kangsar.;') tumpang tidur rumah sir hamdan.;') seperti biasa rumah itu memang pintunya sentiasa terbuka tak mengira jam berapa.eh.pintu tutup.dah sampai baru di buka.;'p sampai sekitar 11.30 malam.;')

esok nya jam 11 pagi dah keluar.singgah pekan kuala. nak cari hadiah. tak sempat taw beli kat kl.

rindu.T__T

 12.30 tengahari dah sampai.;') pengantin tengah nak menyambut.


kita bergambar dulu.

 peace dari puan syuhada.



 dari madid.

saya selalu jadi wakil 2 pihak.hari tu kawan sekolah dan kawan kolej.ni kawan sekolah rendah dan kawan sekolah menengah,;')

syu,semoga kekal hingga akhir hayat.;')

balik pakai contact lens.memang bawa kereta terpejam-pejam mata berat.macam orang mabuk dah bawa kereta.singgah dekat tapah tukar pakai cermin mata. kembali cergas.meneruskan perjalanan ke kuala kubu.singgah jumpa makcik.malam pukul 8 balik kl.sampai kl singgah lagi rumah makcik.;') lepas tu sampai rumah 10 lebih.;') sekian cerita dari super women.

lagi 2 minggu nak nikah.baju belum ada.;'p peace yo.muka pergi kerja sangat hepi seolah-olah segala nya telah lengkap rapi. jerawat pun sungguh bekerjasama.sebiji pun tak keluar.alhamdulillah.diri sendiri pun teruja dengan kelembutan pipi sendiri.padahal macam biasa tak pakai pencuci muka.tak buat treatment.agaknya banyak telan panadol haritu.tak pon antibiotik.ada kene mengene kah?-__-" sekian.