Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

Training Islamic Financial Planning

Alhamdulillah 27-28 march baru-baru ni (semalam dengan kemarin.heh) saya join training ni.
memang bidang saya la ni.(bidang la sangat)

last year ada tapi untuk 35 tahun ke atas tak silap.ke entah kenapa tak join time tu.tapi memang ada kekangan la.-_-

takpe alhamdulillah Allah dah atur taun ni saya pergi.
banyak ilmu.walau saya memang gemar benar la amek tau pasal financial planning ni.
tapi kita manusia lemah kan.sekejap je dah lupa. ni kira recall balik la..

ada juga yang memang dah tau.tapi tak beramal.ada juga ilmu baru. ;')
dan yang best,training ni dari Hijrah Wealth Management. Hajah Rohani dengan Haji Mahdzir.
sesaat pun saya tak mengantuk.memang suka agaknya.;')

first day dah ala-ala best student..khennn..;'p

hari pertama waktu mula-mula tu haji tanya la..siapa yang berpuas hati dengan pengurusan kewangan dia sekarang.saya pun dengan semangat angkat tangan.sorang-sorang rupa nya.-__-

haji tu tanya la apa yang buat saya puas hati?
saya cakap la alhamdulillah tak pernah la baki bulanan negetif.;'p lepastu saya dan suami amalkan simpan 10% dari gaji.hari pertama dapat gaji,keluarkan untuk 10% simpan, bayar segala hutang kereta, bayar bil-bil dan bagi mak.haaa...yang baki belanja.

alhamdulillah.walau tak kaya lagi,tapi in sya Allah tak menyusahkan orang. dan target nak jadi OKB.


maaf takde gambar.berbekal kan pen,buku nota dan kalkulator,ohh,sebotol air jarang juga!;'p
memang fokus abis.

dan antara perkara yang saya dah tau tapi tak sedar-sedar,antara perkara yang saya kena buat ialah,

*pergi bank tutup akaun konvensional.
-bank BSN dah tak pakai sangat pun.tapi akaun still aktif.jadi hapuskan sahaja!
-tukar akaun maybank ke islamic.(mungkin rumit sikit)dugaan

*masukkan penama kat KWSP
penting jugak!tips dari trainer, dah kawin masuk kan nama suami/isteri.jangan nak mengada letak nama mak/bapak.bukan tak sayang mak/bapak..tapi kalau dah kita letak nama mak bapak,nanti dia la nak kena uruskan hal dengan KWSP lepas kita takde.larat ke orang tua nak naik turun pejabat KWSP tu?haaa..gitu le cite nye.. penama tu bukan penerima penuh duit-duit KWSP tu ye.dia akan jadi pemegang sementara jee..lepastu orang tu kena agih-agih juga ikut kiraan faraidh.sekian.

*tutup akaun ASB
ni memang nak buat.tapi loan saya ada lock time 3 tahun.in sya Allah taun ni last. lepastu bye bye ASB.saya dah dapat pakwe baru...hai hai amanah trustee..(sambil lambai-lambai)

ilmu baru kat training ni saya baru tau kita boleh invest duit akaun 1 KWSP dengan syarat-syarat tertentu.;')

dannn..saya tak memenuhi lagi syarat kelayakan.T__T nanges.
in sya Allah dah layak saya buat!terima kasih atas ilmu. moga berkat dan tak lupa la nak buat nanti.;')

ermmm..apa lagi??apa lagi??

haa..wasiat!nak buat!;') tapi bila?;'p kalau pakai company-company ni nak kena bayar kot kat dia. time nak buat wasiat kena bayar.nak ubah kena charge. nanti dah mati pun ada % dari keseluruhan harta tu dapat kat dia.upah dia uruskan la tuu..takleh ke taip-taip sendiri pastu pergi cop kat suruhanjaya sumpah.takleh ke???hmmmm

lagi satu patut nya kena catatperbelanjaan keluar masuk.yang ni memanggggg susah.saya dah cuba banyak kali.paling berjaya dapat la catat untuk 4,5 hari.lepastu hampesss..-__-

kena cuba lagi dengan bersungguh-sungguh ni.;') chayok!chayok!

tu jelah kot.nanti dah berjaya bertindak kita share lagi!;') doakan!

dari saya,
Orang Kaya Bertaqwa!hehe;')

in sya Allah!!! soon.. ;')

No comments:

Post a Comment