Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 22, 2013

Bagai Raja

alhamdulillah.suami idaman sekarang makin rajin solat di masjid.
dari kecik memang rajin. sejak duduk di tempat baru (rumah mertua) jarang sikit.;'p

sekarang dah mula kan balik.
isteri seronok.tapi tak boleh ikut sebab nak masak.

suami pergi masjid.
isteri masak-masak.
suami pulang,
hidangan sudah siap.

makan sama-sama.
biasa la makan berdua boleh lagi hidang depan tv. (nanti dah ber3 didapur je mungkin)

bila sudah licin.
isteri bangun.
konon nak angkat semua pinggan kotor.
nak ambilkan air basuh tangan untuk suami.
dia raja saya!

letak air dalam mangkuk.
hulur pada suami.
suami kata, eh..macam makan kat kedai pulak.-__-"
isteri kata.apa kedai pulak.macam kat istana laa...^___^

isteri pun nak bawa balik mangkuk air basuh tangan ke dapur.sambil nak bawa lagi rice cooker. 
sekali air tumpah-tumpah.;'p

hehe.raja saya bangun capai barang kat tangan isteri dia.tolong bawa ke dapur.
lepas tu kata "takpe bibi lap" ;'p

(cerita ni semalam je.selalu kami sama-sama bangun bawa pinggan kotor kedapur.suami basuh pinggan!sebab isteri dah masak.^_^ )

untunglah saya be"raja" kan Mohamad Naim Bin Mohd Sarwana.
terima kasih mak abah lahirkan anak yang handsome ni. didik beliau hingga jadi manusia sesempurna ini.

ok air mata bergenang.bye!

Saturday, February 16, 2013

Spa at Home


 ngeh.ngeh.beli lama dah.tapi tak sempat-sempat nak pakai.
ni suami je pakai. isteri tak pakai pun.takde orang nak pakai kan..wuuuuT__T




ni tidur betul-betul.bukan lakonan.harap maklum.

tapi kulit suami pelik. pakai pencuci muka garnier man keluar jerawat.

pakai benda alah ni pun kuar jerawat..tak pakai apa elok pulak..T__T

lepas ni nak try bedak sejuk dengan telur je la...

ehh..memang laa jerawat tak keluar.tapi nak buat something jugak sebab kan pergi kerja naik motor kena debu-debu jalanan..cehh..-__- jadi rasa harus lah ada proses penyucian tu kan...
ke dah suci pasal suami rajin amek air wudhuk?khannn..

Thursday, February 14, 2013

Mandikan



bismillah.alhamdulillah tahun baru haritu kami dapat pre-baby baru..;'p aset baru suami.eh.kereta liabiliti.bukan aset.-__-"

takpe yang penting cik kelisa dah dapat abang baru..sekarang cik kelisa 98% diguna oleh umi.
 alhamdulillah lagi. memang itu impian dan harapan. kereta kelisa nak bagi umi pakai.

harapnya umi boleh bawak dengan penuh kasih sayang.sebab tak abis bayar lagi lebih kurang 3 tahun..wuuuu..T___T

walaupun kereta suami idaman.tapi saya yang banyak pakai. beliau pakai motor je pergi kerja.(elak jem) jadi dah sebulan lebih dah pakai kannn...alhamdulillah.dah rasa kereta secondhand. dah rasa kereta baru. harap lepas ni kereta oversea pulak.;'p 






kadang-kadang rasa poyo pulak post gambar macam ni.
sebenarnya tujuan dia nak cerita kat anak.

untungnya kamu lahir-lahir naik kereta.baru lagi. zaman kami kecik-kecik dulu naik turun bas je banyak. semoga anak-anak syukur dengan nikmat yang ada. 

suami idaman kata sedapnya bawa kereta baru.ni baru proton.macam mana la rasa sedap bawak kereta honda ke toyota baru ke kannn..;'p

insyaAllah..;)

eh.saya dah kena panggil pergi program Assessment Centre untuk jawatan S27.doakan saya!haa..time PAC tu tengah 8 bulan.jangan tiba-tiba nak bersalin kat Bangi sana sudah..;'p

K bai!

Thursday, February 7, 2013

Cukup Syarat


semalam.nak gerak kan meter kereta punya pasal, suami isteri ni google-google tempat nak jalan-jalan cari makan.

suami idaman nak service kereta hari ni.jadi beliau pun saje la nak naik kan meter..patut first service 1000km kan. semalam saya balik kerja baru 890++km..hehe

maka hasil dia burger bakar abang burn!
kami ke jajahan kota damansara!;')


ngeh ngeh.beli sebijik je..sharing is loving.;'p ni yang cheesy punya. RM10.50.
janji orang tanya pernah makan tak burger bakar.boleh la jawab dah...kannn..;'p
tu je nak cite.buat cukup syarat..sekian.;'p

Sunday, February 3, 2013

Program Hijab Gaya Hidupku

Semalam.saya buat lawatan ke De Palma hotel Ampang.
umi ajak!lepastu pergi la kannn..bawa bersama kawan-kawan umi.kawan-kawan ku jua.;'p
 
berlima la kira.jem.dengan thaipusam tak habis-habis lagi.baru tau mereka celebrate for one week ok.
 
sampai-sampai sana solat zohor kat surau.besar.puas hati.
 
ok.yang ada dekat sana, host farah deeba. lepas tu panelis Ustazah Isfadiah Dasuki, Sister Norshin Ng, dan Catriona Ross..;') 
 

 sempat kannn...;'p
kecik je kak farah deeba ni.;')
 
 hah..ni la rombongan kami..;')
mana nak jumpa anak 20-an bawa geng makcik2 50-60an??;'p
 
waktu cat cakap.suka pulak dengar.lembut-lembut je..;')
 
erm..sempat beli baju nursing 1.saja rezeki.haritu baru beli online sehelai.ni dah ada 2 helai!yeay!;')
 
pastu balik solat asar dulu.bayar parking RM17.50.sekian.