Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 31, 2013

Zakwan Sebulan!

heh.ni hadiah untuk mak zakwan.hadiah awal sehari sebab start sakit 29 hb.boleh?haha..;'p
 

nanti review pasal breast pump.;') sekali autumz eletric dengan yang ini okey.


hah.ini bonding mereka telah lama wujud.tidur berpelukan.jeles i okeyyy..;'p
meh kita zoom sikit..;'p

 zoom lagi..
 
apakah?
meh zoom lagi...;'p
 
hoyehhh....tau tak dak kecik ni watpe kat abi dia?
 
haha..ada video.tapi lembab sangat nak upload.jadi kena la bagi jawapan.
 
zakwan tengah hisap lidah abi dia sampai tertidur.kehkeh.;'p sweet kann..
 
yang tak sweet nya dia tengah kembung perut sekarang ni.tadi ada urut tengok kat you tube tadi. ni macam dah kentut-kentut.tengah tidur la ni.tu sempat ibu zakwan nak menaip ni.
nanti cerita pasal bayi kembung pulak ye..;')
 
selamat ulang bulan pertama sayang.;')maaf lewat sehari.semalam langsung tak sempat on laptop.;'( dah wish direct kat zakwan.;')
 
semoga zakwan sihat-sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah ye sayang.moga membesar jadi anak yang soleh.dapat pikul tanggung jawab.;') anak soleh ibu.yang terpuji, pemelihara, yang bijaksana.;')
Selamat Ulang Bulan Pertama sayang Muhammad Haris Zakwan bin Mohamad Naim.;')


Monday, May 27, 2013

PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (2)

heh.yang ni bukan cerita sambungan PAC kat Melaka dalam entry ni. tapi PAC yang lain kat KEMAS pulak.haritu kat Melaka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kat Rumah Orang Tua.;')
 
kali ni saya dapat mesej kat handphone sejurus saya selesai bersalinkan Zakwan.dia hantar mesej suruh cek email.kehkeh.sweet tak sweet.
 
memang macam nak taknak je pergi.surat pun sampai.tengok tak tengok.tapi fikir-fikir dah kat Melaka sampai takkan yang KL je tak gi..-__-"
 
fikir punya fikir sampai masak fikir.bincang dengan suami.ok pergi je.;')
dalam nak pergi PAC 19 Mei 2013.bermakna hari ke 20 saya berpantang,17 Mei 2013 Jumaat yang indah baru nak tengok balik surat dan borang-borang.nak kena isi yedakk..
 
sekali tengok-tengok banyak pulak benda pelik dia nak.nak resume bagai.pastu kena pakai sport attire!!mak aiii...pastu nak sijil diploma dengan transkrip yang dah ada pengesahan!!-__- pengsan.
dengan resume dah bertahun tak edit. printer pulak dah rosak. jumaat yang indah baru perasan semua tu.kalau dah tengok awal-awal boleh mintak tolong husband soleh saya printkan kat office yedakk..pengesahan pun pegawai beliau boleh sign.
 
berbekalkan kecekalan dan suami yang soleh.segala nya dapat diselesaikan.kehkeh.sabtu tu suami soleh pergi cari tempat print dengan sign pengesahan nazir masjid.;'p settled.;')
 
ahad nya pulak berbekalkan borang-borang, pensel box, buku nota, i/c dan duit sikit, mineral water sebotol, dan yang paling penting dan bergaya set lengkap nursing beg!pehh..pehh..
tak main handbag dah sekarang.
 
aktiviti macam biasa.bermula dengan jawap solan SPA,ujian sahsiah diri.;')
lepas tu aktiviti ke2 ni agak mencabar.ada pengucapan awam!!yang lagi mencabar,tajuk dapat 5 minit sebelum kita kena berucap.sedia 5 minit untuk ucapan 5 minit.kehkeh.;'p haritu dapat tajuk rempit.ok jugak la.nasib tak dapat tajuk yang fakta. lepas tu macam biasa aktiviti berkumpulan.
 
sampai la ke petang.last tu ada lari-lari.;'p tapi saya dah buat surat pengecualian.;') saya kan pantang..budget..;'p alaa..lari tak mencabar pun.kat koridor je lari nya..haha..;'p
 
hmm..tu je la kot.kata mereka sebulan result keluar.katanya laa..yang pergi melaka haritu baby dah keluar pun result tak keluar-keluar lagi..sabo je laa..;')

