Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 27, 2012

perkembangan kandungan minggu ke 4



Minggu ke-4

Minggu ini anda boleh mengesan samada anda hamil atau sebaliknya. Pada pertengahan atau pengakhiran minggu ini, anda boleh menggunakan ujian kehamilan sendiri dirumah yang boleh dibeli di farmasi. (Itupun jika kitaran haid anda 28 hari tetap).

Jika ujian menunjukkan anda positif, bermakna bayi anda telah dua minggu menjalani proses pembesaran. Saiz bayi anda kini antara 0.36 dan 1mm panjang. Lapisan sel ektoderma akan berevolusi menjadi sistem saraf bayi (termasuk otak bayi). Lapisan endoderma pula akan menjadi saluran pencernaan, hati, pankreas dan tiroid manakala lapisan mesoderma akan menjadi rangka, tisu perantara, sistem darah, sistem urogenital dan otot-otot bayi. Minggu ini juga tali pusat bayi akan terbentuk dan ia berfungsi sebagai laluan masuk makanan, oksigen serta sistem pembuangan sisa untuk bayi hidup di dalam rahim.



rasanya perasaan ini paling indah seumur hidup.maaf suami idaman,perasaan paling indah menjadi isteri singgah sungguh sebentar cuma. hehe;'p
 apa pun menjadi isteri bermula lah detik terindah dalam hidup.;')

 InsyaAllah baby ibu sangat kuat.mula berada dalam kandungan dalam bulan puasa.
memang puasa yang pelik untuk tahun ini.pukul 10 pagi dah rasa perut sangat lapar yang amat.
tapi masih meneruskan puasa seperti biasa.

dukung kakak saudara baby kak ain yang dah darjah 3.entah kenapa kakak ain asyik melompat arah ibu minta ibu dukung.walau kak ain kurus.tapi darjah 3!! alhamdulillah baby masih kukuh dalam kandungan.

dukung abang saudara abang adam yang badan memang yummy yummy.gigih dukung dari kereta ke dalam rumah.;') alhamdulillah baby kuat sangat.

ibu makan pedas sangat..waktu berlaku perkara-perkara tu semua ibu tak tau baby dah ada dalam rahim ibu.;'(

bila ibu tau je baby dah ada,takut sangat.eh..takpe ke makan pedas.angkat berat-berat.;'(
tapi lepas tu ibu sedar,baby bukan sebarang baby.mesti baby yang sangat gagah.

padahal ibu kira-kira waktu nikah bukan waktu subur.tapi Allah maha kuasa,baby melekat dalam rahim.;') dengan pantasnya.baby hebat!

insyaAllah sekarang diteruskan dengan puasa 6.(puasa ganti) walau perut tengah krek krok krek krok ni.insyaAllah.baby kena kuat ye.;') ibu nak habiskan puasa ganti awal-awal ni.;')

semoga Allah permudahkan segala urusan kita.;') semoga kita sihat. ish..kenapa rasa lebih dari seorang je dalam perut ni..;'p boleh percaya rasa ke? macam ibu dah rasa ada baby padahal tak test lagi pregnancy test time tu.;'p

hehe.berapa pun,jantina apa sekali pun,ibu dan abi nantikan dengan penuh kegembiraan.;')
baby adalah kehadiran yang dinanti

p/s: suami idaman sangat rajin.semalam beliau tolong saya iron kan baju kerja kami berdua untuk seminggu..handsome nya diaaaa!!!argghhh!!

tapi serious rasa suami idaman adalah lelaki paling handsome..tak tipuuu..;')

Sunday, August 26, 2012

Selamat Pengantin Baru

hehe.25 Ogos punya la banyak kenduri.
tapi yang paling gigih pergi sampai ke pinang.tapi taklah sampai seberang jambatan.
apa pun memang sangat gigih.terima kasih suami idaman.
terima kasih cik kelisa.gagah perkasa.

saya gigih pergi pinang sebab kawan saya Fadzilah datang waktu saya nikah.

 saya dan Fadzilah. tahniah sayang.

kami.hehe 

lepas tu balik singgah simpang pulai.ni nama glamor Sela.

 saya dan sela.kawan sekolah jugak. beliau kawin dengan abang kawan sekolah jugak.

