Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 21, 2012

Appreciate

Bismillah.hari ni suami tidur kat rumah banting.konon esok ada kerja kat sepang.senang pergi dari sana.
sekali bos call tukar pulak.esok kena pergi meeting yang dekat Taman Melawati.

esok dah apply cuti ada medical check up.ingat esok pergi sendiri.tapi Allah maha pengasih,meeting suami esok petang.jadi pagi suami idaman sempat teman pergi medical check up insyaAllah.

sejak pregnant ni emosi memang macam roller coster.air mata pulak mencurah-curah macam niagara falls tahu.orang buat baik mencurah.buat sedih mencurah-curah.tak buat apa pun mengalir je..tak faham i...-__-"

ya Allah..jangan la effect apa-apa kat baby.kang ibu dia kuat beno menangis baby pun ikut sama.moga-moga baby nanti kuat macam abi.(nak tengok suami idaman menangis adalah satu cita-cita saya sebagai seorang isteri!;'p) ya Allah..beliau nangis yang saya pernah nampak gugur la setitik dua.;'p pasal tengok video perkembangan baby tu.;'p macho kan.

dalam macho-macho harus diakui beliau bukan lah seorang yang romantik.;'p (cita-cita jugak tu nak tengok beliau jadi romantik)

tapi dalam tak romantik tu baby ada jugak dalam perut ni kan..so what dengan romantik?angkat kening jeling mata.

jadi blogger ni ada baik buruk.baca cerita orang yang best-best kita cemburu. cemburu bukan busuk hati apasal laki kau romantik?macam bagus...boleh la takat baru kawin.aku nak tengok 10,20 tahun akan datang.mampu lagi laki kau nak romantik?tak!tak pernah fikir sampai macam tu.;')

cuma bila baca kita harap kita dapat buat yang terbaik.kadang-kadang bila fikir, cukup baik ke aku nak dapat semua perkara-perkara baik macam tu.ya Allah.jadikan saya baik kepada ibu bapa.baik kepada suami.

ya Allah.semoga Kau permudahkan aku menjadi hambamu yang lebih baik.yang lebih bersyukur.yang lebih menghargai setiap detik yang Kau kurniakan.ubat segala perasaan tu ialah Appreciate what do you have now.

tapi kita kena usaha untuk apa yang kita impikan. semoga saya tak putus asa nak bina keluarga yang diidamkan.

semoga bila saya dah buat yang terbaik,segala harapan tu tak mustahil Allah tunaikan.kan Allah yang pegang hati-hati hamba dia.

semoga Allah bagi kekuatan nak jadi lebih penyabar lebih kuat lebih rajin dalam hidup.
banyak yang Allah dah permudahkan.

target awal sekarang ni nak anak ramai..and yes.most important is quality.quantity with great of quality insyaAllah.;')

ya Allah,jadikan kami anak yang soleh solehah.jadikan kami pasangan yang sentiasa berkasih sayang demi mencapai redhaMu. kurniakan kami zuriat yang soleh solehah ya Allah.jadikan kami ibu bapa yang terbaik buat anak-anak ya Allah.semoga dengan ikatan ini menjadi titi buat kami ke Syurga Mu.amin ya Rabb..;')


No comments:

Post a Comment