Monday, May 20, 2013

Barang Baby Pertama Yang Dibeli Menjadi Antara Barang Pertama Yang Digunakan

Maaf tak reti nak pendek kan tajuk entry.;'p
tapi itu lah dia.alhamdulillah..antara barang pertama yang saya beli belah barang-barang baby waktu pertama kali pergi ekspo baby kat entry ini ,barang ni lah antara yang pertama saya guna lepas bersalin. ini lah yang dikatakan berkat mungkin?;')
 
 
barang pertama yang saya nak ajak wanita-wanita yang bakal bergelar ibu sekalian mesti beli adalah nursing pillow!;')
 
 
 
saya dah letak nursing pillow ni dalam bonet kereta.sama kepentingan dengan baju-baju dan barang lain untuk sambut baby.;')
 
kegunaan bantal ni haruslah ketika menyusu.yedakk??dah nama nursing pillow.

mengangkut kemana-mana saja.;'p ni waktu kat hospital Sungai buloh.kan dah cerita dapat katil lipat jeee..bukan katil empuk boleh laras kepala tuuuu...T__T tapi syukur sebab boleh bersama Zakwan..weee...;')
eh.tengah cerita pasal bantal!;'p nurse lalu tengok saya tengah breastfeed Zakwan nurse tegur..selesanya dia menyusu.nurse pun jeles tau..ehh..-_-
 
selain tu,bantal ni juga boleh jadi multi tasking.-__-"
lepas menyusu tu,dia tengah lena atas bantal,angkat dengan bantal-bantal dan alihkan baby.jadi dia tak rasa sangat dialih-alih.Zakwan memang..pantang gerak sikit mata dah bulat.saja nak mengempeng.-__-'
 
 
jadi la tempat tidur bayi juga..;'p
 
selain tu..satu lagi kegunaan bantal ni..yang ni kegunaan untuk ibu.bukan baby.lepas bersalin tu.lagi-lagi yang anak pertama..99% doktor akan buat episiotomy bagi yang bersalin normal.T__T
 
dannn...time kepedihan yang amat tu.nak duduk pun takleh weyh!!sila lah duduk di atas bantal empuk ini.serious..;') alhamdulillah membantu.sebab tengah dia kosong.jadi tak kena kat tempat luka jahit tu.;') dia tampung punggung dan boleh la kita duduk..hehe..
 
haa..barang kedua yang saya bersyukur sebab saya beli ialah..
 
 
 haa..breast pump!!
 
walaupun sekadar autumz.alhamdulillah la ada..dari takde..yedakk..
in shaa Allah.ada rezeki dan keperluan boleh upgrade.;') nanti try update pasal autumz marvel breast pump ni.;'p
 
alhamdulillah saya beli breast pump awal-awal.kan cerita Zakwan ada masalah awal kelahiran dan kena tahan.saya dah balik.saya still buat power pumping bagi menggalakkan proses pengeluaran susu.saya bukan lah golongan yang bertuah tiba-tiba susu mencurah-curah. waktu kat rumah saya pump sampai berdarah-darah.T__T nak bagi susu keluar.kalau Zakwan yang suck mesti lagi sedap.
 
dan alhamdulillah,waktu dah boleh jumpa dan breast feed Zakwan secara direct, susu dah ada.;') alhamdulillah.saya fikir positif susu cukup untuk Zakwan.dan hasilnya dia beyak dan kencing berkali-kali dan saya sangat lah happy.haruslah itu hasil dari susu saya kan?dari mana lagi..hehe..;')
 
dan semalam..hari ke 20 saya berpantang,kena pergi PAC lagi.;'p maka bermulalah detik saya keluar tak membawa beg tangan.tapi bawa nursing bag!cool sangat rasa..i'am hot ibu..hehe..;'p ada rezeki cerita pasal PAC semalam nanti ye..(banyak beno nak cerita)
 
haaa..cukup la 2 barang ni kot.yang mungkin tak semua orang rasa penting.tapi dari awal kehamilan saya dah rasa penting dan alhamdulillah memang berguna.;') jadi fikir-fikirkan dan selamat membeli!;'p