 ni zaidah.macam last jumpa lepas spm jeee...;'p

mestilah singgah Sekolah.rindu taw...;')


selamat ye semua.;') semoga pernikahan kita kekal ke akhir hayat.jadi isteri solehah.;') aminn

Saturday, August 25, 2012

Raya 2012

tahun pertama seumur hidup beraya tanpa umi.;'(

sepanjang perjalanan nak balik kampung suami idaman memang menangis meleleh-leleh air mata.kehkeh.;'p

tapi takpeee...taun depan raya ngan umi ngan baby...weee...insyaAllah.;')

lauk yang saya ingat untuk raya taun ni kat umah mak mertua:
rendang kerang
rendang ayam
daging kerutuk (betul ke nama?)
nasi impit.(saya pun anyam ketupat bersama!) muka bangga.;'p
mee kari ayam
kuah kacang
ayam masak kicap.
apa lagi?apa lagi?

deretan kuih muih yang buat saya tak menyesal pun tertinggal kuih raya yang dah beli untuk rumah mertua.;'p langsung tak menyesal.

beraya dengan keluarga baru yang besar.;') sangat menggembirakan.mesti lagi best kalau umi ada.;')

meh tengok gambar.

 raya pertama sebagai isteri orang.;')

 adik ipar.

 abang dan adik

 mak abah....^__^


3 lagi anak belum kahwin.abang suami idaman 2 orang.adik perempuan sorang.
gambar raya taun ni lengkap as at August 2012.;')

anak  7 menantu 4 cucu 9.

dalam perut saya insyaAllah cucu ke 11 belah suami idaman.;') sebab kakak ipar tengah mengandung.dah 4 bulan kot..;') i like 11....;'p

Friday, August 24, 2012

Assalamualaikum Baby

maaf potong Entry Raya.saya hutang Entry raya.
tapi tak sabar nak share dengan anak cucu perkhabaran ini.;')

ye.tajuk post yang tak menguji minda langsung.kehkeh.
alhamdulillah.syukur..hanya itu perkataan yang sempurna nak menggambarkan hati.

memang takut.sebab awal sangat.selalu awal-awal ni yang lebih mencabar.sebab takut belum melekat kuat.;'(

semalam saja gedik-gedik pergi farmasi beli pragnancy test.wee..^__*
takut jugak membazir.sebab kalau ikut period memang cukup-cukup semalam.dan biasa je takat lambat 3,4 hari pun.tapi sebab menggatal beli jugak.;'p

memang dah rasa lain macam je..cepat letih..dan dot dot dot.;'p memang sehari dua sebelum tu dah saja cakap main-main dengan suami idaman,dah ada baby niii...haa;'p

bila cek pun beliau biasa je.saya yang dup dap dup dap kalah perasaan time nak nikah.kehkeh.;'p
sekali test.naik 1 garis.lepas tu....naik 2 garis..^___^ alhamdulillah.






malam tu memang kebetulan nakgi jusco jadi singgah popular terus.;')


officemate kata buku penjagaan ibu&anak ni dah susah nak jumpa.tapi alhamdulillah ada banyak je stok kat popular ni.ada la 3,4 buah macam tu.;')

pastu tadi terus gi cek kat klinik Taman Ehsan.

ada nurse yang positif ada yang negatif.layan kan aja..
tanya kat sorang nurse tu.awal sangat ke saya datang ni.dia kata tak lah.lagi bagus awal.
boleh jaga dari awal.makan suppliment dari awal.

ada nurse tu,saya tak tanya dia yang bising-bising cakap awal sangat la.saya paling awal la..blah blah blah.lantak mu lah mek oiii...i datang nak confirmkan je.;') tak taw terus bukak buku bagai.

eh.saya dah 4 minggu taw.tak lah seawal fasha sandha.kehkeh.
tapi memang ingat baru seminggu dua.sebab aritu bulan puasa dah tinggal puasa dengan jayanya.;'p rupa nya dia kira dari hari pertama datang haid.;')
baru ku tahu..

due date 30 April 2013.;')

doakan semoga semua nya dipermudahkan.doakan ibu dan anak sihat walafiat.;')

Friday, August 17, 2012

Entry Sebelum Raya

Lokasi menaip: Finance Division 2nd Office IIUM.
Time mula menaip: 14:20pm ikut jam pc ni..;')
mood: nak balik!! 

