Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

Kemalangan

Bismillah..

kejadian ni sebenarnya sebelum konvo suami idaman lagi.jadi hari selasa.dalam perjalanan pulang kerja.;')

kelisa saya dah dilanggar dari belakang.

dan beginilah keadaanya.



ni kereta yang melanggar.



ni depan saya.tough tak?apa pun tak kemek.



4 kereta semua nya.
dan sehingga kini, cik kelisa masih di bengkel.T__T 
nanges.

Monday, November 26, 2012

Suami Idaman Konvo



Alhamdulillah.suami saya dah jadi graduan USIM.hehe. 
pagi-pagi jumaat.(betul-betul pagi) dalam 5.25am kami dah bergerak dari banting nak ke Nilai.

graduan USIM.;')

sepanjang perjalanan kami banyak bertembung dengan haiwan yang masih lagi tidur tergolek atas jalan tar di tengah-tengah jalan.(dalam hati patut la kucing selalu kena langgar malam-malam buta.suka tidur tengah jalan) antara haiwan yang kami jumpa termasuk lah kucing anjing dan juga ular.-__-"

eh.ni cerita kanak-kanak semasa musim cuti sekolah ke?;'p

nak dipendekkan cerita, mak abah suami idaman tak dapat pergi atas masalah-masalah kesihatan dan sebagainya.nasib dah kawin kan.isteri ada boleh teman...;')

dan rancangan awalnya saya dah ajak cik mah untuk bersuka ria dengan saya diluar sementara tunggu mereka selesai konvo.sekali dah terpaksa heret cik mah ke lembah konvo.cehh..;'p

nasib sayang saya sorang ni sporting. sanggup teman mak buyung ni.tau-tau la bukan semua sanggup nak panas punggung duduk lama-lama secara sopan dalam dewan konvo tu kannnn...kannn...

jadi pagi-pagi buta singgah sembahyang subuh di masjid nilai dan call cik mah.ye dia tak bangun lagi..malam semalam nya ada program balik lambat.cian ia..T__T

tapi sayang saya tak pernah mengecewakan saya.saya dan suami sampai depan rumah sewa cik mah,dia dah pun berdiri terpacak didepan pagar rumah.ya!kami pantas!haha. sebab tu kami kawan baik.eh..kawan baik?dah macam adik beradik kotttt..;') love u cik mah..

ni cik mah sayang saya.;')

lepas menahan krekk krokk perut berjam-jam.terus kami keluar dewan dan cari bunga!yeay!lepas tu cari suami idaman.biasa lah dia.....bukan sebok cari isteri ponnnn...dia cari kawan..yang saya cari dia...T__T

takpe.faham fikiran dia.mesti dia fikir saya hari-hari boleh jumpa.kawan-kawan tu je la masa nya. fineee...
lepas tu pergi makan.lepas makan suami idaman hantar saya dan cik mah ke rumah sewa cik mah. beliau pergi masjid sembahyang jumaat.

lepas sembahyang jumaat kami sambung dengan program bergambar. hey!sewa jubah beratus tak kan tak nak bergambar kenangan?kann..

jadi di akhiri dengan kami hantar cik mah dan kawan nya ke ktm.

terima kasih Allah.atur segala kejadian dengan cukup indah.

terima kasih baby teman ibu dengan cik mah tengok abi konvo.;') cian dia lapar...tak pernah makan lambat macam tu..


takpe.nanti baby dah besar tengok je gambar-gambar ni ye..;')



 nak jugak main baling-baling kan..;'p




 ibu yang geliga.rasanya kalau ada baby boleh buat tempat duduk baby..;'p

 nampak tak baby dalam perut ibu?;'p dah 17 minggu time ni..;')

kami.hehe.sian cik mah tak nampak muka.

terima kasih semua.;')

Thursday, November 22, 2012

Honey Moon!

ehem.syukur alhamdulillah.selesai segala majlis. terima kasih kepada semua yang terlibat.semoga Allah balas jasa baik kalian.;')
rancang nya nak honeymoon tiga hari dua malam.
haah.honeymoon sangat..lepas ckup 4 bulan kami nikah.hehe.^__^
dan tempat pun tak boleh nak jauh sebab orang nak pergi honeymoon dah berbadan dua.
jadi tak larat sangat nak jalan jauh.lebih kepada berehat. kang jauh-jauh buat letih je.
jadi impian suami idaman nak honeymoon kat pulau terpaksa ditangguhkan untuk honeymoon yang tahun ke berapa tak tau lagi.-__-"
eh.rancang 3 hari.sekali adik beradik naim ajak pergi gold coast morib.saya sporting.takpe.tak dapat berendam kat pulau kita berendam kat swiming pool.;'p
 sweet kan?;'p
jadi boleh la dikatakan kami honeymoon kat dua tempat.;'p ari pertama bersama keluarga terchinta.;'p
next day kami bertolak ke PD.menuju ke Lexis Hotel.tu cari punya cari yang ada bath tab.sebab memang suami suka berendam.-__-"



 yeay berendam!tapi takde buih-buih yang banyak tu..T__T




 tiba-tiba ada orang putih baik nak tolong tangkap kan gambar.;'p

 breakfast selama sejam.semua belasah.


next target.katanya tahun depan insyaAllah. Grand Lexis ok.ada private pool.;')
ya Allah. eratkan kasih sayang.mekarkan rasa ini ya Allah.aminn ya Rabb..;')
semoga sentiasa diberi kelapangan waktu dan wang agar dapat kami berehat sebentar lari dari kesibukan dunia.;')

Tuesday, November 20, 2012

Pengantin TRC 2012

kan dah janji nak update.pasal cousin baru.tapi terus update sekali la ye..senang.
pernah cerita kat entry ni.
dan alhamdulillah Allah permudahkan dan lancarkan segala urusan kami.dengan bernikah nya abang saudara saya Hakim dan kak Liza maka alhamdulillah tok dapat 3 cucu menantu tahun 2012.;')
yang beza rezeki saya menikah dulu dari mereka.rancangan awal saya yang tengah. rancangan Allah,saya yang mendahului. apa pun dah selesai semua sangat lah syukur alhamdulillah.;')


tunangan orang.
 isteri orang.;')
Kami.;')
Syukur alhamdulillah.moga bahagia dunia akhirat insyaAllah.;')


Monday, November 19, 2012

Entry Bergambar









lama tak update.maaf.betul-betul punya busy.T__T

ahh alasan.

eh.sabtu baru-baru ni kita dapat kakak sedara baru..;')
nanti akan cuba/usaha gigih update pasal kakak saudara baru..;'p

sekarang duduk diam-diam scroll je kebawah tengok gambar.