Monday, May 13, 2013

Cerita Kelahiran Anak Pertama : Bahagian 3

erm.sepanjang petang dan malam ramai datang melawat zakwan.waktu tu nampak macam ok lagi.tapi bila dah start duduk bawah oksigen rasa dah lain.dah tak boleh nak breastfeed.sedih sangat.;'(



 
bangun pagi esoknya doktor cakap pagi tadi pukul 6 dia sedut 60ml air ketuban+najis+susu. lepastu pagi tu Zakwan dah mula kena drip.masuk air gula apa ntah;'( doktor kata zakwan kena puasa susu.;'( tangan Zakwan dah mula kena cucuk.yang ni ibu tak sampai hati nak tangkap gambar.T__T

1 April 2013.nurse dan doktor kata kena refer Zakwan kat hospital lain. call selayang penuh.ampang penuh.sampai ke kajang putrajaya la call..last sekali sungai buloh.tu pun penuh.dia kata dia try call back kalau esok nya kosong. ibu dah kena balik rumah. petang tu ibu balik.Zakwan kena tinggal kat GMC.T__T

ya Allah.perasaan dah bersalin tapi balik masih berdua dengan suami sungguh menyayat hati..T__T rindu nya.menaip ni pun air mata mengalir. ya Allah.biarlah kali ni je ujian macam ni.moga lepas-lepas ni semua anak-anak sihat walafiat.

balik dah petang.malam tu lepas isyak pergi balik GMC nak tengok Zakwan. pukul 10 lebih balik rumah. malam tu tidur tak lena. bangun 3,4 pagi saya pump susu. saya taknak nanti bila Zakwan boleh breastfeed susu takde.saya buat power pumping. bangun pukul 4 pagi.telefon GMC.tanya keadaan Zakwan.nurse risau saya takleh tidur.

pagi khamis GMC call kata boleh refer hospital Sungai Buloh. tapi nak tunggu confirmation dalam pukul 2 petang.nurse suruh saya siap-siap.sebab katanya ibu pun kena admitted sekali.saya lagi suka!boleh ada kat sisi Zakwan.

pagi tu pun masih meneruskan power pumping.alhamdulillah susu dah mula keluar.nampak macam sikit.tapi saya yakin sesuai untuk perut Zakwan yang baru berapa hari.;')

petang tu GMC call suruh datang.kami pun pergi GMC.dah sampai baru pihak GMC call ambulans.ye Zakwan naik ambulans.sebab pakai gas oksigen tu.
 
 
2 orang nurse GMC iringi Zakwan dalam ambulans.;')


sampai-sampai hospital Sungai Buloh kat bahagian Emergency daftarkan Zakwan.lepastu pergi bahagian NICU.
 
 
dah sampai NICU.elok je doktor kat sana cabut bekas oksigen tu.bacaan pun cantik je..-__-" tak faham.
 
tapi apa pun alhamdulillah.dapat tidur dengan Zakwan.cuma kuning Zakwan dah mula tinggi.jadi zakwan kena duduk bawah lampu.
 
tapi duduk bawah lampu ni ok lagi.dari duduk dalam bekas oksigen.bawah lampu ni bila nak breastfeed boleh angkat kejap.oh ye.bapa boleh melawat dari 9pagi sampai 10 malam tak silap. jadi tinggal lah saya berdua dengan Zakwan.malam pertama kami berdua.boleh dikatakan saya tak tidur.
 
saya breastfeed Zakwan sepuas-puasnya.dan hasilnya bila dia beyakk..saya orang paling happy!;'p
makin kerap dia kencing beyak makin saya happy.oh ye,kat sana kena timbang pampers!hehe.;'p
 
sebab saya pernah baca,ubat penyakit kuning ialah breastfeed.dan kuning akan keluar dari bahan buangan bayi.;')
 
3May2013.abi Zakwan datang pagi-pagi bawa makanan ibu.hehe.kat hospital tak sediakan makanan pantang.harap maklum.;'p
 
suami jadi peneman saya dengan Zakwan.kesian sangat.kat situ takde kerusi selesa untuk suami duduk berehat.suami duduk hujung katil tak bersandar.T__T setia tunggu Zakwan beyak abi basuhkan.;') oh ye.katil saya kat sana bukan katil tilam empuk macam kat wad biasa.mungkin sebab saya hanya pesakit refer.maka katil lipat je yang disediakan.-__-" apa pun alhamdulillah untuk itu.
 
yang penting Zakwan sihat.
 
doktor buat ujian x-ray alhamdulillah paru-paru Zakwan ok.takde apa-apa radang.
jadi cuma tunggu result darah zakwan.nak makesure Zakwan takde apa-apa infection.;')
selain tu tunggu result darah kuning Zakwan.
kalau semua ok esok boleh balik...yeayy!!