sabar je lah.cuti raya tahun ni memang harap cuti yang diberi.takde yang saya minta.(tak apply)
kira rabu dah masuk office balik.

kita spare cuti..banyak hal taun ni.cousin kawin.sendiri kawin..;'p
 semua nak pakai cuti.gi jakarta dah 2 hari bulan 9 ni..;'p wee..shoppingggg..;'p

tadi gi cek kereta sikit-sikit.pakchak bawa.;')
thanks pakchak.untung anak-anak dia.kereta ada orang jaga kan..
saya tumpang sipi-sipi ye.;')

lepas raya kalau boleh nak buat sikit.
nak bawa turun enjin lepas selesai kenduri..

nanti saya bagi supplement kat jantung awak ye cik kelisa.;')
jangan meragam lagi..please...;')

dalam sebulan di 900++ habis.tak sempat nak update pasal enjin mati tengah jalan.siap kena ketuk lagi.-__-"
apa pun selamat dah alhamdulillah..

dan kalau lah cik kelisa boleh membaca.saya tak pernah menyesal beli awak cik kelisa.
awak buat ilmu saya bertambah.

walau pun insyaAllah tak lama lagi awak akan dapat adik baru insyaAllah.awak tetap pujaan hati saya.;')
kasih sayang tak kan beralih arah insyaAllah.

nak dapat adik pun tunggu lepas kenduri.biar settle semua dulu..hehe.;'p
insyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan.

memang target beli cik kelisa untuk umi buat gi masjid pusing-pusing taman je.;')
lepas nikah nak beli lagi satu untuk pakai lasak-gi kerja/balik kampung dan sebagainya.

maaf cik kelisa sebab bawak awak jalan jauh-jauh walau awak dah tak berapa nak berdaya.alhamdulillah dah 2 kali sampai kuala kangsar.tak tau la hujung bulan ni awak mampu gi johor tak?
saya takut awak tak larat.tapi saya macam takde pilihan.

harap-harap awak sihat.saya nak bawa awak jalan jauh.lepas ni insyaAllah awak boleh rehat.kita gi masjid sama-sama ye.;')

ok baru dapat tau bos kasi balik kul3.;') yeay!
sekian. 

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.;')

Tuesday, August 14, 2012

Kebelakangan Ini


sejak nikah ni.cukup sebulan esok..masuk hari ni dah 2 kali tertinggal handphone.
tak pernah berlaku seumur hidup pergi kerja tak bawa handphone.

selalu akan bawa handphone sebab nak pergi kerja mesti nak mesej dulu cakap nak pergi kerja.

sekarang kan dah peluk cium siap-siap dah..nak  mesej apa lagi. jadi khidmatmu semakin berkurang wahai handphone.maafkan daku.

sekian.~

Tuesday, August 7, 2012

Masakan Suami

ehem.rasa tak adil tayang masakan diri sendiri je.ayuh..saya share masakan suami semalam.;')

 ayam masak nusantara.kehkeh.

suami idaman tengok rancangan masakan.
jadi para isteri,ajaklah suami anda tonton bersama.;')


saya masak sayur je semalam.;')

ehem..suami idaman kata nak masak jugak untuk harini...
tapi seperti yang isteri boleh agak..

balik keletihan memang tak lah nak masak.hehe.;'p

apa pun suami idaman tolong tumbuk sambal belacan dan petik ulam raja..sangat dihargai..;')

setakat ni suami idaman belum lagi la nak buat suprise tutup alarm.pastu bangun siap-siap untuk sahur..pastu kejut isteri..sayanggg..bangun sahur...bibi dah siapkan makanan ni..memang takkk lahhh..harapan laaa...;'p takyah nak percaya sangat cerita-cerita atau novel cinta. -__-"

kunci,syukur.;')

