Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 10, 2013

Cerita Kelahiran Anak Pertama : Bahagian 2

budget sangat kan buat banyak bahagian..
ehh..ingat pendek ke cerita nak bersalin..;'p
 
dan kita sambung..
 
maka malam tu tidur dalam kesakitan la saya.baru nak terlena sakit contraction datang.alhamdulillah sepanjang contraction saya masih mampu nak tunaikan solat fardhu dan mengaji sikit-sikit.malam tu jugak saya bangun mandi.dan pelik nya saya bila sakit saya masuk toilet duduk kat atas jamban duduk tu.sampai nurse pun cakap tak pernah dibuat orang..haha.tapi memang sejuk air dapat kurangkan sakit.walau tak banyak.sikit tu membantu.;') ada nurse tanya nak ubat tahan sakit.saya taknak.saya pilih natural pain.;') positif.kena fikir positif.aku mampu tanggung sakit ni. Allah tak kan bagi lebih dari yang kita mampu tanggung.
 
waktu cek baru 3 nak ke 4 cm saya terfikir.ni sakit baru 3,4 cm.macam mana la sakit 8-10cm.ya Allah.
 
pukul 6  nurse masuk lagi cek ve.dah 7-8cm.waktu ni nak solat subuh pun Allah je yang tahu.pukul 7 nurse hantar breakfast.memang gagah nak telan roti jem strawberi.dapat makan satu je.tu pun tak habis.tapi habiskan air milo.pukul 8 nurse dah ajak masuk labour room.katanya takut nanti dah tak larat nak jalan.
 
lepastu tunggu doktor.doktor sampai pukul 9.15am.9.35am 30 April 2013,lahirlah  Muhammad Haris Zakwan Bin Mohamad Naim. Yang Terpuji, Pemelihara, yang bijaksana.alhamdulillah.

berat tanggungjawab zakwan. ibu abi harapkan Zakwan untuk jaga dan pelihara keluarga kita.agama Islam kita.;') Zakwan anak sulung lelaki.mesti kena jaga ibu abi dengan adik-adik nanti.in shaa Allah,ibu abi akan cuba didik Zakwan sebaik nya. nak jadi pemimpin kena bijak.ada ilmu dan amalkan. ibu abi doakan Zakwan membesar jadi pemelihara yang bijak buat  kami.;') aminn..in shaa Allah.;')
 
dilahirkan secara vaccum.sebab doktor pecahkan ketuban air ketuban dah bercampur najis.
jadi doktor nak cepat.
 
dalam pukul 10 lebih dah boleh masuk wad balik.umi pun sampai.lepastu kawan-kawan office sampai. waktu ni Zakwan nampak ok sangat alhamdulillah.
 



 
sejam lepas dilahirkan saya mintak zakwan nak breastfeed. ya Allah.pandai sangat dia suck!sangat pandai.gerak-gerak rahang pipi dia semua.;') lepastu nurse mintak nak ambil dia.
 
petang dalam pukul 3 kot nurse hantar balik kat saya.nurse suruh breastfeed. 
 tapi kali ni zakwan dah lain.dia dah taknak bf.;'( lepastu macam tak selesa.panggil nurse.lepastu baru nurse cerita dia tertelan air ketuban campur najis.kena bf dia biar dia buang cecair tu.
 
lepastu nampak sangat zakwan tak selesa.;'( lepastu dia muntah,memang keluar warna kuning/coklat. 2,3 kali dia muntah.T__T malam tu nurse kata nafas dia nampak laju.lepastu bermula la Zakwan duduk dalam bekas oksigen.T__T
 
Zakwan belum nak balik..;'(
 
bersambung...

2 comments:

  1. hah yeke? siannye baby... pastu2?
    *dh mcm bace novel plak.. haha

    ReplyDelete
  2. sabo2..berchinta nak berbelog sekarang.hehe;'p

    ReplyDelete