Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 31, 2013

Buta Jalan





Semalam Pergi Taman Tun. Ambil barang. jadi balik dah pasang nawaitu.cehh..mesti singgah makan kat ikea.;')

dari Taman Tun tu memusing-musing nak masuk Ikea.dengan jem nya.time orang balik kerja.
masuk sini jalan tutup.padahal ikea depan mata dah.T__T 

suami idaman dah mula berzikir.;'p kalau ikut hati mesti nak balik je terus..tunggu je green light kann..tapi wat tak tau je.nawaitu harus disempurnakan.kehkeh.

suami idaman la yang kata,kita dua-dua buta jalan kan..;'p
ye.suami suka tanya isteri dia ni.isteri dia ni bukan tau sangat jalan ponnn..-__-

ini bermakna kami harus lebih kerap berjalan dan sesat supaya tak buta jalan..;')

takpe.lebih kurang 3 kali pusing.;'p kami sampai.terus solat maghrib.;')
lepas tu makan..yeayy!!




makan ni je..meat ball 20pcs.tambah one set lagi fries. makan berdua.
air kongsi.biar bertambah kasih sayang..khennn..;'p jimat!orang bijak kena berjimat.;') air boleh refill.



 




ok..balik singgah beli 3,4 jenis barang..;'p dapat parking free..;'p rasa macam bijak sangat dahh..;'p
k bai.

Monday, January 28, 2013

ke 10

 
 
26 Januari 2013.biras dah selamat lahirkan baby ke 5.4 diatas semua boys.dan yang ke5 ni baru dapat girl.;')
 
berat waktu lahir 3.95.bukti.tengok pipi!-__-
 
 
 
 

baby ibu..baby dah dapat kakak saudara.cucu ke 10 belah suami.;')
anak saya insyaAllah yang ke 11 nanti..;')sekarang dah 5 lelaki 5 perempuan.;')
 
 
ya Allah..semoga baby saya nanti sihat walafiat.;')aminn..;')

Thursday, January 24, 2013

Suami Yang Awesome!

hari ni cuti maulidur rasul.
semalam malam.lewat malam,kami ke NSK cari barang dapur.keluar lewat jugak la..sebab NSK 24hours!;')

sekali sampai pusing-pusing juga mencari parking.ingat keluar lewat senang parking.-__-

hari ini.haruslah kerja siang menyiang. ayam dan ikan.

suami yang awesome harus lah bersama-sama didapur.;')

meh tengok suami yang awesome siang ikan!



hehehe.habis ekor ikan.cacat sungguh rupa.hehe.
ok je sebenarnya.tapi selalu kalau siang sendiri taklah putus terus ekornya.;'p

apa pun terima kasih sayang.;')
baby kalau boy pun kita kat dapur sama-sama ye..;')
biar jadi suami awesome macam abi.;') insyaAllah.

Wednesday, January 23, 2013

Tempat Bersalin Idaman

last week saya dan suami pergi survey tempat nak bersalin nanti..;')
dah 6 bulan kann..kena ada matlamat dan arahtuju.ehh..;'p

ada 3 tempat dalam list.ok 4.tapi yang satu takyah survey dahh..;'p
3 tempat tersebut ialah Gombak Medical Centre, Pusrawi Kota Damansara, dan Damansara Damai Medical Centre. yang satu tak payah survey tu Hospital Selayang.kehkehkeh

kami mulakan pengembaraan dengan GMC.kebetulan pulak jumaat lepas kawan saya baru bersalin kat situ. saje la niat nak jenguk sekali sambil survey. tapi sampai-sampai rupanya kak ci dah balik.;)

tapi takpee..saya tetap dapat hasil..

best nya.nak pergi hari-hari laa..;'p

kat sini ada 2 doktor, Dr pakar Dr Fidak. MO Dr Hamiza. haa..yang penting 2,2 wanita.keluar dari GMC suami idaman cakap rasa tenang je kat sini.

