Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 19, 2013

PD, MELAKA Urusan Seri Paduka Baginda



 Ehem. Sejak Kebelakangan ni alhamdulillah selalu terima surat dari seri paduka baginda.;'p
dan last week saya ke ILIM.assessment Pen Pegawai Hal Ehwal Islam.

baru-baru ni Ke Melaka pulak. PAC Pen Pegawai Pembangunan Masyarakat.
dijadualkan hari ahad.
dan kawan umi jemput untuk menginap kat home stay beliau di PD. 

jumaat malam kami bergerak.menuju ke PD. homestay Alhamdulillah betul-betul dekat dengan pantai PD tu.

sabtu pagi lepas sarapan kami pun menuju ke pantai. ingat nak ambil angin jeee..
lepas tu balik homestay.suami idaman i mengidam nak mandi laut.hehe/ nasib baik dekat je....

dah tu cari pulak port yang best-best.dah jumpa port best redup-redup sekali takde orang mandi pulak kat situ.duk memancing je.agaknya kawasan bahaya mungkin?
jadi sempat rendam-rendam kaki je kat situ..









lepas tu tak tahan.pergi gak tempat panas terik.tapi saya tak bawa baju.jadi rendam kaki jeee..

sian suami mandi sorang.saya mengadap jee..
time macam ni tak sabar nak tunggu baby keluar.boleh teman abi dia.tak la kesian mandi sorang-sorang.hehe;'p


ok cerita ahad nya. saya bertolak ke Melaka sebelum pukul 6 pagi. alhamdulillah jalan mudah. tiba tepat pada waktu nya.

PAC ni lebih kurang je.beza sikit kat soalan yang ada 94 kat ILIM jadi 185 kat Melaka ni.
oh ya.tempat kat melaka ni ialah Rumah orang tua. haaa..

jadi aktiviti pertama mereka bebaskan kami untuk beramah mesra dengan warga emas di sana..;')
saya momantai. bab beramah mesra serahkan je kat saya.;'p

lepastu standard la..bagi situasi kena bincang.
semua lebih kurang je..

tapi group kat sini besar sikit. saya pun pening semua berebut nak cakap.tak reti pulak nak mencelah..
takpe la..yang penting sepanjang PAC nombor saya tak pernah disebut panel. kalau nombor kena sebut maknanya kita kurang bercakap. dan dia nak minta kita bercakap untuk tambah markah.;')

haa..gitu la cerita nya. dan baru tau...PAC untuk jawatan ni ada 2 kali.dan salah sorang panel kata bulan 4..T__T jadual tak keluar lagi.entah-entah dah selamat bersalin time tu..T___T jangan pulak jauh tempat nak PAC nya..T__T

Allah tau mana yang terbaik.ada rezeki ada la..;') apa pun good luck untuk calon-calon semua.
serious tak susah pun.yang penting bercakap!bercakap!jangan merapu sudah..;')

No comments:

Post a Comment