Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 31, 2013

Baby Cot

 
ehem,beli dah dekat sebulan lepas.;')
si ibu ni bawak banyak-banyak bersabar je...nak tunggu saat dan detik nak pasang baby cot ni.;'p
 
dan akhirnya.masanya telah tiba..heheh
 
 
terdiri dari 2 kotak.satu kotak mengandungi baby cot.satu kotak lagi mengandungi tilam.-_-
 
 
gambar the making of..
 
 
ehemm..hebakk abi baby ni...;') mula-mula macam susah sikit.tapi dah tau tips..momantai. 
 
 
beli sekali dengan set ni..;') pasang sekejap je nak test.lepas tu bukak balik.takut berhabuk.;'p nanti dah rasa contraction kita gagah pasang balik ye..boleh la baby balik-balik sepital je terus tidur dalam baby cot iaa...;')
 
 lebih kurang gini la..tapi nak kena relocate balik segala perabot dalam bilik.sebab katil baby ni sekarang betul-betul menghadap aircond dan terletak dibawah kipas. cian baby sejukkk nanti..;')
haa..2 budak ni peneman kami masa nak pasang baby cot.ain si kakak ada la membantu.yang aina si adik tu baru bangun tidur.hiasan semata-mata. hehe
 


ok tu je.bagi yang dah beli baby cot tak pasang-pasang lagi,momantai.kacang goreng je...pejam dua-dua belah mata pon boleh pasang..;'p
 
 
harga set baby cot ni.
 
baby cot RM287
tilam RM122
set dalam-dalam katil tu.bed sheet tu RM122
besi kelambu RM35
Kelambu Rm46
pastu ada satu selimut RM15
 
semua nya sepatutnya RM627.tapi beli full set kat my dear time warehouse sale semua sekali RM559 JEEE..;')
 
asal nak beli baby cot tilam dengan bed sheet je..tak yah la kelambu-kelambu bagai kann..kira-kira total dah RM531. sebab kan beza RM28 ringgit je..macam rugi pulak kannn...jadi ambik je la full set.;')
 
 
moga berkat boleh diwarisi ke adik-adik baby ye.;') in sya Allah. RM559/6 (target nak 6 anak jee kan) so sorang baru RM93.16.;') hehe
 
baby..ibu dengan abi miss u.esok check up.jangan nak tutup-tutup muka ye.malu sangat tau dengan abi dia.=,=


Friday, March 29, 2013

Training Islamic Financial Planning

Alhamdulillah 27-28 march baru-baru ni (semalam dengan kemarin.heh) saya join training ni.
memang bidang saya la ni.(bidang la sangat)

last year ada tapi untuk 35 tahun ke atas tak silap.ke entah kenapa tak join time tu.tapi memang ada kekangan la.-_-

takpe alhamdulillah Allah dah atur taun ni saya pergi.
banyak ilmu.walau saya memang gemar benar la amek tau pasal financial planning ni.
tapi kita manusia lemah kan.sekejap je dah lupa. ni kira recall balik la..

ada juga yang memang dah tau.tapi tak beramal.ada juga ilmu baru. ;')
dan yang best,training ni dari Hijrah Wealth Management. Hajah Rohani dengan Haji Mahdzir.
sesaat pun saya tak mengantuk.memang suka agaknya.;')

first day dah ala-ala best student..khennn..;'p

hari pertama waktu mula-mula tu haji tanya la..siapa yang berpuas hati dengan pengurusan kewangan dia sekarang.saya pun dengan semangat angkat tangan.sorang-sorang rupa nya.-__-

haji tu tanya la apa yang buat saya puas hati?
saya cakap la alhamdulillah tak pernah la baki bulanan negetif.;'p lepastu saya dan suami amalkan simpan 10% dari gaji.hari pertama dapat gaji,keluarkan untuk 10% simpan, bayar segala hutang kereta, bayar bil-bil dan bagi mak.haaa...yang baki belanja.

alhamdulillah.walau tak kaya lagi,tapi in sya Allah tak menyusahkan orang. dan target nak jadi OKB.


maaf takde gambar.berbekal kan pen,buku nota dan kalkulator,ohh,sebotol air jarang juga!;'p
memang fokus abis.

dan antara perkara yang saya dah tau tapi tak sedar-sedar,antara perkara yang saya kena buat ialah,

*pergi bank tutup akaun konvensional.
-bank BSN dah tak pakai sangat pun.tapi akaun still aktif.jadi hapuskan sahaja!
-tukar akaun maybank ke islamic.(mungkin rumit sikit)dugaan

*masukkan penama kat KWSP
penting jugak!tips dari trainer, dah kawin masuk kan nama suami/isteri.jangan nak mengada letak nama mak/bapak.bukan tak sayang mak/bapak..tapi kalau dah kita letak nama mak bapak,nanti dia la nak kena uruskan hal dengan KWSP lepas kita takde.larat ke orang tua nak naik turun pejabat KWSP tu?haaa..gitu le cite nye.. penama tu bukan penerima penuh duit-duit KWSP tu ye.dia akan jadi pemegang sementara jee..lepastu orang tu kena agih-agih juga ikut kiraan faraidh.sekian.

