Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2012

Hadiah Hari Lahir Buat Seorang Isteri


Bismillah.
post pertama sebagai seorang isteri.;')

sejujur nya masih teruja dengan kelancaran majlis pernikahan.ya Allah.segalanya dalam masa lebih kurang 3 minggu.;') syukur ya Allah.

Baju umi jahit.
veil buat sendiri.(yeay berjaya DIY)
hantaran mak uda buatkan
bilik pengantin hias beramai-ramai.tapi special thanks to mak cik enon.
inai dipakaikan umi dan cik mah.
bunga tangan kak elin.sangat gojes bunga tu.;')


dan terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.;')

perubahan pertama lepas nikah.solat maghrib dan isyak insyaAllah sentiasa berimam.

permintaan pertama suami idaman rasanya delete gambar seorang dalam facebook.;') done! hehe.ada satu je rasanya.tu pun tak tau kenapa beliau kata takpe tak payah delete.;'p




ehem.bukti balik kampung!yeay!dah jadi orang banting.;')
alhamdulillah.seronok sangat.dapat mak abah baru.kakak ipar.abang ipar.adik ipar.saya sekarang 10 beradik!;')

gambar sebenarnya tak dapat lagi.T__T ni pun dalam kamera sendiri.akak tangkap kan.kat facebook pun tak update gambar lagi.T__T takpe.biar lambat asal selamat.;')

ye.tahun ni sambut hari lahir kat rumah mertua.takde apa yang beza sangat.masih seperti biasa.mesti semua budget birthday taun ni meriah sebab baru lepas nikah.ada suami.kannn..hehe.tapi suami idaman pun tak de la nak wish birthday pukul 12 malam ke..nan hadooo..;'p mula-mula sedih jugak.sebab kawan sekolah yang wish besday pukul 12.thanks saja.;') nangis.lepas tu baru suami idaman sebok-sebok nak baca sms.nampak sms kawan baru teringat birthday isteri dia.hehehe.

tapi nangis lagi teruk sebab sedar diri tak bersyukur. kan Allah dah bagi hadiah birthday paling berharga taun ni.jadi isteri orang.dapat keluarga besar.dapat peluk suami.;') dan menyesal sebab banyak sangat baca novel.kan konon-konon hidup ini indah belaka.kehkehkeh,;'p

cuba sedarkan diri.jangan harap terlalu tinggi.;') yang penting, Allah bagi apa yang kita perlukan.bukan apa yang kita mahukan.;')

eh.ni pun curi-curi masa je buat entry.sambil masak untuk sahur esok okey.gigih jugak ni nak menaip.;')
insyaAllah Allah kurniakan kelapangan masa nak kongsi banyak benda dengan anak cucu.;')

eh,hadiah hari lahir dari Allah tahun ni bertambah lagi.bukan takat in advance, past birthday pun ada hadiah lagi.suami idaman dapat kerja kat JAIS.insyaAllah.tadi orang JAIS call minta lapor diri.tapi tunggu surat dulu.alhamdulillah.semoga rezeki semakin bertambah.;') amin ya Rabb.;')

terima kasih buat semua yang doakan kami.juga ucapan selamat buat hari lahir saya.terima kasih.semoga ukhuwah kerana Allah.;') 
nak sambung masak.babai.

4 comments:

  1. Alahamdulillah..
    waa..beshnye..dah kawen btmbah2 murah rezeki yek..
    Smoga Bahagie ke anak cucu Mira...
    n Hepi belated besday..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.alhamdulillah.thanks moon.
      dah kawin tak berpaa sempat nak ngadap blog.;'p
      fb pun curi2 je bukak.;'p
      amin ya Rabb atas doanya.;')

      Delete
  2. emmm
    tak tau nak wish yang mana satu dulu

    semoga bahgia hingga hujung hayat.. eh , bukan hujung je ,, sampai abes nafas.

    selamat hari lahir.. belated la plak kan.. hhahaa

    selamat berpuasa

    waahhh.. murah rezeki ko eh ..hope happy selalu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..aminn ya Rabb untuk semua doa nya..
      thanks syg.better late than never!;'p
      selamat berpuasa juga.
      insyaAllah.;')

      Delete