Saturday, August 4, 2012

Review Hantaran Nikah

alhamdulillah keluarga saya dipenuhi dengan tangan-tangan emas.cehh ayat..;'p

sebenarnya hantaran ni kira mak uda saya buat yang simple je..;') kalau beliau buat yang gojes takut semua pengsan tengok.;'p saya memang sangat lah tak kesah bab hantaran ni.bukan nak simpan lama pun dulang-dulang dan hiasan.;'p

mula-mula makuda buat 7 dulang hantara. malam sabtu mak tam, kak timah, afiq dan nab datang hantar barang-barang hantaran.saya saja cerita takde niat apa.yang saya rasa belah laki nak bagi 9 dulang. sebab belah laki pun tak pernah cakap betul-betul nak bagi berapa dulang.dan kami pun angat lah tak kesah adat-adat ni.;'p

nak dijadi cerita,esok nya tu,baru saya tau yang mak uda sempat lagi tambah beberapa dulang nak bagi lebih dari lelaki.;') terima kasih sangat.dulang yang ditambah rasanya kuih tart,buah-buahan, dan sejadah.ada lagi ke?saya pun tak pasti.;'p

antaranya,






kek.cup cake yang gojes.;') bunga yang enak dimakan!;') thanks pihak penaja, kak timah...;')


syukur alhamdulillah Allah permudah segala urusan.;')

Friday, August 3, 2012

Review Inai Nikah

hehe.saya nak inai yang simple je.;') saya kan suka kelainan. diwaktu orang tengah sebok ukir-ukir kat tangan,saya  nak yang simple.;') terima kasih umi sebab pakaikan first round.walau duk sakit hati sebab pakai inai tumbuk.asyik tak berapa nak melekat je.;'p

pengantin gigih menumbuk inai.;')


esok nya mintak mak cik om inai serbuk.;'p thanks juga kepada cik mah sebab pakaikan 2nd round untuk tangan dan sudi pakai kan kat kaki-kaki.tolong reply sms dan melayan kerenah saya untuk beberapa jam.;'p



 

kaki pun pakai jugak!;'p

lepas ni bulan 10 dengan 11 nak kena pakai lagi.;'p hehe.;'p pengantin paling lama la saya nanti.;'p

Thursday, August 2, 2012

Makan Sendiri

Saya ada seorang teman.yang pemikiran nya agak bercanggah dengan saya.tapi jangan risau.tak pernah lagi argue dengan dia.bagi saya itu akal dia dan hak dia nak berpendapat apa sekalipun.

perbualan pertama:

saya: umur abang S dah berapa?
abang S: 30++
saya:anak memang dua orang je ke?tak merancang nak tambah?
abang s: eh tak la..cukup la.abang tak nak jadi macam ayah abang.dulu pernah la abang nampak ayah abang pakai jam mahal sikit.sembang ayah abang cerita dia baru dapat beli jam dah tua ni.(dah pencen) dulu nak membesarkan anak.tak dapat apa yang teringin.

anak 2 cukup la.nanti kang tak boleh nak pakai kereta yang di idam.

saya: abang berapa adik beradik?
abang S: 4 orang je.
saya: owww...

(kesimpulan yang saya buat,4 orang dia rasa ramai.sebab tu dia nak 2 je.;'p)


perbualan ke2:

saya dengar abang S tanya pasal SSPN.

saya:abang nak bukak untuk anak ke?
abang S: tak lah.anak nanti suruh bukak sendiri. ni nak bukak untuk abang la.
saya: apa kelebihan bukak SSPN?
abang s:ada pengecualian cukai.
saya oww..

tiba-tiba abang S: nanti anak-anak biar dia bukak sendiri. rumah pun nanti dah tua nak jual. nak pergi melancong. biar diorang kerja beli sendiri.kita susah-susah kerja diorang senang-senang nak dapat rumah.

saya: owh..mak saya pun dah bagi rumah.tapi masih bekerja macam bese.tak la duduk rumah goyang kaki. hehe..(cakap dalam nada gurau)
saya tambah lagi: takpe..rezeki anak masing-masing la..hehe;'p

(kesimpulan: saya teringin nak tau kisah abang ni 30 tahun akan datang,dimana dia.sedang bercuti ke.atau dirumah orang tua.kehkehkeh;'p )

ya Allah syukur umi saya tak berfikiran macam tu.saya yang jenuh pujuk umi jual rumah yang di muar.umi jual la.duit tu boleh buat umrah ke haji lagi sekali ke.nanti adik kerja adik beli la rumah lain.tapi umi masih berdegil tak nak jual nak tukar rumah tu atas nama saya.

ya Allah.semoga saya dan suami bekerja ikhlas kerana Allah. ikhlas membesarkan anak-anak dengan rezeki yang Engkau kurniakan. jauhi kami dari perasaan tamak dan pentingkan diri.semoga anak-anak menjadi harta kami yang paling beharga buat bekalan akhirat.;')