*tutup akaun ASB
ni memang nak buat.tapi loan saya ada lock time 3 tahun.in sya Allah taun ni last. lepastu bye bye ASB.saya dah dapat pakwe baru...hai hai amanah trustee..(sambil lambai-lambai)

ilmu baru kat training ni saya baru tau kita boleh invest duit akaun 1 KWSP dengan syarat-syarat tertentu.;')

dannn..saya tak memenuhi lagi syarat kelayakan.T__T nanges.
in sya Allah dah layak saya buat!terima kasih atas ilmu. moga berkat dan tak lupa la nak buat nanti.;')

ermmm..apa lagi??apa lagi??

haa..wasiat!nak buat!;') tapi bila?;'p kalau pakai company-company ni nak kena bayar kot kat dia. time nak buat wasiat kena bayar.nak ubah kena charge. nanti dah mati pun ada % dari keseluruhan harta tu dapat kat dia.upah dia uruskan la tuu..takleh ke taip-taip sendiri pastu pergi cop kat suruhanjaya sumpah.takleh ke???hmmmm

lagi satu patut nya kena catatperbelanjaan keluar masuk.yang ni memanggggg susah.saya dah cuba banyak kali.paling berjaya dapat la catat untuk 4,5 hari.lepastu hampesss..-__-

kena cuba lagi dengan bersungguh-sungguh ni.;') chayok!chayok!

tu jelah kot.nanti dah berjaya bertindak kita share lagi!;') doakan!

dari saya,
Orang Kaya Bertaqwa!hehe;')

in sya Allah!!! soon.. ;')

Monday, March 25, 2013

Susun Jadual & Update Checklist Baby

mula dari minggu ni dah start susun jadual untuk every weekend nak kena buat apa.
semestinya lebih kepada preparation untuk sambut baby!;')


jadi setakat ni yang boleh update, 

30/31 Mac,abi baby nak pasang katil baby!!yeay!!ibu dia yang teruja.;'p bestnya baby ada katil sendiri.ni beli kat my dear.;') tak story lagi sebab belum pasang.;'p
 nanti dah siap semua saya cerita ye..;')

6/7 April, ada expo kat midvalley!!sebenarnya barang macam dah 99% cukup.yang belum ada tungku ibu dan bayi dengan sabun pencuci botol pureen.ni yang nak cari kat midvalley nanti.;') yang lain cukup dah in sya Allah.;')

13/14 April.nak buat apa ni??mungkin nak pergi nagoya atau jakel cari kain.nak buat bedung baby. dengan kain nak buat cadar tambahan.;') yang ni buat tambah-tambah je..buat perabis duit..-__- eh takk..ni nak exercise lebih..sebab nak senang bersalin.;') selain tu kena basuh peti ais.nak buat simpan stok ebm nanti.;') kena clearkan peti.meaaww..ehh.tetibe.-_-


dan setakat ni.;')
yang belum ada infant carrier kot.yang ni ibu pun boleh carry..;'p 
 botol dan puting..ingat nak sambar sebotol dua tomme tippee kalau ada kat expo di midvalley nanti.;') botol storage ada dah.ni buat baby minum yang EBM. abi pun nak bagi susu kat baby.kita bagi abi bottle feeding..;'p haa..

thermometer ingat nak beli kat groupon.sekali abis pulak.;'( yang jenis baca kat telinga tuu..minta-minta keluar lagi. ermm..apa lagi..tapi memang barang kecik-kecik la..yang lain semua alhamdulillah. tunggu baby keluar je..abi pun dah termimpi-mimpi dah..;')


update checklist baby.








rasa nya ni perbelanjaan kategori sederhana in sya Allah.;') tak lah membazir tak tentu arah.;')
semoga semua barang ni berkat.takde yang membazir.;') K bye!