 

 

4may2013

berdebar-debar tunggu result darah Zakwan.abi Zakwan positif sangat.confident kami boleh balik.
dup dap dup dap menanti.alhamdulillah result darah keluar.Zakwan sihat alhamdulillah.kuning pun dah better.;')

petang tu suami settlekan bil semua.dan kami pun pulang!alhamdulillah.
Zakwan sampai rumah pukul 6 petang.disambut tok umi dengan kak ain,abang mizi dan kak aina sambil nyanyi "Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu.Allah selamatkan Haris Zakwan.Allah selamatkan kamu." ok ibu dia yang nak menangis.;'p

amin ya Rabb.moga Allah selamatkan Zakwan dari segala bahaya dunia dan gangguan syaitan.;')



 
gambar Zakwan latest.;') hadiah hari ibu.;')

 

Friday, May 10, 2013

Cerita Kelahiran Anak Pertama : Bahagian 2

budget sangat kan buat banyak bahagian..
ehh..ingat pendek ke cerita nak bersalin..;'p
 
dan kita sambung..
 
maka malam tu tidur dalam kesakitan la saya.baru nak terlena sakit contraction datang.alhamdulillah sepanjang contraction saya masih mampu nak tunaikan solat fardhu dan mengaji sikit-sikit.malam tu jugak saya bangun mandi.dan pelik nya saya bila sakit saya masuk toilet duduk kat atas jamban duduk tu.sampai nurse pun cakap tak pernah dibuat orang..haha.tapi memang sejuk air dapat kurangkan sakit.walau tak banyak.sikit tu membantu.;') ada nurse tanya nak ubat tahan sakit.saya taknak.saya pilih natural pain.;') positif.kena fikir positif.aku mampu tanggung sakit ni. Allah tak kan bagi lebih dari yang kita mampu tanggung.
 
waktu cek baru 3 nak ke 4 cm saya terfikir.ni sakit baru 3,4 cm.macam mana la sakit 8-10cm.ya Allah.
 
pukul 6  nurse masuk lagi cek ve.dah 7-8cm.waktu ni nak solat subuh pun Allah je yang tahu.pukul 7 nurse hantar breakfast.memang gagah nak telan roti jem strawberi.dapat makan satu je.tu pun tak habis.tapi habiskan air milo.pukul 8 nurse dah ajak masuk labour room.katanya takut nanti dah tak larat nak jalan.
 
lepastu tunggu doktor.doktor sampai pukul 9.15am.9.35am 30 April 2013,lahirlah  Muhammad Haris Zakwan Bin Mohamad Naim. Yang Terpuji, Pemelihara, yang bijaksana.alhamdulillah.

berat tanggungjawab zakwan. ibu abi harapkan Zakwan untuk jaga dan pelihara keluarga kita.agama Islam kita.;') Zakwan anak sulung lelaki.mesti kena jaga ibu abi dengan adik-adik nanti.in shaa Allah,ibu abi akan cuba didik Zakwan sebaik nya. nak jadi pemimpin kena bijak.ada ilmu dan amalkan. ibu abi doakan Zakwan membesar jadi pemelihara yang bijak buat  kami.;') aminn..in shaa Allah.;')
 
dilahirkan secara vaccum.sebab doktor pecahkan ketuban air ketuban dah bercampur najis.
jadi doktor nak cepat.
 
dalam pukul 10 lebih dah boleh masuk wad balik.umi pun sampai.lepastu kawan-kawan office sampai. waktu ni Zakwan nampak ok sangat alhamdulillah.
 