lepas tu sabtu nya balik dari PWTC saya dan suami terus sambung survey lagi 2 hospital. mula-mula Damansara Damai MC. nampak mewah.tapi parking..urghhh..agak sempit jalan disitu.;'(

pergi pulak Pusrawi. ermm..doktor ada laki ada perempuan. dan makin mahal kat pusrawi ni.;'(

dah gebang panjang ni rasa-rasa boleh agak kot mana pilihan kalbu?

haruslah GMC. pakej pun agak murah banding yang lain.murah la kalau normal. kalau c-section.perghh..

kat GMC jugak kalau anak 2nd and after lagiii murah..;') anak first mahal sikit..

jadi sekarang insyaAllah saya pilih GMC. kena start buat check up kat GMC at least 2 kali sebelum bersalin.

haa..yang hospital selayang tu kita buat reserve..kot-kot dari awal dah tau nak kena c-section tabahkan je la hati gi Hospital selayang.kekeke;'p tapi harapnya semua ok dan berdoa sangat dapat bersalin normal!;') mana boleh caesar..nak baby ramai ni..kihkihkih.;'p
insyaAllah. Allah tahu mana yang terbaik. yang penting quality.bukan quantity.kann;')

Tuesday, January 22, 2013

Update Checklist Baby


ehemmm..macam dah gerak banyak ni.ok kot untuk orang pregnant 6 bulan?;')
doa semoga semua selamat.;')

tempat nak bersalin pun macam dah jumpa.insyaAllah. semoga dipermudahkan segala urusan.;')
tempat bersalin idaman nanti i cerita kat entry lain..;')
 




ehmm..baby cot dengan bedding set..harap-harap my dear buat warehouse sale cepat-cepat.;')
harap sangat boleh tidur asing dengan baby..ehhh..;'p 


 haa..yang banyak lopong-lopong kat baby care, Grooming & Bathing. yang ni pulak harap-harap pureen buat warehouse sale cepat! haritu ada barang mandi anakku.tapi tak berminat pulak. tak pun harapnya expo bulan 3 ni ada la booth pureen..;') pergi klcc sure la naik train. sian husband i kena angkat berat-berat.;'(

traveling beli lambat sikit pun takpeee...;')
diaper bag suami idaman i suh pakai beg balik kampung yang ade je..-__-" nanges taww..T__T

dan..setakat ni total yang dibelanjakan..T__T

shopping itu indah!T__T

Sunday, January 20, 2013

EG' Mother, Baby, Kids Expo 2013











hoho.dulu/sebelum ni yang dikesahkan cuma expo buku.tiap-tiap tahun tunggu bila expo buku ni..nak borong untuk setahun.hehe;')

tapi kini tidak lagi.ehh..nak jugak pi..tapi keutamaan sekarang harus lah expo baby-baby ni.;')
dan lagi dasyat.tiap kali pi je beratus-ratus lah terbang melayang.nangesT__T

kali ni pergi kat pwtc.last time kat mid valley berganda lagi kemeriahan dia.yang ni kecik je.pureen pun takde.anakku ada tapi tak best sangat.tak beli apa pun kat anakkku.less 10%.kat jusco pun boleh dapat.-__-"

meh review apa yang dibeli kali ni.


 heh!barang ibu dulu.;'p haritu beli cream.ni jom try lotion pulak.;') RM34.90

 barut baby. dengar ada akak tu duk pung pang ok gak besar ni dari tempat lain. grab la 5 RM25.ok kot.tak amek yang strips sebab orang kata tali better.;')
ni kedai mypermatahati.ada jugak beli nursing bra RM17 satu.kita beli dua. RM 34 laa..selesa jugak!gambar?tak perlu kot....;'p

 ni bedung moden!pakai zip je.yang ni terharu sebab suami idaman i yang semangat suh beli.RM35.tengok harga sama je dengan harga online.ok la kot.takyah bayar pos..kat kedai my permatahati jugak.;')

 yang ni kedai apa ntah.dua pasang ni RM10!comel tau.menyesal tak beli lebih.
sekali balik rumah akak kata kain dia cepat besar.kain memeri.terus penyesalan ditarik balik.nasib baik tak beli banyak.patut la murah..hahaha;'p tapi kain dia sedap!;')

 ni malas nak rotate.boleh? ni mittens dengan socks. mitten 4 RM10.Socks 3pasang RM10

  ni beli kat gerai disney. baju RM10 beli 2. hats beli 2. tuala kecik 4pcs RM5. tuala besar 2pcs RM15. lampin 10pcs RM25 cotton buds 1 pack ada 800 RM5.