Thursday, March 21, 2013

Meh Abi Ajar

disuatu malam.dalam kereta.suami isteri berbual.
lepastu ibu pun cakap dengan baby dalam perut.nanti baby kena rajin.

abi pun sambung.meh abi ajar..

bangun pagi.buka almari pilih baju nak pakai.
lepastu letak je atas katil.
nanti ibu amek.iron kan.
lepastu..
kita baring je atas katil sambil teman ibu iron kan baju.

sweet kan?;')

ada 6 anak campur baju abi nya. pengsan.-__-"

cepat la baby dapat adik perempuan.ibu nak ajar iron baju!
boleh tolong ibu.

eh..baby pun tak keluar lagi nak cepat dapat adik?-_-

Tuesday, March 19, 2013

PD, MELAKA Urusan Seri Paduka Baginda



 Ehem. Sejak Kebelakangan ni alhamdulillah selalu terima surat dari seri paduka baginda.;'p
dan last week saya ke ILIM.assessment Pen Pegawai Hal Ehwal Islam.

baru-baru ni Ke Melaka pulak. PAC Pen Pegawai Pembangunan Masyarakat.
dijadualkan hari ahad.
dan kawan umi jemput untuk menginap kat home stay beliau di PD. 

jumaat malam kami bergerak.menuju ke PD. homestay Alhamdulillah betul-betul dekat dengan pantai PD tu.

sabtu pagi lepas sarapan kami pun menuju ke pantai. ingat nak ambil angin jeee..
lepas tu balik homestay.suami idaman i mengidam nak mandi laut.hehe/ nasib baik dekat je....

dah tu cari pulak port yang best-best.dah jumpa port best redup-redup sekali takde orang mandi pulak kat situ.duk memancing je.agaknya kawasan bahaya mungkin?
jadi sempat rendam-rendam kaki je kat situ..









lepas tu tak tahan.pergi gak tempat panas terik.tapi saya tak bawa baju.jadi rendam kaki jeee..

sian suami mandi sorang.saya mengadap jee..
time macam ni tak sabar nak tunggu baby keluar.boleh teman abi dia.tak la kesian mandi sorang-sorang.hehe;'p


ok cerita ahad nya. saya bertolak ke Melaka sebelum pukul 6 pagi. alhamdulillah jalan mudah. tiba tepat pada waktu nya.

PAC ni lebih kurang je.beza sikit kat soalan yang ada 94 kat ILIM jadi 185 kat Melaka ni.
oh ya.tempat kat melaka ni ialah Rumah orang tua. haaa..

jadi aktiviti pertama mereka bebaskan kami untuk beramah mesra dengan warga emas di sana..;')
saya momantai. bab beramah mesra serahkan je kat saya.;'p

lepastu standard la..bagi situasi kena bincang.
semua lebih kurang je..

tapi group kat sini besar sikit. saya pun pening semua berebut nak cakap.tak reti pulak nak mencelah..
takpe la..yang penting sepanjang PAC nombor saya tak pernah disebut panel. kalau nombor kena sebut maknanya kita kurang bercakap. dan dia nak minta kita bercakap untuk tambah markah.;')

haa..gitu la cerita nya. dan baru tau...PAC untuk jawatan ni ada 2 kali.dan salah sorang panel kata bulan 4..T__T jadual tak keluar lagi.entah-entah dah selamat bersalin time tu..T___T jangan pulak jauh tempat nak PAC nya..T__T

Allah tau mana yang terbaik.ada rezeki ada la..;') apa pun good luck untuk calon-calon semua.
serious tak susah pun.yang penting bercakap!bercakap!jangan merapu sudah..;')

Sunday, March 10, 2013

Program Assessment Centre S27

huh.sebelum ni jenuh menggoogle apa yang terjadi kat P.A.C tu.
meyeramkan sangat ke?dan dengar lah cerita-cerita dari orang siap ada berzanji bagai.
dah la daku tak seni. suami siap mendownload berzanji kat youtube konon nak berlatih la kannn..
 
 
ni cerita realiti. maaf bukti berbentuk gambar tidak sempat dirakam. sekeping pun nan hadooo..tak sempat nak menangkap gambo sehari suntuk.
 
jom cite terus apa yang berlaku.
daftar dari 8-9.30pagi
lepas tu ada taklimat sampai kul 10.breakfast ala kadar.
10.30 aktiviti pertama.
kena jawab 94 soalan ABC.D takde! pastu memang tak yah fikir dengan kritis la.bedal je pun takpe.takde betul salah.just nak uji sahsiah diri. B jawapan memang "tak pasti" sentiasa. maka kalau tak sempat taram lah A atau C.(tips ni!)
oh lupa.20-30 minit la jawap soalan ni.
 
