Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 27, 2012

perkembangan kandungan minggu ke 4



Minggu ke-4

Minggu ini anda boleh mengesan samada anda hamil atau sebaliknya. Pada pertengahan atau pengakhiran minggu ini, anda boleh menggunakan ujian kehamilan sendiri dirumah yang boleh dibeli di farmasi. (Itupun jika kitaran haid anda 28 hari tetap).

Jika ujian menunjukkan anda positif, bermakna bayi anda telah dua minggu menjalani proses pembesaran. Saiz bayi anda kini antara 0.36 dan 1mm panjang. Lapisan sel ektoderma akan berevolusi menjadi sistem saraf bayi (termasuk otak bayi). Lapisan endoderma pula akan menjadi saluran pencernaan, hati, pankreas dan tiroid manakala lapisan mesoderma akan menjadi rangka, tisu perantara, sistem darah, sistem urogenital dan otot-otot bayi. Minggu ini juga tali pusat bayi akan terbentuk dan ia berfungsi sebagai laluan masuk makanan, oksigen serta sistem pembuangan sisa untuk bayi hidup di dalam rahim.



rasanya perasaan ini paling indah seumur hidup.maaf suami idaman,perasaan paling indah menjadi isteri singgah sungguh sebentar cuma. hehe;'p
 apa pun menjadi isteri bermula lah detik terindah dalam hidup.;')

 InsyaAllah baby ibu sangat kuat.mula berada dalam kandungan dalam bulan puasa.
memang puasa yang pelik untuk tahun ini.pukul 10 pagi dah rasa perut sangat lapar yang amat.
tapi masih meneruskan puasa seperti biasa.

dukung kakak saudara baby kak ain yang dah darjah 3.entah kenapa kakak ain asyik melompat arah ibu minta ibu dukung.walau kak ain kurus.tapi darjah 3!! alhamdulillah baby masih kukuh dalam kandungan.

dukung abang saudara abang adam yang badan memang yummy yummy.gigih dukung dari kereta ke dalam rumah.;') alhamdulillah baby kuat sangat.

ibu makan pedas sangat..waktu berlaku perkara-perkara tu semua ibu tak tau baby dah ada dalam rahim ibu.;'(

bila ibu tau je baby dah ada,takut sangat.eh..takpe ke makan pedas.angkat berat-berat.;'(
tapi lepas tu ibu sedar,baby bukan sebarang baby.mesti baby yang sangat gagah.

padahal ibu kira-kira waktu nikah bukan waktu subur.tapi Allah maha kuasa,baby melekat dalam rahim.;') dengan pantasnya.baby hebat!

insyaAllah sekarang diteruskan dengan puasa 6.(puasa ganti) walau perut tengah krek krok krek krok ni.insyaAllah.baby kena kuat ye.;') ibu nak habiskan puasa ganti awal-awal ni.;')

semoga Allah permudahkan segala urusan kita.;') semoga kita sihat. ish..kenapa rasa lebih dari seorang je dalam perut ni..;'p boleh percaya rasa ke? macam ibu dah rasa ada baby padahal tak test lagi pregnancy test time tu.;'p

hehe.berapa pun,jantina apa sekali pun,ibu dan abi nantikan dengan penuh kegembiraan.;')
baby adalah kehadiran yang dinanti

p/s: suami idaman sangat rajin.semalam beliau tolong saya iron kan baju kerja kami berdua untuk seminggu..handsome nya diaaaa!!!argghhh!!

tapi serious rasa suami idaman adalah lelaki paling handsome..tak tipuuu..;')

4 comments:

  1. alhamdulillah
    lama tak bukak blog
    bukak2 nampak good news mcm ni..

    ReplyDelete
  2. alahai. soooooo sweeeeeeeeet la mira..... smg both of u sihat2 slalu ye...

    ReplyDelete
  3. hehe.kenduri 27 oktober datang taw..bg alamat klu nak kad..;')

    ReplyDelete