 
sejam lepas dilahirkan saya mintak zakwan nak breastfeed. ya Allah.pandai sangat dia suck!sangat pandai.gerak-gerak rahang pipi dia semua.;') lepastu nurse mintak nak ambil dia.
 
petang dalam pukul 3 kot nurse hantar balik kat saya.nurse suruh breastfeed. 
 tapi kali ni zakwan dah lain.dia dah taknak bf.;'( lepastu macam tak selesa.panggil nurse.lepastu baru nurse cerita dia tertelan air ketuban campur najis.kena bf dia biar dia buang cecair tu.
 
lepastu nampak sangat zakwan tak selesa.;'( lepastu dia muntah,memang keluar warna kuning/coklat. 2,3 kali dia muntah.T__T malam tu nurse kata nafas dia nampak laju.lepastu bermula la Zakwan duduk dalam bekas oksigen.T__T
 
Zakwan belum nak balik..;'(
 
bersambung...

Thursday, May 9, 2013

Cerita Kelahiran Anak Pertama : Bahagian 1

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
selamat sudah saya bersalin anak pertama kami.;')
alhamdulillah.waktu tempuh rasa "ya Allah,bagi aku tanggung yang aku mampu je ya Allah". pastu dalam hati memang fikir ingat senang Allah nak ampunkan semua dosa?(kan sakit nak bersalin ni dosa diampunkan)
saya tempuh waktu contraction yang panjang.lebih dari 24 jam.
ok nak cerita dari 2,3 hari sebelum bersalin.memang menikmati masa berdua dengan suami.sabtu tu teman suami pergi pantau masjid.;') makcik-makcik kat masjid tanya bila due ni.due 30 April.lagi 2,3 hari je ni.memang tunggu masa.hehe.makcik-makcik tu pun ada yang doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin.alhamdulillah. lepastu balik dari masjid singgah kat kedai makan paktam kat selayang.memang yummy yummy.(tak sabar nak tunggu habis pantang)
lepas tu ahadnya pergi dating lagi.tengok wayang iron man 3 ok.haha!;'p



isnin 29 April 2013.saya memang ada appointment kat GMC.sepatutnya pukul 11-1.
tapi 2pagi dah start rasa contraction.tengok jam 20 minint sekali.saja tak kejut suami.biar dia tidur dulu.;') time ni memang dah tak boleh tidur dah.lepastu siap-siap mandi nak subuh.gerak suami idaman.cakap baby dah nak keluar ni.sambil sengih-sengih.;'p suami macam buat tak tau.dia ingat saya main-main la tuu..;'p time subuh tengok jam contraction dah 5 minit sekali.dah boleh pergi GMC ni.;')

lepas dah solat subuh,dah siap-siap pakai macam nak keluar rumah,suami tengok baru dia percaya.hehe.cepat-cepat siap.saya siap ajak singgah makan dulu kat kedai mamak dekat dengan GMC tu,;'p makan mee goreng mamak.heee;'p


dah habis makan baru la gi GMC.;') pastu sampai-sampai nurse buat CTG dan cek VE.-_-


tengok muka boleh happy lagi!;'p time ni cek baru 2cm.tapi nurse dah suruh masuk wad.sebab contraction dah kuat.;') 3 minit sekali time ni.;') tapi boleh lagi ngelat nak masuk lambat.balik dulu ikut suami.beliau ada kerja sikit.;'p

lepas dah settle kerja suami,baru kami datang balik kat GMC.;')janji 10.30 pagi macam tu.katanya doktor fidak nak cek..hmm..nan hadooo..sabar je la..pasal doktor pun satu hal.nanti in shaa Allah cerita kat entry lain.pengajaran buat diri yang nak share untuk semua.;')

erm.kalau ikut kata nurse sejam 1cm bukak.hehe.jadi budget bersalin malam macam tu.;'p budgettt..
sekali sampai ke malam baru nak bukak 3cm.;'p malam tu memang dugaan betul.memang tak boleh nak tidur langsung dah.ngantuk sangatttt..tapi tak boleh tidur!bayangkan!hehe.alhamdulillah wad kat GMC sediakan katil untuk suami.dan alhamdulillah sepanjang tempoh contraction suami ada kat sisi.;') saya tak dapat bayangkan kalau kena tanggung sorang-sorang.T__T

bersambungg...;'p