pastu 11.30 ada aktiviti pertama.
aktiviti ni dia bagi kertas A4 suh kita buat gelung besar yang boleh muat satu kumpulan.dalam 5,6 orang.5 minit je.kelas kami memang 2,2 group takleh buat.dengar cite ada yang boleh buat.kelas lain la..tapi rasa nya dia nak tengok kita berkomunikasi dan berbincang je...;'p lepas tu sambung dengan dia bagi soalan.soalan kami lebih kurang macam ni la cite dia.
 
ada sorang jutawan meninggal.sejurus pengebumian terdengar suara dari dalam kubur. jadi mak minta gali semula.anak sorang suh panggil media.anak sorang lagi suh baca yasin.tangguh penggalian.anak yang lain haramkan penggalian.so bincangkan kaedah mana yang nak pilih. senang je kann??yang penting bercakappp...!!bincang dalam group.
 
lepas tu rehat.makan.solat zohor.
 
2.10 aktiviti ke2
 
dia bagi soalan jugak. lebih kurang camni.
nak adakan satu meeting.jd bentangkan apa yang perlu dilakukan dan perlaksanaan dia macam mana.
fokus untuk persiapan nak meeting untuk program besar la..kacanggg.bincang dalam kumpulan jugak.
 
3.10 aktiviti ke3
 
bagi soalan lagi
nak buat satu program tarik minat mat rempit untuk hadir.kira nak buat program bagi kesedaran.
bincang dan bentang lagi..momantaiii...
 
4.10 aktiviti ke4
 
ini lah aktiviti yang digeruni..kihkih
masa untuk pengucapan awam!yang perempuan bentuk tazkirah.lelaki baca dalam format khutbah pertama.;') pehh..pehhh...yang ni je kot yang paling mencabar.sape yang memang bergelumang dalam bidang ni memang untung laa..5minit je setiap orang.JEE kan..tapi ramai je yang tak cukup masa dah serah diri.-sekian terima kasih- hah.
owh.tajuk dia dah bagi dari pagi waktu daftar.kalau sempat boleh la prepare sikit-sikit.;')
 
5.10 aktiviti ke5.
 
qiraat..baca je...;'p takde tanya tajwid apa.tak sempat dah.time ni dah petang orang sume nak balik dah..;'p haa..yang kaum-kaum hawa yang takleh nak baca quran tu la dia boleh pilih nak berzanji ke marhaban ke...kihkih.mati-mati ingat sume wajib berzanji..;'p habis kul 6.
 
kemudian ada talimat.sampai 6.30 pastu solat asar.balik.
 
sekian.
 
p/s: aktiviti pasti akan berubah-rubah mengikut waktu.hehe
 

Thursday, March 7, 2013

Post Natal Care Tropical Herbs Amway

 
hah.punya panjang berjela tajuk entry.
 
just nak cite set bersalin dah dapat..yeay!!alhamdulillah.;')
 
harga dah naik RM10.;'p
takpe lah.janji dah ada keperluan ibu ye.
 
takleh nak cite lagi belum pakai kan.
tapi rasanya dari pembacaan setakat ni ok je amway ni.
 
next confinement boleh try nona roguy pulak.tanamera ke..yelah sangat.rasa macam tak reti nak tukar-tukar kalau dah ok.;'p tapi nak jugak rasa..;'p apa pun settle kan yang ni dulu. moga dipermudahkan segala.berjaya lah berpantang hingga slim melim.;'p 
 
 

 
 
gambar atas terlupa letak free gift bengkung.;'p
 
pastu suami cakap nanti nak pinjam bengkung.dia nak pakai jugak...;'p

Monday, March 4, 2013

Basuh Baju Baby

Salam.sabtu kan dah janji nak basuh baju baby hari ahad.
jadi alhmadulillah dah selamat basuh pada minggu ke 32.;'p
 
lepas dah basuh baru boleh start packing baju untuk stanby dalam kereta.ni barang baby macam 98% siap.barang ibunya pulak ntah bila nak ready.-__-
 
ok berbalik pada basuh baju.setelah ditimbunkan semua, campur tuala,napkin baju dan sebagainya. penuh la satu bakul ni.
(malam tu umi bawak keluar lagi baju-baju zaman saya dulu.jadi ahad pun ada basuh 3/4 bakul lagi..)
 
tapi cerita yang basuh hari ahad ye.
satu bakul ni lah.
 



amacam?cukup?takkk...
 
