Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 2, 2012

Makan Sendiri

Saya ada seorang teman.yang pemikiran nya agak bercanggah dengan saya.tapi jangan risau.tak pernah lagi argue dengan dia.bagi saya itu akal dia dan hak dia nak berpendapat apa sekalipun.

perbualan pertama:

saya: umur abang S dah berapa?
abang S: 30++
saya:anak memang dua orang je ke?tak merancang nak tambah?
abang s: eh tak la..cukup la.abang tak nak jadi macam ayah abang.dulu pernah la abang nampak ayah abang pakai jam mahal sikit.sembang ayah abang cerita dia baru dapat beli jam dah tua ni.(dah pencen) dulu nak membesarkan anak.tak dapat apa yang teringin.

anak 2 cukup la.nanti kang tak boleh nak pakai kereta yang di idam.

saya: abang berapa adik beradik?
abang S: 4 orang je.
saya: owww...

(kesimpulan yang saya buat,4 orang dia rasa ramai.sebab tu dia nak 2 je.;'p)


perbualan ke2:

saya dengar abang S tanya pasal SSPN.

saya:abang nak bukak untuk anak ke?
abang S: tak lah.anak nanti suruh bukak sendiri. ni nak bukak untuk abang la.
saya: apa kelebihan bukak SSPN?
abang s:ada pengecualian cukai.
saya oww..

tiba-tiba abang S: nanti anak-anak biar dia bukak sendiri. rumah pun nanti dah tua nak jual. nak pergi melancong. biar diorang kerja beli sendiri.kita susah-susah kerja diorang senang-senang nak dapat rumah.

saya: owh..mak saya pun dah bagi rumah.tapi masih bekerja macam bese.tak la duduk rumah goyang kaki. hehe..(cakap dalam nada gurau)
saya tambah lagi: takpe..rezeki anak masing-masing la..hehe;'p

(kesimpulan: saya teringin nak tau kisah abang ni 30 tahun akan datang,dimana dia.sedang bercuti ke.atau dirumah orang tua.kehkehkeh;'p )

ya Allah syukur umi saya tak berfikiran macam tu.saya yang jenuh pujuk umi jual rumah yang di muar.umi jual la.duit tu boleh buat umrah ke haji lagi sekali ke.nanti adik kerja adik beli la rumah lain.tapi umi masih berdegil tak nak jual nak tukar rumah tu atas nama saya.

ya Allah.semoga saya dan suami bekerja ikhlas kerana Allah. ikhlas membesarkan anak-anak dengan rezeki yang Engkau kurniakan. jauhi kami dari perasaan tamak dan pentingkan diri.semoga anak-anak menjadi harta kami yang paling beharga buat bekalan akhirat.;')

No comments:

Post a Comment