haaa..akhirnya..beli jugak steriliser dengan warmer home and car ni.RM160 satu set. kira beli pakej laa..;')


 ni hadiah untuk besan.abang ipar punya wife tengah tunggu hari. nak masuk anak ke5.4 sebelum ni boys.yang ni insyaAllah girl.hehe..tapi adik ipar dia nak jugak beli yang natural macam ni.takut terkeluar boy jugak.-__-"

kira total semalam habis RM423.90.barang kecik-kecik je ni. belum cot.bedding set pillowcase stroller...bla bla bla..pengsan.-__-

setakat ni baju baby banyak ni je.tak la banyak sangat.yang besar pun banyak.time beli kat jakarta saiz besar-besar. baju newborn baru ada 2 pasang. haritu pergi sogo beli 2 pasang baju tidur.lengan panjang. RM12 sepasang.

setakat ni memang ni je. barang mandi baby apa takde lagi.T__T. bulan 3 ni ada kat KLCC tak silap. mintak-mintak ada pureen..;')

K Bai.

Wednesday, January 16, 2013

6 Bulan ;')


 heh.semalam waktu post tak perasan lagi ada hadiah.


hehe..balik-balik kerja tanya suami.takde suprise ke??;'p
boleh tak tanya macam tu?
saya tak perasan pun novel ni.hehe


lepas solat isyak masuk bilik nak mengaji panjat katil.baru perasan ada hadiah.;')


dah malam baru perasan.
kira suprise suami menjadi!;')
suami memang pelajar yang cemerlang! secemerlang menjadi imam saya.;')


bersama imam saya.;')
alhamdulillah untuk 6 bulan ni.;')

Tuesday, January 15, 2013

Anniversary lagi!

short post je.
 
hari ni cukup 6 bulan ulangtahun perkahwinan kami.
baby pun cukup 25 minggu.;')
 alhamdulillah.syukur ya Allah.;')
 
hari ni baby asyik tendang-tendang dari pagi ke malam.
sabar sayang.kami menanti mu.
 
tapi bagi ibu shopping habis dulu.;'p
 
6 bulan..
ya Allah, terima kasih untuk hadiah-hadiah terindah ini.
semoga kasih sayang ini sentiasa subur dan semakin bertambah dari hari ke hari.
semoga cinta ini mendekatkan kami denganMu ya Allah.
 
kekalkan kemesraan ini. jadikan kami hambaMu yang soleh solehah.
permudahkan segala urusan kami ya Allah.;')
 
sayang, I love You!;')
baby, we are already Love you!soo much!


12Januari2013



 pagi hampir jam 10 tak silap.keluar dari rumah. menunaikan hajat nak bershopping di Sogo.
sampai sogo sekitar 10.30 pagi. shopping la jugak berplastik-plastik. sampai 12.30.

singgah beli makan di A&W lepas hajat teringin nak makan.
punya la susah nak jumpa A&W sekarang ni. mujur ada di jalan TAR.
bungkus.ye.mana pulak nak cari parking balik. dah keluar dari parking Sogo tu kan.
kami bungkus bawa ke Masjid Negara.