 



 
ni suami saya la yang sidai.mana-mana boleh jee.nasib baik kete kotor tak bebasuh.kalau tak agaknya penuh bumbung kete sume..;'p
 
lepas dah basuh ni pergi mydin cari lagi hanger..kehkeh..;'p
 
eh.tadi pergi my dear warehouse sale.macam bese..laki bini ni haruslah sesat-sesat sikit. tapi alhamdulillah jumpa jugak.
 
cerita pasal my dear nanti ye. kami beli baby cot dengan stroller. penuh satu kete.memang takleh bawak orang kalau nak pergi. cerita my dear tunggu la sampai baby cot dah tersiap pasang.;'p
 
doakan kejayaan kami nak pasang baby cot!;')

Saturday, March 2, 2013

Review International Baby Expo (IBEX) 2013

ehemmm..expo ke 3 sepanjang pregnant..weee..;'p
kali ni kat KLCC.
 
 
 
sampai-sampai pasangan laki bini buta jalan ni haruslah tengok map dulu.-_-
pon tak faham.last-last suami tanya makcik cleaner je..senang cite..
 
 
kali ni suami idaman dah rajin tangkap gambo.


 ramai gak la..
 
 
playmat.ada yang murah RM49.tapi fikir 30x nak mengangkut balik tu..
 
tak beli jugak.


 
 
 
 
ni tangkap gambar sebab nanti takut terlupa nak cari balik kalau tak jumpa baju raya untuk baby...weee...comel-comel tau.

 
hasil rampasan.kami naik TRAIN. thats why fikir 30x nak beli playmat.
 
 
nak pengsan berjalan.alhamdulillah train comel je arini.ke sekarang memang dah comel?lama tak naik train.hari ni naik bahagia sebab tak crowded macam selalu.(dulu-dulu)

 
hasil nya!
 
 
beli lagi. RM30.90
 
 
ni beli saiz S+M.sebab katanya baby cepat besar.takut ketat.;') RM25x2

 
baju berjalan!ibu dengan abi nak pergi berjalan!! kena standby baju berjalan baby...;')
hah!kan..tengok baju.dah tau jantina. jeles tengok baju perempuan banyak comel-comel.T__T baju lelaki limited betulll.. kedai apa ntah total RM85
 
 
autumz.baju nursing RM49x2. milk storage 10 pcs RM 28.ada yang bumble bee RM22...tapi nak try yg autumz.botol nya lagi keras.;') storage milk disposable RM9.aritu dapat free 1.tambah lagi 1.;') beg yang baru RM40.tapi tukar dengan beg lama(kecik) dulu RM23.jadi tambah RM17 je...;'p total kat autumz RM152

 
ni kat mum dreams. washable nursing pad RM15. disposable panties RM10. legging baby buy 2 free 1. RM13x2 =3=RM26 .tapi corak tak comel..T__T takde choice.dah jalan tempat lain lagi comel-comel lagi murah. socks 2paket = 6 pasang RM 15.total RM66 
 
 
dan.ini lah yang terbanyak sekali.sebab memang target kat sini nak beli barang basuh/mandi.
baju lengan/seluar panjang RM15x2 + RM10. beg diapers beg RM24. set mittens,socks dengan topi RM8x2. ABD 1.2 Kg detergent powder RM15x2. lotion RM12. baby oil RM10. baby bath head to toe RM12x2. baby wipes kecik RM4. besar RM9. bedak RM8. ABD liquid detergent 2L Rm21. Total RM198. 
 
pastu ada beli nursing bra kat booth apa ntah..RM15x3. gambar tak perlu kott..;'p
 
so total RM626.90.
 
budget RM500.maka larilah budget nya.T__T
 
isnin kita sambung kat My Dear Warehouse Sale..weeee..;'p esok nak basuh baju!sabun dah ada!
 
 


Friday, March 1, 2013

External Training



Hari isnin dengan selasa lepas saya pergi external training. bos hantar.pasal bank reconciled dengan petty cash. hehe

mula-mula macam tak best.sebab kena pergi sorang-sorang.T__T
kat hotel sunway putra. KL? huh!

memang bosan gila kl. idak  la teman nak drive ke sana.
teman tempah teksi je.. pagi-pagi teksi datang jemput.
balik banyak dah teksi tunggu depan The Mall tu.;')

overall memang best.sebab speaker best kot! Mr Daniel. best sangat. cerita pasal ekonomi. best lah!






hari last. sedih..T__T macam tak cukup pulak 2 hari.kenapa tak 5 hari?;'p
dan saya jumpa akak sorang tu yang sangat tabah duk pergi pump susu setiap kali break. pakai manual pump je..respect!

ok bulan ni agak penuh!serious penuh tentatif!-__-"