Cari port nak parking.jumpa.jauh boleh tahan.
semangat abang-abang pakcik-pakcik tolong bagi parking.
seronok macam dah kenal lama. padahal tak kenal siapa.
itu ukhwah islamiah.

makan-makan. azan.kami (saya dan suami.eh baby sekali dalam perut) menuju masjid negara.
penuh subhanallah.

lepas solat zohor kami berjalan-jalan. 



pemandangan dari kanan jalan



pemandangan dari kiri jalan.

orang lain-lain ni. nak gabungkan kena gambar dari atas.;')

dan sebenarnya saya berjalan pun dah antara yang terbelakang.

tak sempat pun masuk stadium. dah penuh.
tapi bersyukur Allah kurniakan kudrat dan kekutan masih mampu nak serta berhimpun.
baby dah 6 bulan dalam kandungan.

ibu tak doa supaya kita boleh pergi lagi bersama-sama nanti lepas baby dah keluar.
sebab ibu doa usaha kami sekarang dapat menyenangkan anak cucu nanti.

abi kamu lagi comel.dah la pergi pun..........lepas tu jumpa orang kampung semangat jee...eh..mestilahhh datang...mestilahhh sangat kannn..memang abi yang semangat pun ajak ibu pergi...kannn..;'p 

sekitar 3.30 pm dah gerak balik.sebab duduk kat luar tak dengar apa.;'(

lepas tu kami menuju Taman Tun Dr Ismail.;')
Ambil Jeng Jeng Jeng.;'p

Monday, January 7, 2013

Stretch Marks




ni perkara biasa untuk orang mengandung.
dan orang first time biasa lah terlewat dapat ilmu.

kalau ikut saya mula pakai dah masuk 2nd trimester.T__T
tapi waktu tu taklah teruk lagi.tapi dah start muncul stretch marks tersebut..T___T nanges lagi..

waktu saya pergi ekspo kat midvalley saya diperkenalkan dengan bio oil.



ni bio oil. saya beli sebotol je.(nasib baik)
kenapa nasib baik?

nak masuk bulan ke enam.kira lebih kurang 2 bulan pakai bio oil.saya pergi check up. doktor tanya tak sapu apa-apa ke? saya dengan bangga jawab sapu. bio oil pagi malam.

lepas tu doktor kata....
bio oil tu marketing je.produk tak berkesan sangat..
T__T

doktor suruh pakai cocoa butter.
saya dan suami pun ke farmasi mencari cocoa butter..;')



saya jumpa ini. takde jual satu-satu.mahu kan dia?ambil saya juga.;')
member farmasi dapat lah less 10%.
bau sedap!yummy yummy..

pakai pun sedap.sedapppp sangat..pakai jenis apa-apa pun sedap je,,harap baby pun rasa sedap.ibu nya?haruslah sedap.pagi malam abi yang sapu kan.;'p rasa nak tido jee..;'p 

ok kita try je..harap-harap hilang lah kesan-kesan tersebut.T__T

pengajaran: kalau dah pakai sesuatu produk tengok macam tak berkean sila lah cari alternatif  lain.jangan duk setia sangat dengan produk tu. kadang-kadang bagus untuk orang lain.tak cukup bagus untuk kita. yedak??ok weekend ni nak shopping sakan kat sogo.ada warehouse sale. good luck!;')

Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru

azam?tak reti nak berazam.T__T
cuma harap dapat jadi isteri, anak, dan ibu yang solehah.
dapat gembirakan hati semua.

semoga Allah permudahkan segala urusan yang baik.
berdamping dengan orang yang baik-baik.

eh.malam tahun baru kami, (saya,suami dan umi,ehemm baby dalam perut) pergi sambut di dataran shah alam.dengan ahli ulama' dari syria yang peramah dalam bagi sedikit nasihat. dengan ustaz azhar idrus.
gambar?sekeping pun takde.-__-

tahun ni terserempak dengan kawan sekolah. Faridzul Anwar aka Pejoi.
hehe.duduk sekali sampai habis program.biasa la anak-anak bujang.datang berlenggang.tak bawak apa alas nak duduk.kalau keluarga ni fikir panjang sikit..;'p

nasib umi bawa alas besar.ramai-ramai muat duduk sekali. taun lepas berdua dengan umi.taun ni bertiga. in sha Allah berempat dengan baby.;') eh..adik ipar dah sound nak join.yang taun ni pun dah kecik hati pasal tak ajak.hehe..;'p takpe.lagi ramai lagi meriah!;')